Di dalam bilik yang gelap dan sunyi. Ada dua pasangan botol sama botol. Yang halal jika berdeduan sekali pun. Masing masing merenung ke atas siling. Melihat kipas berpusing berpelahan. Menanti masa untuk tertutupnya mata dan menyaksikan mimpi mimpi indah yang menghiasi tidur malam. Tapi malangnya mata tidak tertutup akibat kerena terlalu berfikir. Apa yang ada di rumah ini ? adakah di rumah ini juga berhantu ? tiba tiba abu mula bersuara. “ aku tak boleh tidur. Sekarang kau tak ada ke cerita apa apa ke yang boleh buat rasa mengantuk?”. Aku pusing ke kanan melihat abu yang masih merenung siling. lansung aku teringat akan cerita suatu tika dulu. Ceritanya seperti dibawah.
(Cerita bermula dekat bawah ni tau. Yang atas tu nanti korang tau. Enjoy gais.)
Suasana pilu dari keluarga sahabat baik aku, yang baru saja pergi meninggalkan dunia buat selamanya pada pagi tadi. Aku juga tolong menguruskan urusan jenazah. Ialah..sahabat sendiri. Susah senang bersama dengan kau tiba saatnya dia pergi tak akan kau hanya datang menziarah. Selepas selesai saja pengebumian semua orang sudah balik selepas bacaan doa selesai, yang tinggal cuma aku dan ahli keluarganya.
Setelah mereka juga ingin beredar aku juga turut serta. Selepas kami berjalan berapa langkah, langkah aku terhenti secara tiba tiba selepas aku dengar suara sahabat aku dari dalam kubur. “ sakit ya Allah sakit, ampunkan aku ya Allah. Aku mahu bertaubat tapi tak sempat ya Allah. Beri aku peluang ya Allah. Arhhggg sakit ya Allah sakit…” teriakkan berselang seli dengan suara tanggisan menahan kesakitan yang amat apabila menerima azab kubur.
Namun keluarganya hanya seperti biasa seperti mereka tidak mendengar suara anak mereka yang menjerit kesakitan dari dalam kubur yang hanya berapa langkah saja dari mereka. Aku mahu memberi tahu pada mereka akan suara akil itu. Akil nama kepada sahabat aku yang meninggal. Namun mulut ku seakan akan terkunci tidak dapat mengeluarkan suara walaupun aku bukan orang yang bisu. Kaki aku juga tidak dapat bergerak, aku dapat rasakan bila aku mahu beredar dari situ kaki aku seakan akan berat untuk diangkat. mulut terkunci, kaki tidak mampu bergerak. Hanya mata saja yang dapat melihat ahli keluarga akil sudah jauh meninggalkan aku dan hilang dari pandangan setelah mereka telah pun keluar dari kawasan perkuburan.
Hari kian gelap, jam sudah pun menandakan 6:30 petang lagi 30 minit sudah masuk pukul 7. Telinga aku masih lagi dengar asakkan jeritan dari dalam kubur sahabat aku tadi. Aku cuba untuk berdoa, moga tuhan permudahkan urusan aku sekarang ini. Aku berdoa supaya tuhan kurangkan siksa kubur sahabat ku dan tidak kurang juga aku memohon ampun di atas dosa dosa yang telah aku buat. Ampunkan aku tuhan.
Awan kian mendung seperti mahu hujan. Namun tiada kilat atau bunyi guruh. Hujan mula turun dengan rintik rintik dan satu dari air hujan itu terkena pada wajahku. Aku terasa seperti baru tersedar dari lamunam sedangkan aku tidak berkhayal pun. Aku sudah boleh berjalan dan dengan pantas aku berlari keluar dari kawasan perkuburan, sampai saja dirumah terus masuk ke dalam bilik. Termenung aku fikirkan nasib sahabat aku di alam sana.
