Dendam

Assalam dan salam sejahtera kepada semua pembaca FS. Terima kasih kepada yang telah komen entri saya sebelum ini. Sebenarnya dalam entri “Syirik”, itu adalah cerita fiksyen yang direka oleh kawan baik saya sendiri iaitu Yazu. Dan saya mendapat keizinan beliau untuk upload cerita beliau dalam FS ni. Dendam ni pun merupakan hasil karya beliau juga dan saya hanya menumpang nama beliau untuk upload cerita ni.

“Nama aku Daus. Aku berasal dari negeri Perak. Aku berumur 29 tahun. Aku mempunyai sebuah keluarga yang sangat aku sayangi. Aku merupakan anak yang sulung dari empat beradik. Keluarga kami keluarga yang susah. Ayah aku kerja di ladang kelapa sawit milik Haji Zainuddin, dialah yang menanggung keluarga selama ni. Mak aku pula suri rumah sepenuh masa. Walaupun keluarga kami keluarga susah, tapi aku berasa amat bersyukur kerana masih lagi ada rezeki buat keluarga kami.

Kami sekeluarga tak pernah berharap bantuan dari orang lain atau pun saudara mara, walaupun hakikatnya mereka tidak tahu yang keluarga kami ni wujud. Aku berterima kasih pada jasa ibu bapa aku kerana membesarkan aku dan keluarga Haji Zainuddin. Keluarga Haji terlalu banyak membantu kami. Itu salah satu rezeki dari Allah yang Maha Esa. Dia berikan pekerjaan kepada ayah aku supaya ayah aku dapat menampung segala belanja rumah.

Semua orang ada cita-cita. Aku juga insan yang mempunyai cita-cita. Walaupun aku tahu, aku tak akan dapat gapai cita-cita aku tersebut. Aku teringin sangat nak membalas jasa kedua ibu bapa aku. Aku nak sangat ada duit yang banyak dan berikan kepada ibu bapa aku. Setiap malam sebelum tidur, aku akan berdoa kepada Allah agar impian murni aku itu ditunaikan. Apa yang aku harus lakukan hanyalah ‘berusaha’.

Solat aku tidak pernah tinggal dan lewatkan. Bila aku dengar je azan berkumandang. Aku terus meluru ambil air wudhuk dan bersiap untuk menunaikan solat. Aku selalu ingat pesan mak aku, solat itu tiang agama, solat itu wajib. Dan, mak aku selalu berpesan agar percaya dengan rezeki dari Allah. Dan, aku memang percaya.

Apabila aku tamat persekolahan, aku bekerja dengan Haji Zainuddin. Di kampung aku agak susah untuk mencari pekerjaan. Tambahan pula, keputusan SPM aku tidak bagus. Namun begitu, aku tetap bersyukur kerana masih diberikan kerja.

Pada suatu hari, aku mendapat surat tawaran belajar. Aku agak terkejut kerana keputusan SPM aku tidak bagus, tetapi mendapat surat tawaran belajar di Kuala Lumpur. Aku dapat tawaran dari Universiti yang terletak di tengah-tengah bandar. Haji Zainuddin menawarkan dirinya untuk membantu aku dari segi belanja. Mak dan ayah aku tidak bersetuju untuk aku sambung belajar sebab mereka tidak mampu nak menampung perbelanjaan aku ketika berada di sana.

Tapi, Haji Zainuddin yang baik hati telah memberikan peluang kepada aku dan dia juga menasihatkan kedua orang tuaku agar jangan dilarang niat aku untuk sambung belajar. Katanya, “Carilah ilmu selagi mampu..”. Aku pegang kata-katanya itu sehinggalah ke hari ini.

Dan, aku telah berjaya menyambung pembelajaran aku di kota. Dengan wang saku yang dibekalkan oleh Haji Zainuddin, aku pergi ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas. Setibanya aku di Kuala Lumpur, aku menjadi insan yang paling jakun sekali. Kerana itu adalah kali pertama aku jejakkan kaki ke bandar. Ramai sungguh manusia yang berada di Kuala Lumpur.

Aku mengambil teksi untuk menuju ke destinasi. Sebuah rumah yang disewakan oleh pihak Universiti untuk dijadikan sebagai hostel pelajar yang terletak di Cheras. Ketika aku berada di hadapan hostel tersebut. Aku dapat lihat bahawa rumah itu agak usang. Tidak jauh bezanya dengan rumah aku di kampung, bezanya rumah aku tu diperbuat dari papan. Manakala hostel tu diperbuat dari batu bata. Aku sempat berkenalan dengan rakan-rakan serumah aku. Ada antara mereka senegeri dengan aku tapi berlainan daerah.

Untuk bulan pertama, semuanya berjalan dengan lancar. Aku selalu juga bertelefon ke kampung. Tanya khabar mak ayah aku dan adik-adik aku. Haji Zainuddin pun aku tidak lupakan juga. Satu perkara je yang tidak suka tinggal di hostel tersebut. Ada seorang manusia bernama Amir, dia ni memang tinggal kat Kuala Lumpur. Anak-anak orang kaya juga lah. Dia ni tak pernah solat. Banyak kali juga kami mengajak, tapi dia tak mahu. Aku tak tahu kenapa dia jadi macam tu. Kurang didikan agama atau life-style dia memang macam tu?

Dan, Amir ni cukup marah kalau orang panggil nama sebenar dia. Dia suruh panggil dengan menggunakan nama samaran dia, ANTONIO. Pelik. Bunyi macam orang Mexico pula. Lagi satu, dia ni tiap-tiap malam pergi kelab. Jadi playboy. Pernah sekali tu, dia bawa pulang 6 orang gadis melayu yang mengenakan pakaian yang terlampau seksi. Mengucap panjang kami semua. Puas kita orang membebel dengan dia. Tapi, tak makan saman punya budak. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan.

Aku selalu marah Amir ANTONIO ni. Kadang-kadang aku pendam. Marah dalam hati je. Dia ni selalu buat masalah. Pernah juga aku mengadu dengan mak ayah aku. Tapi, nasihat yang mereka berikan adalah salah satu azimat istimewa yang membuatkan aku masih lagi bertahan untuk tinggal di hostel tersebut. Pernah juga kami panjangkan perkara ini ke pihak Universiti. Tapi, tidak dilayan. Kerana, pemilik Universiti yang aku belajar tu adalah bapa kepada si Amir ANTONIO ni. Disebabkan itu, aku pun jadi malas nak ambil tahu tentang dia. Tak ada gunanya aku nak besar-besarkan perkara macam tu lagi, tak ada hasil langsung. Lebih baik aku tumpukan perhatian aku kepada pembelajaran aku saja.

