Dedek Dan Boy

Assalamualaikum buat warga FS yang dikasihi. Kali ni entry lebih cepat masuk FS kerana aku tertarik untuk memberitau pada korang semua bahawa cerita ini dialami oleh dedek disebabkan hijab dedek telah pun terbuka sejak dia masih kecil. Oleh kerana itu, jin dan syaitan telah mengambil peluang tersebut untuk mengganggu dedek yang jiwanya masih telus. Korang pun kena faham term roh orang yang dah meninggal takkan pernah jejak lagi ke bumi yang nyata ini. Yang datang menggangu dan menjelma seperti arwah adalah jin dan syaitan. Bukan roh ye. Aku ulang sekali lagi, JIN DAN SYAITAN itu tidak pernah berputus asa untuk menyesatkan umat manusia. ROH MANUSIA tidak pernah muncul di bumi tatkala nyawa manusia itu telah diambil nyawanya.

Aku sedih bila orang pertikai, “ye2 je roh budak tu. Roh budak kan mana boleh muncul sebab dia kan tak ada dosa lagi semasa hayatnya.” Aku ulang sekali lagi, bukan roh budak itu tetapi jin dan syaitan yang mengambil peluang menyerupai untuk berkawan dengan dedek. Bukan salah roh budak tu. Okey, faham? Aku akan sedih bila ada manusia2 yang pertikai kewujudan makhluk halus like my parent. Dan lebih menyedihkan adik aku yang paling aku sayang alami benda tu. Takpe dedek, Yong sentiasa percayakan dedek.

Stop setakat tu. Alang-alang aku dah meluah ni, aku cerita la pasal Boy yang pernah aku janji pada korang entry sebelum ni. Sekali lagi, tolong jangan dipertikaikan story dedek ni lagi. Aku kat sini just nak share cerita pasal dedek disebabkan parent aku sendiri tak pernah percaya cerita dedek. Back to boy, boy ni muncul di sekolah baru dedek setelah dedek ditukarkan sekolah oleh mummy dan papa kerana risau dedek terjadi apa-apa. Sekolah baru ni agak jauh dari rumah, tapi semua tu tak ada masalah kerana ada van sekolah yang boleh datang dan ambil dedek.

Menurut dedek, boy ni agresif budaknya. Mukanya separuh hitam. Boy ni tinggal dengan family nya di stor sukan sekolah. Dedek cakap, cikgu kat situ melarang pelajar mereka bersendirian pergi ke stor sukan. Seeloknya beramai2 sebab pernah ada kes cikgu sukan perempuan kena sampuk ketika berada dalam stor tersebut. Kejadian pula berlaku waktu hari sukan sekolah tersebut. Memang kecoh satu sekolah disebabkan kes kena sampuk tu. Punca kejadian tidak tahu kenapa.

Berbalik pada boy tu, budaknya agak ganas dan suka menyakiti. Dedek memang tak suka budak tu. Dedek pun tak terlepas jadi mangsa buli boy tu. Kalau student nak ke tandas sekolah kena lalu stor sukan. Dedek ada cakap, boy tu selalu akan berdiri depan pintu stor tu dan akan menganggu sesiapa yang bertuah. Dan insan yang bertuah tu adalah dedek. Kesian ko dedek. Dalam banyak2 students, ko jugak dipilihnya. Setiap kali dedek lalu depan stor sukan tu, boy akan baling dedek batu kecil2. Walaupun tak kuat, tapi cukup buat dedek marah dengan sikap anak jin tu.

Pernah suatu hari, boy tu cuba untuk menyakat dedek dengan batu. Macam biasalah, dia akan baling pada dedek. Kau tahu dedek buat apa? Dedek ambil batu yang agak besar sikit. Ala, saiz batu kerikil macam tu. Dedek campak kat budak tu sambil marah, “kau tau tak sakit. Nah, kau rasa pulak batu ni”. Lepas baling terus dedek lari balik ke kelas. Untuk pengetahuan korang, kelas dedek aras bawah sekali. Gila berani la adik aku tu.

Part yang paling tak best bila parent anak jin tu marah. Tak pasal2 hari tu, siapa yang lalu depan tandas, habis kena histeria. Mulalah kalut cikgu2 kat sekolah tu Ustaz dan ustazah pun puas jampi serapah budak2 yang kena sampuk ni. Ada la dalam 5 orang macam tu.

