Dalam Lelap Aku 2

Malam tu sunyi. Entah la sudah pukul berapa. Aku keluar dari rumah. Berderet rumah teres di depan aku gelap aja. Jiran-jiran semuanya dah tidur. Kaki aku dengan sendirinya melangkah ke jalan di sebelah kanan. Jalan kecil je, bukan jalan raya. Sebelah jalan tu ada lalang yang tumbuh sama tinggi dengan manusia. Samar-samar lampu jalan membantu aku melihat. Entah kenapa aku melangkah ke situ. Kat sebalik lalang tu ada seseorang tengah mengintai. Bila makin dekat baru ke sedar tu ianya berbentuk kabus-kabus je. Jadi sah –sah la bukan manusia. Wajah tak jelas sangat sebab bentuk dia macam asap hitam dan putih je. Rambut dia tak la panjang sangat.

Aku undur ke belakang, dia makin dekat pulak. Lama-lama aku tak boleh bergerak. Kaki aku terpaku. Aku baca ayatul kursi belum sempat habis, suara aku seperti ada benda yang tarik masuk ke dalam. Tak terkeluar suara aku tu. Tiba-tiba ada dengung dalam kepala. Macam mana bunyi dengung? Korang pergi tekap telinga dekat PLUS air panas tu (make sure air panas tak ada la, karang tak pasal melecur pulak.)

Okey sambung..
Bunyi tu macam penuh satu kepala aku. Masa tu hati dok panggil mak aku ja. Tapi tak ada sesiapa yang ada masa tu. Badan aku makin berat, tak boleh bergerak. Asap bentuk wanita tadi mula terbang dan cuba masuk dalam mulut aku. Lama-lama rasa mata aku mula pitam dipenuhi asap yang masuk memenuhi kepala bersama bunyi dengung. Aku tak nak mengalah, aku cuba baca ayatul kursi berulang kali. Tak sempat dia nak masuk habis aku terjaga dari tidur.

Masa terjaga tu, aku terus bangun dari perbaringan. Mata aku masa tu masih ada lagi sisa pitam macam dalam mimpi aku. Dengung dalam kepala tu pun masih tersisa walau tak lah kuat sangat. Tangan aku menggeletar macam orang yang dah tak ada tenaga. Rasa macam banyak tenaga aku hilang. Aku tak jadi tidur, sebab aku tahu mesti ia akan berulang kembali.

Memang hati pun tak sedap. Aku turun dari katil. Cepat-cepat lari ke bilik mak. Malam tu aku tidur dengan mak lagi. Baru je nak tidur, lepas 15 minit aku dah mula dengar bunyi dengung tu. Cepat-cepat aku bangun. Mak aku dah mengeroh tidur. Malam tu aku tidur sambil duduk je. Mimpi cuma mimpi, tapi aku rasa betul-betul jadi. Aku masih boleh ingat apa yang aku nampak dan aku rasa masa tu. Masih jelas. Salah aku juga tidur tak baca doa. Main tidur je. Ingat cukuplah sekadar baca bismillah dan mengucap.

Lepas beberapa minggu, tergempar satu cerita. Tu pun lepas mak dan ayah balik dari jamuan jiran sebelah. Lepas balik tu, mak cerita kat aku. Jiran sebelah aku jumpa KAK PON. Dekat jalan tu. Dah la rumah aku jenis rumah tepi. Rumah aku la paling dekat dengan jalan tu.Jadi rasa cuak dan seram juga lah bila mak cerita. Sambil mak cerita, sambil dia pegang lengan sebab meremang. Mak cakap anak dia siap tangkap gambar lagi benda tu. Anak jiran aku ni mata dia boleh nampak juga.

Gambar tu pun mak dan ayah aku sempat tengok. Dia kata dia ikut lori yang di bawa oleh jiran aku balik. Dia mengandung. Dia asal Pulau Pinang. Dia m**i kena rogol. Mak cakap rupa macam anak mami, cantik. Walau gambar tu cuma macam lut sinar, masih boleh nampak kecantikan dia. Memang gambar dia pun macam dia pakai baju putih dan perut dia macam buncit sikit. Jadi mimpi aku masa tu betul ke dia yang aku jumpa? Aduiii.. Tu dulu, sekarang ni aku tak tahu dia masih tinggal di lorong kawasan kejiranan aku ni atau dah lama pergi tempat lain.

Cerita kedua..

Inilah permulaan segalanya. Masa ini umur 16 tahun.

Aku ni jenis rapat dengan atuk dan nenek. Bukan aku je, sepupu lain pun rapat. Jadi hari cuti sekolah aku dan sepupu sepapat semua akan pergi tidur rumah nenek. Malam tu berhimpun la kaum kerabat kami tidur di ruang tamu. Aku jenis tak suka tidur berhimpit dengan orang. Aku lebih rela tidur atas kusyen. Jadi disebabkan aku ni berlagak sikit tak nak tidur dengan sepupu, Tapi malam tu aku tak tidur di kusyen macam selalu, aku tidur dekat hujung sekali. Luas je kat situ, aku sorang-sorang.

Tapi malam aku tak boleh tidur. Terjegil lah mata memandang orang lain tidur. Lama-lama aku terlelap sendiri. Rasanya tak sampai pun 30 minit. Tiba-tiba aku rasa ada orang ada dekat dengan aku. Tangan aku tersentap dari pegang bantal. Rasa macam diri di perhatikan. Aku berani kan diri tengok keadaan sekeliling. Eh! Tak ada apa-apa pun. Aku tidur balik, tutup muka dengan bantal.