Pada semester ketiga, kami satu rumah digemparkan dengan satu cerita bahawa Amir ni buat masalah yang sangat besar. Dia telah meminjam duit dari ceti haram. Dan, dia tidak mampu nak membayar hutangnya itu. Ayah dia tak mahu membantu disebabkan hubungan mereka anak beranak retak. Renggang.

Amir telah meminjam sejumlah wang yang sangat besar nilainya, 2 juta. Aku tak tahu kenapa ceti haram tu boleh bagi budak bangang tu pinjam duit banyak-banyak. Mesti Amir jual nama bapak dia, disebabkan bapak dia tu Tan Sri dan orang penting dalam politik.

Untuk pertama kalinya, Amir meminta bantuan dari kami semua. Dia minta agar kami bohong jika ada yang bertanyakan kelibat dia. Semenjak hari itu, ramai yang bertanyakan tentang keberadaan Amir. Dan, kami terpaksa bercakap bohong. Kami jawab kami tidak tahu. Walhal, dia ada kat rumah tengah bersembunyi.

Pernah juga terfikir untuk tidak mahu masuk campur dengan urusan dia. Sebab aku takut kalau aku akan terlibat sama. Ceti haram ni jangan main-main. Dia orang peduli apa, main beduk je apa yang ada. Asalkan dapat balik duit yang dipinjamkan.

Dan, perkara yang paling aku takuti terjadi yang di mana aku dan kawan serumah aku semua kena culik. Kami tak tahu kami berada di mana. Yang pasti di dalam kilang yang sudah lama terbiar. Amir pula berjaya meloloskan diri. Ceti haram telah datang menyerbu kediaman kami, kami pula baru pulang dari kuliah. Tak tahu apa-apa. Puas kami merayu agar mereka lepaskan kami. Tetapi tidak dipedulikan. Dalam hati aku hanya teringat Allah dan keluarga saja.

Saat-saat yang kami lalui ketika menjadi tahanan mereka sangat-sangat tidak seronok. Kami dipukul. Diseksa. Hanya diberikan makanan anjing dan air paip saja. Tangan dan kaki kami diikat. Tak pernah dilepaskan ikatan pada tangan dan kaki kami. Selama seminggu lebih kami menjadi tahanan. Dan, mereka berjaya menangkap Amir. Amir dibawa pergi ke tempat kami ditahan. Dia juga diikat kedua tangan dan kakinya.

Aku dan kawan serumah aku yang lain menyaksikan bagaimana Amir didera dan diseksa. Tak dapat aku nak bayangkan betapa azabnya seksaan dari ceti haram tu. Memang tidak berhati perut. Amir diseksa oleh mereka sehingga mati. Mereka mencincang Amir hidup-hidup dan dibiarkan Amir tercungap-cungap melalui saat-saat akhir kehidupan. Menangis kami semua. Tak sanggup nak melihat.

Penyeksaan tidak berhenti di situ. Mereka menyiat kulit Amir dan mereka panggang di atas bara api. Mereka juga tidak lupa untuk meletakkan garam dan lada untuk memberikan rasa pada daging badan milik Amir. Dan, daging Amir ANTONIO panggang itu diberikan kepada kami semua. Kami dipaksa makan daging itu.

Mereka tidak ingin melepaskan kami, tiada niat untuk membebaskan kami. Walaupun kami berjanji tidak akan beritahu kepada sesiapa. Mereka tetap tak mahu melepaskan kami. Malah, mereka nak gunakan kami sebagai tebusan untuk minta duit kepada keluarga kami. Tiada apa yang dapat kami lakukan selain berserah pada yang Maha Esa. Memohon bantuan dari Allah.

Pada suatu hari, salah seorang dari ceti haram itu masuk ke dalam bilik yang mereka kurung kami. Dia meletakkan telefon bimbit ke telinga aku. Dan, aku dapat dengar suara mak ayah dan adik beradik aku dihujung talian. Mereka telah menyerbu rumah aku di kampung! Perasaan marah aku membuak-buak. Hati aku terlalu panas. Tidak cukup dengan itu. Aku dipertontonkan sebuah video pula. Di dalam video tersebut aku dapat melihat bagaimana ceti-ceti haram itu semua membunuh seluruh ahli keluarga aku.

Disebabkan keluarga aku tidak mempunyai wang untuk membayar duit tebusan. Mereka bunuh menandakan mereka tidak puas hati. Aku tak tahu dari mana mereka dapat alamat rumah kami semua. Yang pasti, rumah aku adalah rumah pertama yang menjadi kunjungan dari mereka. Aku menangis dalam keadaan yang marah. Dalam video itu aku dapat melihat bagaimana mereka menikam perut ahli keluarga aku menggunakan pisau yang besar. Dan, mereka membiarkan saja ahli keluarga aku mati dalam keadaan terseksa. DASAR ANJING!

Perasaan amarah dalam hati aku membuatkan aku hilang pedoman dan iman. Aku tak tahu apa yang merasuk tubuhku. Tetapi, aku berjaya membunuh semua yang berada di situ. Aku tidak sedar apa yang berlaku. Yang aku ingat, aku gigit lelaki yang menunjukkan rakaman video itu pada aku. Sebab dia yang paling dekat dengan aku, aku dapat gigit leher dia sehingga koyak. Darah yang banyak mengalir keluar. Selepas itu, aku tidak sedar apa yang berlaku.

Bila aku buka mata saja, aku sudah pun berada di hospital. Dan, tangan aku bergari ke katil. Pihak hospital mengatakan bahawa aku dijumpai oleh orang ramai di tepi jalan besar. Aku berlumuran dengan darah dalam keadaan tidak sedar diri. Aku telah menceritakan segalanya kepada pihak hospital dan pihak polis.

Pihak polis pergi ke kawasan aku dijumpai, tidak jauh dari kawasan itu. Terdapat sebuah kilang lama yang agak tersorok. Dan, mereka telah menjumpai mayat-mayat manusia di dalam kilang tersebut. Yang membuatkan aku bertambah sedih adalah apabila aku diberitahu bahawa kawan-kawan aku juga turut sama tidak bernyawa. Keadaan mayat yang dijumpai berada dalam keadaan yang mengerikan.

Tubuh mereka dirobek, dikorek, digigit, begitu juga dengan tubuh kawan-kawan aku. Aku dihadapkan ke makhamah di atas tuduhan membunuh tanpa niat. Aku juga diberitahu bahawa jenazah keluarga aku selamat dikebumikan. Walaupun aku tidak diberi kebenaran untuk pulang ke kampung. Tapi aku tetap bersyukur kerana semuanya telah selesai.