Sekarang telah pun masuk maghrib dan aku masih lagi duduk atas katil termenung dan dengan secara tiba tiba bilik aku berbau busuk seperti bangkai. Aku cuba hidu untuk cari punca dari mana datangnya bau itu dan sekali lagi aku mendapat kejutan apabila aku terlihat satu susuk tubuh di baluti dengan kain kafan yang sudah pun kotor dengan tanah tanah yang basah. Pandangan aku terus memandang ke arahnya entah mengapa aku seperti tidak boleh melarikan pandangan. Tiba tiba juga pocong itu hilang dan muncul kembali semakin lama semakin dekat namun aku masih kaku dan sekali lagi dia hilang dan muncul. Ya Allah.
Rupa pocong itu.. rupanya seperti wajah akil. Aku mengigil ketakutan. Darah terasa mengalir begitu laju. Jantungku seakan akan mahu pecah kerana berdenyut terlalu laju. Ini kali pertama aku melihat makhluk menakutkan depan mata, Cuma dua langkah saja jaraknya dengan aku dan selepas terlintas tentang jarak di fikiran ku sekali lagi dia hilang dan sekelip mata muncul betul betul di depan ku. Mata aku dan matanya kini cuma seinci jauhnya. Hidung ku di sumbat dengan bau yang amat busuk, amat meloyakan tekak.
Matanya kekuningan seperti nanah dan ada nanah yang meleleh keluar dari matanya. Wajahnya pucat tidak berdarah sedikit pun, urat urat di wajah jelas kelihatan. Aku sudah hilang arah,tidak ada apa yang dapat aku lakukan di waktu sekarang. Aku tidak dapat berfikir lansung. Otak ku seakan akan beku, lansung tidak berfungi. Alangkah baiknya jika apa yang aku lihat dan rasa sekarang ini hanyalah mimpi.
Bau busuk yang sangat busuk buatkan aku sedar, yang aku bukanlah di alam mimpi tapi di alam nyata di mana di depan aku sekarang ada seorang sahabat yang sudah meninggal dunia kini muncul kembali dengan kain kafan yang kotor, bau yang sangat busuk dan mata yang bernanah. Kaki aku terasa lembik. Tidak kuat untuk berdiri memapah badan ku sendiri. Terduduk aku hadapan pocong tersebut dan apa yang dapat lakukan hanyalah menanggis tidak keluar airmata,menjerit tidak keluar suara,cuba melawan namun tak berdaya. Mata aku tutup serapat rapatnya.
Lima minit aku tutupkan mata, tiba tiba… “ Allahuakbar…Allahuakbar.. Allahuakbar…Allahuakbar..”, sayup sayup suara azan isyak dari masjid di kampung ku.
Aku masih lagi di kedudukkan sama,tidak bergerak walau sedikit begitu juga dengan mataku,masih lagi rapat aku tutupkan.
Pandangan ku kini hanyalah gelap. Gelap yang tersangat gelap.” Allahuakbar”, menjerit aku di dalam hati apabila pocong tadi muncul dalam kegelapan pandangan ku sewaktu aku menutupkan mata terus aku bukakan kembali mata ku. Alhamdulillah. Semuanya sudah hilang, keadaan bilik sudah seperti biasa namun tetap saja aku masih ragu ragu dan rasa takut. Takut pocong itu muncul kembali. Dalam hati hanya mampu mengucap syukur kepada yang maha esa. Aku bangun dan capai tuala yang berada dekat almari lalu keluar ke bilik air. Rumah masih sunyi kerana kedua orang tua ku masih lagi di masjid untuk solat berjemaah,jadi aku keseorangan di dalam rumah sekarang ini. Selesai mandi, aku terus ke dalam bilik.
Selesai menukar pakaian, aku baring atas katil untuk rehatkan badan ku yang letih kerana keletihan di majlis pengebumian siang tadi. Tanpa aku sedar, aku tertidur mungkin kerana terlalu penat. Aku terjaga semula di awal pagi. Terus aku bangun untuk membasuh muka namun langkah aku terhenti di situ. Di dalam kegelapan sepasang mata berwarna merah, memandang tepat ke arah aku, cukup untuk membuat jantung ku berdegup kencang seolah olah baru tamatkan larian pecut 100meter. “kawan kau baru saja meninggal, kau masih mahu berbuat jahat ? “ percakapannya di habisi dengan ketawa yang garau lalu hilang. Mengigil anggota badan ku,rebah di atas katil semula dan tertidur dalam ketakutan. Keesokkan paginya baru aku sedar kerana cahaya mentari menyuluh masuk ke dalam bilik melalui tingkap.
