KUPU KUPU MALAM

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada admin dan pembaca pembaca FS. Nama saya TINA (BUKAN NAMA SEBENAR) dan berasal dari utara tanah air. Kisah yang ingin saya paparkan adalah kejadian sebenar yang telah saya alami pada tahun 2004. Walaupun kisah ini dah lama berlaku tapi saya akan ingatnya sehingga ke hujung nyawa sebab ia adalah pengalaman ngeri yang tak dapat dibalas dengan wang ringgit! OK.., dipendekkan cerita saya merupakan seorang pekerja dibidang perhotelan sejak dari tahun 1994 sehingga lah tahun 2004. Sebelum ni dah banyak tempat dah saya bekerja antaranya di Pulau LAGENDA Langkawi, ke Pulau Pinang dan seterusnya ke detinasi yang terakhir ini di Melaka. Kisah ini bermula pada APRIL 2004 apabila saya telah mendapat tawaran bekerja di salah sebuah Resort terkenal di Melaka (Maaf! nama hotel dirahsiakan).

Saya ditugaskan untuk in charge bahagian karaoke (bukan GRO YA!!!) macam supervisor jaa laa! So saya diberi tempat tinggal atau pun hostel di dalam resort tu juga bersama beberapa staffs baru yg lain. Hostel penginapan saya dan rakan2 ini adalah 3 tingkat dimana saya mendapat bilik master bedroom di tingkat 3 yang mana setiap rumah mempunyai 3 bilik setiap units. Saya mendapat teman baru dari JB ina (bukan nama sebenar) yg berkongsi bilik dengan saya serta aisa & edah di bilik bersebelahan. Bilik yg satu lagi dikongsi oleh shima & mas. So kami berenam kalau ada masa lapang atau di hari cuti akan keluar bersama2 ke Tampin (sebab dekat) or pergi shopping di melaka raya jika ada transport la.

Jadi kami saling tolong menolong anatara satu sama lain jika ada antara kami yang sakit ka or poket kering ka, pakat2 tolonglah maklumlah semuanya orang luar dan bukan asalnya dari melaka ni. Selama tinggal 2 bulan ini tiada kejadian aneh atau seram yang berlaku, dan pastinya duty roster saya berbeza dari yang lain kerana saya mula bekerja time orang office hour balik iaitu pukul 5 ptg hingga 1 atau 2 pagi (dah memang macam tu terima aje la). Selama saya incharge disana banyak lah customer2 yg datang untuk karaoke dan ada yang menjadi sahabat saya maklumlah tinggal di tempat orang ini kena la pandai bawa diri dan berkawan kann. Bila dah berkawan ni baru lah saya mengenali apa itu ecstacy, ice yang memang terkenal sangat2 time tu.

Kisah seram saya bermula pada bulan ogos 2004 (time ni kawasan hostel saya diserang Histeria & bulan ini adalah bulan hantu kepada kepercayaan cina) di mana saya dan rakan2 (bukan housemate rumah) tp rakan2 saya yang berpangkat besar dalam kerajaan mengajak saya untuk berhibur di Melaka raya selepas kerja (tp saya bukan GRO YA!!!) tapi pada masa itu saya menolak ajakan rakan saya itu yg saya namakan MR. Foo kerana saya rasa kurang sihat pada hari itu dan berjanji akan join MR Foo keesokan malam. Malam yang saya kurang sihat itu saya meminta rakan kerja saya sabri untuk menghantar saya pulang ke hostel kerana selalunya kami staffs ada shuttle yang akan ambik dan hantar staffs pulang ke hostel pada masa yang telah di tetapkan.