Aku dipenjarakan selama 10 tahun. Dan, sehingga ke hari ini. Pihak polis masih lagi belum menjumpai saki baki ceti haram yang telah membunuh seluruh ahli keluarga aku. Wajah-wajah pembunuh itu masih segar di dalam ingatan aku. Walaupun sudah 2 tahun aku dibebaskan dari hukuman penjara. Pembunuh itu semua masih lagi belum dijumpai.

Dan, hidup aku hanya ada satu tujuan saja. Iaitu BALAS DENDAM. Aku akan pastikan seluruh keturunan pembunuh itu semua menerima nasib yang sama. Dan, dua sudah dilunaskan.”

Adi meletakkan nota yang dibacanya ke atas meja. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Bermacam persoalan yang sedang bermain difikirannya itu. Pihak polis sedang memburu Daus yang pernah menjadi mangsa ceti haram. Akan tetapi, selepas Daus dibebaskan dari penjara. Dia menjadi pembunuh pula.

Setakat ini, sudah dua buah keluarga yang sudah menjadi mangsa Daus. Nota yang di baca oleh Adi tadi pula, adalah nota yang dijumpai di rumah mangsanya. Daus seperti ingin memberitahu kepada pihak polis agar jangan masuk campur urusan balas dendam dia tersebut.

“Tak boleh jadi ni. Nak kena tahan Daus ni sebelum perkara ni merebak menjadi teruk..” getus Adi di dalam hati. Tugasan yang diberikan oleh orang atasannya agak sedikit berat buat Adi. Kerana, ini adalah kes pertama yang dikendalikan oleh Adi yang di mana ianya melibatkan pembunuh bersiri.
Adi membelai-belai misainya yang kelihatan seperti ‘cowboy’. Dia dan pasukannya masih belum menjumpai klu yang seterusnya untuk memburu Daus. Adi khuatir jika urusan balas dendam ini akan melibatkan nyawa yang tak berdosa. Seperkara lagi yang membuatkan Adi pening adalah peristiwa pada malam kejadian.

Dalam fail laporan forensik ada menyatakan bahawa mangsa-mangsa pembunuhan di dapati seperti di serang binatang buas. Tapi, bukti-bukti yang ada menunjukkan ke arah Daus, bermakna Daus yang lakukan? Tanpa dia sedar? Pihak forensik tidak dapat merungkaikan misteri yang terjadi. Jadi, Adi dan pasukannya yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan misteri pembunuhan bersiri tersebut.

Sudah hampir sebulan berlalu, masih belum ada kedengaran lagi aktiviti pembunuhan dari Daus. Pihak polis juga masih lagi memburu suspek bernama Leong. Dia merupakan suspek pembunuhan pada hari kejadian. Leong bertanggungjawab dalam kematian keluarga Daus.

“Leong ni suspek terakhir. Kita kena tangkap dia sebelum Daus menjumpai dia.” ujar Adi kepada pasukannya ketika mereka mengadakan perjumpaan penting di ibu pejabat polis yang terletak di tengah ibu kota.

“Teruskan tingkat integriti kita sebagai anggota polis. Orang awam dah mula mempersoalkan kemampuan kita dalam menjaga keamanan negara. Kita tidak mahu perkara sebegini berlanjutan. Jadi, kita semua kena berusaha keras!” tambahnya lagi dengan penuh bersemangat dan berdedikasi.

“Tapi tuan! Bagaimana dengan keselamatan kami pula?” soal salah seorang anggota polis.

“Itu adalah tanggungjawab kita. Kita wajib gadaikan nyawa kita sendiri demi keselamatan dan keselesaan orang awam. Biarlah kita tidak tidur malam, bersengkang mata, tidak cukup makan, kekurangan dari orang lain. Asalkan negara kita berada dalam keadaan yang aman, harmoni dan damai!” balas Adi dengan penuh semangat yang membara di dalam dada.

Kata-katanya itu di sambut meriah oleh anggota yang lain. Mereka semua bersetuju dengan apa yang diucapkan oleh ketua mereka itu. Secara tiba-tiba, seorang anggota polis bergegas masuk ke dalam bilik mesyuarat tersebut.

“Tuan! Kita telah mendapat maklumat tentang keberadaan Daus!” jeritnya di muka pintu

Semua yang berada di dalam bilik tersebut terus meluru keluar. Adi selaku ketua pasukan, dia berada di bahagian depan.

“Daus.. Dia dah berjaya membunuh anak tiri kepada Leong. Lokasi terletak di Danga Bay, Johor.” ujar salah seorang anggota polis.

“Cis! Kita dah terlambat. Kat Johor pula tu! Kita pula masih berada di Kuala Lumpur!.” ujar Adi keberangan.

“Jadi, apa yang patut kita lakukan sekarang, tuan?”

“Jangan bimbang. Saya ada jalan penyelesaiannya. Saya akan menggunakan kuasa imaginasi dunia novel untuk teleportkan kita semua ke lokasi kejadian!” ujarnya lagi.

Lima jam kemudian, Adi dan pasukannya telah tiba di lokasi pembunuhan. Pembunuhan telah dilakukan di hadapan sebuah kedai serbaneka 24jam. Hati mangsa di robek keluar. Orang awam yang berada di situ tidak dapat membantu banyak. Mereka semua tidak sedar bila masa pembunuh berada di situ kerana, tahu tahu saja mangsa tengah menggelupur atas tanah.

“Hentikan segala siasatan. Kita pergi ke balai polis berdekatan. Kita jadikan markas buat sementara dahulu sebelum kita cari klu yang seterusnya. Hujan pun sudah mulai membasahi bumi. Ayuh kalian!” arah Adi kepada pasukannya.

Pada malam tersebut, Adi tidak dapat melelapkan mata. Dia bertungkus lumus mencari klu di mana keberadaan Daus. Dia harus hentikan segala perbuatan Daus. Sudah berpuluh cawan kopi pekat Adi masukkan ke dalam mulut lalu ke perut. Matanya kian berat, tapi dia gagahkan juga dirinya untuk bekerja. Sedangkan pasukannya yang lain sedang tidur nyenyak.

Beberapa minit kemudian, Adi menerima panggilan telefon dari ibu pejabat yang menyatakan bahawa Leong membawa keluarganya datang ke Bukit Aman untuk mencari perlindungan buat keluarganya. Dan, dia menyerahkan diri. Dia rela tinggal di dalam penjara dari di bunuh oleh Daus. Kerana pembunuhan yang dilakukan oleh Daus, terlalu kejam dan tidak berhati perut. Sama seperti apa yang telah dia lakukan suatu ketika dahulu. Sempat juga Leong menerima hadiah saguhati dari pihak polis yang merupakan sedas sepakan dan tumbukan.

