#KopiCeroi – Lembaga Putih di Rumah Nenek

Assalamualaikum warga FS. Pertama sekali, terima kasih pada admin sebab sudi publish cerita keempat aku #KopiCeroi – Lampu Suluh Misteri. Terima kasih juga pada hampa semua yang sudi meluangkan masa membaca cerita aku yang tak berapa seram tu dan sudi komen cerita aku. Sebelum tu aku nak minta maaf pada yang bertanya tentang FB aku. Mungkin belum tiba masanya untuk aku dedahkan identiti aku. Bukan apa banyak sangat gambar dalam tu. Tunggu aku delete yang mana patut, baru aku bagitahu okey. Hahaha. Tak lupa juga pada sahabat-sahabat aku yang tak dedahkan identiti aku sehingga kini, terima kasih korang (amboi kemain korang komen-komen yek. You know who you are).

Cerita kali ni merupakan pengalaman aku sendiri semasa berada di rumah nenek aku. So, aku minta maaf kalau cerita yang aku sampaikan tak seram atau menarik minat korang untuk membaca. Sebelum aku mula cerita ni, kenalkan aku Kopi Ceroi. 15 tahun lepas keluarga kecil aku disihir oleh seseorang yang menyebabkan keluarga aku menderita. Kesannya, aku boleh rasa kehadiran “benda” ni sehingga kini tapi bukan hijab aku yang terbuka. So, let’s begin.

Kejadian ni berlaku pada tahun 2015 bulan 10. Aku, ibu dan abah pergi Selangor untuk menghadiri hari konvokesyen aku. Angah dan ayi tak ikut sebabnya angah sedang praktikal kat Kedah, ayi pula sedang sibuk untuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Seminggu sebelum majlis konvokesyen, memang kami dah gerak ke Selangor. Nasib baik rumah nenek kat area Gombak. Jadi jimat sikit perbelanjaan kami disana. Kenapa pergi sana awal?? Sebabnya aku nak ambil jubah lagi, pergi raptai lagi, sambil-sambil melawat kawasan yang mungkin last bagi aku kat sana (lepas konvo, aku tak pernah jejakkan kaki ke sana walaupun ada yang menjemput).

Pagi tu, kami sekeluarga gerak dari Kelantan ke Selangor. Seingat aku waktu tu tak ada apa-apa yang berlaku. Cuma abah disaman 3 kali pada hari tu. Dah la tempat roadblocknya dekat-dekat. Sampai Selangor pun nak dekat senja sebab sesat. Biasalah jalan kat area sana selalu berubah, sampai abah lupa nak masuk mana. Nasib baik ada waze, tu pun pasang last minit. Kami jarang balik sana sebab nenek dengan atuk dah lama meninggal. Al-Fatihah untuk arwah nenek dan atuk aku.

Sampai rumah, andak menyambut kedatangan kami. Rumah nenek tu, cuma andak saja yang tinggal. Ada jek mak sedara yang lain tinggal kat sana, tapi area lain-lain la. Rumah ni rumah teres 2 tingkat. Dekat jek kalau nak jalan-jalan cuci mata kat Jalan TAR, Sogo. Rumah ni bagi aku seram jugak lagi-lagi kat tingkat atas. Aku explain sikit kedudukan kat tingkat atas. Bila sampai tangga terakhir, jalan 4 langkah, pusing kanan 90 darjah, jalan selangkah, belah kanan korang bilik pertama a.k.a bilik paling seram bagi aku. Depan korang bilik air. Sebelah bilik air, bilik kedua, dan kat sini la bilik aku tidur. Depan bilik kedua ialah bilik ketiga. Kat tingkat atas semua pintu dekat-dekat, hanya beberapa langkah jek. Hope korang faham la.

Malam pertama tu, lepas makan malam, aku dengan ibu naik atas. Kat atas tu, hanya lampu bilik air jek yang menerangi setiap sudut kat situ. Satu jek masalah bila lalu situ, bilik pertama tu rasa macam ada orang tengok. So, bila aku dah sampai tangga terakhir tu, memang terus berlari masuk dalam bilik. Memang rasa semacam la bilik tu. Tapi sebab aku naik atas dengan ibu, aku pun jalan terkedek-kedek, walaupun rasa orang pandang aku dari dalam bilik tu. Cepat-cepat kami tutup pintu, kunci. Abah tidur bawah sebab dia malas nak naik tangga.

Tengah sembang-sembang dengan ibu, ibu tegur

“Along, hang nampak tak bilik ni macam hujan.”

“Tak ada pun.”

“Tengok betul-betul. Aku nampak macam hujan ni”

Aku pun renung lama-lama. Memang betul, nampak macam hujan. Tapi aku malas nak fikir mistik ke apa ke.

“Habuk kot ma. Entah biar la.”

Aku dengan ibu terus tidur. Malam tu tak ada apa yang berlaku. Semuanya okey saja. Esok tu aku pergi universiti aku, ambil jubah semua. Stay dekat hotel berdekatan. So, sesi jalan-jalan pun bermula. Hari ketiga, kami gerak balik ke Gombak sementara nak tunggu hari konvokesyen aku. Dan malam ni la aku terkena usikan si “dia”.

