#dammerung- Bapok Genting

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahabat handai. Kali ini aku berminat untuk kongsikan sebuah cerita dari writer #dammerung . Memandangkan beliau belum pernah berkongsi story ni di sini, so aku tolong kongsikan atas kebenaran beliau sendiri. Enjoy reading guys!!!

kopi&pasta


Dah jadi tradisi Amin (pencerita) dan housemate untuk berjimba bersama setiap Jumaat malam Sabtu, samada layan midnight show kat Midvalley, tengok bola kat mamak or just a simple dinner. Kenderaan ‘rasmi’ ialah van Toyota klasik milik Johan ‘Jon’. Jon tak tinggal sekali dengan diaorang, sebab rumah parent dia kat area situ jugak tapi selalu la lepak kat rumah sewa Amin sampai dah dianggap sebagai housemate tak rasmi.

Malam itu masing-masing tak tahu nak buat apa. Nak layan movie, semua cerita tak best, nak tengok bola, season EPL dah habis. So semua decided makan kat Balakong then balik main PS1 kat rumah sewa.

Van dipandu Jon keluar dari perkarangan flat dan menuju ke Balakong, riuh-rendah dengan 8 orang student universiti memekak macam makcik-makcik pergi kenduri kahwin.

Agaknya sedap berborak, Jon tersalah jalan. Salah seorang dari geng, Ebon cadang pergi makan kat Sungai Besi alang-alang dah mengarah ke sana, tapi terlepas simpang, so teruskan aje masuk KL.

Ayob cadang pergi Kampong Baru aje lah, then round-round pasar bundle Chow Kit. Sakan shooting the shits punya pasal tersesat ke DBP. Putar balik dan masuk Jalan Istana dan masuk Jalan Kuching tapi SEKALI LAGI tersalah jalan.

Kali ni termasuk jalan pergi area Gombak/Batu Caves. Ingatkan nak buat U-turn patah balik ke Jalan Kuching, ada pulak yang mengada-ngada cakap;

“Genting, ada berani?” Sebab kat depan ada signboard tunjuk arah Genting Highland.

Amin memang tak nak lah sebab dia pakai seluar pendek. Separuh tak nak, separuh lagi cakap “joommmm”

Kata putus di beri ke Jon sebab van dia dan dia yang driving. Amin terpaksa akur bila Jon cakap “Selambee Genting”

Disebabkan beberapa orang mengade nak naik Genting, semua terpaksa tong-tong duit minyak dan tol. Setiap sorang kena kasi RM10. Mungkin bunyi macam tak banyak lah RM10 sekarang tu tapi bagi seorang student universiti pada tahun 2001, RM10 kira banyak gile dah.

Tiada apa berlaku on the way naik Genting dan ketika berada di atas tu. Cerita jadi time nak turun. Van mula menuruni jalan bukit yang bersimpang-siur lebih kurang pukul 1 pagi. Kata Amin, masa tu boleh dikatakan jalan Genting Highland tu lengang sebab dah 3-4 corner takde kereta lain kecuali van Toyota Jon. Cahaya merah dari breaklight kenderaan di sebalik corner seterusnya membuatkan Jon memperlahankan van.

Sebuah Perodua Kembara berada di depan dan bergerak dengan kelajuan yang even nenek 90 tahun pun boleh bengang. Boleh je overtake tapi Jon tak nak ambil risiko bertembung dengan incoming traffic. Jon cucuk-cucuk kat belakang sebagai isyarat untuk lajukan sedikit kenderaan tapi buat tak tahu je Kembara tu.

Jon bagi high beam dua tiga kali tapi boleh main brake brake pulak Kembara kat depan ni. Amin dan lain-lain suruh overtake je dan masa berselisih tu kasi slow sebab nak ‘ajar’ sikit Kembara depan diaorang ni sebab driving macam sial.

Van memotong Kembara dan semua standby kat tingkap nak menganjing. Sebaik saja van betul-betul sebelah Kembara, mereka ‘disambut’ sekumpulan bapok.

Tak susah nak sahkan Kembara itu dipenuhi geng pondan dengan muka semua jantan habis dan riben-riben besar kat kepala, I mean you know men dressed as women when you see one, especially when it is obvious.

Sepatutnya mereka yang menganjing, tapi bapok-bapok tu pula yang lebih-lebih sampai takut Amin dan lain-lain. Jon siap overtake Kembara tersebut dan melajukan vannya meninggalkan geng bapok jauh di belakang.