Tapi pada malam tu saya bergegas hendak pulang ke hostel kerana berasakan kepala saya rasa yang amat berdenyut denyut sakit macam migrain. Selalunya shuttle akan hantar kami semua pulang pada pukul 2.30 pagi. Semasa saya membonceng motor sabri dalam perjalanan pulang ke hostel saya dapat merasakan motor sabri terlalu perlahan dan berat tapi saya just ignore dan hanya mendiamkan diri. Kalau dari tempat kerja saya dan pulang ke hostel hanya memakan masa 10 minit sahaja, tp pada malam tu saya rasa ada la dalam 20 minit macam tu!! Moto sabri pun bukan jenis kapcai lama tapi dalam kategori baru dah tentu la tak ada masalah untuk tekan minyak!! Dalam 2.20 pagi saya pun sampai ke hostel dan semasa saya hendak menaiki tangga ke units rumah saya di tingkat 3, saya dapat rasakan sesuatu yang dan hati ini tiba2 rasa berdebar debar. Tapi dalam hati buat tak tahu sahaja lah dan terus panjat tangga dengan secepat yang boleh untuk sampai ke units rumah saya di tingkat 3.

Bila saya dah masuk ke rumah, saya dapati rakan bilik saya tiada (mungkin tidur bilik sebelah kot), jadi saya teruskan membersihkan diri mandi & ambik wuduk dan terus solat. Dan pada masa saya nak memulakan niat bacaan solat isyak saya saya dapat rasakan ada sesuatu yang tekan leher saya ataupun berpaut di bahu saya. Saya dalam hati memang merasakan sesuatu yang seram dan terus membaca ayatul kursi & teruskan niat untuk solat. Tapi pada rakaat pertama & kedua saya masih merasakan kesakitan di tengkuk, kepala. Sehinggalah saya menghabiskan solat saya barulah saya rasa ringan sikit kepala. Tapi pada malam itu sebelum tidur saya amalkan membaca ayat kursi 7 kali dan 3 QUL dan sapu serta hembuskan ke muka badan dan amalkan seperti ikut sunnah Nabi kita RAsulullah s.a.w. dan terus tidur walaupun memang ada rasa takut2 dan was2 nak tidur.

Pagi esoknya bila saya bangun saya dapati tengkuk saya ada kesan lebam, ish!! Dalam hati apa hal pulak nii!! Saya just ignore dan teruskan tugasan harian pada sebelah pagi dengan melepak dan makan tengahari dengan rakan2 rumah saya dan tidur sekejap selepas zuhur sehinggalah saya bersiap siap untuk memulakan tugas pada pukul 5 ptg. Dan pada malamnya seperti dijanjikan dengan MR.Foo selepas waktu kerja kira2 pada pukul 1 pagi saya, MR Foo dan rakan2 MR.Foo pun pergilah berhibur ke salah satu kelab malam di kota raya melaka. Tapi kami semua tak minum minuman keras ya, kita orang semua minum coke or fresh orange saja. Pergi ke kelab macam tu pun sebab nak release tension dan menari satu dua lagu!

Kemudiannya rakan MR.Foo yang saya namakan farouk hulurkan saya pil tu. Pil apa lagi ecstacy ler. Saya memang tahu akibat ambik pil tu. Ia akan buatkan seseorang tu jadi high, dan bila dengar lagu yang sememangnya dari dalam disco fuh!!! Memang sempoi, boleh hilang segala tension dan dunia itu milik anda yang punya!! Bagi sesiapa yang ambik pil ni dia akan menjadi cergas dan tak rasa letih!! Memandangkan saya pun rasa sakit kepala belum hilang lagi, so saya pun acah acah cuba amik separuh biji pil tersebut dan terus masuk ke dalam mulut saya dan minum bersama coke. Apalagi saya pun dok relax2 lagi dan lepak bersama2 kawan mr.Foo , farouk dan rakan2. Hari tu saya seorang saja kawan perempuan dalam kami berempat. DALAM 30 MINIT kemudian kepala saya telah high dan menari non stop. Dalam dok menari setempat tue, pabila saya toleh ke belakang counter tempat duduk tu saya nampak seekor JIN YG AMAT BESAR dengan mata merah yang duduk ala macam bounzer dan merenung tajam ke arah saya.

