Derita Ibu

Assalamualaikum dan hai. Aku disini sekadar ingin berkongsi berkaitan dengan keluargaku. Maaf andai penceritaan aku tidak menarik.

Dahulu kawasan kampung aku adalah hutan tetapi ditebang dan dibina perkampungan disini. Rumah aku berhampiran dengan sungai dan rumah aku adalah separuh kayu dan separuh batu. Abah hanya bekerja sebagai tukang rumah dan ibu aku bekerja di estet untuk membaja pokok sawit dan adakalanya meracun pokok-pokok. Ibuku sudah hampir 9 tahun sakit dan sehingga kini masih mencuba pelbagai rawatan dan pelbagai tempat sudah kami mencuba. Kekadang aku menangis melihat ibuku menanggung sakit. Sepanjang kami bawa ibu berubat, ada yang menyatakan kawasan rumah yang panas, saka keturunan, dengki dengan keluarga kami, dan bercampur dengan benda ikut dari hutan sebab ibuku bekerja di ladang.

Ibu aku akan kena semasa dia tidur saja. Tanda-tanda awal aku selalu perhatikan, mukanya akan berubah jadi pucat dan badannya akan kejang sekejap. Selepas itu mula la ibuku buka mata dan mata melalak keatas kejap. Kemudian kembali normal. Saat itu jugak ibuku mula membacakan ayat-ayat al-Quran yang bercampur-aduk dan bangun mencari sesuatu dalam keadaan dirinya yang masih tidak sedar apa yang berlaku. Pernah jugak dia bangun dan memanjat dinding-dinding kayu dan menolak jendela hanya menggunakan bahunya. Tercabut sampai jendela kayu disebabkan tolakkannya. Biasanya berlaku pada waktu malam saja jarang berlaku pada waktu petang. Pernah jugak benda tu kerjakan ibuku sampai  demam serta tidak boleh dekat dengan abahku. Asal dekat mesti naik angin nak gaduh. Kami satu keluarga pun pernah naik bintik hitam-hitam dekat badan. Benda alah tu sangat gatal dan takkan hilang gatal tersebut melainkan dengan cara menggarukan sehingga keluar d***h. Secara automatik hilang gatal tu. Abah panggil ustaz ni dan dia yang ubatkan kami. Alhamdulillah hilang benda alah yang menyebabkan gatal-gatal dekat badan kami sekeluarga.

Pernah satu malam aku ternampak sesuatu di atas zink dalam bilik mandi aku. Keadaan bilik mandi rumah aku sedikit cerah kerana abah meletakkan separuh zink yang cerah tetapi sudah berlubang separuh sebab sudah lama dan juga lubang ditutupi oleh daun pokok yang jatuh. Tapi, kalau nak tengok bulan ikut celah lubang nampak je. Lubang tersebut muat kalau dimasukkan satu tangan budak.

Saat ibuku sedang lena tidur dan tinggal kami bertiga saja iaitu ibuku, aku dan adikku. Abah ke kedai kopi. Aku meminta adikku untuk menemani aku ke tandas disebabkan aku seorang yang penakut. Aku terlebih dahulu mengunci pintu takut terjadi apa-apa sebelum meninggalkan ibuku yang sedang tidur lena di depan tv. Aku membiarkan adik aku terlebih dahulu membuang hajat kecil sebelum aku pula yang masuk untuk buang hajat kecilku. Setelah adik aku keluar dan kini giliran aku pula. Aku baru bersedia nak membuang hajat kecil tetiba aku terdengar ada orang berjalan atas zink dan behenti betul-betul atas kepala aku. Aku terus pandang keatas dan tahu apa yang aku lihat. Sebiji mata tersembul masuk dalam zink yang berlubang tu sambil memandang aku. Dahla putih besar buruk lagi. Tak jadi aku buang hajat dan terus cabut lari. Sekali adik aku tengok aku lari dia pun cabut lari tanpa bertanya aku pun asal cabut lari. Dahla dia depan sekali. Bongok punya adik. Hahaha.