Malam tu, lepas mandi aku solat Maghrib. Ibu turun ke bawah nak tolong andak sediakan makan malam. Jadi tinggal la aku sorang-sorang kat atas sebab tengah tunggu Isyak. Dah selesai solat Isyak, aku nak turun ke bawah la. Tapi langkah aku terhenti seketika masa nak pulas tombol pintu tu. Yelah, kalau nak turun tangga, aku kena menghadap bilik pertama dulu. Dah la bilik tu scary. Aku kuatkan semangat aku, pulas tombol, tutup lampu (masa ni lampu bilik air menyala), aku tunduk ke bawah tanpa pandang bilik tu. Tapi entah macam mana, aku angkat kepala pandang bilik tu, haaa benda putih duduk kat tengah-tengah ruang bilik tu then berjalan ke arah aku. Bulu roma memang dah tegak, jantung dah dup dap dup dap. Aku rasa macam benda tu lalu tembus aku. Aku pun berlari la turun tangga, tak sampai bawah lagi, tiba-tiba

“Along, ambil kat abah sikat kat atas kejap”

Ya ampun. Aku rasa nak menangis wehh. Dah la aku tengah lari dari benda tu, tiba-tiba abah suruh aku naik semula ambil sikat. Aku dengan terpaksanya, pergi naik atas semula. Takkan la aku nak cakap ada hantu kat atas. Nanti apa kata andak pula. Sampai tangga terakhir tu, aku berlari sepantas kilat, buka lampu, ambil sikat, then keluar berlari turun tangga.

“Kamu berlari kenapa??”

“Tak ada apa abah. Nah sikat.”

Lepas makan malam, kami berehat tengok tv. Tiba-tiba abah ajak pergi minum kat kedai depan simpang sana. Aku dengan ibu naik atas untuk bersiap. Kemudian, kami pun jalan kaki pergi ke sana. Dah order bagai, aku pun mula cerita,

“Tahu tak tadi orang nampak benda putih kat bilik andak tu. Orang dah berlari turun tangga, ehh abah suruh orang naik balik ambil sikat.”

“Laaa yeke. Hahahahaa.”

Abah dengan ibu gelak. So, bermula la sesi soal siasat. Roti tisu dengan teh tarik aku pun sampai,

“Ma ingat tak masa kita balik sini yang angah sakit perut tu.”

“Ingat la.”

Masa ni kami sekeluarga balik Gombak sebab sepupu aku kahwin. Malam tu memang meriah la. Macam-macam orang aku jumpa dalam rumah tu. Macam-macam gelagat. Ingat lagi masa tu aku, ibu, angah ayi duduk bertenggek kat tangga. Yelah rumah ramai gila orang sampai tak tahu nak duduk mana. Dengan hantarannya, macam-macam la. Then, angah mengadu sakit perut. Ibu pun suruh la dia pergi baring kat atas. Masa ni kami tidur kat bilik seram tu. Angah pun naik ke atas sorang-sorang. Ada kot 20 minit, dia turun balik. Muka dia dah lain. Ibu tanya, dia cakap tak ada apa-apa. Lepas tu, ibu ajak naik atas sebab dah sesak sangat. Tengah baring-baring, angah bersuara,

“Ibu, tadi masa kita baring sorang-sorang kan, kerusi malas tu bergerak sendiri. Dia goyang sendiri. Tu yang kita turun tu.”

Dalam bilik ni ada satu kerusi malas yang boleh goyang tu. Dan kerusi tu bersandar kat dinding. Aku pun tak tahu la. Angin ke apa ke, entah la. Kalau angin, sepanjang duduk dalam bilik tu, tak ada pula kerusi tu nak goyang sedangkan kipas bukan main kuat macam nak terbang bilik tu. Lagi satu, dalam bilik tu ada bilik air. Bilik air tu rasa semacam kot. Tiap kali aku nak solat, mesti rasa ada orang tengok. Aku tak tahu la benda apa yang menghuni rumah tu.

Jadi, ni je la cerita aku kali ni. Maaf kalau ada salah silap dari aku. Mungkin aku ada mengguris hati sesiapa sepanjang aku bercerita ni. Maaf juga kalau tak seram bagi hampa. Wassalam.

Putih-putih isi kelapa,
Lembaga putih dalam bilik hampa.
#KopiCeroi

.

Cik Kopi Ceroi
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

16 comments

  1. Putih-putih is kelapa,
    Buat inti, emmm sedapnya…
    Hehehehehehee…

    Semput akk membygkan betapa crowded nye umah tu sampai kat tangga jer harapan terakhir utk duduk…
    Seb bek angah saket perot, ade alasan nk stay dlm bilik…

  2. so kopiceroi ni org kltn ke? cr citer pasal umah tu cam sama lak design umah sewa akak (gombak sblh mana?)…tp umah kitaorg ada la lampu tang tangga tu…n mmg direct naik je tangga mmg nmpk toilet dulu..sebelah kanan master bed n belah kiri ada 2 bilik.

    1. sy org kedah, tp skrg ni ibu abah stay kelantan sbb abah kerja sana.. gombak kat batu 3 stgah, hint blkg masjid syakirin.. tgga situ mmg ada lampu, tp jarang buka.. so buka lampu bilik air jek.. mcm nak sama jek design rumah tu.. hehehe..

  3. penceritaan takda masalah bagi saya. cumanya nk lontar pendapat pasal bab hijab. jangan la dibataskan hijab tu hanya pada pandangan semata-mata. dengar, hidu jugak terbukak hijab (kalau dah selalu), sekali sekala tu mungkin peluang Dia nak beri.

    ok done #grammarnazi. teruskan berkongsi

    1. thanks.. btw, sy bukannya selalu nampak.. sekali sekala saja.. lgpun setiap kejadian yg sy cerita, bezanya bertahun.. Hehehe.. 🙂

  4. pintu bilik utama tu tak boleh tutup ke? kalau tutup kurang skit seram sb tak nampak dalam bilik tu..huhuhu

        1. Bilik tu memang bilik andak. tapi dia jarang tidur situ. cuma mandi salin baju macam tu jek.. selebihnya dia tidur kat ruang tamu bawah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.