Dari Kerana Mata

“PANGGGGG !!!”
Meja dihentak dengan kuat , orang-orang kampung yang berada di warung Pak Husni terkejut dek kerana terlalu khusyuk mendengar cerita dari Ismat .
Ismat menyambung cerita nya
“Lepas sahaja aku tengok “benda” tu buka tingkap rumah Wak Denai dengan kuat sekali , aku terus start motor lari dari situ . Seminggu jugak la aku demam sebab teringkatkan muka dia yang hodoh dan menyeramkan tu , ini pun baru sahaja kebah dari demam “ kata Ismat sambil membetulkan kopiah lusuh diatas kepala nya . Menurut cerita dari Ismat , minggu lepas dia telah diganggu oleh sesuatu di kawasan rumah tinggal Wak Denai di kampung nya itu hingga membuatkan dia demam selama seminggu .

Wak Denai pula adalah seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam . Dia tidak mempunyai anak atau pun isteri . Dia hanya tinggal seorang diri sahaja di rumah nya . Menurut cerita penduduk kampung Wak Denai hanya keluar pada waktu malam sahaja tetapi pada waktu siang mereka semua tidak pernah ternampak atau berjumpa dengan Wak Denai di kawasan kampung mereka .

Wak Denai tidak selalu bergaul dengan masyarakat kampung . Cuma pada waktu malam jika terjumpa dengan dia , pasti nya dia akan menegur sapa dan sentiasa tersenyum sehingga lah penduduk kampung terjumpa sekujur tubuh yang kaku di perkarangan rumah nya . Selepas dari kejadian itu penduduk kampung mengatakan bahawa mereka kadang kadang ada ternampak kelibat Wak Denai di hadapan rumah dan kadang ternampak seorang perempuan tua yang hanya berdiri di tingkap rumah Wak Denai .

“HAHAHAHAHA. Engkau ni Ismat kerja nak menakut nakut kan orang kampung sahaja ya . Padahal bukan demam dek terjumpa “benda” tu tapi demam biasa sahaja , demam sebab rindukan bini yang kena kerja di luar kawasan kampung “ Hazwan ketawa sambil menepuk meja kayu dihadapan nya .

“Kau dah kenapa Hazwan ? Aku cakap benda betul . Tu rumah usang Wak Denai tu dah ramai orang cakap rumah tu memang berpuaka . Lepas sahaja Wak Denai meninggal dunia, rumah tu jadi tak terurus dalam erti kata lain nya Hazwan oi . Ada HANTU !!!kat situ jugak la aku nampak ada perempuan tua berdiri kat tingkap rumah Wak Denai “ Marah Ismat kepada Hazwan yang masih lagi sedang mentertawakan Ismat .

“Habis tu , kalau kau dah nampak perempuan tua tu kat tingkap kenapa tak tegur dia ? Mana tahu itu hantu Kak Limah ke . Boleh kau tanya dia , Kak Limah tak tengok akademi fantasia ke ? HAHAHAHAHAA “ perli Si Hazwan sambil diikuti gelak tawa orang kampung yang melepak di warung Pak Husni .

“Sudahlah Hazwan berdebat dengan kau aku takkan pernah menang . Kalau kau kena macam mana aku kena rasa nya tak cukup tanah kau lari. Sudah lah , aku malas nak cerita pasal benda ni lebih baik aku main dam haji lagi bagus dari melayan perangai kau “ Ismat berkata sambil tangan nya sibuk menyusun buah dam .

“Kalau lah apa yang jadi dekat kau tu jadi kat aku , aku hadap depan depan tak kisah la perempuan tua ke hantu bungkus ke bahkan kalau Wak Denai hidup balik sekali pun aku boleh hadap la . Ismat Ismat harap je duduk lama kat kampung ni tapi penakut” Hazwan berkata dengan penuh berlagak .

