Dess Si Amoi

Dess Si Amoi

Pagi itu terasa amat tenang. Kedengaran bunyi burung pipit bersahut sahutan menyanyi diiringi alunan tiupan angin bayu yang sejuk menyapa tubuh. Dedaunan kering seakan menari membentuk kecil puting beliung. Hamparan langit bumi kenyalang nampak redup, kelihatan matahari mula menimbulkan diri dari balik awangan yang terapung indah menghasilkan pelbagai bentuk unik dek kerana pantulan mentari. Nikmat sekali waktu itu. Suasana amatlah damai. Nun di seberang sana kelihatan rama rama mengembangkan kepaknya, terbang menongkah langit yang tinggi setelah hinggap di bunga yang telah disedut madunya. Kerinduanku pada tempat kelahiran kian tercapai.

Lamunanku terhenti melihat kereta berhenti di depan rumah. Aku bangun diiringi senyum lebar dari Michell di sebalik tingkap kereta tinted. Bak tumpahan susu, aku dikerumuni macam semut oleh Michell, Celia, Lisa dan Mia. Habis muka aku ditonyoh, dipeluk menandakan kerinduan yang teramat sangat. 4 gadis di hadapanku itu adalah teman baik sedari aku masih menghisap ibu jari lagi. Rumah dikunci dan percutian bakal bermula dengan prayer bersama di dalam kereta before the trip.

Perjalanan ke Permai Rainforest Resort, Santubong tidak terasa jauhnya kerana riuh rendah dengan suara berborak tanpa henti. Cecilia ataupun ‘CNN’ nama panggilan aku untuknya yang famous dengan sifat ‘penauk’ (tahu segala galanya) menceritakan dengan panjang lebar tentang misteri dan kisah mistik yang banyak berlaku di Santubong. Kami memilih untuk menginap di Cabin House. Satu tilam extra diminta kerana kami memutuskan untuk menetap bersama didalam satu cabin.

Amat cantik resort itu, bertemakan alam sekitar. Kelihatan Gunung Santubong tersergam indah dari tingkap bilik cabin. Manakala satu lagi tingkap dihalang pokok besar dengan juntaian akar yang panjang dan tebal menjalar di bumbung dan tiang kaki cabin. Seram kalau lihat dari hadapan, cabin kami tu seakan hampir ditelan oleh pokok tersebut. But who cares, sejuk saja cabin sebab diselubungi pokok bes7ar tersebut. Seharian tu dihabiskan dengan hanya duduk bersantai di Escobar. Lisa memulakan bicara dengan mengusik aku,

“Orang Keyel ini memang selalu diam, bisu?”,

muncung Lisa sambil meramas ramas rambutku.

“Amboi cakap Keyel.. ok bah ok bah..eh salah, oklah oklah, kita cakap keyel seja. Kau fikir kami orang tidak tahu ke Dessamoi?”, usik Mia.

Dessamoi adalah nama panggilan mereka untuk aku yang bermaksud Dess Si Amoi. Aku merasa lucu mendengar slang pekat si Mia, cepat aku membidasnya,

“S.A.J.A saja, bukan seja,” diiringi ketawa dari yang lain.

“Ada rasa ‘ngutik’(seram/meremang) tak kamu orang masa dekat cabin?”

Pertanyaan Celia menghentikan suasana riuh rendah sebentar tadi. Kami semua hanya diam sambil mata melilau melihat satu sama lain. Aku menukar topik,

“Ada 4 single bed, katil akan ambil space walaupun kita letak tepi. So saya tidur dibawah. It’s fine lagi pula kamu semua tidur ganas”, terangku.

Michell menjawab dengan dahinya sedikit berkerut, “Kamu masih tidur statik ka, Dess? Serius?” Aku hanya mengangkat bahu.

“Kamu tidur bawah, nanti kamu lihat bawah katil o, gelap o..seram o…” sambung si CNN lagi.

Mia mencubit lengannya kemudian menawarkan diri untuk tidur dibawah menemani aku. Aku hanya tersenyum pahit.