The mood in the van seems to die a bit. Salah seorang dari mereka (Amin tak ingat siapa) menimbulkan persoalan yang buat semua tertanya-tanya.

“Wei, Kembara boleh muat berapa ramai? Apasal aku tengok ramai gile tadi?”

Amin cuba recalled balik, memang betul. Rasanya dalam Kembara tadi lebih dari 5 orang sebab kat seat belakang je dia perasan ada 6-7 bapuk dok terjerit-jerit kat diaorang tadi. Ada cakap 7, ada cakap 8, ada cakap 10, kesimpulannya Kembara yang dilihat mereka tadi melebihi kapasiti tapi tak sangka pulak boleh fit semua tu. Kalau difikir-fikirkan tak logik pun apa yang mereka lihat tadi.

Mereka dikejutkan dengan bunyi kenderaan memintas laju di sebelah. Sedar-sedar Kembara sudah berada di hadapan mereka dan sengaja memperlahankan kelajuan seperti tadi. Kali ini cermin belakang Kembara tersebut dipenuhi bapuk-bapuk. Amin kira sendiri ada 10-11 kepala bertepek kat cermin belakang making faces at them. Mula-mula rasa annoying tapi dah lama-lama dah start meremang.

“Jon, lain macam je wei bapok-bapok depan ni” kata Amin dari seat depan.

Jon diam je tapi Amin boleh tahu perasaan Jon ketika tu dari peluh yang merecik kat dahi. Kat belakang pula dah macam-macam doa ade, takut punya pasal.

Dalam ramai-ramai tu Amin la paling tensen sebab tingkap dia takleh naik sejak dari atas Genting lagi. Dibuatnya kalau ada bendalah terbang nak masuk van diaorang mesti dia yang kena dulu. Benda-benda mengarut dah mula bermain-main di minda Amin. Kembara kat depan start main brake-brake balik.

“Jon ko stop dulu lah memane, biar pondan pkmak ni blah dulu” kata Ayob dari belakang.

Di satu corner terdapat extra space untuk emergency stop dan van Toyota berhenti di situ. Amin dan lain-lain melihat Kembara bapok meneruskan perjalanan. Terasa lega apabila Kembara tersebut mula memasuki corner. Limpahan lampu merah dalam kegelapan malam membuatkan semua tersentak. Kelam-kabut Jon hidupkan van di saat buntut Kembara muncul depan mereka.

Kata Amin nak tercampak semua dalam van bila Jon hit the pedal to the floor. Van memintas Kembara yang masih terkial-kial mengundur. Sempat Amin melihat bapok-bapok dalam Kembara melihat mereka dengan mata terbuntang.

Kali ni no more safeplaying. Van Toyota tua Jon meluncur selaju-lajunya menuruni Genting Highland. Sampai Amin sendiri cakap yang dia dah expect akan accident masa tu. Mengetahui betapa intensenya situasi ketika itu, nobody complains about the speed. Semua dah tak sanggup nak deal dengan geng bapok Kembara.

Kelajuan dikurangkan sebaik van memasuki highway dan sekali lagi mereka menarik nafas lega. Gelak tawa memenuhi ruang van dengan masing-masing berborak pasal terrifying moment brushing with mysterious Kembara. Somebody in the group bring up the big elephant in the room…

“Korang rasa tak yang bapok-bapok tu mungkin bukan …orang?”

Suasana hening mula menghimpit. Walaupun sekejap je scene menakutkan dengan geng bapok tadi tapi cukup untuk traumatize kan Amin and the geng. Masing-masing mula sentap setiap kali ada kereta kat sebelah, menggelabah tak tentu pasal.

Van memasuki terowong Genting Sempah. Lagi separuh nak keluar terowong, ada high-beam berkali-kali dari belakang. Semua pelik kenapa pulak nak high beam sebab diaorang dah kat lane kiri. Jon pun dengan naifnya tukar lane kanan, ingatkan nak kasi laluan tapi kereta kat belakang ikut sekali tukar lane dan main high beam lagi.

“Malaon betul lah keta belakang ni” marah Jon. Di pasang hazard light dan kelajuan dikurangkan. Ingatkan kereta belakang akan overtake lah tapi sangkaan mereka meleset apabila kereta tersebut turut memperlahankan kelajuan. Orang yang duduk kat seat belakang pergi usha kereta belakang dan….