“Apa punca dia menyerahkan diri?” soal Adi.

“Dia kata, dia terdengar bunyi haiwan bernafas dalam rumah dia. Dia dan keluarga dia ketakutan. Dan, beberapa kali juga dia nampak kelibat Daus lalu lalang di ruangan dapur rumahnya itu.” suara di hujung talian menjawab soalan Adi.

Adi mematikan talian, dia kembali termenung. Jauh di sudut hatinya, dia sebenarnya berasa kasihan terhadap Daus. Mengikut dari nota yang ditinggalkan Daus, dia ni mangsa keadaan sebenarnya. Itu pun jika apa yang tertulis dalam nota tersebut adalah BENAR. Dan, bukan REKAAN.

Beberapa jam kemudian, Adi menerima laporan bahawa pihak polis sudah habis menyiasat rumah milik Leong, tiada satu pun bukti yang menunjukkan bahawa Daus pernah berada di situ. Perkara tersebut membuatkan Adi bertambah runsing.

“Leong tu merapu ke apa? Ke sebab dia dihantui dosa-dosa lampau sampai merepek-repek? Tapi tak apalah, dia dah serahkan diri kira baguslah tu. Senang sikit kerja aku.” bisiknya sendiri.

Adi pulang ke Kuala Lumpur untuk menyoal-siasat Leong, manakala pasukannya pula terus menetap di Johor dan meneruskan kerja mereka dalam mencari keberadaan Daus.

Setibanya Adi di Kuala Lumpur, dia tidak terus ke ibu pejabat. Akan tetapi, dia pulang ke rumah dahulu untuk berehat. Tubuh badannya terlalu letih akibat tidak cukup tidur. Adi memanjakan dirinya dengan mandi sabun di dalam bilik air. Dia ingin menyegarkan badan dahulu sebelum masuk ke alam mimpi. Dia tidak mahu tidur dalam keadaan badan yang melekit dek peluh dan kotor, dia khuatir nanti termimpikan yang bukan-bukan.

Seusainya mandi, Adi mengenakan seluar pendek tanpa berbaju sahaja. Seterusnya, Adi merebahkan badan ke atas tilamnya yang empuk.

“Ah kau! Balik-balik terus tidur. Jumpa mak pun tidak! Terus tidur! Tak sayang kat mak lagi lah tu..” kedengaran seseorang menegur Adi dari muka pintu biliknya. Suara tersebut membuatkan Adi terkejut dan terus bangun dari baringnya. Dia memandang keadaan sekeliling.

“Setiap kali aku balik, mesti akan dengar suara arwah. Apalah dosa aku ya Allah.” keluh Adi di dalam hati.
Adi memarkirkan keretanya di kawasan yang disediakan. Dia mengatur langkah kaki memasuki ke tempat kerja. Ramai kakitangan yang menyapa dirinya apabila mereka terlihat Adi memasuki pintu tempat kerjanya itu.

“Mana suspek?” soal Adi sambil membuka kaca mata hitamnya dengan penuh bergaya, mampu membuatkan makcik cleaner cair dan jatuh hati. Adi menuju ke bilik soal siasat. Leong sudah berada di dalam bilik tersebut. Kelihatan wajah Leong lebam-lebam biru. Mungkin sebab menerima hadiah pada hari sebelumnya.

“Leong!” jerkah Adi sambil membuka pintu bilik laju-laju. Perbuatannya itu membuatkan Leong terkejut melompat lalu terjatuh dari kerusinya. Leong meracau-racau meminta tolong agar dirinya tidak dicederakan. Nama Daus beberapa kali terungkap dari bibir Leong.

“Disebabkan kebodohan kau. Semua orang menanggung akibat. Sekarang kau takut pula? Masa buat dulu tak fikir? Main pakai beduk je? Ha? Bodoh?” herdik Adi sambil kakinya di pijak ke kepala Leong. Leong menangis-nangis seperti budak kecil.

Tiada maklumat yang dapat membantu siasatan di terima oleh Adi dari mulut Leong. Leong asyik mengatakan bahawa dia tidak tahu apa-apa. Dia benar-benar berada dalam ketakutan. Dan, kelihatan bodoh. Tak padan dengan tatu yang penuh di badan. Sebaliknya, Adi menjadikan Leong sebagai punching bag sebagai tempat melepaskan tekanan diri.

“Sumbat dia dalam lokap!” arah Adi kepada kakitangan yang berada di situ. Adi pergi ke pantri demi membuatkan secawan kopi panas yang lazat dan enak di minum sebegitu saja. Uuuuhh~

Sedang enak Adi menikmati kopi yag dibancuhnya sendiri, dia menerima panggilan dari anggotanya yang bertempat di Johor. Dia diberitahu bahawa Daus dalam perjalanan menuju ke Kuala Lumpur menaiki kereta Wira berwarna hijau pekat. Anggotanya sedang mengekori dari arah belakang dengan harapan tidak ketahuan.

Adi menyalin maklumat yang di beri di atas kertas di atas meja kerjanya. “Nombor plat MY A55. Nombor plat palsu ni.” bisiknya seorang diri. Setelah dia meneliti nombor plat tersebut. Ianya berbunyi “My Ass”.

“Tak guna kau, Daus. Dalam waktu begini kau sempat bergurau. Okay, fine. Kau akan aku tahan sebentar lagi, Daus.” ungkapnya seorang diri sambil menghirup air kopinya.

Adi telah diberikan izin oleh orang atasan untuk melakukan sekatan jalanraya besar-besaran. Tapi Adi mempunyai perancangannya yang tersendiri.

“Kalau kita buat roadblock, mesti dia tahu punya. Dah tentu dia akan larikan diri. Jadi, saya rasa lebih baik kita buat serang hendap. Kita himpit keretanya dengan kereta undercover kita.” cadang Adi, dan cadangannya itu di terima. Setelah segala persiapan sudah selesai. Semua anggota yang terlibat terus bergegas melakukan kerja masing-masing.

“Ingat, jangan nampak ketara sangat. Jangan bergerak secara berkumpulan. Pastikan, semuanya berjalan dengan lancar. Jangan bertindak tanpa arahan dari saya. Operasi kali ni wajib berjaya!” suara Adi kedengaran di setiap radio terminal di dalam kereta-kereta anggota polis.