Keesokan harinya kami merancang untuk berkelah di pantai jadi kami ambil keputusan untuk balik ke cabin awal dan merancang aktiviti yang akan diadakan selama seminggu disana. Pukul 7.30 malam kami sudah sampai di cabin. Punyalah gelap, hanya ditemani bunyi haiwan. Bilik kami pula penuh berselerak dengan barangan yang kami bawa. Memandangkan cabin tu seram di malam hari, kesemua yang lain berebut mahu mandi awal so semuanya selesai mandi dalam sejam.

Jam di dinding sudah menunjukkan ke angka 10.30 malam. Beberapa kali juga mereka suruh aku cepat mandi, tapi aku tak endahkan sebab aku tengah video call dengan bf. Punyalah leka, tak terasa jam sudah menginjak ke pukul 11.57 malam. Cepat2 aku mencapai tuala yang kubawa sendiri dan bergegas ke bilik mandi. Melihatku berlalu setelah menolak untuk ditemani sesiapa di bilik mandi, si CNN sempat mengusik dengan mulut celupar dia,

“Hati hati, di belakang ada hantu, hi hi hi hiii..”, automatik aku jawab “Puta”, dan berlalu pergi.

Aku ada tabiat menyanyi dimana2 saja, tidak kira masa. So, tidak terkecuali juga dalam tandas waktu tengah mandi. Aku mainkan lagu ‘Long As I Live’ by Toni Braxton sing along, aku menyanyi sepenuh hati juga waktu itu while applying hair mask di rambut depan cermin. Sesekali aku pegang botol syampoo kecil yang sedia ada untuk dijadikan mikrofon as if aku buat performance di atas pentas. Belum habis lirik ‘long as i live i’ll never get over; its killing me, i’ll never get over’, aku tersentak terkejut dengan mata terbeliak bila aku dengar bunyi sebiji suara aku menyanyi ikut rentak lagu. Spotify di hp aku paused; dan aku berdiri kaku untuk meneliti bunyi yang aku baru dengar. Tiada apa juga so aku kira sebab suara aku terpantul, lepas tu aku kembali berdiri depan cermin.

Waktu aku sambung balik mp3, aku dengar dengan sangat jelas bunyi seseorang seakan mengekek, “hi hi hi hi…”, tiba2 seluruh badan aku terasa macam kena electric shock. Aku betul2 ingatkan dia orang di luar tu mahu kacau aku, sebab si CNN ketawa macam tu sebentar tadi. Aku paused lagi mp3 lantas buka sikit pintu bilik mandi lalu menjerit tanpa berganjak dari depan cermin,

“Anang ka nundi urang ulih enda? Bebelik pengawa enda menuku mai bala kitak ne!”, jeritku lantang.
Krik krikk…

(Jangan nak kacau sangatlah pedajal orang buat perangai tak elok korang tu!)

Aku sambung meramas lembut rambut dengan lebihan hair mask penuh di tangan. Musik aku tukar ke ‘Nostalgia by Yanni’ diperlahankan volume. Leka sekejap sebelum aku dikejutkan dengan bunyi pintu bilik mandi di belakang dihempas hingga tertutup rapat.

“For goodness sake uh, guys!!!!!!!”,

aku jerit marah memandang ke arah pintu di belakang sebelah kanan. Tiba2 satu suara sayup2 kedengaran seakan berbisik di telinga, ‘Dess……’ Aku tersentak, terasa bulu roma berdiri menentang tarikan graviti saat itu. Aku masih cuba mengamati suara itu sebab aku memang ingatkan itu suara kawan2 aku di sebalik pintu cuba nak prank aku. ‘Dess…..’, sekali lagi. Tengkuk dan tempurung kepala aku rasa nak meletup saat tu.