“Jonnnnn…keta bapokk kat belakanggg….blah cepat blahhhhhh”

Kecut perut Amin bila dapat tahu rupa-rupanya Kembara bapok kat belakang. Terhenjut-henjut van apabila Jon tergesa-gesa masuk gear sebab main clutch tak betul. Kembara steady follow kat belakang, tak kira bagaimana laju Jon memecut. Amin pulak tak habis-habis cuba naikkan tingkap yang stuck. Dia tak nak ambil risiko kalau tiba-tiba Kembara tu mencelah kat sebelah dan tarik dia masuk dalam kereta.

“Ko boleh tak stop rosakkan kete aku?” keras pertanyaan Jon kepada Amin.

Amin stop cuba naikkan tingkap. Dia memandang Jon dengan riak seolah berkata “F**k you!”. Lain-lain kat belakang tak habis-habis kasi update setiap 10 saat, Kembara kat kanan, Kembara kat kiri, makin dekat, makin jauh, laju, perlahan.

Perkara yang paling Amin takutkan akhirnya terjadi. Dengan mudah Kembara menyusup ke sebelah kiri dan steadily cruising along. Kali ni Amin boleh lihat jelas makhluk-makhluk dalam Kembara.

Kalau korang pernah tengok kat majalah ke, TV or mana-mana lah, bagaimana rupa orang zaman batu, ha macam tu lah rupa bapok-bapok dalam Kembara tu. Nak kata macam orang, tak macam orang, tapi nak kata tak macam orang pun ada jugak rupa orang. Masa aku dengar cerita Amin ni, aku imagine bapok-bapok dalam cerita ni macam orang Neanderthal.

Anyway, bapok-bapok memang colorful habis lah. Macam monyet-monyet sarkis yang dimekapkan. Lepas tu gelak ramai-ramai tengok Amin and the rest. Sempat juga Amin dengar bapok-bapok tu bertutur dalam bahasa yang tak difahaminya.

Sedikit demi sedikit Kembara menghampiri sisi van. Budak-budak kat belakang dan start menjauhi tingkap. Amin pulak nak mengensot macam mana pun still dia kat sebelah tingkap sebab duduk seat depan. Tiba-tiba salah seorang dari geng bapok mencengkam pintu seat depan, apa melompat Amin pergi seat belakang.

Punyalah kuat bapok yang pegang pintu van tu sampai pecah cover plastik pintu digenggamnya. Tuan punya tangan kemudian keluar dari tingkap cermin Kembara.

Gila tak gilalah ‘bapok’ tu kata Amin, dia boleh berdiri kat tengah-tengah balancing between pintu van dan Kembara. Then menari-nari sambil terjerit-jerit. Dalam van ada yang suruh Jon kasi jatuh bapok itu dan ada yang cakap jangan, nanti tak pasal-pasal kes cubaan membunuh pulak. Bila dah yang lain dalam Kembara start memanjat keluar tingkap nak buat kerja gila tu jugak, Jon kasi balas ke sebelah kanan dan tergolek dog lah bapok itu di tengah-tengah highway.

Amin yang masih di belakang melihat dari rearview mirror, Kembara di belakang stop tengah highway dan perlahan-lahan hilang dari pandangan. Time goes by, Amin dan lain-lain menarik nafas lega bila nampak KLCC. Boleh anggap settle lah kejadian tadi sebab kalau Kembara tu nak catch-up pun tak terkejar dah kot.

Van Toyota merentas lebuhraya Utara-Selatan yang agak lengang menuju ke Serdang. Tiba-tiba terdapat kilauan menyakitkan mata dari rearview mirror dan hentakan kuat di belakang van menyebabkan Amin dan lain-lain tercampak ke depan. Jon sedaya-upaya cuba mengawal van yang dah macam nak terbalik. Kedinginan angin malam memenuhi ruang van, masuk dari tingkap belakang yang pecah. Dari pintu belakang yang dah remuk, kelihatan cahaya terang pantas menghampiri van dan sekali lagi…

DUMMMMMMMM!!! van tua Jon di lanyak buat kali kedua. This time around, the torment is too great for the good ol’ van to handle. Stereng van berat menandakan tayar belakang dah out. Jon mengemudi van ke tepi jalan. Tak boleh nak jalan dah. Sempat mereka melihat sebuah Kembara di jalan raya dengan bahagian depannya dah rabak, front guard terjuntai dan lampu-lampu pecah. Kembara tersebut memecut jauh meninggalkan Amin dan rakan-rakan.