Hazwan menghirup kopinya buat kali terakhir dan berlalu pergi dari warung Pak Husni . Hazwan adalah salah seorang penduduk Kampung Ayer Madu . Dia merupakan anak yatim piatu . Ibu dan ayahnya meninggal dunia sewaktu dia masih kecil lagi selepas ketiadaan kedua dua ibu bapanya dia dibesarkan oleh nenek nya Nek Kuntum , semasa Hazwan berumur 27 tahun Nek Kuntum menghembuskan nafas nya yang terakhir akibat sakit tua .

Kini Hazwan menetap di rumah peninggalan nenek nya seorang diri dan bekerja sebagai pemungut buah kelapa sawit di ladang Uncle Wong .

Sedang Hazwan berjalan kaki menuju untuk pulang ke rumah nya dia harus melintasi dua tempat yang boleh dikatakan agak menyeramkan satu nya tanah perkuburan Kg Ayer Madu dan satu lagi ialah rumah usang Wak Denai . Sampai sahaja di kawasan tanah perkuburan Hazwan berhenti dan melihat ke arah kawasan perkuburan

“Tak ada apa apa pun kat kawasan kubur ni , nak kata ada pocong aku tak nampak apa apa pulak . Nak kata ada pontianak , tengok atas pokok pokok besar ni tak ada pulak yang bertenggek . Orang kampung ni suka sangat buat cerita “ bisik hati kecil Hazwan dan berlalu pergi menyambung perjalanan nya untuk pulang ke rumah .

Hazwan berhenti di hadapan rumah Wak Denai . Rumah itu kelihatan agak suram dan usang . Semak samun mula meliar masuk sampai ke dalam rumah Wak Denai . Hazwan mengeluarkan sebatang rokok John putih dan membakarnya sambil ditepuk tepuk bangku kecil yang berada di hadapan rumah Wak Denai . Hazwan melabuhkan punggung nya di atas bangku tersebut sambil merenung ke arah rumah lama Wak Denai .

“Penipu betul la si Ismat ni kata nya ada perempuan tua berdiri kat tingkap rumah . Aku tengok tak ada apa pun , entah entah yang dia nampak tu kain langsir buruk yang tergantung kat tingkap rumah tu kot” kata Hazwan seorang diri .

Tiba tiba bahu Hazwan ditepuk dari belakang .

“Lama sangat tengok rumah Wak Denai tu bang “

“Allah terkejut aku dibuat nya “ Hazwan terkejut bila terdengar ada suara dibelakang menegur nya .

Seorang budak lelaki berusia dalam lingkungan belasan tahun berdiri di belakang nya dan duduk disebelah Hazwan sambil tersenyum .

“Abang buat apa kat sini , tak takut ke duduk depan rumah puaka ni ? “ soal budak lelaki itu .

“Tak ada buat apa pun , aku cuma singgah duduk nak habiskan rokok . Yang kau ni malam malam buta lalu sini buat apa ? Kau tak takut ke ? Lagipun aku tak pernah pulak nampak kau kat kawasan kampung ni . Siapa kau ni ? “ soal Hazwan kepada budak lelaki tersebut .

Senyuman di wajah budak lelaki itu masih tak lekang

“Abang panggil je saya Mat Kun ,saya baru je di kampung ni bang . Dulu saya duduk di tempat lain . Baru lagi kat kampung ni . Tadi masa abang berdebat dengan pakcik Ismat saya pun ada kat sana . Kebetulan saya tengok abang nak balik itu yang saya pun ikut la dari belakang . Sekurang kurang nya saya ada teman untuk teman saya balik . “ kata Mat Kun sambil tersenyum .

“Kalau nak berteman cakap la awal awal masa aku dah gerak balik tu . Bukan nya datang senyap senyap belakang aku terkejut aku dibuatnya “ marah Hazwan kepada budak lelaki itu .