Aku berpaling memandang ke cermin dan lihat diri ‘aku’ sendiri; bola mata’ku ‘ hitam, tersenyum berbisik ‘Dess si amoi… hi hi hi hi…’

Aku menjerit sepenuh hati menangis berlari keluar tanpa seurat benang. Aku lihat ruang tamu kosong, terusku meraung sehabis tekak ketakutan. Aku menangis berlari ke pintu cabin. Locked. Kedengaran suara kawan2 dari luar cabin menjerit menyuruh aku membuka pintu. Dalam cubaan membuka pintu itu dengan menariknya kuat2, aku hampir tergelincir sebab badan aku basah dan tangan aku licin. Aku menangis semahu mahunya cuba menendang pintu agar terbuka. Tombol pintu dipulas pulas sekuat hati. Aku tidak berani memandang ke belakang untuk mencapai tuala, I just want my friends! Aku dapat rasakan biasan angin seolah kipas berdiri dihalakan ke arah aku. Aku kecut perut, aku meraung lagi.

“Guys help me help!!! Helppp i’m scared!! Helppppppp!!!!!”, aku menangis tersedu sedu.

Aku capai floor mat dan pulas tombol pintu, dan serentak dengan itu pintu terbuka. Waktu aku meluru keluar, aku ditolak ke hadapan oleh ‘sesuatu’ hingga aku jatuh tersungkur.

“Something pushed me, there is something behind me the entire time!!”.

Badan aku dibalut dengan comforter. Setelah aku tenang sedikit dipeluk kawan2, aku bangun perlahan. Michell yang memeluk bahuku dari belakang lalu bersuara,

“Did you cut your hair?”

Semua memandang ke arah tangan Michell yang mengenggam rambut basah aku yang dipotong sepanjang 26cm! Aku merintih perit, bahagian punggung kiri aku dicalar dan kelihatan darah seakan peluh dari liang roma terbuka mengalir perlahan. Trauma sampai lidah aku kelu tak mampu berkata apa2, hanya tersedu sedan menangis sehingga aku terlelap.

Malam tu, aku bermimpi aku hadir di sebuah parti hari jadi namun aku tidak kenal wajah sesiapa. Semua wajah nampak asing bagiku. Ketika melangkah perlahan menaiki anak2 tangga menuju ke parti tersebut, aku dikejar dari belakang oleh seseorang yang sangat2 asing wajahnya bagiku. Tapi aku cam parut kesan tetakan di antara bulu kening hingga ke tempurung kepala lelaki berwajah bengis itu.

Berambut panjang kusut memakai topi berwarna hitam dan kurus tinggi. Aku menjerit berlari hingga ke rooftop dan ketika itulah ‘aku’ ditikam. Namun mimpi tragis itu tak berakhir disitu, aku melihat tubuh’ku’ terbaring berlumuran darah dengan tikaman di perut; aku lihat sekujur tubuh yang sudah tidak bernyawa, berseorangan terbaring disitu. Aku melihat diri ‘aku’ dan menangis semahu mahunya cuba mencari pertolongan, hingga aku sedar sentuhan aku menembusi tubuh pucat lesi tanpa darah itu.

Hilang akal aku menuruni anak tangga mencari kelibat manusia sampailah aku mendengar bunyi tapak kaki. Mataku kemudian terhenti pada suatu susuk hitam datangnya dari pintu rooftop. Aku berpaling ke belakang dan apa yang aku lihat membuatku tersedu bisu. Aku berlari bersembunyi untuk mengelakkan diri dikejar. Sesungguhnya apa yang kulihat waktu itu membuat hatiku luruh. Aku langsung tidak faham apa yang baru terjadi, aku genggam erat baju sendiri, terduduk menyandar di dinding menahan jantung yang terasa seakan gugur jatuh.

Aku saksikan sendiri sekujur tubuh longlai tak bernyawa itu dipikul oleh si bengis menuju ke suatu bilik gelap. Terjuntai tangan lemah dengan kepala yang longlai, pucat. Aku berdiri di sebelah hanya memerhati dengan esakan tangisan tatkala badan’ku’ disumbat ke dalam chest drawer 3 tingkat berwarna hitam saiz besar yang cukup untuk menghumban tubuh’ku’. Aku lihat bagaimana si bengis membersihkan kesan2 darah yang mengalir dari dalam drawer. Aku lihat si bengis berlalu pergi dan ketika aku cuba untuk memukulnya, sentuhanku tembus bak kepulan asap.

