Hi, Asalamualaikum. Nama aku Nur, memang nama samaran. Aku nak ceritakan kisah aku disihir oleh kawan sendiri dan family sendiri. Aku ni tidaklah cantik seperti yang disangkakan. Aku berkulit sawo matang, berbadan besar dan bukan seorang yang cemerlang dalam pelajaran. Namun nasib aku baik kerana aku disegani oleh guru- guru walau aku bukan pelajar cemerlang.
Aku rapat dengan beberapa orang guru di sekolah dan itu yang membuatkan aku dicemburui oleh beberapa kawan sekelas aku sendiri. Kekadang tu cikgu tu bawak aku pergi tengok wayan. Yelah kiranya kami dah rapat sangat memandangkan cikgu yang aku rapat ni duduk jauh dari keluarganya dan sering bertandang ke rumah aku. Dah macam family pulak dah sebab apa apa je event kat rumah aku cikgu ni memang akan datang kalau takda halangan.
Okay aku akan mulakan dengan part disihir oleh kawan sendiri. Masa cuti semester yang kedua mak aku nak bawak aku balik kampung sebab university aku ni tak jauh dari kampung mak aku. Pada mulanya aku tak nak sebab masa cuti sem tu aku ambik kursus pendek untuk subject economy so nanti dah naik sem3 aku agak free la memandangkan aku dah ambik awal subject economy ni. Pujuk punya pujuk aku setuju nak ikut mak balik kampung.
Sebelum tu, aku memang ada cerita dekat mak yang aku kena tindih masa dekat hostel. Tapi bagi aku benda tu hal kecil je sebab rasanya selalu dah kena tindih. Tapi kali ini lain sebab benda yang tindih aku ni dia dalam jelmaan orang yang aku saying tapi dah meninggal. Jadinya agak seram sikit la. That’s why aku decide nak cakap kat mak aku. Sebab yelah seramkan tiber benda tu muncul dalam jelmaan pak cik aku.
Perjalanan dari uni aku ke kampung aku dalam 20 minit jer memang dekat. So jadinya kalau aku malas nak balik rumah aku, aku akan tumpang mana- mana orang yang aku kenal untuk pergi ke kampung aku. Tapi aku sebenarnya tak tahu pun kalau mak aku nak bawak aku pergi “berubat”. Bila dah sampai kampung kan biasalah aku akan cari nenek aku. Masatu nenek aku dah start jadi bedridden so memang senang la aku nak cari dia. Kalau la masa dia sihat dulu memang susah la nak cari dia. Sekejap kat kebun, sekejap dekat sungai pergi memancing.
Jadinya lepas aku jumpa nenek dekat rumah makcik aku, mak aku nak bawa aku jumpa kawan dia, katanya lama tak jumpa sebab kawan mak aku ni dah jadi cikgu kat tempat yang memang jauh dari bandar. Kebetulan pula kawan dia baru je lepas bersalin. Tapi kan hati aku macam tak tenang sebab macam ada sesuatu. Dah nak sampai kat rumah kawan mak aku tu, tetiba kaki aku macam berat. Memang susah nak jalan. Jadinya dah masuk rumah tu aku rasa macam lain, dengan kawan mak aku tu merokok aku macam hairan lah. Eh di ni perempuan kot. Cikgu pulak tu, tak semena mena merokok depan aku. Dan tetiba aku menangis, tapi aku takt ahu kenapa aku menangis dan terus pengsan.
Aku pengsan tu tak la lama mana, tapi sempat la jugak kawan mak aku tu sedia apa yang patut. Then bermulalah mengeluarkan benda benda yang tak sepatutnya. First tu lepas dia baca surah surah tu, aku dah start muntah d***h. Masatu adik lelaki aku tinggal sorang je kat rumah sebab dia balik kerja lewat dari masa keberangkatan mak bapak aku ke kampung. Dalam masa yang sama adik aku call kami dia cakap yang lampu kat rumah tu kelip kelip macam scene dalam tv tu, lebih kurang gitu kah kot. Rupanya kawan aku ni hantar sihir dekat aku masa sekolah menengah lagi form 5, tu pun dah nak masuk spm entah apa- apa je kan.