“HAHAHAHA , minta maaf la bang tak ada niat nak buat abang terkejut . Saya nak tanya la bang , abang tak takut ke dengan cerita cerita seram yang orang kampung selalu cakap kan tu ? Iya lah Manusia dan syaitan dari dulu sudah berkongsi alam ini . Yang membezakan mereka hanya la alam dan ruangan yang sudah ditetapkan , macam manusia berada di alam yang nyata manakala syaitan dan jin berada di alam ghaib . Ada kemungkinan akan terjumpa jika Allah mengizinkan . Tapi abang memang tak takut ya dengan semua tu “ soal Mat Kun pada Hazwan .

“Aku sikit pun tak takut , sebab aku tahu orang orang kampung ni semua masih percaya dengan benda benda kolot ni . Zaman dah maju hantu hantu ni semua mana ada dah . Kalau ada pun aku nak tengok dulu baru aku percaya kewujudan hantu jin dan syaitan ni “ kata Hazwan sambil membakar rokok yang baru .

“Abang betul betul nak tengok sangat ke benda benda tu ? Orang lain kalau boleh nak sangat elakkan dari nampak benda benda tu semua . Tapi abang beria ria nak tengok benda tu semua “ soal Mat Kun sambil membetulkan kain pelikat yang dipakai nya .

“Aku nak sangat tengok ! Kalau diberi peluang untuk tengok , aku nak tatap mata ke mata dengan benda tu . Apa hodoh sangat ke benda ni semua , seram sangat ke sampai boleh demam apa semua “ Hazwan berkata dengan penuh riak .

Mat Kun bingkas bangun dan berkata

“kalau abang nak sangat tengok , besok pagi ada orang meninggal . Abang pergi ke rumah orang yang meninggal tu masa mereka sedang memandikan mayat , abang letak satu baldi kecil di bawah tempat mandikan mayat tersebut . Air dari mandian mayat itu akan jatuh ke dalam baldi yang diletakkan , abang ambil air dari baldi itu dan sapu kan muka abang dan letak setitik atau dua titik di dalam mata abang dan berniat dengan bersungguh sungguh untuk buka kan hijab mata abang . Saya beransur pulang dulu ya bang , risau nanti mak saya bising . “ Mat Kun berjalan pergi meninggalkan Hazwan dan hilang ditelan kegelapan malam .

“Apa ke pelik budak ni , macam dia tahu je ada orang meninggal besok pagi . Kuat sangat tengok DVD cerita hantu la ni . Tadi kata takut nak balik sorang , ni dia pulak yang hilang dulu .“ Hazwan bangun dan berjalan pulang .

Keesokan pagi nya , Hazwan dikejutkan dengan berita kematian Ismat . Dia bergegas menuju ke rumah Ismat yang tidak jauh dari rumahnya . Sampai sahaja di perkarangan rumah Ismat kelihatan orang ramai sedang duduk membacakan yassin . Hazwan bertanyakan pada salah seorang penduduk kampung di situ tentang punca kematian Ismat . Kata penduduk kampung , Ismat terjatuh di dalam bilik mandi nya dan kepala nya terhantuk di bucu sinki sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak .

Hazwan terduduk diam , baru sahaja semalam dia menyakat arwah Ismat tentang kejadian dia ternampak hantu dan tak sangka pagi itu Ismat sudah kembali ke rahmatullah . Tiba tiba Hazwan teringat kata kata budak lelaki semalam tentang pagi ini akan ada orang meninggal .

“Ishh rasa nya kebetulan je kot apa yang budak tu cakap semalam dengan apa yang jadi hari ni “ bisik hati kecil Hazwan .

“Haaa Hazwan alang alang kau dah ada dekat rumah si arwah ni , apa kata kau tolong sekali mandikan jenazah si arwah ni . Semalam kau da sakat dia lebih lebih , apa kata kau tolong kami uruskan jenazahnya mana tahu segala apa perbuatan kau pada dia , dapat dia maafkan “ kata Pak Husni yang berada di rumah arwah Ismat .