Saya ingat saya berhalusinasi tapi saya yakin tidak, kerna saya nampak ada terlalu ramai jin yang sedang menari nari dan yang seekor itu badan berwarna hitam mata merah serta pakai baju labuci dan topi merah dan menari nari dan menarik2 tangan saya untuk menari sekali dengan dia!! Masa tu dalam keadaan separuh sedar saya menyebut ALLAH!! Memang banyak jin dalam kawasan kelab itu maklumlah dah datang tempat mereka kan. Nah amik kau, sekali tunjuk berduyun banyak. Ada yang betina la dan macam2 bentuk lagi!! Semangat saya pada masa tu memang dah totally out dah. Ayat kursi pun dah baca berterabur, nak lawan dengan mereka?? Dalam tempat tu, memang nahas la. Saya apalagi menyorok muka saya dalam baju MR.Foo. Dalam separuh sedar tu saya memang dah tak buka mata lagi dah dan kepala saya memang dalam baju Mr.Foo. MR.Foo terkejut dengan perlakuan saya dan saya merayu kepada MR.Foo agar jangan keluar lagi dari kelab itu sebab saya memang takut sangat dan tak mampu nak buka mata. Last2 kami tunggu sampai kelab tutup pukul 8 pagi.

Cerita ni ingat habis kat situ saja, rupa-rupanya setelah itu saya dapat MELIHAT DENGAN JELAS MEREKA2 YG BERNAMA JIN NI. Benda ni mula mengganggu saya sehingga ke hostel di mana pada malamnya tepat pukul 3 pagi ada bunyi cakaran di tingkap dan ada bunyi seperti tap tap tap! Ianya berlanjutan sehingga siangnya di mana saya memang dah tak boleh tinggal seorang diri kerana seperti ada sesuatu yang memerhatikan saya. Di hostel kami tu ada cleaner yang ditugaskan untuk menyapu di blok blok hostel, dan saya panggil kak hasnah saja. Kak hasnah ni memamg asal orang berdekatan sini. Kak hasnah ditugaskan untuk menyapu di blok kami setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Saya yang memang tengah sakit akibat terlihat makhluk tersebut dan takut ni apalagi ikut kak hasnah lah. Kak hasnah merasakan perubahan pada diri saya kerna memang nampak lain dan hairan perlakuan saya hari tu.

Jadi saya menceritakan apa yang berlaku kepda saya kepada kak hasnah, dan kak hasnah mengesyorkan agar saya pergi berubat dengan seorang ustazah di area berdekatan resort tersebut. Memandangkan saya memang tidak ada transport ketika itu dan saya ada berkawan dengan seseorang anak tempatan area tempatan yang saya namakan AM. Am memang seorang jejaka yang baik hati, dan banyak membantu saya semasa saya bekerja di sana. Dipendekkan cerita, semasa cuti saya mengajak AM menemani saya pergi berubat dengan ustazah tersebut, dan apabila saya sampai di rumah ustazah tersebut, ustazah tersebut bertanyakan masalah saya. Dan saya menceritakan segala galanya. Lalu ustazah tersebut mengarahkan saya baring dan ustazah mengarahkan AM memegang lutut saya. Seterusnya ustazah memulakan dengan membaca surah alquran sambil memegang ibu jari kaki saya. Saya apalagi menjerit sakit. Panas semua ada terkeluar. Lalu ustazah menyuruh saya mandi dengan air dalam baldi setelah ustazah membaca doa dalam air tersebut.

Setelah habis selesai berubat dengan ustazah, fikiran saya dah seperti sediakala dan semangat saya makin baik. Ingatkan dah ok. Rupa rupanya benda tu datang lagi selepas 3 hari saya berubat. Kali ni saya nekad. Saya pinjam kereta kawan saya di blok tersebut dan memecut terus ke pekan Alor gajah dan membeli radio kecil serta kaset menghalau jin dan syaitan beserta buku terjemahan al quran. Saya borong naskhah ayat pendinding yang mempunyai surah KURSI. Selesai membeli barangan tersebut saya terus balik ke hostel dan tampal semua ayat tersebut di dinding rumah kami. Di depan pintu masuk rumah, depan pintu bilik saya, serta seluruh dinding rumah. Dan pada hari itu juga saya menghantar notis selama sebulan berhenti kerja kerana saya dah tak mampu untuk bertahan di situ. Pada malam tersebut benda itu datang lagi tepat pukul 3 pagi dan saya memohon house mate saya agar tidur berdekatan dengan saya. Dan kami tidur di bawah. Dihujung kepala saya berdekatan bantal saya letakkan radio yang ada bacaan surah menghalau jin. Di bawah bantal saya letakkan surah yassin. Dan pada malam itu kami tidur dengan lampu terbuka sehingga pagi.

