Detektif D9 (SALAH SIAPA?)

Pertama, thanks min publish cerita saya and buatkan perenggan haha. Kali ni saya buat sendiri min jangan risau sebab kali ni saya dah jadi orang yang faham Bahasa haha. And second i’m so sorry pasal caps lock. I didn’t notice that. Yah my mistake  . Saya baru siapkan something yang wajib huruf besar. Terlupa caps lock. Sorry kalau TERspoil mood korang. Sorry again even benda tu kecil tapi sangat terkesan kan? Haha steady rilek makan koci k.

And please jangan ambil serius pasal hashtag tu. Kalau baca betul-betul, saya ada ketawa dekat hujung ayat tu. Maksudnya ianya sekadar gurauan. Tak ada nak perli or apa apa. Jangan salah faham lagi k. Maaf ea pembaca semua. Yelah kalau tak ada pembaca untuk apa saya share story. Thanks guys. I appreciate that. I really do okay. Thank juga yang jadikan saya kununnya fav writer haha adohh. Caps lock dan hastag tu tak ada langsung maksud saya marah. Kalau marah tak adalah saya nak berhuhu haha banyak-banyak haha. Tengok haha lagi hmm.

Saya bukan pemarah okay <3 haha sebab emosi something yang sangat-sangat perlu dikawal. Kawal-kawal pun tapi kecil hati jugalah yang komen serius serius sangat tu. Letaklah “haha” sikit. Hmm hilang dah selera nak makan meggi goreng. Maaf sekali lagi kalau Bahasa berterabur, kadang ada keyel ada utara. Eyalah orang dekat-dekat sempadan Thailand dari utara cuba cakap keyel. Mix thai ni. Haha HESTEKNakJuga. Oh ya. Yang juling mata sebab baca kisah sebelum ni, saya dan pihak FS tidak bertanggungjawab ea haha.

Satu masa dulu ketika di balai. Cerita ni tak seram. Eh entahlah korang bacalah. Balai ni dekat kawasan kampung ea. Tak perlu sebut dekat mana apa semua. Janji korang tahu yang balai ni kawasan perkampungan. Satu malam ni, nak jadikan cerita. Sapa yang duty malam hari mesti ada yang kena kacau. Bermula dari malam pertama kejadian tu sampailah semua selesai. Orang yang selalu kena dan first sekali permainan dimulakan, orang yang kena jaga kaunter pertanyaan.

Tengah-tengah sedap borak. Pintu terbuka tapi orang tak ada. Habis pintu ditutup balik. Kerusi pula orang tarik, macam orang tarik kerusi nak duduk. Tapi tak ada orang. Halimunan gitu. Yang dua orang jaga kaunter apa lagi. Aku tengok kau kau tengok aku. Terus keluar pintu belakang. Muka blur. Kami semua tengok pelik, dah kenapa dua orang ni. Lepas kami tanya baru diorang citer apa yang jadi. Tak lama lepas tu sampai lagi sorang dari arah depan. Dia terkejut tengok dua orang yang jaga kaunter tu ada belakang. Diorang tu tanyalah Aina, “asal muka kau?”. “Tadi..tadi..tadi aku kat depan, aku duduk kat pondok lepas tu pintu pagar gerak-gerak sendiri. Banyak kali gak ah, bulu aku pun dah pacak”, kata Aina.

Dia sambung, “Aku simpan phone aku, terus aku galas SMG aku nak masuk dalam nak lepak dengan korang. Tapi korang dengan muka tengok bawah lepas tu korang cakap korang sibuk, suh aku pergi belakang. Ni aku dah sampai belakang, korang ada sini pula”. Habis dia cakap semua yang ada kat situ krik krik kejap. Pastu sorang lagi tanya dia, “ kau biar betul aina?“. “Eh betullah, takkan aku nak tipu pula”, jawab aina. Aina ni malam tu dia kena tugas kawal balai so malam tu dia galas SMG lah. SMG tu Submachine gun.