Hazwan mengangguk kan kepalanya tanda bersetuju . Dia baru teringat akan cerita budak lelaki semalam yang menyuruh nya meletakkan sebaldi kecil di bawah mayat Ismat semasa sedang memandikan nanti . Semasa memandikan jenazah tersebut Hazwan meletakkan baldi kecil di bawah tempat mandikan mayat . Hazwan mengintai di bawah tempat mandikan mayat dan melihat baldi tersebut sudah penuh dengan air . Selesai sahaja memandikan jenazah , jenazah tersebut di angkat untuk di letakkan diruang tamu untuk dikafankan .

“Korang pergi kafankan jenazah Ismat , biar aku yang tolong bersihkan tempat mandian jenazah ni “ kata Hazwan sambil berpura pura mengemas tempat mandian mayat . Hazwan mencangkung dan melihat ke dalam baldi tersebut , tanpa berfikir panjang dia menyapu kan muka nya dengan air tersebut dan berniat agar hijab nya terbuka . Dia menitikkan beberapa titisan air dari baldi tersebut ke mata nya .

Sambil mengosok mata nya dia berkata

“Tak ada apa apa pun , kata bila buat semua tu hijab aku terbuka . Seekor hantu pun takde depan aku ni “

Selepas selesai menkafan kan arwah Ismat mereka semua membawa jenazah tersebut ke kawasan perkuburan . Hazwan juga turut berada di kawasan perkuburan tersebut . Semasa Hazwan sedang melihat jenazah tersebut di kebumikan . Hazwan ternampak seakan akan arwah si Ismat sedang duduk diatas salah sebuah kubur yang berada disitu sambil merenung tajam ke arah nya . Hazwan terkejut dan memalingkan muka nya ke arah lain selang beberapa saat kemudian Hazwan melihat semula ke tempat yang dia ternampak arwah Ismat . Tetapi sudah tiada apa apa disitu . Hazwan menarik nafas lega mungkin dia tersilap pandang sahaja .

Petang itu Hazwan pulang ke rumah nya dan terlelap dek kerana kepenatan dia tertidur di atas lantai ruang tamu rumahnya . Sedang Hazwan tidur dia terjaga kerana merasakan seperti ada seseorang yang sedang tidur disebelah nya sampaikan dia terasa seperti dihimpit di kanan dan kirinya .

Hazwan membuka mata nya dan alangkah terkejut nya Hazwan melihat seekor lembaga hitam yang berbadan gempal sedang tidur di sebelah kanan nya dan sebelah kiri nya terdapat lelaki tua yang muka nya sudah berulat sedang baring . Dia terkejut lalu bangun berdiri dan melihat di ruang tamu rumah nya penuh dengan mahkluk makhluk ghaib . Ada yang sedang merangkak di atas siling rumahnya dengan gigi yang begitu panjang , dan juga ada yang bergayut dengan lidah yang panjang . Serta ada yang duduk di atas sofa dengan muka yang penuh berdarah . Semua nya merenung tajam ke arah Hazwan .

Hazwan terduduk dan menutup mata nya , ketika itu dia terdengar azan isya baru sahaja berkumandang . Ruang tamu nya yang sunyi tadi bertukar menjadi bising dengan suara suara jeritan dari makhluk ghaib tersebut . Mereka seolah seolah seperti terbakar dan berlari mencari tempat untuk bersembunyi . Hazwan menutup mata nya ,mata nya mulai berair seakan akan takut dengan apa yang dilihatnya . Tiba tiba ruang tamu rumah nya kembali sunyi dia membuka mata dan melihat keadaan ruang tamu menjadi seperti sedia kala .

“Ya Allah apa yang aku baru lihat sebentar tadi tu ? Mungkin aku terlalu penat atau hanya ilusi yelah sebab aku baru bangun kan “ Hazwan berkata sendirian seolah olah cuba menyedapkan hati nya yang sedang ketakutan .