Then ada ustaz dorang yang pakar dalam bab ni berinteraksi dengan jin yang rasuk budak kena sampuk tu. Bila ditanya kenapa, jin tu cakap dia marah sangat sebab anak dia kena baling dengan batu. Berdarah kepala anaknya. Bila ditanya siapa, jin pun cakap la ada budak kelas 2 (rahsia okey).

Lepas settle semua, dedek kena panggil dengan ustaz tu. Kau ni memang bermasalah la dedek, baru sebulan kau pindah situ kau dah buat hal dengan anak jin. Hahaha. Dedek disuruh minta maaf kat boy tu sebab baling batu kat dia. Korang tahu dedek cakap apa? “Dia pun kena minta maaf dengan saya sebab selalu baling batu kat saya”. Tergeleng la kepala ustaz tu nak memujuk dedek ni. Setelah pujuk, baru la dedek mintak maaf dan janji tak baling batu lagi kat anak jin yang bernama boy tu. Tapi sempat jugak la dia warning boy, “kalau kau baling batu lagi, aku campakkan bata besar tu kat kau”. Gengster kan adik aku? Hahahaha.

Tapi yang bestnya, lepas tu anak jin tu dah tak kacau dedek. Dia cuma jegilkan mata dia yang tak ada warna putih tu je kat dedek. Tapi dedek tak balas sebab dah kena pesan dengan ustaz yang panggil dia hari tu. Ustaz tu minta dedek ignore je benda tu sebab situ memang rumah dorang. Ustaz tu pun tahu hijab dedek terbuka.

Kes ni terjadi tapi parent aku tak tahu sebab dedek tak bagi cikgu beritahu mummy dan papa sebab parent aku jenis yang tak percaya. Risau pulak kalau diorang tukarkan sekolah dedek lagi. So, cikgu kat sekolah ni diamkan je lah kes ni. Tapi aku tahu sebab dedek selalu bercerita dengan aku. Aku pun pernah dapat call daripada ustaz yang panggil dedek dulu. Dia pesan dengan aku supaya ubatkan dedek dengan orang yang pandai dalam menutup hijab ni. Aku iya kan jela. Bukan aku tak pernah curi2 bawa dedek pi berubat. Ada.

Nanti aku ceritakan lagi pasal tu okey. Sampai sekarang mummy dan papa tak tahu aku bawa dedek pi berubat. Berjaya ke tak, korang tunggu okey. Sekian, dari kak yong.

26 thoughts on “Dedek Dan Boy”

  1. Part yg roh tu, akk yg komen tu yg x fhm..antu ni stahu saya jelmaan dr jin kafir..sbb tu la klu bln ramadha pon still org blh jumpa hantu sbb yg kena ikat tu syaitan bknnya jin.

    Reply
  2. “kalau kau baling batu lagi, aku campakkan bata besar tu kat kau”. Gengster kan adik aku? Hahahaha.

    Yg ni kite suke.. berani sungguh adik awok..
    Ape2 pun bertabah la.. n kite doa kn parents awak terima knyataan yg ade alam lain n mahluk lain hidup bersame2 kite di bumi Allah ni..

    Reply
  3. sebenarnya orang kat luar tu ada yang tak faham. jadi rajin2 kan lah membaca buku atau google atau yg Islam tu bolehlah baca Al Quran serta tafsirannya sekali. Setiap manusia ni dilahirkan memang akan d dampingi jin Qarin..Nabi Muhammad saw pun juga tidak terkecuali, cuma jin Qarin Baginda Rasulullah berjaya diislamkan.

    Jadi apabila kita manusia ni meninggal dunia, maka yg tertinggal jin qarin itulah yg selalu menyerupai kita atau kadang2 ada juga kes jin2 dan syaitan lain yg menyerupai kita untuk menggangu

    Reply
  4. Wah gengster dedek… Tapi mmg patut pun dngn jin mcm tu…jahat betul. Klu buat lembut lagi la dia nk kacau….syabas bus dedek

    Reply
  5. BEST! # dedek memang berani!Harap dedek kekal tabah dan kuat dalam menempuhi gangguan jin laknatullah,In Shaa Allah.Tapi,sampai bila nak menidakkan kewujudan dari alam lain?Bukankah kita kena beriman terhadap perkara ghaib?Bermaksud kita kena percaya yang mereka tu ada.

    Saya berharap agar awk dapat berbincang dengan mama dan papa awak tentang ni..In Shaa Allah..😬

    Reply

Leave a Comment