Tengok line dah clear dari Kembara puaka, Amin dan lain keluar dari van dan memeriksa keadaan kenderaan rasmi mereka. Parah, itu aja perkataan yang boleh digambarkan oleh Amin bila tengok belakang van. Macam mana lapan-lapan orang dalam tu boleh survive pun tak tau. Remuk sampai seat paling belakang tertolak ke depan.

Jon dah mencarut-carut non-stop, yang lain pulak tak tau nak buat ape. Nak call orang, masa tu bukan semua orang mampu pakai handphone lagi. Ada lah 2-3 orang pakai NOKIA 3310 tapi takde kredit sebab tak mampu nak top-up, bawak sebab nak main snake je. Ayob cadang jalan kaki sampai rumah sebab tak jauh dah dan kemudian naik motor pergi balai buat report. Jon pulak tak nak sebab nanti orang curi van dia.

“Takde sape nak curik van buruk ko tu Jon woi” Kata Wak Jern sinis. Dah nak bertumbuk pulak dua ekor tu, kata Amin. Dah settle apa semua, mereka berjalan di sepanjang highway menuju ke exit Serdang/UPM.

Dari jauh nampak lampu merah brake dan kenderaan yang berhenti di emergency lane reverse dengan lajunya. Dah dekat, perasan yang kereta itu ialah KEMBARA. Bertempiaran semua lari naik bukit exit Serdang/UPM tu. Tapi kudrat mereka tak boleh nak celen kepantasan kereta. Sekejap je Kembara tersebut dah ada depan diaorang.

The only reservation yang Amin rasa dia boleh outplay geng bapok adalah mereka berlapan versus geng bapok dalam Kembara paling ramai pun berapa je, 4 orang? Bapok pulak tu. Mungkin penat dan intensity of the situation membuatkan dia tak ingat persoalan-persoalan ‘tak logik’ pasal geng bapok awal-awal tadi. Salah seorang dari bapok keluar dari pintu penumpang belakang. Kata Amin, bapok tu tinggi dalam 6 kaki lebih, muscular tapi pakai one-piece tight dress dan heels. Dari kilat-kilat kat rambut, macam pakai wig dan ada riben. Make-up kat muka tak payah cakaplah. Kat tangan ada stereng lock dan bapok tersebut berjalan menuju ke arah mereka.

Kedengaran hilai ketawa dari Kembara yang padat dengan orang. Amin dapat dengar lebih jelas bahasa yang digunakan bapok-bapok itu. Ianya bahasa melayu yang dah campur-aduk slang-slang bapok, I mean kalau korang tahu bahasa-bahasa nyah ni, I guess that might be the weird language they’re using. Amin dapat ingat few words kejadian malam itu dan seperti dah imprint dalam kepala otaknya, dia ingat sampai sekarang.

“Zrasss je semua tu nyahh..cantas bijik-bijik hekan,” something like that.

Ebon, paling besar antara lapan orang tu jadi first target bapok berstereng lock itu. Amin tengok semua stand by, maybe sebab sorang je so boleh kowtim lagi dengan mereka yang 8 orang. Wak Jern rasanya yang scram dulu bapok tu kat area pinggang, diikuti yang lain-lain melaukkan bapok yang dah meronta-ronta kat atas jalan.

The rest of the bapok keluar Kembara, dan kata Amin lagi “percayalah cakap aku Dammerung, memang ramai gilee bapok keluar dari Kembara tu…macam satu team bola!”

Amin and the geng tak boleh nak menang when it comes to physical confrontation dengan geng bapok, it is physically impossible. Masing-masing 6 kaki ke atas dan muscular. Rasanya tapak tangan je dah besar muka Amin, kalau di lempangnya mau koma. Amin dan lain-lain berundur dan berlari tak cukup tanah bila dapat kesempatan. Still, geng bapok tak boleh nak catch-up sebab semua pakai high heels.

Untuk mengelakkan dari dikesan oleh geng bapok yang semua pasti tengah mencari mereka, Amin dan rakan-rakan terpaksa merangkak-rangkak dalam longkang, ikut semak, disebalik pokok, sebalik bangunan dan ambil sebanyak masa yang boleh untuk bergerak kerana jelas kelihatan Kembara bapok lalu-lalang kat jalan raya, gigih cari Amin dan lain-lain.

