Clone

Assalamualaikum, aku Maya (bukan nama sebenar) ni kali pertama aku share cerita aku dekat sini. Umur aku 20 tahun, dan aku adalah student sebuah kolej swasta. Ini sedikit sebanyak details tentang aku. Mintak maaf andai kata cerita aku ni tak best sangat.

Ceritanya start bila aku cuti sem selama 3 minggu. Aku study dekat KL dan rumah aku pula dekat Subang. Jarak antara rumah aku dengan kolej agak jauh, disebabkan itu lah aku duduk dihostel. Lepas habis kertas final exam untuk sem ni, aku terus balik dan packing barang untuk balik ke rumah aku. Aku balik menggunakan ktm. Sampai je dekat ktm subang jaya aku naik escalator untuk turun ke bawah dan terus berjalan ke Subang Parade untuk menunggu ayah. Sedang aku menarik bagasi aku yang penuh dengan muatan, aku nampak kelibat ayah aku bersama kakak aku. Kakak melambai lambai tangan kepada aku dan ayah pula senyum melihat gelagat aku menarik bagasi aku yang besar gedabak.

Sampai dikereta aku bersalaman dengan kakak dan ayah, hampir 3 minggu tak bersua muka. Biasanya aku balik tiap minggu, ni sebab nak final terpaksa lah aku berada dikolej. Sesampainya kami dirumah mak dah tunggu sambil tersenyum melihat aku. Aku bersalaman dengan mak dan bertanya khabar tentang keluarga. Sesampainya aku dirumah ketika itu jam menunjukkan pukul 4.3 , haa sudah aku terlepas asar…. Aku terpaksa menghentikan perbualan dan meminta diri untuk solat sebentar. Ketika sedang mengambil wuduk, aku terdengar michan (kucing betina aku) meow meow kuat sangat bunyinya, tapi aku tak peduli aku terus ambil wuduk dan terus menuju ke bilik aku. Sedang aku pakai telekung, michan datang sebelah aku dan mengeow dengan kuat sangat.

Aku sendiri terkejut bila dengar suaranya, terus aku letak michan keluar bilik takut-takut aku tak focus time solat. Selesai je aku solat, jeng jeng jeng michan ade dekat katil aku tengah jilat-jilat bulunya. Padahal aku tutup pintu bilik aku, cuma aku tak kunci. Bila aku teringat balik, aku letak michan diluar dan terus tutup pintu. Bila aku tutup pintu aku dah tak dengar suara michan , tak tahu laa mungkin adik aku masukkan michan dalam bilik aku, mungkin aku tak dengar pintu dibuka (aku bersangka baik).

Malam tu aku tidur dengan tenang sangat, ye lah dah lama tak rasa katil sendiri. Sedang lena aku tidur, michan mengejutkan aku dari tidur. Memang kebiasaan michan akan datang ke bilik aku untuk kejutkan aku, tapi pagi tu lain sikit sebab bila aku tengok jam… Huhu baru pukul 3 a.m, biasa michan datang bilik aku dalam pukul 5 lebih, tapi kali ni michan kejutkan aku dengan cara extreme sikit, dia mengeow dekat telinga aku bunyinya sama dengan masa aku ambik wuduk semalam. Kuat sangat sangat terkejut aku terus aku bangun dan tolak michan ketepi sebab aku terkejut sangat! Sakit telinga aku! Michan hanya mengeow perlahan sambil menjeling aku. Serious aku terkejut dengan apa yang michan buat, biasanya dia hanya duduk dihujung katil aku sambil mengeow perlahan, bila aku terdengar suara dia aku memang tahu dia kejutkan aku.

Tapi apa yang dia buat tu huhu memang scary gila. Lepas subuh aku bantai tidur balik, sampai lah aku terjaga.. Memang dah cerah dah time tu, aku capai phone aku tengok akak aku whatapps aku, katanya dia dengan mak aku ke pasar naik kereta dan balik agak lambat sikit dengan sedikit pesanan buat aku supaya kemas rumah dan basuh pinggan yang ada disingki (cissss!!! Baru nak berehat). Aku bangun dari katil, terus melihat jam dinding bilik aku… alamak dah pukul 9 lebih ni, aku baca balik whatapps akak aku dia hantar pukul 7 lebih. Aku cepat-cepat pergi kedapur , dan mula membasuh pinggan. Tak lama selepas tu, ayah lalu sambil bertanya adakah aku sudah bersarapan aku menjawab belum lagi lepas siap semuanya baru aku sarapan. Ayah mengiyakan sahaja kata ku, sambil dia berjalan terus ke bilik air untuk mandi.

Lepas sahaja aku settle bahagian didapur aku terus ke ruang tamu, selepas siap dibahagian ruang tamu aku terus masuk ke bilik untuk mengemas bilik aku. Sedang kemas-kemas michan datang sergah aku dengan mengeow kuat dan sedikit garang. Banyak kali sampai bingit telinga aku, aku terus letak michan kat luar. Dari luar michan mengeow lagi, mungkin dia nak masuk teman aku. Tapi aku pelik sangat dengan michan ni, dia macam marah sesuatu tapi aku tak pasti. Lepas dah siap kemas bilik aku ke dapur balik, nak tengok mesin basuh kot kot ada kain yang nak dijemur. Memang ada kain yang nak di jemur, terus aku masukkan ke dalam baldi dan pergi terus ke luar rumah. Sedang aku menjemur kain, ayah pula keluarkan moto, aku tanya nak pergi mana? Seperti biasa ke kedai mamak lah bersama kawan-kawannya. Ayah sempat berpesan kepada ku supaya kunci pintu dan aku terus mengiyakan apa yang ayah kata. Dan ayah terus berlalu pergi, aku pun masuk kedalam lalu mengunci pintu pagar.