Dan yang dasyat, dia hantar melalui makanan. Yelah kita kalau kawan kasi makanan tu laju je. Kan kawan kan aku memang tak syak apa apa la dan masatu dia kasi aku nasi goreng, patut la sedap semacam. Dia bukan takat hantar satu tau, hebatkan. Dia hantar sampai 10 kau. Masatu aku memang kecewa mat. Lebih kecewa dari putus cinta. Yelah bayangkan dia tu dahla cantik, pandai pulak, bertudung labuh pulak tu (tudung takda kaitan ye dengan attitude, kang label aku ni takutkan manusia sejagat dengan perempuan tudung labuh kang naya aku). Yelah kalau orang tu pakai macam tu kan kita expect dia baik. Yang 9 ekor jin tu alhamdulillah dapat je kelua sebab muntah- muntah d***h gitu dah keluar.
Tapi ada satu ni je paling degil sedegil jin. Hmmm boleh pulak dia tak nak keluar. Bila dah ugut macam- macam cakap tak pandai nak kelua. Yang ni duduk kat rahim aku. So masa ni cycle period aku memang tak cantik la. Kata benda tu dia yg makan darah aku masa aku period sebab tu aku susah nak period. Tapi aku rasa macam was was pulak dengan jin tu. Aku rasa macam yeke, sebab aku bagitahu sendiri yang aku susah nak period sebab berat badan berlebihan. Tiber pulak la si jin ni cakap dia makan d***h aku.
Sebenarnya kalau boleh jangan percaya tau kalau jin ni cakap merepek. Yelah jin- jin ni kadang suka buat helah sebabtu la kita tak dapat percaya sangat dengan jin- jin ni. Aku tahu kawan aku yang sihirkan aku pun sebab kawan mak aku tu yang beri bayangan dekat kami. Dia tanya aku yang aku ada tak kawan yang tinggal kat kampung sekian, cantik putih, chineese look dan suka pakai eyeliner dan tudung labuh. Aku cakap la ada sebab memang dah adakan.
Lepastu bila kawan mak aku tanya yang siapa yang hantar terus jin tu cakap Sekian binti Polan (bukan nama sebenar) yang hantar. Dia tak puas hati kat aku pun sebab aku disegani oleh ramai guru, yelah aku juga yang pengawas sekolahnya, aku jugalah yang pegang pengerusi untuk unit beruniform, kelab dan sukan, aku jugalah yang jadi ketua asrama. Memang adalah yang dengkikan. Aku cakap aku bukan pelajar cemerlang tak bermakna aku tak cerdik ye. Cumanya aku ada beberapa subject yang aku lemah contohnya maths dan sememangnya maths.
Disebabkan yg degil ni cakap dia susah nak keluar so kawan mak aku tu dia decide nak buat b***h kat bawah perut aku untuk keluarkan si degil tu. Yang aku was was adalah dahlah p****g tu tumpul kot, potong limau pun tak lepas macam mana boleh b***h bawah perut akukan. Tapi mungkin dengan izin Allah perut aku dapat dib***h menggunakan p****g yang tumpul tu. Then kawan mak aku tanya aku, yang masa aku pergi toilet kat hostel Nampak tak benda bertenggek dekat ampaian. Aku cakap ha Nampak tapi mungkin mainan mata sebab tu aku tak kisah.
Oh ya sebelum ni aku dah cuba tutup hijab mata aku tapi dah 3 kali buat dan masih tak berjaya. Sebenarnya ada lagi kisah aku disihir kawan tapi nanti kalau aku free aku ceritakan. Maaf la kalau tak seram sebab aku bukannya pandai sangat bercerita dalam alam maya ni. Kalau depan depan tu lain cerita la memang sampai ke subuh aku borak. Sekian .
Hantar kisah anda : fiksyensha.com/submit