Keesokannya malamnya saya diganggu lagi. Kali ini benda tu datang seperti memegang saya dan saya dapat rasakan sebab berbulu. Nasib baik housemate saya shima dan mass ada di rumah. Semasa saya hendak mengambil wuduk untuk solat isyak saya dapat merasakan air wuduk yang sedang saya ambil tu rasa panas, badan saya memang panas sangat tapi bukan demam. Saya teruskan juga melawan benda tu dengan menghabiskan wuduk dan seterusnya saya solat isyak. Walaupun tak dapat khyusuk, saya bernasib baik kerana housemate saya ada di rumah ketika itu iaitu mass dan shima yang tinggal bilik sebelah. Kami berbual bual dan saya bagitahu mereka yang saya dah hantar surat resign 1 bulan notis. Dalam kami tengah berbual2 tu tiba pintu rumah kami di ketuk, rupa rupanya jiran blok sebelah kami datang. Mereka dari department front office dan theme park, fiza dan alia. Kami di beritahu oleh fiza yang alia baru baik dari terkena histeria. PLAKK!! Adehh!! Kenapa la datang ke rumah kami nii. Sebab saya kan tengah tak sihat dan kalau bertemu plak dengan yang baru saja baik dari histeria. Faham faham lah.

Apabila saya bertentang mata dengan Alia, boleh plak dia senyum sinis, dengan mata merah beb!! Saya pun apalagi marah alia suruh dia balik sebab saya tahu kalau dia duduk lama2 dalam rumah kami nanti tak pasal2 berjangkit kepada Mass dan shima pun suruh fiza cepat2 balik ke blok dia orang dan bawa alia sebab bagitauhu keadaan saya yang tak berapa sihat. Selepas saja fiza dan alia pulang, tiba tiba ada macam tangan berbulu seperti memegang tengkuk saya. Mass yg nampak saya dah lain cepat2 bagi air zam zam kepada saya dan suruh saya basuh muka dengan air suci tersebut. Malam itu saya tidur dalam bilik mass dan shima dan kami berhimpit. Maknanya saya tidur di tengah2. Saya memang rasa benda tu nak cuba masuk dalam badan saya tapi semangat saya nak berlawan dengan benda tersebut walaupun memang takut sangat2!! Malam tu kami tidur dengan lampu bilik di buka sehingga subuh. Alhamdulillah tak ada apa2 berlaku pada malam tu tapi lampu bilik shima dan mass tiba2 terbakar!! Makna kata benda tu memang marah sebab tak dapat masuk ke dalam badan saya lagi!! Walaupun sakit saya memang ingat ALLAH.

Keesokannya saya pergi berubat lagi kali ini dengan ustaz lelaki terkenal, dan apabila sampai ustaz tersebut dah tahu sebab saya datang. Beliau memegang ubun2 kepala saya dan menyatakan benda tu memang nak masuk ke badan saya lalu ustaz tersebut menyarankan agar saya segera pulang ke kampung kerana saya memang tak sesuai tinggal di situ. Diamenyuruh saya pulang berubat tapi dalam masa yang sama ustaz tersebut memberi air penawar kepada saya. Saya apalagi habis berubat terus beli tiket bas di melaka sentral dengan ditemani AM. Pada malamnya saya belanja rakan rumah saya dengan KFC dan menyatakan esok pagi saya akan balik ke kampung dan tak akan kerja di sini lagi. Esoknya saya naik bas sambil memegang AL QURAN di tangan sehinggalah saya selamat sampai ke kampung. Saya pulang ke kampung sehelai sepinggang, segala beg baju semua tinggal dengan housemate. Notis sebulan berhenti keja pun tak sempat habis. Nanti bila saya dah sihat baru saya datang ambik. Balik kampung saya berubat di kulim. Bayangkan balik rumah 1 bulan saya tak keluar rumah melainkan pergi berubat saja. 3 kali saya pergi berubat alhamdulillah semangat saya dah makin ok dan tak berapa takut lagi. Rasa tenang..