Kemudian Hazwan mencapai tuala dibilik tidur untuk pergi ke bilik air . Semasa dia sedang menolak pintu bilik air belum sempat dia melangkahkan kaki kanan nya masuk . Mata nya terbeliak kerana didepan nya seekor lembaga yang berpakaian hitam berambut panjang dengan lidah yang panjang sedang duduk menjilat lantai bilik air yang basah tu . Hazwan terkejut kerana dia sudah sedar apa yang dilihat nya semua itu adalah realiti dan bukan nya ilusi atau mainan minda nya .

Hazwan berlari keluar dari rumahnya seperti orang gila . Dia berjalan menuju ke warung Pak Husni untuk memberitahu akan hal yang terjadi di rumah nya . Semasa dia sedang berjalan dia terserempak dengan Samad yang sedang menolak basikal buruk nya .

“Haaa Hazwan kamu ni dah kenapa ? muka nampak pucat badan mengigil berpeluh peluh ni ? Ehh kenapa dengan tak berselipar bagai kamu ni Hazwan oii “ tanya Samad yang kebingungan melihat Hazwan dalam keadaan seperti itu .

“Sa sa sayaaa , namm nampakk ha hann hantuu Cik Samad “ Hazwan menjawab dengan nada yang tersekat sekat .

“Dekat mana pulak dah kamu nampak hantu bagai ni Hazwan , bukan dulu kamu yang beria cakap tak ada hantu dalam dunia ni sampaikan bergaduh mulut dengan arwah si Ismat tu . Dah jom kita ke warung Husni kamu cerita kan apa yang jadi dekat sana nanti . “ kata Samad kepada Hazwan sambil berjalan menuju ke warung Pak Husni .

“Nak bawak kamu naik basikal ni tak boleh Hazwan , tak tahu la kenapa dengan basikal ni masa aku kayuh berat sangat ibarat macam aku bawak beban . Bila aku turun dari basikal ni aku tolak ringan pulak . Penyudah nya aku tolak je la sampai ke warung si Husni tu nak suruh Rozaimi tengokkan basikal aku kot kot ada yang rosak ke “ Samad bercerita pada Hazwan tentang basikal nya .

Hazwan menjeling ke arah belakang basikal Samad . Dia melihat seakan akan ada sesuatu yang sedang bertenggek diatas tempat duduk basikal Samad . Lembaga itu bertenggek diam dengan rambut nya yang panjang menutupi keseluruhan mukanya . Hazwan hanya berdiam diri dan mengikut Samad menuju ke warung Pak Husni . Hazwan masih tidak menceritakan akan hal sebenar yang terjadi kepada Samad . Dia hanya berdiam diri sahaja .

Semasa mereka berdua melintasi kawasan tanah perkuburan Hazwan terdengar seperti ada suara yang mendayu dayu disusuli dengan tangisan memanggil meminta tolong .

“Cik Samad ada terdengar suara orang minta tolong tak ? “ tanya Hazwan kepada Samad .

“Suara ? Minta tolong ? Ehh kamu ni , aku tak ada dengar pulak apa apa suara meminta tolong . Tambahan pulak ini kan kawasan kubur . Kamu jangan main main Hazwan , tak elok kamu menyakat orang tua macam aku ni “ kata Samad kepada Hazwan yang masih mencari cari dimana bunyi tersebut .

“Ada Cik Samad , cuba dengar elok elok . Saya dengar jelas nie bukan setakat satu suara saya dengar tapi macam beribu ribu suara yang memanggil minta tolong . “ Hazwan masih lagi mencari cari suara tersebut .

Suara suara yang merintih meminta tolong itu semakin kuat bunyi nya sehingga Hazwan terpaksa menutup telinga nya dengan kedua dua belah tangan .

