Kisah ini saya sampaikan khas wakil dari makcik saya ,nama yang diberi acik . Cerita yang jadi titik hitam dalam hidup kami sekeluarga sampai hari ini. Kisah tragis ini berawal selepas kelahiran anak nya yang kedua . Alhamdulillah proses kelahiran berjalan dengan lancar dan dikurniakan anak perempuan . Selepas melahirkan, nenek kami sendiri yang menjaga acik sebab dia bidan kampung.
Dipendekkan cerita,, nenek tidur dirumah acik sebab rumah kami sebelah -sebelah saja,, jadi nenek tidur dekat sana untuk jaga acik . Posisi nenek di sebelah kiri hujung sekali , dan disebelah nenek anak acik yang pertama berumur 5 tahun. Baby yang baru lahir ditengah – tengah bersebelahan kakak nya yang 5 tahun. Acik perempuan dikedudukan yang ke 4 dan suami nya ke5 yang bermaksud kanan paling hujung.
Diikutkan cerita , acik terbangun sekitar jam 3 pagi kerana anak nya yang baru lahir si BABY ,, menangis dan acik pun terbangun. Buka saja mata , acik terkejut melihat diatas kepala anak yang pertama, semacam ada makhluk yang berbentuk macam ubur – ubur tapi samar sebab bilik sedikit gelap ,, cuma pakai lampu tidur yang kecil. Jadi sebab terkejut, acik tanpa sadar mencapai bantal kecil dan menikam ke makhluk tersebut, tetapi bantal itu terapung lalu acik dengan pantas menbangunkan suami nya supaya membuka lampu bilik . Selepas lampu dibuka, makhluk itu menghilang dan bantal yang terapung pun jatuh. Semua tidak tidur pada malam tersebut .
Selepas beberapa tahun, anak – anak acik sudah tumbuh dewasa . Acik selalu tinggal sendiri selepas anak ke sekolah dan suami turun bekerja. Rutin harian selalu melihat bayangan orang didalam rumah sendiri. Tetapi acik menganggap semua benda tersebut halusinasi . Kejadian jadi semakin buruk selepas mereka 4 beranak mengalami kemalangan yang menyebab kan acik lumpuh dan harus memakai kerusi roda. Tetapi berkat ahli keluarga yang lain,, kami ikhtiar dengan bermacam cara untuk membantu acik kembali berjalan ,, sebab acik cuma lumpuh yang tidak kekal dan boleh sembuh. Kami sekeluarga ingat , penyakit acik yang lumpuh semakin teruk disebabkan oleh kemalangan yang dialami.
Tetapi,, sebaliknya sebab keadaan acik sudah terlalu tenat. Acik sampai tidak dapat untuk bangun dari katil berbulan – bulan sedangkan awal-awal selepas kemalangan dia masih dapat berjalan dengan menyorong kerusi roda nya. Kami sekeluarga ikhtiar dengan memanggil ustaz. Rupa-rupanya sepanjang penderitaan acik, terselit banyak kiriman dari satu orang. Alasan orang tersebut hanyalah kerna cemburu melihat acik bahagia membina keluarga kecil nya. Perempuan tersebut suka kepada suami acik tetapi suami acik memilih acik sebagai isteri nya.
Sampai sekarang kami tidak tahu gerangan orang tersebut. Acik melalui terlalu banyak penderitaan sehingga tubuh nya mulai menyusut bak kata ustaz,, energi barang yang dihantar meninggalkan kesan ke tubuh acik sehingga ,, memakan dalaman nya sedikit demi sedikit. Keadaan sudah terlalu teruk sehingga kami sekeluarga harus menerima takdir dengan membuat bacaan yassin tanpa henti kerana acik nazak. Acik disahkan meninggal pada tahun 2016 bersamaan dengan tarikh anak sulung nya menghadapi ujian UPSR dan terpaksa balik kerumah menemui maknya.
Kisah saya sampaikan tidak seram,, tetapi hanya pengajaran untuk semua. Acik saya tidak melakukan apa-apa salah kepada individu tersebut tetapi individu itu terus menerus menghantar santau kepada acik saya sehingga beliau menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan syahid. Kalau boleh ,, buang kanlah segala sifat benci kita kepada orang,, kalau tidak suka cakap depan ,, jangan sampai menyantau. BERDOSA BESAR. Orang tidak terima kita.. kita terima dengan hati terbuka. Bukan dekat dunia ni ada dia sorang saja .Sekian terima kasih. Kalau suka boleh komen lagiii… banyak sebenarnya cerita tapi yang ni paling menyayat hati,, saya tak ceritakan secara terperinci takut ada aib si mati . TERIMA KASIH.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit