Cucu Mak Sehah (Akhir)

“Apa yang jadi kat mak sehah ngan cucu dia? Soal hafiz . Ya , dia memang tahu apa apa atau boleh dikatakan “bingung” dengan
“Cucu dia nenek dia jumpa meninggal kt sebelah perigi antara rumah mak sehah dgn tumah kau tu,polis kata budak2 tu terjatuh tersadung batu kat situ tapi taktau siapa letak,mak sehah pulak hilang lepas kejadian tu , orang kampung dah cuba cari tapi takjumpa , mungkin dia sedih dan perlu masa sikit kot.” Jawab syah bersungguh sungguh.

Hafiz? Terkedu.

2 minggu sebelum

“Hadoi memekak budak budak ni dok main main kt belakang rumah ni , kang jatuh berterabur barang-barang kayu aku kat belakang tu nahas lah korang” bebel Hafiz yang rimas dengan kerenah cucu2 mak sehah yang selalu teraburkan barang barang tuan rumah kat belakang . Hafiz pun dah panas telinga asyik dibebel dengan tuan rumah pasal barang barang kat belakang asyik hilang .

Malam selepas tu

Hafiz mengambil batu yang agak besar untuk budak budak tu angkat dan letakkan di tepi perigi tersebut . Rancangan dia supaya kanak kanak tersebut takut untuk bermain di situ sebab taklarat nk angkat batu batu tu . Tapi dia tak sedar yang tindakannya tu akan bertukar menjadi satu tragedi hitam .

“Oi Piz kau ok tak ?”Syahril mengejutkan Hafiz dari lamunannya .
“Aku balik dulu la bro ” Hafiz terus meninggalkan Syah tanpa mengucapkan terima kasih kerana telah menyelamatkan nye malam tadi .
Syahril pelik. Dia ekori Hafiz perlahan lahan balik ke rumah Hafiz .

Sesampai di rumah Hafiz , dia terus masuk ke rumah lalu mengambil pen dan kertas . Syah hanya tunggu di luar , menunggu jika rakannya itu membuat sesuatu yg pelik .
Hafiz keluar dan tampalkan nota di pintu belakang rumah Mak Sehah dimana dia selalu tegur mak sehah yang sedang menjemur baju , kadangkala menyapu halaman rumahnya .

Dia terduduk di hadapan pita “Awas Garisan Polis” . Dia terus meninggalkan rumah mak sehah dan rumahnya . Berlari tanpa arah tuju . Berlari dengan penuh rasa bersalah,sedih dan macam macam lagi rasa kesal di dalam hati . Tiada apa yang boleh diungkapkan dengan kata kata lagi . Segala galanya telah musnah , kini dia sedar yang dirinya tu penyebab kematian cucu mak sehah , dia penyebab keluarga mak sehah hancur .

Syahril senyap senyap menyusup masuk ke belakang halaman rumah Mak Sehah . Dia membelek nota tu dan membacanya . Kini dia dah faham apa yang membuatkan Hafiz rasa terganggu .

Kampung Gembira: Seorang lelaki ditemui orang kampung maut tergantung di sebuah rumah usang di hujung kampung gembira . Lelaki tersebut dikenali sebagai Muhd Hafiz Bin Hamzah,21, ditemui tergantung bersama dengan sepasang selipar kanak kanak dan kesan cakaran di seluruh badannya .

Polis masih menyiasat dan mengesyaki bahawa lelaki tersebut d*****h sebelum digantung di rumah tersebut . Muhd Hafiz dikatakan adalah suspek yang menyebabkan kematian Muhd Idram,6, dan Nur Syakila,8, yang ditemui maut di kawasan rumah neneknya akibat “disabotaj” setelah dilaporkan oleh rakan suspek yang suspek telah menulis nota dan dilekatkan di belakang rumah nenek mereka .

————–TAMAT———-

SiPembaca

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Cucu Mak Sehah (Akhir)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.