Mukadimmah saya, cuma nak bagitau benda tu memang ada, dan ini lah pengalaman yang pasti tak akan saya lupakan sepanjang hayat sebab saya dah nampak MEREKA. Seperti yang digambarkan dalam AL QURAN. Sejak dari kejadian tersebut saya dah tak pergi ke tempat tersebut dan bertaubat..

.

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

27 comments

  1. Aku baca separuh ja. Asyik ulang bukan GRO then tak minum bagai. Pening baca story ko. So, ko melayu ke? Tu je nak tahu. K bye

  2. Ni letak tajuk sendiri ke atau admin yg pilihkan..?
    Kupu-kupu malam tu maksudnye p*lac*r yer dik…
    Mcm krg manis plak tajuk tu…
    Kena plak dgn lifestyle kamu yg agk sosial wpon kamu keep mention BUKAN GRO…
    Papepon Alhamdulillah baguslah kamu dh benti keje tu…
    Banyak buruk dari baiknye…

  3. mula2 baca tajuk kupu2 malam. Dah aim dah cerita dia p*lac*r. lepastu tak sudah2 bagitau BUKAN GRO pegi disko blaa blaa mungkin kesan sampingan pil tu ke? terbawa2 takut kot betul2 natang datang menumpang dah balik lewat pagi kan. Cerita ni oleh jadi pengajaran dekat semua pilih kawan yang betul2.

    p/s: Saya Rerama Biru BUKAN KUPU2 MALAM

    1. Akk pon dok pikir die khayal sbb semua benda tu die nmpk lps mkn pil tu kan…
      Walau hakikatnye night club mmg pusat reunion jin setan jembalang bagai…

      1. so jgn la pegi tempat2 gini. Nk release tension byk lagi tempat lain. buat bungee jumping ke ok jugak hahahah tempat reunion tu memang klakor kak yulie

  4. Dik kau hallucinate la tu.. Extacy ni mcm2 rasa dan pembawakan.. Yg penting aku baca takat tu je sebab cerita kau seperti membosankan..

  5. Dik apa pun kau perlu bersyukur,kjdian kau kena ganggu buat kau bertaubat. Moga kau makin dekat, dgn Allah. Terima ksh.kongsi critanya.

  6. dok mention bkn GRO. aku cuba husnodzon. tapi nggak bisa. hahaha
    memula maybe demam je kot. telan ecstasy terus lah nampak bebukan. siap sembunyi muka dalam baju tu ha. saket, ubat nya ubat doctor. bkn ecstasy.
    duhhh

  7. mule rase cm tah la . tp bce tang senyum sinis tu cm betul.
    teringat kes time study dlu . Pun lbih kurg kes die ni jgk . sorg ni rase diganggu smggu, sorg ni bru lps histeria, tp da 50/50 . spruh sedar . bile bwk yg bru lps histeria duk dlm 1 blik, tetibe yg histeria duk pndg yg trase diganggu ni, pstu senyum2 . bile kite dduk halang dpn die, twpn tutup mate die pstu die lari ke tepi, nk tgk yg rase diganggu ni.

  8. mukadimah nye lain kali jgn ambil pil tu bile dah khayal mcm2 blh nampak..kite kan solat.minum arak atau x di larang sama sekali umat islam masuk club apatah lagi bersosial dengan laki.nasib la dorg x amk kesempatan…
    rock betul kau ni.haha

  9. pe benda la..kupu2 malam tu pelacur…..kau pulak jenis meneman orang karok..pastu ulang bukan GRO…tapi boleh g clubbing & telan ecstacy ..cakap la apa kau nak cakap, orang dah ada pemikiran sendiri pasal kau…

    lain kali jangan masuk industri perhotelan yg bahagian camtu, nasib dia kasi kau ecstacy ,kau sedar lagi..mau dia letak ubat tidur ke apa..kalau kena ecstacy pun kau sorok dalam baju dia, kalau kau telan ubat tidur, silap2 dia yg menyorok dalam baju kau

    1. “Silap2 dia yg menyorok dlm baju kau…”

      Hahahahahahha…
      Gelak guling2…
      Hahahahahaha guling2 lagi…
      Hahahahaha…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.