Kereta Wira berwarna hijau pekat menyusuri tol Serdang. Kemudiannya, kereta tersebut terus ke arah MRR2. Tiga buah kereta undercover mendahului kereta yang dinaiki Daus. Satu di lorong kiri, satu lagi di hadapan kereta Daus, dan satu lagi di lorong sebelah kanan. Manakala, tiga biji kereta undercover berada di posisi yang sama tetapi di bahagian belakang.

“Suspek kelihatan sedang memandu sambil makan Laksa Johor.” ujar salah seorang dari anggotanya.

“Tuan relaks je kat HQ tu. Biar kami jalankan tugas ni. Tuan ready je nak buat report.” tambah seorang lagi.

Semua anggota menunggu arahan dari ketuanya. Arahan yang mampu memberi sebuah pengakhiran atau sebaliknya. Bintik-bintik peluh mulai menjelma di dahi Adi. Seluruh tubuhnya tiba-tiba saja menggeletar.

“Lakukan sekarang!” arah Adi.

Apabila mereka semua mendengar arahan tersebut. Tanpa membuang masa, kereta di hadapan menekan pedal brek. Empat biji kereta di kiri dan kanan menghimpit kereta Daus. Manakala kereta yang di belakang pula, merempuh kereta Daus dari arah belakang. Dentuman yang kuat kedengaran. Seramai lapan orang penunggang motorsikal terbabas kerana terkejut dengan kejadian tersebut. Orang awam yang lain pula, sempat memberhentikan kenderaan masing-masing.

Kelihatan asap-asap putih berkepul keluar dari kereta Daus. Sebuah lori milik polis berhenti di tempat kejadian. Seramai enam orang berpakaian seperti SWAT melompat keluar dari belakang lori itu. Siap dengan bersenjata api. Mereka mengepung kereta Daus. Anggota polis yang menaiki kereta undercover tadi sudah pun mengalihkan kenderaan masing-masing ke bahu jalan, bagi memudahkan kerja untuk menangkap suspek.

“Kenderaan suspek berjaya diberhentikan. Over.” ujar salah seorang anggota polis yang terlibat dengan menggunakan alat komunikasi walkie-talkie. Adi menunggu di ibu pejabat dengan perasaan yang berdebar-debar. Dia berharapan agar Daus berjaya diberkasnya pada hari itu.

Seorang anggota polis menghampiri kereta Daus dan membuka pintu di bahagian pemandu. Kemudian, dia menghalakan muncung senjatanya ke arah dalam kereta. Anggota tersebut mencapai walkie-talkie.

“Suspek bernama Daus tu orang cina ke? Over.” kata-kata dari anggota polis itu membuatkan darah Adi menyirap.

“Periksa betul-betul! Mana mungkin cina! Daus tu orang melayu!” tengkingnya sehinggakan walkie-talkie tersebut menghasilkan satu bunyi yang nyaring. Ternyata anggota polis itu tidak silap. Memang hanya ada lelaki berbangsa cina berada di dalam kenderaan tersebut. Dan, lelaki itu kelihatannya sudah meninggal dunia akibat kepalanya terhentak kuat pada stereng.

“Tapi kami memang nampak tadi suspek yang bawa kereta! Bukan orang cina atau lain!” jelas anggota polis yang seorang lagi dengan menggunakan walkie-talkie.

Adi menjerit bagai orang gila. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa segala usahanya dari tadi hanyalah sia-sia. Dia berharapan agar dapat menangkap Daus, tetapi orang lain pula yang berada di dalam kenderaan tersebut.

Adi menghempas tangannya ke atas meja. Dia berasa geram kerana terasa dirinya seperti dimainkan. Mustahil Daus dapat melenyapkan dirinya begitu saja. Bagaimana dia lakukan? Magic? Tidak mungkin pasukan yang dia latih selama ini memberikan maklumat palsu atau pun tersalah pandang.

“Tuan! Saya berani bersumpah! Memang saya nampak dia keluar dari hotel yang dia menginap tadi dan terus masuk ke dalam kereta. Dan terus menuju ke arah Kuala Lumpur! Saya tak tipu, tuan!” ujar anggota polis yang berada di dalam pasukannya.

Kepala otak Adi tidak dapat nak berfungsi. Dia terlalu kusut. Mungkin benar anggotanya tersalah pandang? Akibat tidak cukup rehat? Mungkin? Walau bagaimanapun, sudah tentu pihak atasannya ingin penjelasan dan Adi harus bertanggungjawab di atas kesilapan besar yang sudah berlaku. Kecuaian yang mengakibatkan kematian orang awam yang tidak bersalah dan tiada kaitan dengan kes yang sedang diuruskan.

Disebabkan insiden tersebut, Adi bakal kehilangan kerjanya dan berkemungkinan besar dia boleh dipenjarakan. Walaupun Adi merupakan anggota polis berjawatan tinggi, ianya tidak bermakna Adi mempunyai imuniti terhadap kesalahan seperti ‘terbunuh’ sebab salah informasi.

Fikiran Adi berhenti dari berfungsi serta-merta. Ahli pasukannya sedang menunggu jawapan darinya. Apa yang harus dilakukan? Di dalam kekalutan yang sedang berlaku, Adi menerima panggilan dari pihak atasan. Darah Adi berderau, dia tidak tahu bagaimana ingin menjawab. Apa yang harus dia lakukan?

Adi menceritakan segala yang berlaku kepada pihak atasan. Dia pasrah dan dia sedia menanggung segalanya. Dia sanggup gadaikan kerjayanya yang dia bina selama ini asalkan anak buahnya tidak mendapat hukuman.

“Tak mengapa, saya nak awak bawa balik mayat tersebut dahulu dan lakukan pemeriksaan. Lakukan pemeriksaan secara terperinci. Selanjutnya kita akan bincangkan selepas pemeriksaan.” arah pihak atasan Adi. Adi patuh dengan arahan yang di terimanya, dan dia mengarahkan anak buahnya untuk membawa balik mayat tersebut.

“Jangan cerita apa-apa dulu kepada sesiapa pun. Sehinggalah kita dapat jawapan dari pihak atasan.” arah Adi kepada semua anak buahnya.

Keesokan harinya, Adi tidak datang ke kerja. Dia diarahkan untuk mengambil cuti sehinggalah pemeriksaan terhadap mayat tersebut selesai yang di mana ianya mengambil masa selama lebih dari 24 jam.

Walaupun Adi cuti, tetapi dia tetap menjalankan kerjanya dari rumah. Adi meneliti bahan-bahan bukti yang berkait dengan kes itu. Dia membaca nota milik pembunuh itu dengan harapan dia dapat mencari maklumat penting.

