Depoh Kontena 2

Assalamualaikum semua. Hai. Thanks admin sebab sudi siarkan kisah aku sebelum ni. Hehehe. Ramai juga rupanya rakan sekerja aku layan page FS ni. Aku hargai komen dan kritikan yang korang bagi. Ok, cerita seterusnya adalah pengalaman aku semasa pulang dari tempat kerja.

Antara rumah dan depoh kontena tempat aku mencari rezeki ni ada 2 laluan yang boleh diikuti, melalui highway atau melalui jalan kampung. Aku biasanya akan melalui jalan kampung jika menunggang motor pada hari tersebut. Laluan kampung ni kita akan jumpa area rumah-rumah kampung moden sebelum melalui 1 area ladang kelapa sawit, lepas tu padang golf kemudian ladang kelapa sawit lagi baru akan terjumpa kawasan kilang dan perumahan. Laluan yang tiada rumah ni, ada kawasan yang gelap gelita ada juga kawasan yang ada lampu jalan. Ada pelbagai kisah penampakan kat area laluan kampung ni. 2 kisah di bawah adalah kisah aku. Hope you guys enjoy it.

Kisah pertama adalah pada tahun lepas antara bulan 10 atau bulan 11 camtu, tak ingat sangat. Kebiasaaannya dalam pukul 5.30 petang aku dah cabut balik, tapi hari tu ada kerja terlebih sedikit, aku pulang dalam remang senja camtu. Ketika keluar dari kawasan tempat kerja tu, aku perasan depan aku ada seorang penunggang motor pakai baju sejuk warna coklat dengan beg merah, helmet full face dan bawa skuter. Bawa slow banget, rasanya dalam 40km/j. Aku pun potong lah kan, tak kan nak follow belakang pula da nak maghrib camni. Dalam jarak 300-400 meter camtu tiba-tiba dari jauh aku nampak penunggang yang sama lagi. Aku macam pelik juga rasa, bila pula dia potong aku. Aku bawa memang tak laju, tapi dalam 80km/j juga lah.

Aku tak kisah sangat, mungkin aku tak perasan. Aku pun potong lah dia lagi sambil jeling-jeling tengok dia. Tanpa reaksi dan tanpa gerak, kaku je bawa motor. Korang agak camne? Ye betul, 5 minit kemudian dia muncul lagi depan aku. Aku yang tengah bawa motor ni, sayu juga rasa hati bila tengok dia muncul lagi. Monolog dalaman pun berlaku “lagi sekali aku potong, kau muncul lagi, memang aku hantar cerita kau kat FS”. Terus aku potong makhluk tu, entah lelaki ke perempuan, baju dia berbungkus tebal menyebabkan aku tak dapat agak jantina dia. Nak je aku buat gaya superman masa potong dia tu, biar dia tahu erti penyesalan tapi aku batalkan niat tersebut memandangkan saiz badan aku tak mengizinkan. Karang aku pula yang menyesal. Huhuhu..

Aku terus up laju motor aku sampai cecah 100km/j. sambil jeling side mirror dia rilek je kekal dengan kelajuan sama. Aku teruskan pecutan, meninggalkan beliau dengan asap motor aku. Hahaha… Rasakan. Kemudian.. Ya, benar kawan-kawan, beberapa minit kemudian dia muncul lagi. Tanpa fikir panjang, aku teruskan saja menunggang motor aku tu. Tepat-tepat aku kat sebelah dia, slow2 dia macam hilang, bila aku pandang belakang dia terus ghaib. Ok, confirm kau bukan orang. Balik tu aku singgah masjid dulu sebelum balik rumah. Terasa insaf mengenangkan kekerdilan diri ini.

Kisah kedua terjadi dalam tahun 2014. Aku balik lewat masa tu, dalam pukul 10 malam dan ya, aku melalui jalan yang sama. Bila aku tiba di kawasan ladang kelapa sawit ni, tiba-tiba motor aku terasa berat. Wei, badan aku ni memang lah over size, tapi motor lc135 aku ni tiada masalah nak bawa aku setakat 80-100 km/j. Motor aku terasa berat sampai aku terpaksa bawa dalam 20km/j sahaja. Sampai aku drop gear motor ke gear 1, naik balik 4, sama juga keadaannya.

Terpaksa lah aku gagahkan juga motor kesayangan aku tu. Meraung-raung bunyi enjin dia. Kadang-kadang bila ada kereta potong aku atau bertembung, diorang high beam kat aku. Adoiyai, ada benda tumpang aku ke ni? Toleh belakang kosong je seat belakang tu. Tapi aku memang terasa macam sejuk je kat bahagian belakang aku tu. Kadang-kadang terasa macam ada rambut tersentuh kat tengkuk aku. “Tak pakai helmet ke dia ni? Atau dia duduk ala-ala gadis ayu duduk menghadap ke tepi? Jangan kena tahan polis sudah”.

Perjalanan dalam 7-8 km lagi, terpaksalah teruskan menunggang dengan kelajuan siput tu. Pilu juga rasa hati bila fikirkan anak sulung yang baru lahir kat rumah. Masalah pula nanti kalau benda ni mengikut. Aku pun cakap lah dengan suara lembut tapi tegas, “kau jangan ikut aku balik rumah. Nak merasa naik motor aku takpe, tapi jangan ikut sampai rumah”. Senyap tiada reaksi, tapi keadaan tak berubah. Aku teruskan ulang-ulang cakap benda yang sama sampai lah akhirnya aku tiba kat kawasan pekan.

Bila sampai kat 1 simpang 3 tu aku pun berhenti sebab lampu merah. Sebelah kiri simpang tu terminal bas dan teksi pekan tempat tinggal aku tu. Tiba-tiba motor aku terasa ringan, “dia turun betulkan kain ke? Atau die memang tumpang nak pergi terminal bas je?”. Dengan pantas aku terus pecut, siap langgar lampu merah lagi. Kah3. Padan muka hantu tu kena tinggal. Pandai-pandai lah kau nak balik nanti. Sampai rumah, aku ambil wudhu kat luar, baca alfatihah, ayat qursi dan 3 qul, pastu aku azan perlahan-lahan. Alhamdulillah, semuanya ok malam tu. Sekali tu je lah aku kena tumpang tanpa izin, harap tak kena lagi selepas ni. Berpeluh beb.

Orait guys, sampai sini je cerita aku. Moga terhibur.

20 thoughts on “Depoh Kontena 2”

  1. Kah kah kah kena tinggal kat traffic light.
    Nak menumpang takde basa basi. Kan dah kena tinggal.
    Mujur ler kain dia tak tersangkut kat rim motor. Kalau tak maunya dia kejor balik ko bang.

    Reply
  2. Pasni ko leh buat grabmotor atau ubermotor…
    Sesambil blk keje ade gak income sesikit boleh pekena rotca ngan teh tarik…

    Reply
  3. haha..yg ni mmg kelakar…..“Tak pakai helmet ke dia ni? Atau dia duduk ala-ala gadis ayu duduk menghadap ke tepi? Jangan kena tahan polis sudah”.

    Reply
  4. nie sbb dia nk merase naik mtr lc ka nie..sbb sblm tu kn ka dh pnah men lumba ngn mamat skuter tu..molek r tu.hehehehe

    Reply
  5. aku ingat kan kete wak segan kunin je rupenya moto pun blh buat mcm tu ye..xmustahil basikal suatu hari nti..aku nak tggu pengalaman tu

    Reply

Leave a Comment