Aku terus ke dapur, michan melulu ke kaki aku seperti kelaparan. Terus aku ambil makanan segera untuk michan, berselera dia makan. Tak lama lepas tu dalam 10 minit lepas ayah keluar, tiba-tiba ayah muncul depan pintu, tak bagi salam apa pun cuma mengetuk mangga pagar aku sebagai isyarat ayah ada diluar. Aku berlari anak sambil tangan aku mencapai kunci pagar lalu terus ke pintu pagar. Aikk ayah mana motor ayah? Aku bertanya kepada ayah namun pertanyaan aku disambut sepi…… Ayah hanya berdiam dan terus menuju ke dalam rumah. Aku pelik jugak lah, tapi aku buat tak tahu. Aku terus ke dalam, mencari ayah … Ayah tak ada pun terus aku ke dapur, aku dengar bunyi orang mandi dibilik air… Aik tak kan ayah mandi lagi sekali?

Masa ni michan tengah pusing-pusing dekat ruang tamu sambil mengeow kuat . Sekejap dia ke akuarium, sekejap ke sofa, sekejap ke pintu sekejap ke TV . Aku hanya perhati gelagat michan, lama tu aku dengar pintu bilik air terbuka. Terus aku acah-acah ke dapur padahal aku saje nak tengok ayah. Allah terkejut aku bila tengok ayah lesap… Tak ada weii ayah dekat bilik air, kalau ayah keluar dari bilik air mesti dia lalu dapur sebab dapur dengan bilik air sama area. Bila aku tengok bilik air tu terus meremang bulu roma aku, tapi aku gigih juga masuk kedalam bilik air. Huhuhu memang betul ada orang mandi! Sebab air paip terbukak dan bila aku masuk memang terasa panas sikit macam baru sngat orang guna. Aku dah tak sedap hati, terus aku duduk dekat teras luar, sambil terfikir benda tadi itu ayah aku atau bukan.

Time aku duduk dekat luar tu, aku perasan michan dah tak ada. Entah ke mana dia pergi, time ni aku termenung sekejap sebb aku tak pernah lalui pengalaman seram seram ni. Dari jauh aku terdengar bunyi moto yamaha sport ayah teng teng teng teng bunyinya. Tiba-tiba ayah berhentikan motonya depan aku sambil tersenyum tanya aku buat apa kat luar ni. Aku menangis depan ayah aku, sebab aku takut sangat, aku cerita apa yang terjadi asal clone ayah aku tu. Terus ayah aku ajak masuk, dia tenangkan aku sambil bagi air bacaan surah pendek. Aku minum, lepastu aku tak sedar apa dah.

Sedar sedar je aku kat ruang tamu, aku tengok keliling mak aku akak aku semua ada tengah tengok aku. Rupanya lepas aku minum air , aku kena sampuk sebab aku jenguk ayah aku dalam bilik air tu. Kat situ lah aku terkena. Ayah aku panggil ustaz, dia dah tolong pagar rumah aku, katanya area rumah aku ada yang bela cik “raya” tapi tak bagi makan, tu pasal lah dia merayau. Rupanya yang kacau michan tu si cik “raya” lahh. Michan marah sebab nak protect family aku sebab benda tu memang dah main-main dalam rumah aku. Terkena pulak time tu aku sorang-sorang. Lepas ustaz pagar rumah, Alhamdulillah tak jadi apa-apa, michan je yang kadang kadang marah pegang sikit pun tak boleh.

Sampai sini jee lah cerita aku, sorry kalau tak best sangat. Atau terlampau pendek…. Assalamualaikum.

14 thoughts on “Clone”

    • Seram la part senggang tu sampaikan nak slide page ke bawah pon slow-slow best gak cerita ni lagi pon ni kali pertama baca cerita seram dakan fiksyen shasha…?

      Reply
  1. tesĀ² hahaa jgn marah ha. dah 5bulan layan fs ni.. nak try post comment ritu comment tak lepas.. kali ni harap menjadi bismillah dngan sekali pertanyaan lh mcm mane nak post story dlm “fs” ye?? tq

    Reply
  2. terus teringat kucing aku kt umh.. setiap kali g keje, harapkan diaorg 4 ekor tu je temankan mak kt umh.. huhuhu.. tp si michan ni ingatkan aku pada yg si kucing jantan aku yg warna itam, manja sgt, bising pun ye, masih remaja, kalau gaduh dgn kucing lain mesti kalah.. sian dia..

    Reply
  3. org yg bela kucing mmg kdg2 blh agak kucing tu nk bgtau ape kan…dlm 2 3 miggu lpas ade kucing dtg ruma, asik meow mcm nk ckp sesuatu, bile bg mkn xnk…tp ntah knape sye trase mcm kucing tu nk mntak izin nak mati kt ruma sya. 3ari lpas tu mmg btul mati kt ruma. ni da due kali jd, slalu klu cmtu tuan kucing tu mmg jenis xbg mkn die da dan xsuka dkt die lg…sorry, share cite skit…

    Reply

Leave a Comment