Kisah seram di padang pasir

Peristiwa PAHIT di bumi Arab
Peristiwa ni sebelum pah ke madinah. Pah ada kongsikan kisah seram orang pecah masuk rumah pah di madinah..terima kasih semua yang sudi baca..
Kisah kali ni pah nak berkongsi saat dan detik pahit, detik mendebarkan, mencemaskan dan saat yang pah takkan lupa sampai hari ni. Kisah ni masih segar dalam ingatan pah dan tak ramai sahabat2 pah di Saudi tahu.

Perjalanan dari Riyadh ke Madinah lebih kurang 12 jam melalui jalan darat. Pah takder pilihan sebab nak pindahkan 4 luggage besar ke Madinah(transfer keje ke madinah) so atas persetujuan dengan bayaran Rm1500 kepada seorang driver under hospital National Guard, Raaz, esok harinya kami akan mulakan perjalanan.

Kami bertolak dari Riyadh, seperti biasa pah ditemani insan yang baik hati Kak Su. Kami bertiga mulakan perjalanan dengan kereta Innova seawal pukul 8 pagi.

Sempat pah buat breakfast nak makan dalam perjalanan, nasi goreng dan nuggets, kak su bawa teh O panas pudina. Sambil menikmati pemandangan kiri kanan ( takder apa yang menarik, seluas padang pasir) kami makan sambil berbual kosong.

Dalam lebih kurang 4 jam perjalanan tiba tiba kereta kami diekori sebuah kereta peronda dan membunyikan siren minta kami berhenti.

Raaz stop tepi jalan dan dia keluar dari kereta ke polis peronda, 2 minit Raaz ke kereta kami dan minta kami serahkan Iqama kami ( Saudi ID – macam ic) lama juga Raaz bersama polis kat luar tu, hati dah mula rasa tak sedap. Tapi bila fikirkan takder apa salah, pah dan kak su fikir positif je.
Hampir 20 minit Raaz masuk kereta dan berkata “sister, we’re in problem’’ alamak apahal ni…

Peronda tu pegang iqama kami dan minta kami ikut kereta peronda tu. Pah asyik tanya2 dengan Raaz kenapa..kenapa..kenapa dia pon tak tau. Allahurabbi…

Hampir sejam ikut peronda tu tetiba mereka belok kanan ke arah padang pasir. Seluas2 padang pasir yang takder apa kiri kanan. Lepas setengah jam pah nampak ada khemah2 kecik, beberapa polis tengah baring santai2 dalam khemah tu! Ya Allah tempat apa ni…depan sikit ada khemah lagi besar dan ramai jugak polis dalam tu, ada yang tak berbaju, ada yang pakai singlet, ada yang tengah baring santai hisap shisa!!!!

Jantung ni rasa macam nak tercabut, pegang tangan kak su tak lepas, suasana tu sangat scary. Kami berhenti betul2 depan khemah besar tu. Raaz di minta turun, kami stay dalam kereta. Pah nampak Raaz masuk dalam khemah dan duduk melutut depan polis yang tengah hisap shisha. Tak tau apa yang dibualkan. Pah dalam kereta dah macam cacing kepanasan walaupon time tu cuasa sejuk sebenarnya. Kak su nampak tenang je..pah dah mula nak nangisss.

Sejam berlalu, Raaz masih melutut depan polis tu. Sorang2 polis ke kereta kami, duduk kat tempat driver dan menyoal kami macam2 soalan, nak ke mana, keje mana, kenapa pergi Madinah, anak berapa, macam2 lagi. Pah dah mula rasa tak selesa.

Last sekali ada seorang polis lain masuk dalam kereta, kak su tanya apa masalahnya dengan kami? Polis tu jawab “ fi musykillah, anta sawa2 driver mafi mahram’’ eh dia kata, masalah besar, kami travel dengan lelaki bukan mahram, apa yang bukan mahram, kami bertiga bukan berdua.