Jantungku hancur gugur, aku jadi tak tentu arah. Aku berlari keluar cuba untuk mencari sesiapa agar mereka bisa menemukan ‘aku’. Aku terlihat satu pintu yang dipenuhi balloon dan kedengaran musik rancak dari dalam. Aku berlari laju menuju ke pintu namun sebelum aku sampai, si bengis muncul dihadapan dan ketika itulah aku menjerit sekuat hati..

Aku meracau ketika dikejutkan. Si CNN ada bertanya dekat pihak hotel jika cabin tersebut ada cerita? Katanya tiada. Jadi, keputusan untuk bertukar cabin dipersetujui semua . Malam itu juga kami minta tukar cabin dan memilih cabin yang berada paling dekat dengan pantai; maksudnya lebih jauh dari hotel reception. Kami percaya cabin itu adalah punca segala hal yang terjadi pada malam tu, tanpa mengetahui bahawa ada ‘sesuatu’ mengikuti kami kemana sahaja kami pergi. Aku meminta agar segala hal yang terjadi malam itu untuk disembunyikan dari pengetahuan sesiapa selain dari kami berlima sahaja. Biarpun diselubungi tanda tanya, aku teruskan percutian bersama mereka. Tiada apa2 berlaku dalam beberapa malam di cabin yang baru, sehinggalah Lisa memulakan cerita sewaktu kami berjemur di tepi pantai.

“Nama pengawa nuan Dess dini ari dedunga kediri malik ka luar kin? Nuan nemu aircond on, bah bisi utai peda pia?

(Kau buat apa semalam Dess, duduk sorang2 pandang luar tingkap? Kau tau aircond on kan? Kau tengok apa ja?)

Aku merasa hairan, bila pula aku bangun tengah2 malam duduk seorang dalam gelap, pandang keluar tingkap?

“Kemaia? Kada mimpi nuan aja nyak, nyampau aku berani dani kediri!”

(Bila? Bukan kau bermimpi saja ka, kau tau takkan pernah aku nak stay up seorang!)

Lisa pula cuba nak proved her point, tetapi disangkal oleh yang lain. Sepanjang berada di pantai, aku banyak mengelamun; aku lebih banyak diam dari berbicara. Kepala aku rasa berat, sesungguhnya mimpi beberapa hari yang lalu membuat aku tak tenang. Aku lebih banyak dibuai perasaan melayang entah ke mana, cuba untuk mencari segenap kedamaian yang mungkin takkan datang singgah walaupun sejenak.

Apa benda ni? Kenapa semua ni jadi? Aku dah kurang siuman ke? Gila? Realiti ka semua ini? Siapa yang benci sangat aku sampai nak bunuh aku? Kenapa benda misteri selalu terjadi dekat aku?

Aku bermonolog sendiri. Hp sudah beberapa hari aku biarkan silent; tak berangkat. Pelbagai andaian datang bertandang ke diri; semuanya buat aku berserabut.
Di cabin baru, kami berlima tidur bersama di atas katil yang dicantum bersama. Taklah sempit sebab kami tidur melintang. Lagi pula semuanya pendek2 saja kami berlima. Malam tu, kami semua lena. Tapi Mia cakap dia terbangun apabila sedar yang aircond tertutup sendiri. Dalam dia tengah mamai tu, Mia terlihat di hujung katil sebelah kanan (aku di posisi paling kanan hujung) ada ‘seseorang’ tengah menguis nguis rambut aku. Disebabkan terlampau mengantuk, Mia terus terlelap tanpa menyedari di dalam cabin hanya ada kami berlima termasuk dia, dan bukannya berenam! 2 malam terakhir kami disana, Mia bagitau sewaktu kami tengah lepak di Escobar sekitar pukul 8 malam.

“Michell, pa polah kawu tekuis kuis rambut Desiree malam marek ow? Buang tebiat?”

(Michell, kau buat apa kuis kuis rambut Desiree malam semalam? Buang tabiat?)