Sampai kat luar depan tv, habis satu badan menggigil. Muka aku dah pucat dan terus baca ayat kursi. Adik aku terus call abah suruh balik cepat-cepat. Masa abah sampai adik aku yang cerita dekat abah sebab aku duk menggigil ketakutan. Abah pun suruh adik tunggu dekat luar. Aku ikut abah ke dapur untuk ambil lada hitam dan garam kasar. Kemudian aku menemani abah keluar dari rumah sambil memegang lampu untuk membantu abah. Abah suruh aku menghalakan lampu kearah atas zink bilik mandi dan abah terus berselawat, kemudian membacakan ayat suci al-Quran. Setelah selesai membaca ayat al-Quran, abah terus membalingkan garam dan lada hitam keatas zink bilik mandi. Setelah selesai abah membalingkan lada hitam dan garam tersebut, adik terus panggil abah sebab ibu aku jadi kejang badan, meronta-ronta nak keluar rumah. Cepat-cepat abah ambilkan air tawar yang ustaz bekalkan dekatnya. Beberapa minit kemudian ibu aku pulih dan tidur seperti biasa.

Sebenarnya banyak lagi yang terjadi dalam rumah aku semenjak ibuku sakit dan sungguh aku rindu ibuku yang dahulu seorang yang sentiasa senyum, seorang yang suka gelak, tidak cepat marah, sentiasa berlembut dengan anak-anaknya. Semenjak sakit jarang bergurau dengan kami, sentiasa termenung, jadi seorang pemarah dan selera makan pun kurang. Badan pun dah semakin susut. Ibu, kami akan terus mencuba membawamu untuk mengubatimu sehingga ibu benar-benar sembuh selain beserah dekat Allah dan walaupun ada diantara mereka yang merendah-rendahkan keluarga kita dari pelbagai sudut baik orang-orang berdekatan mahupun saudara sendiri! Hanya kita sekeluarga saja yang tahu dan bagaimana sakitnya melihat ibu tercinta menanggung rasa itu dan bagaimana sakitnya meminta pertolongan dari orang yang sememangnya dapat membantu tapi tidak ada rasa sikit pun untuk membantu kami! Air mata menemani aku melihat keluarga aku sendiri. Ya, aku tahu kami bukan keluarga senang. Oleh itu, aku bangun sedikit demi sedikit dan meneruskan pengajian untuk mengubah keluarga aku dan membawa ibuku berubat. – gadis kebun.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Syerin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

13 thoughts on “Derita Ibu”

  1. Ya Allah. Sebak baca penderitaan yang mak awak alami. Belajar pandai pandai Syerin, sehingga sampai ke menara gading dan keluar dari kemiskinan. Teruskan bawa mak awak berubat.

    Reply
  2. “Ibu aku akan kena semasa dia tidur saja. Tanda-tanda awal aku selalu perhatikan, mukanya akan berubah jadi pucat dan badannya akan kejang sekejap. Selepas itu mula la ibuku buka mata dan mata melalak keatas kejap. Kemudian kembali normal. Saat itu jugak ibuku mula membacakan ayat-ayat al-Quran yang bercampur-aduk dan bangun mencari sesuatu dalam keadaan dirinya yang masih tidak sedar apa yang berlaku.”
    Apa yang mak awak lalui ni, mak saya pun sama. Moga terus tabah harungi segala dugaan Allah. Hanya yang lalui saja yang tahu apa yang kita rasa. moga mak saya dan awak sihat seperti sedia kala. amin.

    Reply
  3. ya allah, semoga keluarga baik saja, ibu awak akan pulih, seperti dulu. semoga awak sekeluarga kuat dan dimurahkan rezeki.

    Reply
  4. Boleh cuba berubat dgn ustaz norazman albanjari. Orgnya hebat pd hemah sy. Tp dia ada jadual lawatan ke setiap negeri. Berubat secara terbuka. Kene sabar tunggu turn. Boleh tgk video rawatan di utube. Bley follow fb dia.

    Reply
  5. Smoga kluarga adik diberi kesembuhan dan sentiasa berada dlm lindungan Allah swt dan semoga adik berjaya merubah keadaan kluarga adik. Aamiin3 yra.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.