Aku bangun dan terasa puas tidur semalam,kepuasan memeluk bantal panjang masih lagi terasa hingga segala penat lelah dan perasaan takut semalam hilang. Aku keluar dari bilik menuju ke bilik air. Aku campakkan baju yang aku pakai semalam di dalam baldi dan terus ke meja makan. Ibu sedang menyiapkan sarapan.
Aku duduk bersebelahan dengan ibu. “mana ibu beli bantal panjang yang ibu bagi dekat along semalam ? “. Tanya ku.
Ibu menbuat wajah hairan dengan soalan aku lalu dia menjawab “ kau ni gila ke along ?, rumah kita tak pernah ada bantal panjang dan ibu tak pernah beli pun. Apa kau merepek along pagi pagi ni ?”. jawapan yang di berikan ibu membuatkan air milo panas yang masih di dalam mulut ku tersembur keluar. “ apa kau ni long ? dah kenapa ? “, marah ibu. Aku hanya diam dan terus lari ke bilik.
Memang tiada bantal panjang di dalam bilik aku. Kepuasan tidur semalam di rentap dengan persoalan yang bermain di fikiran. “ aku peluk apa semalam ?”. “ya Allah..long. kenapa dengan baju kau ni ? penuh tanah aishh.”, jerit ibu dari dapur. Tanah ? mana datangnya tanah ? satu lagi persoalan bermain di fikiran. Terus aku masuk ke dalam bilik dan aku berjalan mendekati katil. Aku angkat selimut yang menutupi tilam. Ya Allah, tanah. Tanah yang masih basah penuh di atas tilam. Sekali lagi aku mati akal. Aku tunduk ke bawah.
Seluar ku, seluar ku juga penuh dengan tanah. Dari mana datangnya tanah ni ? apa yang aku peluk semalam ? jangan jangan.. ah tak mungkinlah. Tapi siapa tahu kalau memang betul aku peluk pocong semalam ?. persoalan demi persoalan bermain di fikiran. Lantas aku tersedar terus aku tanggalkan seluar aku.
Aku capai tuala dan keluar dari bilik menuju ke bilik air. Selesai mandi manda aku keluar. Ibu masih lagi di meja makan. Ibu merenung wajah ku. “ kenapa muka kau pucat long ? “, Tanya ibu. Aku hanya diam dan terus berjalan meninggalkan ibu di dapur. Aku harus keluar dari rumah ini. Aku mahu ke rumah arwah akil. Aku mahu berjumpa bapaknya. Niat ku di dalam hati.
Aku sudah berada di depan halaman rumah ayah akil, encik Murad. “assalammualaikum.. assalammualaikum..”, aku memberikan salam.
“waalaikumussalam.. haa kamu along. Kenapa kamu datang rumah pak cik awal awal pagi ni. Eh marilah masuk kenapa berdiri kat luar tu ? “, encik Murad menyuruh aku masuk ke dalam rumah, aku hanya menurutkan saja. Aku ceritakan apa yang terjadi semuanya kepada encik Murad.
Lalu dia bertanya “ semalam kau balik, kau tanggalkan tak pakaian kau masa kau pakai masa majlis pengebumian semalam ? “ . aku jawablah tak.
Lalu dia cakap mungkin sebab tu dan dia pesan lain kali kalau pergi kubur atau melawat jenazah balik tu terus tanggalkan pakaian yang kita pakai. Aku pun iyakan sajalah. Malas pula nak bertekak dengan orang tua lagipun dia makan garam dulu pada aku,mungkin ada betulnya apa yang dia cakap. Aku pun pulanglah ke rumah semula. Sehari suntuk aku hanya habiskan masa di dalam bilik dengan termenung. Aku tak terfikir apa yang jadi pada aku hanya atas sebab apa yang encik Murad katakan tadi. Kalau betul pun jadi apa ada kena mengena dengan mata merah yang bersuara semalam. Runsing fikiran aku ketika ini.