“Aih bilakah? Kawu mimpi kali nak? Neda ku nguis rambut sesapa eh sikda keja? Kawu bia bena Mia”, jawab Michell selamba diiringi ketawa.

(Aih bilakah? Kau mimpi kot? Aku nak kuis kuis rambut sesiapa dah kenapa, takda kerja? Kau biar betul Mia.)

“Bena apa ditangga ku, kawu tido ujung sekalik nak, ya ku nyelaik ati juak bila masa kawu betuka posisi tido ngan Dess. Kakya bunyi kawu tekuis kuis ya inggar juak, potong kukut kawu ya”,

Mia cuba untuk meyakinkan kami tentang peristiwa malam semalam.

(Aku tau apa yang aku nampak, kau tidur hujung sekali kan, tu aku hairan sempat pula kau bertukar posisi tidur dengan Dess. Lepastu bunyi kuis kuis tu pulak bising juga, baik kau potong kuku kau tu.)

“Dohh beliang nyawa ku aih. Michell ba tengah diantara aku ngan Amoi maia dani pagi tadi. Mesek dik bunyau..”, celah Lisa pula.

(Dohh stress otak aku. Michell kan kat tengah2 diantara aku dan Amoi masa tidur dan bangun pagi tadi. Apa kau merepek ni..)

Celia si Cnn kemudian membalas, “Wait a minute. Amoi kan dihujung sekali, masa ada lagi ruang di hujung katil. Kau tengok ada berapa orang semalam Mia?”

“Ermm.. lima orang?!”

Yang lain mulai kecoh, semua sibuk mula membuat teori masing2 seraya peristiwa yang berlaku sejak kami berada disini.

Segalanya amat keliru. Aku ditolak ‘sesuatu’, aku nampak jelmaan bermata hitam diri ‘aku’, aku kena cakar oleh ‘benda’ yang aku tak tahu.

Ada yang membuat andaian mungkin ada ‘sesuatu’ kacau kami sebab dari sekolah menengah lagi, kami berlima berkongsi satu hobi – adventure to the abandoned places. Ada yang membuat kesimpulan mengatakan bahawa cabin itu berhantu. Ada juga yang persoalkan satu sama lain tentang perangai kami sewaktu mula menginjak kaki ke sana. Mungkin sahaja kami tak memberi ‘salam’ dengan adab yang selayaknya. Namun tiada sesiapa yang diganggu seperti aku.

“Dess Si Amoi..”, kataku menunduk perlahan sambil mengatur duduk di kerusi bar.

Yang lain semua berpaling kepadaku.

“Dess Si Amoi.. itu yang aku dengar pertama kali kena ganggu. Jelmaan ‘sesuatu’ menyerupai aku tanpa mata putih tersenyum dengan hilaian yang boleh buat kepala sesiapapun terasa bengkak bila dengar.”

Celia si cnn, Michell, Lisa dan Mia tekun mendengar setiap ayat yang keluar dari bibirku yang kelihatan pucat.

“Kesan calar di punggung aku masih sakit, sebab itu aku tak dapat berenang di pantai ikut you guys. Perih rasanya kena air masin.”

Si Cnn kemudiannya, “Ehem.. kamu letih tu Amoi. Nanti kita pergi spa sana urut. Belakang kamu lebam2 owh..”

Kelu lidahku mendengar kenyataan Celia.

“But i didn’t feel a thing. Cuma lenguh”, sahutku.

Lisa kemudiannya menyelit, “No wonder saya terima call pagi tadi oleh pihak hotel waktu kita tengah kemas2, mereka cakap housekeeping tengok bedsheet ada banyak kesan calar dengan benda tajam sampai koyak. So saya cakap kita tak tahu and kita tak perasan sebab comforter and bantal penuh atas katil pagi tadi. Dia orang just want to make sure kita okay saja”, terang Lisa berjela.

“Sayau gak buk panjai nuan Amoi alu pandak sekumbang ka udah dikempat sarinya. Diatu nyau gak datai ba pusat ajak, enti baka ke dudi suba udah duduk ba buk ea empu ba bangku nyak”, kata Michell.