“Tolonggggggg tolonggggg panass keluarkan akuuuu . Tolongggggg sakitnyaaaa tolongggg”

“Arghhhhh diammm diamm aku suruh diamm ! Korang nak apa dari aku ? Diammm jangan kacau aku lagi !!! Aku bunuh korang semua nanti !! “

Hazwan menjerit dengan nada yang kuat sekali sambil mata nya meliar mencari arah suara tersebut .

“Ya Allah kau dah kenapa ni Hazwan ? Menjerit macam orang gila kenapa dengan kau sebenarnya ni Hazwan ? “ tanya Samad kepada Hazwan yang ketika itu masih lagi menjerit jerit ke arah tanah perkuburan .

“Engkauu ! Engkauu orang tua . Ini semua kerja kau dengan orang orang kampung ni kan ? Korang saja kacau aku macam ni korang saja berlakon buat buat aku nampak hantu apa semua . Woiii keluar la ! Aku dah tahu permainan korang . Keluar sebelum aku cari seorang demi seorang !”

Hazwan menuduh Samad dan orang kampung berpakat untuk mengenakan dia . Hazwan menuding jari telunjuk nya ke arah samad sambil menuduh Samad .

“Mengucap Hazwan Mengucap ! Apa yang kau cakap kan ni aku tak faham langsung la . Kau tunggu kat sini aku pergi panggil orang kampung datang tolong . Kau jangan pergi mana mana “

Samad terus bergegas meninggalkan Hazwan yang sedang dalam ketakutan untuk meminta bantuan dari orang kampung .

Hazwan berseorangan di hadapan tanah perkuburan . Dia duduk sambil menutup mata dan telinga nya . Dia merayu supaya jangan diganggu lagi dengan suara suara yang meminta tolong itu .

Tiba tiba …..

Suara tersebut hilang dan keadaan di tanah perkuburan yang samar samar diterangi hanya dengan cahaya bulan menjadi sunyi sepi . Hanya bunyi cengkerik dan sesekali terdengar bunyi burung hantu . Hazwan membuka mata nya dengan perlahan lahan dan melihat ke kiri dan kanan nya . Hanya basikal tua Samad sahaja yang berada di sebelah kanan nya . Hazwan memalingkan muka nya ke arah tanah perkuburan dan alangkah terkejut nya dia .

Mata nya terbeliak besar , mulut nya ternganga dan peluh Hazwan membasahi di setiap inci benang di baju nya . Kaki nya mengeletar ketakutan kerana di hadapan nya berdiri berpuluh puluh bungkusan putih yang tersisa dengan kesan kotoran tanah seperti mayat yang telah dikapan kan atau lebih dikenali dengan nama Hantu Pocong . Di segenap ruang di tanah perkuburan itu di penuhi dengan Hantu Pocong . Dengan muka yang berulat dan mata yang kemerahan memandang tepat ke arah Hazwan .

Hazwan berdiri kaku kaki nya ibarat seperti sudah melekat dengan tanah yang dipijak nya . Tiba tiba Hazwan menjerit dengan sekuat hatinya

“ALLAH , ALLAH , ALLAH !!!”

Hazwan cuba mengangkat kaki kanan nya dan terus berlari meninggalkan tanah perkuburan . Dia berlari sekuat hati akhirnyaa dia terjatuh tersungkur kerana terlanggar batu . Hazwan bangun dengan perlahan kerana kaki nya luka akibat terlanggar batu . Hazwan bangun dan melihat di hadapan adalah sebuah rumah iaitu rumah usang Wak Denai . Hazwan melihat dihadapan pintu rumah usang Wak Denai , ada kelibat manusia yang sedang melihat ke arah nya seperti mahu mengatakan sesuatu . Walaupun suara tersebut berbunyi dengan tidak jelas tapi Hazwan masih lagi boleh memahaminya .