Hari pun sudah malam dan satu hari ni aku terasa seperti hanya mahu habiskan masa di dalam bilik. Untung ada ibu yang baik hati. segala kotor kotoran yang ada di dalam bilik aku, sudah pun dicucinya sewaktu aku keluar ke rumah encik Murad siang tadi. Jadi aku sudah boleh tidur dengan senang lenang. Mata yang kian hanyut untuk ke alam mimpi kembali cerah apabila hidung aku menghidu sesuatu yang busuk di dalam bilik. Aku nekad kali ini aku tak boleh takut dan kalah, aku mesti melawan apa pun dugaan yang datang. Lama aku tunggu tapi tidak ada apa apa yang muncul pun. Bau busuk masih tetap ada di dalam bilik.
Kerana terlalu lama aku menunggu namun tidak ada apa pun yang muncul jadi aku fikir, aku mahu abaikan saja bau busuk itu lalu aku pusingkan badan ke dinding. Terus melompat aku dari tilam. Rupanya dia sudah lama muncul di sebelah ku. Aku pejamkan mata dan menarik nafas sedalam dalamnya. Aku bukakan mata kembali, degup jantung seakan berhenti.
Pocong jelmaan sahabat ku kini berada betul betul di hadapan aku. “ pulangkan kembali” pocong itu bersuara. Aku yang dalam keadaan takut takut berani ini aku pilih untuk lawan. Jadi aku baca ayat kursi selantang lantangnya sambil pejamkan mata. bacaan aku terhenti apabila telinga aku menangkap satu suara yang mengikut bacaan ayat kursi aku. Aku bukakan mata kembali.
Pocong itu tersengih sengih di hadapan aku. “ kenapa berhenti..teruskanlah aku mahu ikut hahaha “. “ ya kenapa berhenti aku juga mahu ikut kau baca hahaha.” Satu lagi suara datang dari arah belakang. Lalu aku pusing ke belakang untuk melihat siapa yang bersuara itu. Mata merah itu berada di belakang aku. Sekarang aku seakan akan di kepung. Lutut aku sudah mula mengigil. Perlahan lahan aku bacakan lagi ayat kursi. Mulut pocong itu juga terkumat kamit seperti mengikut bacaan aku. Aku berhenti dia pun berhenti. Aku baca dia juga turut membaca meniru aku. “hahaha tidak ada gunanya kau baca. Kau bacalah satu Al-Quran pun”, suara itu datang dari belakang. Maknanya itu suara dari mata merah tersebut.
“ kau diam, kau tidak berkuasa, yang berkuasa hanya tuhan. “ aku menjerit di dalam hati. “ memang tuhan yang berkuasa hahaha, tapi kau tidak percaya padanya. Bila kau baca ayat kursi kau percaya ayat itu bisa membantu kau bukan tuhan. Jadi bacalah lagi hahaha”,kata mata merah itu. Aku seperti terkena tamparan hebat selepas mendengar kata kata dari mata merah yang berada di belakang ku. Makin keras ketawanya ditambah pula dengan senyuman sinis pocong didepan aku. Gigil lutut aku makin kuat.
Aku cuba untuk baca dalam hati, namun baru saja aku bismillah, mulut pocong itu juga turut serta ikut seperti tahu apa yang aku sedang lakukan dalam hati. hati aku makin takut. Aku sedar yang aku tidak dapat berbuat apa apa di saat ini. Aku terus rebahkan badan ke atas katil dan menarik selimut. Aku selimutkan semua anggota badan ku termasuk dengan kepala ku sekali akibat terlalu takut. Aku masih dapat hidu bau busuk di dalam bilik ku ini. Di saat ini aku hanya mampu berserah. Berharap tuhan akan turunkan pertolongan.
Sungguh aku malu, di saat senang aku lupakan dia.