Dipendekkan cerita, mereka sampai kat rumah sewa. Itupun dah dekat nak azan Subuh. Dah rehat lebih kurang, kelapan-lapan student itu ke balai buat report. Nasib tak baik mereka was sealed apabila mendapati van Toyota kesayangan Jon tinggal frame je, yang lain dah rentung. Kemungkinan besar van Jon yang tersadai tepi highway tu dah kena bakar dek geng bapok.

Life goes on. 8 tahun berlalu, Amin dan lain-lain dah pun grad. Kesibukan kerjaya dan kehidupan baru membuatkan masing-masing lost contact dengan old team. Apa yang membuatkan Amin mencari aku untuk berkongsi pengalaman anehnya (waktu rakaman 2009, Amin adalah mutual friends melalui housemate aku masa tu dan tahu aku ni rajin dok kumpul cerita hantu) ialah 3 hari sebelumnya dia dihubungi Hazim, salah seorang dari geng yang terlibat waktu malam kejadian.

Hazim bagitahu masa dia pergi kedai potong, dia ternampak Kembara biru dengan depan dah remuk. It is hard to forget the details of a traumatizing experience dan masih jelas di ingatan Hazim kejadian malam tersebut. Perodua Kembara yang dia nampak tersadai di kedai potong tersebut is THE Kembara Puaka. Hazim tanya lah boss kedai potong pasal Kembara tu. Jawapan apek tu amat mengejutkannya sehingga dia contact balik the old gang.

Kembara di kedai potong itu menurut kata apek kedai potong, terlibat dalam kemalangan maut dan di pulled out dari gaung area Genting…8 tahun yang lalu.

(Tajuk asal cerita : Kisah 15: Seleksi Cerita Pendek Terpilih – Genting, 2001)

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

63 thoughts on “#dammerung- Bapok Genting”

  1. Dah boleh bayang berapa org je kot boleh muat dlm kembara tu sbb pernah naik… kalau dh lebih 7 , 8 k 10 tu mmg bukan manusia laa even bdan kecik2 pun…errr….mmg meremang bulu roma koi baca….btw satu kisah yg mendebarkn utk dibaca…

    Reply
  2. Jadi mmg betul bapoklah kot..lps bakar van tu diorang eksiden..
    Logiknya klu kembara tu mmg puaka, bukan 1 kes..mesti pgguna jln lain pon btembung jugak..mcm kes volkswgn kning hantu..

    Reply
  3. Makk aii… Satu team bola naik kembara, tinggi 6kaki bdn sado… Memang x logik…

    Pasni mesti da x brani nak bg high beam kt kereta depan… Kot2 ttiba jumpa bapok lagi.. Huhuhu

    Reply
  4. “Kembara di kedai potong itu menurut kata apek kedai potong, terlibat dalam kemalangan maut dan di pulled out dari gaung area Genting…8 tahun yang lalu.” – Sye dok ulang baca yg ni banyak kali. Lambat pulak otak ni nak berhubung. Hm maknanya bapok2 tu mmg dah mati ke masa kacau dorg?

    Cite best. Dan semestinya ada sambungan kan.

    Reply
  5. siot lah lepas baca cite ni aku rasa cuak nak balik kg , dah lah kg aku dkt karak . tapi tu lah tak pernah lagi nampak bende ceni . paling kesian amin ah hahhahahah sumpah aku feel habis baca cite ni . Creepy lah jugak sbb bende tu bkn typical hantu yg kita biasa dgr … yg aku tertanya2 ni kete eksiden tu kete bapok ke sbb tu diorg kacau ?

    Reply
  6. Best and scary.jadi tu hantu pondan lah.dah mati pun ganaz.seingat saya masa study upm ada geng2 lembut ni.diorang memang tough badan sasa.pernah dengar citer ada kawan ejek geng lembut ni.diorang apalagi kepung budak perempuan tu dan maki dan tenyeh2 muka student perempuan yang ejek mereka.memang menakutkan.Lain kali jaga mulut.kalau nak beri nasihat baik2.doa pada Allah swt agar geng lembut ni diberi hidayah Allah swt.

    Reply
  7. saya tak berapa faham ,jadi bapok yg kejar diaorang itu memang hantu lah ea? ataupun masa bapok tu kejar diaorang bapok tu accident jatuh ke gaung?

    Reply
  8. apesal aku bace cerita pasal hantu bapok ni aku membayangkan bapuk tu muka serupa beruk? huhuhu.. geli geleman.. teringat dekat geng sajat kahkah.

    Reply

Leave a Comment