“Aku tak tahu apa yang merasuk tubuhku. Tetapi, aku berjaya membunuh semua yang berada di situ. Aku tidak sedar apa yang berlaku.”

“Apa yang berlaku pada dia waktu tu? Macam mana dia boleh tak sedar yang dia dah bunuh semua yang ada kat situ termasuk kawan serumahnya? Daus ni siapa sebenarnya?” getus Adi di dalam hati. Dia bangun dari kerusi, dan menuju ke arah jendela rumah. Dia melemparkan pandangannya jauh ke luar rumah. Dia cuba untuk fokus.

“Macam mana dia boleh tak sedar yang dia telah melakukan pembunuhan? Tak mungkin sebab terlalu marah. Atau, dia memang ada penyakit? Dan, bagaimana dia boleh gantikan dirinya dengan orang lain ketika kami mengepungnya? Riddle yang agak susah untuk aku selesaikan.” getus Adi seorang diri. Dia melurut misainya dengan cermat sambil mata terpejam rapat.

Secara tiba-tiba, telefon milik Adi berbunyi. Adi bergegas mendapatkan telefonnya itu. Dia melihat pada skrin telefon itu. Sebuah nombor yang dia tidak kenal. Siapa pula? Adi menjawab panggilan tersebut.

“Hello?”

“Assalamualaikum Encik Adi.” terdengar suara seorang lelaki separa tua di hujung talian.

“Ya saya bercakap. Siapa ni?” soal Adi ingin tahu. Siapa pula lelaki tua yang menghubunginya itu?

“Saya Zakariah, pegawai di penjara. Saya yang menjaga sel di mana Daus menetap ketika berada di penjara. Saya ada sedikit maklumat yang ingin saya kongsikan.” ujar Zakariah sopan.

“Menarik. Baiklah, teruskan.”

“Daus ada saka.” ujar Zakariah, membuatkan Adi sedikit terkejut. Saka?

“Mengarutlah…” Adi tidak suka apabila mendengar perkataan saka tersebut. Dan dia tak percaya bahawa Daus jadi begitu disebakan saka.

“Apa yang saya katakan ini adalah benar. Keluarga Daus mungkin dalam kategori warak dan menolak ajaran sesat itu semua. Tetapi dalam hal ini, saya dapat rasakan bahawa Daus telah tertewas dan dia telah menerima saka itu untuk menjadi sebahagian dari hidupnya. Sebahagian dari dirinya. Disebabkan dendam yang ingin dia lunaskan.” jelas Zakariah. Adi hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu bagaimana hendak memberikan respon.

“Suatu malam ketika dia berada di dalam selnya seorang diri. Saya ada terdengar dia berbual dengan seseorang, sedangkan tiada sesiapa di situ. Antara perbualan mereka yang dapat saya dengar ialah membalas dendam dan menjadi kebal.” jelas Zakariah lagi.

“Saya bukanlah seorang pakar. Tetapi, lebih baik Encik Adi meminta pertolongan dari orang yang pakar dalam bab begini. Seseorang yang tinggi ilmunya dalam hal agama dan tahu caranya untuk menghapuskan makhluk-makhluk seperti jin, syaitan dan sebagainya.” tambah Zakariah lagi.

Adi benar-benar terkedu. Dia tidak dapat mengeluarkan sebarang suara mahu pun ayat. Dia rasakan semuanya itu seperti karut. Tetapi, seperti ada kemungkinan juga ianya benar. Jika tidak, bagaimana Daus boleh melakukan pembunuhan yang dahsyat tersebut?

Selepas menamatkan perbualannya dengan Zakariah, Adi menghubungi pula tempat kerjanya. Namun, hampir lima minit dia menunggu, tiada jawapan. Adi mula berasa hairan dengan keadaan tersebut. Hatinya tiba-tiba saja diserangi perasaan tidak enak. Adi cuba menghubungi tempat kerjanya lagi. Tetap tiada jawapan yang di terima.

Adi hubungi pula nombor telefon kawannya yang bekerja di situ.

“Hello? Amin? Kau ada kat office ke?” soal Adi.

“Adi… Tolong… Tolong kitorang…….” panggilan dimatikan. Adi terdiam, matanya terbeliak. Apa yang sedang berlaku? Hatinya benar-benar rasa tidak sedap. Lantas, Adi membuat keputusan untuk pergi sahaja ke ibu pejabat polis tempat dia bekerja itu. Semasa dalam perjalanan, Adi cuba hubungi beberapa nombor kawannya yang bekerja di situ, tetapi tidak berjawab. Adi melemparkan telefon bimbitnya ke kerusi bahagian penumpang. Dia harus segera ke ibu pejabat. Dia inginkan jawapan. Apa yang sedang berlaku? Pertolongan apakah yang kawannya itu cakapkan?

Adi dapat melihat bangunan ibu pejabat dari jauh. Jarak antara dia dan ibu pejabat tidak jauh lagi. Tetapi, disebabkan jalan sesak. Dia terpaksa menunggu. Dengan tidak semena-mena, telefon bimbitnya berbunyi. Tertera nama ketuanya di skrin kaca. Adi segera menjawab.

“Adi! Cepat datang ke pejabat! Suspek hidup semula dan membunuh semua orang!” arah ketuanya itu. Adi tergamam. Apa yang dah terjadi? Adi segera meletakkan keretanya ke sisi jalan. Dan, dia terus keluar dari kenderaanya itu dan berlari ke arah ibu pejabat polis yang tidak jauh lagi dari tempat dia berada.

Setibanya Adi di lokasi, dia melihat semua anggota polis yang terselamat berada di luar. Adi berlari ke arah ketuanya.

“Tuan! Apa yang sudah berlaku?” soal Adi menginginkan jawapan.

“Suspek bernama Daus. Saya tak tahu bagaimana nak jelaskan. Semasa pembedahan hendak dilakukan, dia tiba-tiba saja bangun dan membunuh semua yang berada di depan matanya. Wajahnya dari orang cina tiba-tiba jadi… jadi.. jadi muka dia.. muka suspek.. muka Daus.. Entahlah, saya sendiri pun tak tahu macam mana nak jelaskan.” jelas ketua Adi yang sedang keliru. Dan, dibadannya terdapat calitan darah.

Adi melihat sekelilingnya, ramai anggota yang cedera parah. Ada diantaranya badan terputus, kaki dan tangan terputus. Seperti di rentap kasar dan di gigit.

“Oh ya, lagi satu. Semua anggota kita sudah tembak suspek. Tetapi, suspek tidak mati. Seolah-olah kebal. Peluru memang tak lut.” jelas ketua Adi lagi.