Apa yang dia wajibkan kepada aku, aku tidak tunaikan. Sekarang aku mahu meminta pula kepadanya. Aku masih lagi dalam selimut dan aku dapat rasakan ada benda bertubi tubi orang baling dekat aku selang seli dengan suara “ pulangkan haha”. Aku menanggis di dalam selimut, menanggis semahu mahunya. Setelah aku rasakan keadaan sudah reda lalu aku beranikan diri untuk keluarkan kepala aku dari selimut. Tanah, selimut aku penuh dengan tanah. Apa yang aku rasakan bertubi tubi tadi ialah tanah, tanah kubur. Bau tanah memenuhi ruang bilik aku. Kerana terlalu takut untuk tinggal dalam bilik aku membuat keputusan untuk keluar duduk di ruang tamu. Aku lompat dari katil terus berlari ke pintu bilik, dengan cepat aku bukakan pintu bilik.
Pocong betul betul di depan pintu bilik. Kali ini aku tak dapat lagi berfikir, terus badan ku rebah ke lantai. Aku pengsan untuk pertama kalinya sepanjang hidup ku, kerana terlalu terkejut. Seorang lelaki, duduk di ruang tamu bersama dengan seorang lelaki tua berpakaian seperti bomoh. Ruang tamunya penuh dengan tengkorak tengkorak manusia. “kau mahu aku buat apa ?”, Tanya bomoh tersebut kepada seorang lelaki tadi. “ saya nak tok buat sampai dia pulangkan barang saya. Itu barang pusaka dari arwah nenek moyang saya. Saya nakkan ia balik”, jawab lelaki itu. “pamm” , pipi ku terasa sakit, seperti baru saja di tampar dengan lengan yang sasa. Tamparannya sangat padu. Aku tersedar dari mimpi. Barang ? Tanya ku pada diri sendiri.
Otak ku dapat menangkap sesuatu. Lantas aku bangun menuju ke almari, aku bukakan pintu almari lalu aku keluarkan satu kotak dari dalam almari tersebut. Aku bukakan kotak kecil itu. Sebentuk cincin masih elok di dalam kotak tersebut. Cincin yang aku ambil dengan akil di rumah tinggal hujung kampung minggu lepas. Aku pegang cincin tersebut tiba tiba cincin itu menjadi panas, panas yang amat panas. Aku terlepas cincin tersebut jatuh ke lantai. Aku hanya memerhatikan saja cincin itu sampai dia berhenti berpusing.
“ hoi…”, satu suara parau menyerga dari luar. Lantaran terkejut aku terus lari mendapatkan kain dan aku balut cincin yang di atas lantai tadi lalu aku masukkan ke dalam saku seluar ku. Aku mahu pulangkan. Ini bukan hak aku. Aku keluar rumah masukkan kunci motosikal, namun enjin tidak berfungi seperti biasa.
Enjin motosikal ku tidak hidup. Kenapa terjadi di saat begini, runggut ku dalam hati. aku cuba pandang sekeliling kawasan rumah. Pandangan mata ku terhenti di pokok pisang belakang rumah. Ada pocong berdiri tegak di sebelah pokok pisang tersebut. Kaki aku mula mengigil. Lantaran takut, aku turun dari motosikal terus aku capai basikal tua ayah. Tercungap cungap aku kerana keletihan mengayuh basikal tua ayah. Perjalanan menuju ke hujung kampung terasa begitu jauh, jauh sekali. Makin laju kayuhan ku makin terasa berat basikal tua ayah dan semakin perlahan pula pergerakannya. Aku kuatkan diri untuk terus mengayuh.
Apa pun jadi aku tetap mahu pulangkan cincin ini ke tempat asalnya. Basikal terasa semakin berat. Aku pusing ke belakang untuk melihat apa yang ada di belakang hinggakan basikal tua ayah terasa terlalu berat. Ya Allah. Tiada apa yang membonceng ku, tapi ada yang mengekori dari belakang. Jelmaan pocong arwah Akil mengekori aku dari belakang. Lompat ke satu tempat ke satu tempat. Jaraknya dengan aku hanyalah 10 meter. Rasa takut yang menguasai diri membuatkan aku mengayuh lebih laju basikal tua ayah.