Ya Allah, pah menggigil dan menggeletar satu badan bila baca sms dari Raaz “sister, whatever is happen don’t come out from the car! Just stay in the car!”

Pah menangis dekat kak su ketakutan. Hujan renyai2 kat luar tu, kami kesejukan dalam kereta. Pah peluk kak su, kak su cuba untuk tenang, dia bagi pah tasbih “ann, jangan macam ni, rileks, kita tak buat apa2 salah, Allah ada, Allah mesti tolong kita, percayalah, zikir banyak2 ann’’ pah dah tak boleh focus, macam mana nak tenang, kalau apa2 jadi kat kami di tengah padang pasir ni takkan ada saper2 yang tau. Dan kami tak tau pon lokasi kami kat mana time tu. Kak su pon dah mula ketakutan. Ada jugak kak su call sahabat lain dan maklumkan, Cuma tak tau lokasi kat mana.

Bayangkan hampir 5 jam Raaz melutut depan polis tu, akhirnya Raaz masuk kereta dan start enjin. Katanya kena follow lagi kereta peronda tu ke balai polis besar Madinah. What??? Balai polis… apa salah kami….macam2 soalan pah tanya dengan Raaz tapi dia tak jawab, dia pon nampak takut. Kami terpaksa ikut sebab iqama masih dengan mereka.

Tetiba dia buka dashboard kereta hulur kami beg kecik ( dalam tu banyak namecard), suruh kami cari nama Yusuf Alsyamari dari Dammam, katanya dia ketua polis di Dammam. Dalam beratus name card tu nasib baik jumpa. Raaz call dan pah pon tak faham apa yang dorg bualkan.

Masa tu dah hampir nak maghrib, hujan renyai, pah dah lepak, lemah sebab banyak menangis. Zikir, doa tak putus dari mulut. YaAllah…tolong aku..aku takut sangat…lindungi kami dari nafsu mereka. Sungguh takut yang teramat sangat.

Perjalanan hampir 2 jam ke arah Madinah, akhirnya kami sampai di balai polis besar. Pah dan kak su stay dalam kereta, Cuma Raaz yang keluar. Tiba2 phone pah bunyi, abah! Abah call pah dari Malaysia. Ya Allah macam mana pah nak sorokkan perasaan ni?? Abah tau pah travel ke Madinah, abah risau sebab lama tak call update abah, dengan husbnd pon pah takder call. Bila abah tanya pah terpaksa berbohong cakap dah nak sampai Madinah, dan pah sorokkan perasaan takut, kalaulah abah nampak airmata pah keluar tanpa henti…pah minta mak abah doakan pah selamat sampai. Dalam hati ‘’Ya Allah kau gerakkanlah hati mak aku untuk doakan keselamatan kami agar kami selamat sampai” pah tau doa ibu tiada hijab dan akan dimakbul Allah. ‘’mak…doakan adik mak….”

Setengah jam berlalu, tiba2 Raaz masuk kereta dan pulangkan iqama kami!!!! Alhamdulillah katanya… Ya Allah tak terucap perasaan lega time tu.

Raaz cerita, dia berselisih dengan ketua polis Madinah, (polis tu nak balik dah) pastu dia masuk balik dan tanya Raaz, dia ke yang dari Riyadh? (mungkin dia yang dihubungi oleh polis dari Dammam) Polis tu terus amik kertas dan sign, minta iqama kami dari polis peronda dan pulangkan pada Raaz. Ketua polis kata peronda tu bodoh sebab tuduh kami atas kesalahan travel dengan lelaki bukan mahram, sedangkan kami bertiga .Tapi kalaulah tak sempat jumpa ketua polis tu alamatnya kami kena bermalam di lokap!!!! Bayangkanlahhhh…sungguh Allah baik…Allah selalu hadirkan insan yang baik untuk pah. Terima kasih Allah.