“Mungkin kita perlukan bantuan dari ustaz-ustaz untuk hal sebegini. Tuan tolong hubungi sesiapa yang boleh membantu, saya nak masuk ke dalam. Saya nak menghadap suspek.” ujar Adi dan terus berlari ke dalam. Ketuanya cuba menghalang tetapi tidak berjaya. Adi telah pun terlepas masuk ke dalam bangunan.

Keadaan di dalam ibu pejabat polis sangat huru-hara. Beberapa mayat anggota pasukan khas di lihat bergelimpangan di merata tempat. Adi melihat ke arah senjata api jenis SMG yang berada di atas lantai. Dia mengambil senjata tersebut. Setelah memastikan senjata itu masih lagi berfungsi dan berpeluru, Adi sarungkan ke badannya. Dia bersedia untuk sebarang kemungkinan. Dia tahu bahawa peluru tidak dapat membunuh Daus, tapi apa lagi pilihan yang dia ada? Dia akan cuba melengahkan masa sementara menunggu bantuan yang dia harapkan. Iaitu seseorang yang mampu melawan syaitan.

Adi melangkah kaki menuju ke tingkat dua bangunan tersebut kerana dia terdengar suara lelaki menjerit. Adi bersandar pada sisi dinding, dia cuba untuk mendengar sebarang bunyi. Ada perbualan yang sedang berlaku. Tetapi tidak jelas, berkemungkinan Daus berada di dalam salah satu bilik pejabat yang ada. Adi terus bergerak menuju ke arah suara yang dia dengari sebentar tadi.

Adi berjalan dalam posisi bersedia untuk menembak. Dia akan terus menembak jika ternampak kelibat Daus.

“Dia sudah melampau. Dia telah membunuh begitu banyak nyawa yang tidak berdosa. Hanya kerana nak melunaskan dendam terhadap pembunuh kepada keluarganya sahaja.” getus Adi di dalam hati.

Adi memberikan fokus telinganya terhadap perbualan yang dia dengari sejak tadi.

“I sanggup bagi you apa saja! Jangan bunuh I! I merayu pada you!” kedengaran suara Leong merayu agar nyawanya tidak di ambil. Adi tiba di pintu bilik pejabat yang di mana Leong dan Daus berada. Kelihatan Leong sedang tersandar di dinding. Kedua-dua belah tangannya sudah tiada.

“Nampaknya Daus begitu obses dengan tangan mangsanya. Dia akan cabut tangan mangsanya dulu sebelum bunuh. Pembunuhan jenis apa ni? Kejam sungguh. Lebih baik kau bunuh je dari biarkan dia terseksa macam tu.” bisik Adi di dalam hati. Dia cuba untuk melihat kelibat Daus, tapi tidak kelihatan.

“Mana pula si gila ni?” hati Adi bertambah tidak enak setelah dia tidak melihat kelibat Daus di dalam bilik tersebut. Dengan tidak semena-mena, Adi di tendang dari arah belakang. Tendangan yang biasa tapi kekuatan yang terhasil membuatkan Adi tercampak ke dalam bilik tersebut. Badan Adi terasa bisa, seperti di cucuh dengan menggunakan bara kayu api.

Perlahan-lahan Adi bangun, dia melihat Daus sudah berada di muka pintu.

“Celaka! Macam mana pula dia boleh ada kat belakang aku? Betul ada saka lah si jahanam ni!” teriak Adi di dalam hati. Dia menghalakan SMG ke arah Daus, dan terus melepaskan berpuluh das tembakakan ke arah Daus. Ternyata apa yang di beritahu ketika baru sampai tadi adalah benar belaka. Daus tidak berganjak walaupun sedikit. Peluru memang tidak berkesan pada dirinya.

“Makhluk jenis apa kau ni!? Matilah bodoh!!” jerit Adi dan melepaskan lagi tembakan ke arah Daus. Lagi sekali, ianya tidak memberikan sebarang kesan kepada diri Daus. Sedikit pun darah tidak terpancut keluar. Semua peluru yang di tembak ke arah dirinya jatuh lemah tak bermaya.

“Cepat bunuh dia tuan polis! Bunuh dia cepat! Selamatkan saya!!!!” jerit Leong.

“Diamlah bangsat! Semua ni berpunca dari kau!” balas Adi berang, dan dia melepaskan tembakan ke arah kaki Leong. Membuatkan Leong menjerit kesakitan lalu jatuh terduduk. Darah yang banyak mengalir keluar. Kemudian, Adi mencampakkan senjatanya ke tepi.

Lantas, Adi melayangkan tendangan ke arah kepala Leong. Kemudian, dia memijak-mijak kaki Leong yang sedang kritikal dan dalam keadaan yang berdarah teruk. Tidak cukup dengan itu, Adi menggigit pula bahu Leong sehingga terkoyak dagingnya. Tiada apa yang mampu Leong lakukan. Hanya menjerit kesakitan. Adi seperti kerasukan, matanya berubah menjadi warna merah darah. Anak matanya menjadi kecil dan tajam, saling tidak tumpah seperti haiwan pemangsa yang kejam.

Adi mencakar-cakar tubuh Leong sehingga kulitnya terkoyak dan mengalirkan darah. Adi mengangkat Leong dan menghempas tubuh yang lemah itu ke atas lantai dengan kuatnya. Kedengaran bunyi tulang-tulang yang patah. Leong tidak lagi bersuara namun masih bernyawa. Dia tidak dapat hendak lakukan apa-apa. Hanya menerima dengan penuh kesakitan yang tidak dapat nak diungkapkan dengan melalui kata-kata. Bukan kata-kata cinta atau rindu, akan tetapi kata-kata yang menggambarkan betapa sakit dan peritnya menunggu mati dalam keadaan yang terseksa. Gambaran pembunuhan yang pernah dia lakukan terpancar di depan matanya, wajah-wajah mangsa yang pernah dia bunuh. Wajah-wajah ahli keluarganya. Wajah insan-insan yang pernah merayu agar jangan dicederakan. Leong teringat akan segala perbuatan lampaunya.

Namun, itu semua sudah tiada erti lagi. Kerana saat itu, dia sedang nyawa-nyawa ikan. Hanya menunggu saat malaikat maut mencabut nyawa dari tubuhnya. Dan, ketika gambaran wajah-wajah yang pernah dia lihat itu sedang berlegar-legar, Adi pula menarik kepalanya sekuat hati. Leong menjerit kuat. Jeritan yang terakhir yang akan keluar dari anak tekaknya. Selepas itu, tiada lagi yang akan kedengaran. Kulit-kulit di leher Leong mulai terkoyak, koyakan seperti koyaknya sekeping kertas. Dan memisahkan antara satu sama dan lain. Begitulah terpisahnya kepala milik Leong dan tubuhnya. Darah memancut keluar.