Dahan dahan pokok di tepi jalan bergerak gerak dari seperti ada sesuatu yang bergayut dan melompat dari satu dahan ke satu dahan. Ia, memang ada sesuatu. Beruk berwarna hitam, bulunya terlalu hitam dan mata berwarna merah. Melompat dari satu dahan ke satu dahan mengikuti basikal tua ayah yang aku naiki. Tiba tiba beruk hitam tadi lompat ke arah jalan. Aku tidak sempat menekan brek lalu aku terlanggar beruk tersebut tapi satu benda pelik yang terjadi. Badan beruk tersebut tembus takkala basikal tua ayah melanggar badannya.
Aku pusing ke belakang untuk melihat beruk tersebut, kali ini dia hanya berlari mengikuti pocong tersebut mengekori aku. Tidak lama kemudian aku sampai di rumah yang terletak di hujung kampung. Rumah yang sudah ditinggalkan terlalu lama namun barang barangnya memang tiada siapa berani ambil. Aku turun dari basikal, terus berlari ke pintu lalu aku bukakan pintu dan masuk ke dalam dengan samar samar cahaya dari lampu jalan yang terakhir. Aku mencari bilik yang aku dan Akil masuk pada minggu lepas.
Aku masuk ke dalam bilik tersebut dan aku letakkan kembali cincin yang aku dan Akil ambil dari rumah tersebut. Selepas aku letak cincin itu di tempas asalnya, secepat mungkin aku bangun dan berlari keluar dari rumah tersebut dan pulang ke rumah menaiki basikal tua ayah.
Sampai saja di rumah aku terus ke dalam bilik, rumah masih tiada sesiapa, mungkin orang tua ku masih di masjid mendengar program program agama yang di adakan hingga lewat malam. Aku sudah pulangkan apa yang aku ambil tanpa kebenaran, aku bercakap dengan diri sendiri dalam hati.
“hahahahaha…” ketawa parau muncul lagi dari bilik. “pergi berambus kau! Aku sudah pulangkan kepada tuannya. Jangan ganggu aku lagi!”, jerit aku sekuat kuatnya.
Aku beranikan diri kerana aku rasa aku telah melakukan apa yang dia mahukan, jadi untuk apa dia menganggu aku lagi. ketawa itu hilang selepas aku menjerit menyuruh dia pergi sebentar tadi. Malam itu aku tidur dengan aman walaupun ada terasa sedikit ketakutan. Rasa bersyukur yang tidak terhingga aku ucapkan kepada yang maha esa kerana semuanya telah berakhir. Pagi ini aku mahu ke kubur arwah Akil. Aku mahu menziarahi kuburnya.
“ kil, aku dah tunaikan niat terakhir kau. Semadilah dengan tenang sahabat.”, aku bercakap seorang diri di hadapan kubur arwah Akil.
“ aku nak pulangkan apa yang kita ambil di rumah itu” tegas Akil.
“tidak, susah payah kita masuk dan ambil, senang senang saja kau mahu kita pulangkan. Lagi pula cincin ini cantik. Tidak, Aku tidak mahu pulangkan” jawab aku kepada Akil.
“tapi itu bukan hak kita”, Akil menjawab kembali.
“ habis hak siapa? Rumah itu sudah tiada penghuni. Jadi barang barangnya juga milik sesiapa saja”, tegas aku.
Akil menundukkan kepalanya ke bawah lalu di geleng gelengkan kepalanya berkali kali. Aku tidak menghiraukan Akil, lantas aku bangun dan menghidupkan enjin motosikal ku lalu balik ke rumah dan simpan cincin itu di dalam almari. Lamunan ku tentang di saat terakhir aku bercakap dengan arwah Akil sebelum aku mendapat panggilan yang menyatakan arwah Akil mati kerana terlibat dalam satu kemalanga tersentak dek kerana daun yang telah mati jatuh terkena pada wajah ku.