(Sayangnya rambut panjang kau Amoi dah pendek lepas kena potong haritu. Sekarang dah paras pusat saja, bukan macam sebelum ni kau dah duduk dah atas rambut kau kat kerusi tu.)

“Its okay rambut boleh tumbuh lagi, yang penting kita semua okay saja”, kataku tersenyum. “Puncanya buka disini. Tiada bad review. Puncanya saya yang terlalu lemah semangat dan suka menyendiri”, sambungku lagi.

Malam tu kami tidur agak lewat. Hati aku rasa gembira sangat dengan adanya kawan2 yang amat memahami ataupun aku boleh katakan, cuba untuk memahami aku. Namun, kegembiraan malam tu tak kekal lama. Untu kali pertamanya selama 27 tahun aku hidup, aku bangun dan berjalan dalam tidur.

Aku menoreh pergelangan lengan kiri dengan agak dalam dan darah terpercik melimpah. Terbangun pun akibat lempangan yang dahsyat dari Mia ke pipi merahku. Tamparan tu aku rasa sangat, hingga sekarang kalau ingat kembali peristiwa itu, kami akan ketawa berdekah. Terimbau kembali malam tu bila Lisa terbangun dari tidur sebab terdengar bunyi sesuatu jatuh ke lantai. Usai mengusap matanya yang kabur, dia terkejut melihat aku berdiri dalam gelap, dengan mata terpejam dan pisau berlumuran darah di lantai.

Kami decided nak check out malam itu juga dan kembali ke homestay tempat aku menyewa setiap kali balik ke Kuching. Sampai di King Centre, Kuching sekitar pukul 2 pagi, kami berhimpit di katil queen bed. Aku minta yang lain temankan sebab aku tak dapat bersendirian waktu tu. Selepas mendapatkan rawatan di Kpj Tabuan Jaya, family bawa aku berjumpa Paderi di sebuah Catholic Church. Reverent Father tersebut doakan aku dan pada masa yang sama, aku buat ‘confession’. Mommy pula sikit2 mengalirkan air mata melihat aku yang murung. Terluka aku melihat air matanya.

“Sia ada si Dess saja, buah hati pangarang jantung sia. Tidak mahu ow anything tiada baik to happen to my precious beautiful baby”, esakan Mommy membuatku perit di hulu hati.

Namun mereka tak tahu betapa terkesannya aku dengan semua hal yang terjadi. Aku merasa diri terasing, terabai. Aku balik ke KL tanpa pengetahuan sesiapa. Aku mulai tertutup. Pergaulanku terbatas. Aku diam membisu. Kerjaku terjejas sampai aku berhenti tanpa notis. Depression datang melanda. Satu satunya temanku hanyalah diari dan monolog sendiri.

Aku berhenti menulis sekejap dan memandang ke pergelangan tangan kiri. Masih tebal dan panjang lagi kesan hirisan. Cubaan membunuh diri tanpa disedari kerana merasa tiada siapa yang mampu memahami. Kesan torehan ini akan kekal selamanya. I was struggling with my own self cuba untuk merungkai mistik dan misteri yang kerap berlaku pada diri. Banyak yang aku pendam, aku biar terpadam.

Desiree Michael

14 thoughts on “Dess Si Amoi”

  1. Hey.. desiree michael, dont feel alone. Cause youre not alone. sy faham apa yg awak lalui. Bagi email awak. Or macam mana cara nak contact awak

    Reply
      • @Dura, im just so used to keep things all by myself. But sure ive got friends that i could trust to share things with 😊
        @Fren, i cant say anything about it. But i will be fine. Im a strong woman

        Reply
    • Kalau story yang saya submit semalam untuk sambungan cerita yang ni kena approved admin FS, segalanya akan terjawab di story tersebut

      Reply
    • I believed so.. kekadang kita perlu masa sendiri untuk berfikir, Jaja. Being alone and no intruders, that is privacy. Tapi i should be okay, slow slow i akan belajar untuk lebih terbuka dan berkongsi masalah

      Reply

Leave a Comment