Masa tu aku rasa ada orang jalan-jalan keliling aku. Aku naik geram sebab ingat sepupu yang buat macam tu. Hati aku je boleh rasa rupa dan tingi dia macam budak-budak 5 atau 4 tahun je. Perempuan ke lelaki ke aku tak pasti. Masa aku nak marah dah, sebab aku tau ni mesti sepupu aku. Tapi bila nak gerakan badan aku dah tak boleh. Lama-lama makin semput jadinya. Padan muka pekup lagi muka dengan bantal.

Aku rasa badan aku tak terdaya nak bergerak. Tangan pun rasa macam susah sangat nak tolak bantal aku ni. Masa ni ayatul kursi pun tak tahu lagi. Yang tahu baca 3 qul je. Lepas tu tak jadi juga. Mulut dok sebut nama Allah banyak kali. Sampai la aku boleh gerakan badan semula. Masa tu badan dah berpeluh. Aku rasa macam ada je orang dok perati aku. Bila aku tidur semula, benda ni berulang lagi. Sampai la penat bergelut, aku terus bangun ke tandas ambil wuduk dan aku baca yassin sebelum tidur. Sebab takut sangat, aku heret tilam dan bantal, tidur di hujung kaki atuk dan nenek. Bila nenek tanya, aku cakap saja je nak tidur situ.

Inilah permulaan gangguan dalam lelapku. Sering benda macam budak2 tu muncul ganggu aku. Makin lama makin rajin dia ganggu aku dan makin lama, ada pulak benda lain pun datang ganggu. Tapi sekarang budak tu dah tak ada. Last dia datang beberapa tahun dulu, lepas kena tampar dengan aku (sebab aku ada masa, angin panas baran datang semua benda jadi kecil depan aku), lepas tu dia dah tak datang dah. Atau juga mungkin dia dah besar sekarang jadi tak main dah benda macam tu. Sebab kadang-kadang aku rasa ada bayang lelaki tinggi macam adik aku, suka datang tengok aku buat kerja di dapur. Ada juga dari ekor mata, aku nampak ada orang lalu sebelah aku. Benda ni bukan ja aku yang rasa, tapi mak aku pun pernah juga rasa macam ni. Tapi dia tak pernah pun buat apa-apa. Pernah juga adik nampak bayang macam susuk tubuh laki dalam gelap sedang berjalan-jalan di dapur.

Tahun lepas aku pindah bilik. Sebab bilik yang aku duduk tu, aku kasi kat adik. Aku pindah ke bilik yang sebelum ni dijadikan bilik simpan barang. Lepas habis kemas, aku pun tidur. Malam tu seperti biasa aku tak boleh tidur. Sebab ada orang dok suluh muka aku dengan cahaya seperti torchlight, main-main betul dia. Bila aku buka mata, tak ada pulak gerangannya. Tapi lebih baik daripada tak nampak. Aku sendiri pun tak sanggup nak berhadapan dengan dia. Cukulah sekadar dalam lena.

Dua malam aku kena macam tu. Last sekali aku tidur buka surah yassin hingga ke pagi. Sampai sekarang kalau balik rumah, dan nak tidur bilik baru tu, aku buka yassin sampai lah pagi. Baru indah lelapku. Minggu lepas cuti semester. Aku balik rumah. Satu malam masa tidur tu, ada 3 orang perempuan tua rambut macam rebonding je, tapi rambut dah beruban panjang ke pinggang. Pakai baju putih. Diorang masuk bilik aku, jalan terkedek-kedek. Masa tu, tiba-tiba suara bacaan yassin makin menghilang. Diorang datang tak buat apa pun. Cuma diorang angkat tangan aku dan dok teliti tangan aku. Lepas tu aku azan je baru diorang cepat-cepat nak keluar dari bilik, sampai aku tersedar.

Entah la pabenda diorang dok belek tangan aku tu. Tapi sebelum tidur tu ada la aku pakai minyak kasturi emas kat pergelangan tangan aku tu. Minyak tu ayah belikan. Sebab aku suka bau dia. Setakat ni tak ada la gangguan pelik-pelik dalam keluarga aku. Hanya aku saja suka disapa di dalam lena. Pasal korang da yang tanya kenapa tak pergi berubat kan? Bukan tak nak pergi cepat-cepat. Aku dah banyak kali ajak mak aku pergi cari orang yang tau berubat. Tapi dia macam susah nak cari yang betul-betul ubat cara islam. Lagipun kata mak aku, kena tunggu satu keluarga ada dan berubat terus. Sebab hal ni ada kaitan dengan kaum kerabat kami.

Sebenarnya mak takut, makin berubat makin teruk pulak jadi, sebab aku masih lagi belajar. Sebab tu mak nak aku habis belajar. Boleh je aku pergi cari sendiri, tapi orang yang nak ubatkan aku tu pun nasihatkan aku supaya datang sekali dengan family. Benda ni bukan aku sorang je. Cuma setakat ni tak ada lah aku cuba scan ke apa dengan orang tu. Memang gerak hati cakap, ada something dari keturunan aku. Doakan aku ye. Kalau korang suka, nanti aku cerita lain pulak. Kalau ada yang pandai berubat tu, boleh la bagitahu, nanti aku boleh la recommend kat mak. Kadang-kadang aku pun rasa letih sangat.

Sekian.. Assalamualaikum..

Nurhan

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

10 thoughts on “Dalam Lelap Aku 2”

  1. Awk duk mne? Kalau area negsri sembilan sy ad knl beberap org ust yg boleh bt rawatan islam..xde unsur syirik..ruqyah sje

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.