“aku pulang dulu sahabat. Nanti ada masa, aku datang lagi untuk ziarah kubur kau” , aku bercakap di dalam hati sebelum bangun meninggalkan kawasan perkuburan islam di kampung itu. aku pulang ke rumah, ibu sudah siapkan sarapan pagi. “ tadi masa along masuk rumah, along nampak ada beg besar depan pintu, ibu nak ke mana ?
“ Tanya ku sambil menghirup milo panas yang di tuangkan ibu. “ eh dia ni. Ibukan pergi rumah pak cik kau, tadi masa ibu balik, ibu lalu jalan belakang, ibu nampak motor kau dekat kubur, kau pergi kubur buat apa along ? sapa yang mati ?”,
Tanya ibu semula pada ku. Pertayaan itu membuatkan aku berkali kali menelan air liur. “ ibu tak ada beritahu pun mahu ke rumah pakcik ? “, Tanya ku dengan seribu kedutan di wajah. “ Ibu cuba hubungi kamu masa ibu sampai rumah pakcik, tapi kamu tidak jawap.
Ayah juga hubungi kamu, tapi sama juga, kamu tidak jawab. Entah apa yang di buatnya entah sampai tidak dapat menjawab panggilan”, jawab ibu. Lantas aku bangun menuju ke bilik. Aku ambilkan telefon bimbit di atas meja. Hari ini baru aku teringat yang aku ada telefon bimbit. Selepas mendengar berita kematian sahabat ku, aku terus tinggalkan telefon bimbit di atas meja dan di sebabkan beberapa kejadian pelik yang baru saja berlaku pada ku, membuatkan aku lupa akan telefon bimbit. Aku cek semula log panggilan. Ya, memang ada number ibu dan ayah ku menelefon aku di hari yang sama dengan kematian sahabat ku. Habis siapa ibu yang yang aku nampak sebelum ini ? telefon di tangan bordering.
Tertera number arwah Akil. Bergeletar tangan ku, namun aku gagahi juga untuk menjawab panggilan tersebut. “hel…lo..” nada suara ku tersangkut sangkut, begitu susah untuk bercakap. “hello, ni pak cik ni. Ayah Akil. Pak cik nak ajak kamu datang ke rumah, nak minta tolong kamu temankan pakcik ke Bandar untuk beli barang nak buat kenduri untuk arwah kawan kamu, boleh ? “ pinta encik Murad. “boo…boleh cik.”, ahh terlepas nafas yang aku tahan tadi, degup jantung ku juga kembali seperti biasa. Rupanya encik Murad yang menghubungi aku mengunakan telefon bimbit arwah Akil.
Cerita ini dah di tulis terlebih dahulu. Dan disebabkan mood nak menulis tak sampai. jadi aku post cerita ni dahulu. Mood dah seru banyak kali. Tapi tak sampai sampai. mood nak kacau orang ada pula. Kesian makcik kantin pretty kena kacau haha. pergi usha ig dia. Banyak ayat best. Aku tertarik satu ayat ni. “ Untuk semua sakit yang pernah kau gores, aku kini bangkit menjadi manusia yang kenal pada bicara dusta”. –themckp. Okay dah boleh block makcik haha. sebab terlupa nak hide moment. Dah tak boleh kacau. Pada pakcik kantin yang masih sorang lagi boleh pergi usha makcik kantin yang hanya berteman abang H.
haha kesian dia. Sorry juga untuk cerita (disiang hari). Entah sapa yang hantar hantu sabotaj haha. kalau nak baca yang elok tak ada ayat ulangan. Sila ke page carlito rocker. Dekat sana dia ada post. Terima kasih bro. dan maaf kalau tak faham dengan cerita di atas. Cara penulisan lain sikit. Sebab yang ini kan nak buat buku. Tapi fikir balik sapa je nak beli haha. dengan penulisan yang masih hampeh.
So aku padamkan saja niat nak buat buku. Jadi satu ni jelah yang sempat tertulis sebelum terpadamnya api semangat untuk buat buku haha. thank you semua. Thank admin. Editor. Para pembaca. Terima kasih sekali lagi. tolong seru mood nak menulis untuk saya. haha dah tulis dah sikit. tapi tiba tiba mood hilang. terus biar sampai sekarang. baca yang ni dulu lah ea.