Adi menghempas kepala itu ke atas lantai, lalu dipijaknya sehingga pecah. Adi menjerit-jerit seperti orang gila ketika sedang memijak kepala Leong. Apakah dia tidak sedar akan perkara yang sedang dia lakukan? Apakah dia sudah gila? Selepas Adi selesai dengan pembunuhannya, dia jatuh rebah ke bumi. Pandangannya menjadi kabur. Kepalanya menjadi pening yang terlampau. Dan, Adi terus tidak menyedarkan diri.

“Sekarang kau akan faham bagaimana perasaannya bila membunuh dalam keadaan tidak sedar. Dan, disabitkan dengan kesalahan membunuh tanpa niat.” ujar Daus, lalu dia tersengih sinis. Kemudian, dia berlalu pergi dari tempat itu.

Semenjak dari hari itu, tiada jejak Daus ditemui. Lokasi terakhir adalah di rumah saudara kepada Leong, yang di mana seluruh ahli keluarga itu telah mati di bunuh dengan begitu kejam sekali. Kemudian, Daus terus hilang tanpa khabar berita.

Manakala Adi pula, dia menjadi tidak waras selepas sedarkan diri. Otaknya menjadi tidak betul. Dia melalut mengenai perkara-perkara yang aneh. Walau bagaimanapun, Adi tetap difailkan sebagai pesalah kerana telah mengakibatkan kematian suspek yang telah menyerahkan diri kepada pihak polis dan membiarkan suspek pembunuh bernama Daus melepaskan diri. Rakaman CCTV yang berada di ibu pejabat telah berjaya merakam segala kejadian yang telah berlaku. Ramai yang tidak percaya bahawa Adi secara tiba-tiba boleh beralih pandangan dari menghentikan Daus kepada membunuh untuk Daus.

Adi ditempatkan di wad sakit mental, di dalam sebuah bilik khas. Kemudian, kes ditutup setelah bertahun pihak polis cuba menjejaki Daus, tetapi tidak berjaya. Negara kembali aman seperti sediakala.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

71 thoughts on “Dendam”

  1. Not bad..
    Saka buas btul..
    Semua mngsa di bunuh kejam yang akhir nye .
    Adi jadi mangsa smpai gila kwan tuh…

    Terus kan berkarya ye..

    5?????

    Reply
  2. ANTONIO tu ape?? Nama Amir ke or carutan untuk Amir? Confuse aku. Huhu.

    Aku lebih TERtarik dengan bio writer yang paling last. HAHAHAHAHAH

    Berpengalaman luas menghabiskan duit PTPTN dengan membeli majalah United setiap bulan ketika di universiti dahulu. Kini, dia menganggap menonton perlawanan MU bukan lagi cara menenangkan fikiran yang efektif HAHAHAHAHAHAH kau peminat MU ke?

    Reply
  3. Fiksyen! gigih maira baca dari 1st paragraph. Dan ni cuma sekadar komen ye encik penulis. Maira pun still tak mahir sangat..

    Banyak ayat yang berulang-ulang kosa kata dan agak tidak tersusun. Atau mungkin ianya bahasa pasar penulis.

    1) aku berasa amat bersyukur kerana masih lagi ada rezeki buat keluarga kami = masih ada lagi rezeki…
    2) Kami sekeluarga tak pernah berharap bantuan dari orang lain = mengharap bantuan…
    3) Aku berterima kasih pada jasa ibu bapa aku kerana membesarkan aku dan keluarga Haji Zainuddin8 = Aku berterima kasih pada keluarga Haji Zainuddin dan ibu bapaku atas jasa mereka kerana membesarkan aku.
    4) Aku selalu juga bertelefon ke kampung = menelefon ke kampung…
    5) perkara yang paling aku takuti terjadi yang di mana aku dan kawan serumah = yang mana aku dan kawan serumah…
    6) Perasaan amarah dalam hati aku membuatkan aku hilang pedoman = amarah dalam hati membuatkan aku
    7) sudah dua buah keluarga yang sudah menjadi mangsa Daus = sudah dua buah keluarga yang menjadi
    8) Teruskan tingkat integriti kita sebagai anggota polis = terus tingkatkan

    Reply
  4. Huh!!! Dasatt aku x boleh blah ayat “drive sambil makan laksa” feveret aku oiii laksa tuuuu. Overall aku suke cite ko. Cuma ending dia tu. Kenapa dia letakkan kesalaha tu pada adi. Kesian adi huhuu dia x bersalah. Dia cuma jalankan tugas. Patutnya leong lah yg gantikan tempat adi tu. Biar dia plak gila. Kak nas bagi 10/5 bintang

    Reply
  5. Scaryy plus geli care daus bunuh orang tu ?. Tapi part yg tak boleh blah makan laksa sambil drive ??. Acane tu. Haha. Btw story sumpah best. Good job writer ?

    Reply
  6. Sebenarnya saya suka cerita thriller comedy. Sebab tu kadang saya akan selitkan sedikit unsur lawak seperti drive sambil makan laksa untuk jalan penceritaan tidak terlalu serius.

    Reply
  7. Yahhh aku sukaa citer macam nii wey tp aku harap jugaklh x dpt kes mcm no mahu dgn aku ii sekali masuk hosp giler nt. Besttt 10/10 aku bagii

    Reply
  8. Sebab itulah kita dilarang sama sekali untuk menyakiti hati orang lain.
    Jaga kelakuan,tingkah laku,pertuturan,adab dan bicara.
    Kerana kalau sekali kita menyakiti hati orang lain,Ia boleh membawa padah sehingga ke peringkat menggadai nyawa.
    Ini hanyalah sekadar pesanan buat saya dan semua.
    Ambillah ikhtibar melalui cerita ini.
    Fastabiqul Khairat!?

    Reply
  9. aku dapat bayangkan macam mana hensemnya si adi nie,sbb makcik cleaner pun boleh cair tengok adi,

    teruskan menulis thriller seperti ini wahai writer.

    best ! saya bagi semua bintang2 dilangit

    Reply
  10. wahhh cuba bayang syamsul yusof buat cter ni… hehehehe.

    siri kepolisan sinonim ngn datuk yusof haslam. eh ter imagine syamsul jd watak cter “dendam”

    terbaik!

    Reply

Leave a Comment