Masing2 senyap 1000 bahasa sampailah rumah sewa pah, setel angkat luggage, Raaz ke hotel. Pah dan kaksu bermalam di rumah sewa pah. Raaz pesan esok nak balik Riyadh kena travel awal pagi lepas subuh. Ya Allah perjalanan yang terlalu penat dan letih, moga esok dipermudahkan.

Lepas subuh kami gerak balik Madinah, sungguh pah rasa trauma sangat2 tengok kiri kanan padang pasir. Tak henti2 mulut ni berdoa.

Akhirnya kami sampai ke pintu gerbang Riyadh. Barulah Raaz berani bersuara dan bercerita apa yang berlaku masa dia dalam khemah tu.

Kebenaran pon terbongkar, rupanya iqamah Raaz dah m**i! Itulah sebab utama kami kena tahan dengan peronda, tapi Raaz rahsiakan. Bila sampai kat khemah tu, polis tu tawar menawar dengan Raaz. Katanya ‘’aku boleh lepaskan kau, tapi bagi kami 2 orang sister tu,”

Pah naik marah bila dengar apa yang Raaz cerita, sebab sifat tamak dia nak rm1500 tu dia letakkan kami di situasi antara hidup dan m**i!. Kalaulah pah tahu iqamah dia dah m**i tentulah pah cari driver lain, Allahu… pah tak dapat bayangkan kalaulah kami ni di hadapkan depan polis2 tu..

Tapi Raaz rasa bersalah, dia cakap kat polis tu, walau nyawa dia jadi taruhan ,sanggup berbunuh tapi tetap takkan lepaskan kami kat polis jahanam tu. Tu yang sampai 5 jam dia duduk mengadap tanpa mengalah.

Astagfirullahhhh….. menghela nafas panjanggggg… walau macam mana pun Allah masih hadirkan insan yang baik, walaupon dia sikit tamak tapi dia masih bertanggungjawab atas kesalahan dia. Baiknya Allah…….

Pah begitu tak sangka pengalaman sepahit ni yang pah tempuh sebelum pah dapat manisnya.

Setelah selamat sampai Malaysia barulah pah cerita semuanya pada husband dan family, mereka menangis, patutlah mak abah husband pah tak sedap hati. Lepas abah call malam tu, mak menadah tangan berdoa keselamatan pah. Doa seorang ibu, Allah kabulkan..terima kasih mak…

Ada banyak kisah kami dengar, perempuan dari negara2 lain, di bawa lari polis, askar ke padang pasir, dirogol pastu d*****h, takder saper yang tau. Itulah hakikat yang berlaku di bumi Arab. Selalu kalau Jemaah haji umrah mesti diingatkan, kalau naik teksi, lelaki naik dulu, kalau turun perempuan turun dulu. Bukan peringatan yang saja2. Ambillah iktibar dari pengalaman pah ni.

Ada seminggu untuk pah berkemas baju dan kelengkapan husband dan anak untuk kami fly ke Madinah. Tak sabar rasanya nak mulakan kehidupan baru di Madinah.

Next chapter, permulaan hidup kami di Madinah.

Dalam pahit, pasti ada manis,
Dalam manis, pasti ada pahitnya.

Sherifah ismail
Ex Saudi staff nurse,
Lots of love

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

sherifah ismail
Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 4.8]

6 thoughts on “Kisah seram di padang pasir”

  1. Selepas baca dua cerita dari Pah, pakcik dapat simpulkan bahawa Pah ni seorang yang cepat cemas. takut dan hampir tidak berfikir dengan waras/tenang. Kaksu nampaknya seorang yang lebih matang dan bertenang di saat cemas. Nasib baik ada Kaksu. apapun, pakcik lega PAh dan Kaksu selamat

    Reply
  2. Tinggal di negara Arab banyak dugaan nya dengan kerenah Arab
    Saya bekas pelajar di universiti Islam Madinah, tinggal di Madinah 6 thn dari Dec 1979 hingga sep 1985.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.