-mac amin
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
not bad. walaupun cerita kali ini rasa macam saudara Mac Amin macam tiada semangat untuk menulis
Ataupun tergesa-gesa. tetapi cerita dari mac amin sentiasa menggerakkan akal fikiran kami..
Keep it up bro.
Tulis je buku.
Fattah Amin tulis buku macam hampeh pun boleh laris jual.hahah
Fav detektif dah muncul..suke story dr abam detektif
Oooo…
Patot arr sepanjang akk bace citer MA arini perasaannye mcm tak sampai ke hati…
Dok berlegar2 kat pikiran, iyeke Mac Amin yg menulis ni…ke Fattah Amin…
Hahahahahah…
Ghupenyer mood tgh ke laut yer…
Tgh ANGAU eeekkkk…
Mcm jiwa2 kacau plak ni…
Heheheheheheh…
Yuhuuu welcome back bro. Walaupun mood kelaut tp bnyk ilmu gak dlm cerita ni. Part plg menusuk part baca ayat kursi tu. Yup, sesungguhnya Allah sebaik baik pelindung. Baca kena betol2. Ada 9 tmpt berhenti. Sbb sy sndiri ada pengalaman sakit di ganggu. Masa sesi rwtn tu, Ustz baca ayat kursi, ‘saya’ ikut baca main main. Tp ustz gelak sbb ustz tau ‘saya’ takkan ikut sampai habis. Part2 ujung tu mmg ‘dia’ sebut main main. Ustz ckp ‘ehh sebut la betol betol. Kenapa? Takot?’ Masa tu ‘saya’ ketawa mengejek. Huhuuu.
And sy jugak pernah kena ganggu masa tgh tasmik kelas hafazan kt kolej dlu. Tp masa tu sy dtg jumpa ustz hfzab tu sbb nak ckp sy xleh nak hafal langsung. Time tu ada member2 kt tepi tgh sebok menghafal. Ustz tanya ‘tu dia baca x takot?’ Steady je menjawab ‘tak sbb tajwid dia salah’ huhuhuuu. Terkebil kebil member tu.
#KipasSusahMatiFS ?
Serulah cepat-cepat semangat untuk menulis tu wahai Mac Amin.
Mac Amin. Kau ni one of my idol in FS…Kau tulis cerita macam mana pun aku mesti baca. Lama menyepi bro. Jangan kejut harimau yang sedang Tidur.
#MacAmin
buat MAC AMIN, fav penulis, fav en detektif, fav en polis
mohon jgn lama2 menulis, jenuh nk tunggu, x sabaq nk baca semua citer awk
bye 🙂
p/s : x salah kalo awk tinggalkn nama instagram kt sini .. hahahahahahahahahaha
Biasa klo bca D9 ni citer dia sedap. Tapi yang ni macam boring plk. Ape motif cerita/(cerpen?) ni ditulis? Akil kena seksa kat kubur sebab ko amik cincin? Biasa klo org menulis time kejadian waktu maghrib/subuh dia akan selitkan dia akan semayang…..Lagi satu, kebiasaan org islam bila menulis mengenai tuhan die akan sebut Allah sepanjang tulisannye. Yang ni name Allah dua tiga kali di tulis yang selainnye sekadar tuhan. Jadi bila baca rasa macam orang non muslim yang tulis tapi di olah kepada kejadian terhadap keluarga muslim. Wallahhualam.
Sorry to say. Last story hari tu termasuk yg ni makin bosan story dari #detektifD9. Maybe sebab try harder nak menulis ke?
Better rilex n bertenang. Menulis ni perlukan mood yg betul2 bersedia. Kalo tak, story tu akan kelaut jadinya. Tak sampai pada pembaca. Tak mcm masa mula2 story dulu. Pembaca sendiri rasa bersemangat dgn story dari #detektifd9.
Apa pun, story awak sgt2 ditunggu. Story yg penuh excited mcm mula2 dulu.
👍
ala..cerita kali ni tak macam sebelum ni…tapi tak pe…aku still follow mac amin