“Kau degil ! Kau degil ! Kau lah satu satu nya manusia yang degil ! Bodoh ! “ suara itu berbunyi dengan nada yang marah .

Hazwan melihat dengan jelas rupa rupa nya pemilik suara tersebut adalah Wak Denai . Ia asyik mengulangi ayat yang sama sahaja kepada Hazwan . Hazwan melihat lagi disebelah hujung tingkap rumah usang Wak Denai kelihatan perempuan tua sedang menyikat rambut nya yang keputih putihan sambil tersenyum dan ketawa mengilai melihat Hazwan .

Tiba tiba dari hujung jalan kelihatan cahaya putih seakan akan lampu sedang bergerak ke arah Hazwan . Hazwan teringat kata kata Samad yang mengatakan kepada nya bahawa dia akan datang semula dengan orang orang kampung untuk menolong nya . Hazwan berlari menuju ke arah cahaya putih tersebut makin dekat Hazwan dengan cahaya lampu tersebut Hazwan makin memperlahankan larian nya .

“Cik Samad tolong saya Cik Samad “ Hazwan berjalan menuju ke arah cahaya tersebut . Tiba tiba pergerakan Hazwan terhenti dengan serta merta kerana yang datang bersama cahaya putih itu ialah Arwah Ismat dalam keadaan muka nya yang begitu pucat . Memakai kain pelikat dan baju putih yang kotor dengan sisa tanah . Dan di hidung nya terdapat kapas yang disumbat di kedua dua belah lubang hidung nya . Bau kapur barus begitu kuat sekali . Hazwan terus jatuh terduduk melihat arwah Ismat berdiri di hadapan nya .

“Kan aku dah kata , ada hantu dekat tingkap rumah usang Wak Denai . Kenapa kau taknak percayakan aku Hazwan kenapa ? !! “ kata Arwah Ismat kepada Hazwan diselangi dengan tangisan yang teresak esak . Hazwan menjerit ketakutan sehinggakan seluar nya basah akibat terkencing dia terus berlari meninggalkan rumah usang Wak Denai dan terus berlari pulang ke rumah .

Sampai sahaja di rumah nya , Hazwan terus mengunci pintu . Dan menyandar di pintu rumah nya .

“Jangan lah ganggu aku lagi ! Tolong lah jangan ganggu aku lagi “ Hazwan merayu sambil menangis teresak esak . Tiba tiba pintu rumah di tolak berkali kali dengan kuat . Dan diatas bumbung rumah nya seakan akan bunyi orang sedang berlari . Dinding rumah nya berbunyi ibarat seperti ada sesuatu yang mencakar . Hazwan melihat di hadapan nya berdiri satu susuk tubuh lembaga berwarna merah kehitaman dengan tanduk nya yang panjang berserta gigi nya yang tajam sambil menjelirkan lidah nya yang panjang dan bercabang . Lembaga tersebut memegang tongkat yang dipenuhi dengan ulat ulat sampah dan serangga berbisa seperti lipan dan kala jengking .

“Izinkan lah mereka semua masuk Hazwan , bukan kah kau juga yang kata mereka semua ini tidak wujud malahan kau juga yang kata kau tidak takut dengan semua ini ? Tapi kenapa sekarang kau merayu dan bersujud depan aku meminta agar tidak diganggu lagi ? Hahahahahaha” Kata si iblis yang berdiri tegap dihadapan Hazwan .

Mata Hazwan terbeliak melihat iblis tersebut , “siapa kau ? Apa kau nak dari aku ? Aku tak kacau kau pun . Apa yang kau nak sebenarnyaaa ?” Hazwan menjerit sambil mata nya memandang tepat ke arah wajah iblis tersebut .

“Cepat kau lupakan aku ya Hazwan , baru semalam kita bersembang di depan rumah Wak Denai . Kau sendiri yang kata kau nak sangat berjumpa depan depan dengan aku dan kau juga yang nak menatap mata antara mata dengan aku . Sekarang aku ada depan mata kau pandang lah mata aku sepuas puas nya Hazwan . Aku akan sentiasa bersama dengan orang orang yang riak dan takbur macam kau Hazwan dan akan sentiasa menyesatkan kaum Adam sehingga kemunculan ketua aku Dajjal Al Masih “ iblis tersebut menjerit dihadapan Hazwan sambil menjelirkan lidahnya yang bercabang .

Hazwan terkejut dia mula mengingati bahawa budak lelaki bernama Mat Kun yang bersembang dengannya dihadapan rumah Wak Denai itu adalah iblis . Tiba tiba pintu dan tingkap rumahnya terbuka dengan kuat sekali kelibat lembaga hitam mula merangkak masuk ke dalam rumah , arwah Ismat yang masih berkain kapan sedang melompat masuk juga . Semua makin menghampiri Hazwan . Tiba tiba Hazwan mendongak kan muka nya dan tersenyum

“kau ingat aku akan tetap pandang muka kau yang hodoh itu iblis Laknatullah !! Sampai aku mati aku takkan pandang muka kau apatah lagi sembah ketua kau !!! Hahahahahhahaa”

“Arghhhhhhhhhhh !!! “ Hazwan mengorek biji mata nya sambil disaksikan oleh Iblis Laknatullah .

“Hahahahahaa, kau lihat aku dah buang mata aku sekarang aku takkan dapat melihat kau lagi apatah lagi nak merasa takut dengan kehadiran kau iblis !” Hazwan mengenggam biji mata nya sambil ketawa .

“Aku akan tetap bersemadi di dalam hati kau yang riak itu Hazwan setiap masa dan setiap detik hinggakan kelubang kubur kau sekalipun kau akan tetap mendengar suara aku hahahahahahaha”

Tiba tiba suasana didalam rumah Hazwan kembali sunyi hanya kedengaran bunyi cengkerik menembusi hening malam . Bunyi cakaran , rintihan dari syaitan terus hilang begitu sahaja . Hazwan terbaring kaku darah penuh memenuhi ruang muka dan tangan nya .

“Maafkan aku Ya Allah”

6 bulan berlalu ……

“Betul Ziq , dekat susur keluar ke rumah aku tu lah aku kena kacau dengan pontianak dia tumpang belakang motor aku selamat aku tak accident “
Kata Zarul sambil tangan nya membalut rokok daun .

“Penipu la kau Zarul , cerita cerita tu da lapuk da dimakan zaman . Kalau kau cerita pasal zombie aku percaya la hahahahahahaha “ Haziq mengusik Zarul sambil diketawakan oleh penduduk kampung yang melepak di warung Pak Husni .

PANGGGGG !!! Meja ditepuk dengan kuat semua disitu kembali diam . Hanya bunyi tv sahaja yang masih bising .

“Jangan dicabar atau jangan mudah riak takut terkena batang hidung sendiri . Nanti kau juga yang merana “ rupa rupa nya yang bercakap itu adalah Hazwan sambil membetulkan tongkat besi nya dan berjalan meninggalkan warung Pak Husni yang lama kelamaan nya hilang ditelan cahaya malam .

“Hahahahahaa, terkejut aku tadi ingatkan siapa . Wan Buta rupanya . Tu lahh amal lagi ilmu bukan bukan kan da jadi gila . Dia ingat orang kampung nak percaya penyebab dia buta semua tu angkara setan . Kalau betul la ada setan aku nak ajak dia balik rumah aku sambil borak borak kosong hahahahahaha” Haziq ketawa sambil membakar rokok john putih . Di satu sudut di warung Pak Husni ada kelibat seorang budak lelaki yang hanya tersenyum sahaja mendengar cerita Haziq .

Matkun : iblis yang pekerjaanya menipu manusia dengan wajah yang berbeda- beda

11 thoughts on “Dari Kerana Mata”

Leave a Comment