Orite. Lepas Aina cakap macam gitu, dengan penuh keyakinan dan muka cuak dia, kami semua nak pergi cek lah. Yang pakai baju seragam semua tangan dekat gun holster dah (gun holster tu yang korang nampak dekat pinggang anggota tu. Itu lah gun holster. Kalau dekat kaki dorang leg holster) yang tak pakai seragam semua dah keluarkan pistol Walther P99(waktu ni tak pakai glock lagi haha). dari pinggang, ada yang ambil dari dalam beg. Empat orang pergi tengok depan. Yang lain masuk dari belakang. Takut juga sini kawasan hutan, bukit bukau. Sini dekat dah dengan sempadan.

Mana tahu penceroboh ke masuk nak ambil bekalan peluru dengan senjata. Siapa tahukan? Sebab tu kami semua standby lah acah-acah gitu. Puas cek semua. Memang tak ada apa pun. Kesan orang masuk ke apa ke memang tak ada. Semua berkumpul belakang balik. Kami semua pandang muka Aina. Tak tanya apa-apa pun terus dia angkat tangan. “Sumpah aku cakap benda betul”, kata Aina. Lepas tu salah sorang yang jaga kaunter tu bersuara, “tak apalah aku teman kau, tak pun kau duduk je dengan kami dalam ni”.

Aina pun anggukkan kepala. Pastu sorang partner aku dekat sini aku namakan dia E okay. E panggil Aina. Aina angkat kepala tanya kenapa. Pastu E ni tunjuklah jari dia kat SMG Aina. Pastu cepat-cepat Aina lock SMG dia. Excited sangat nak menembak kot sampai lupa lock. Lepas dia lock tu dia jeling kami semua “herkk..” terus pusing masuk balai. Malu agaknya. Kami ketawa lah sikit. Sikit je haha.

Malam-malam seterusnya lagi rancak permainan. Ada sorang veteran ni nak balik rumah. Dia datang naik motor. So masa dia nak pergi tempat park motor, motor hidup sendiri. Dia dah pelik. Tapi beranikan diri untuk pergi. Bila dia dah duduk atas motorsikal dia, enjin mati. Okaylah bila dah mati. So dia nak masukan kunci. Belum sempat putar kunci dia, moto hidup balik. Siap rem rem lagi. Rem tu senang cakap macam kau pulas minyak motor kau lah. Satu balai bising. Bayangkanlah motor Yamaha sukan. Dengan asap.

Malam tu motor dia jadi ubat nyamuk dekat balai. Kami yang dekat balai dah gelak habis dah. Sakan orang tua tu. Rem rem motor. Pastu E cakap, “ eloklah dia rem. Motor tu pun lagi tua dari dia. Jadi kenalah pulas sikit telinga dia baru dia okay haha“. Lagi bertambah ketawa kami. Back to story. Dah jadi macam tu dia cabut balik kunci. Terus masuk balik balai. Dia ceritalah kan apa yang jadi dengan teremengah-mengah. Aku tak tahu laju mana dia lari, dia dah lah bakal warga emas. haha aduh. Malam tu dia balik orang hantar naik kereta.

Lepas dia balik, aku nak keluar cari makan. Elok sampai dekat kereta aku ada orang dalam kereta kat seat pemandu. Macam mana dia boleh masuk? Kunci ada dekat aku. Aku keluarkan pistol. Acu betul-betul dekat dia. Aku jerit, “polis! Angkat tangan, angkat tangan woi!”. Dari belakang ada orang panggil aku. Aku kalih ke arah dia. “Asal kau?“, tanya dia. Lepas tu aku kalih balik depan. Orang dalam kereta dah tak ada. Aku pun blur. Tak tau nak cakap macam mana. Dia pun jalan je tinggalkan aku. Gaya muka dia macam pikir yang aku ni gila. Aku tembak dia baru dia tahu. Hmm tadi aku gelakkan orang sekarang kena kat diri sendiri. Terus hilang mood nak makan.

Aku masuk balik balai. E ada sekali dengan dua orang jaga kaunter. Elok dia nampak aku terus dia panggil, “wei sini kau. Sini, kau tengok ni“. Dia tunjukkan aku report polis. Report tu cakap yang ada orang jumpa mayat kami. Semua nama yang bertugas malam tu. Sebelum dia cakap keyboard pc ada orang taip sendiri. And kertas kertas fail semua berselerak. Pen jatuh sendirilah, macam-macam lagi yang ada dalam pejabat pertanyaan tu. Butir butit penerima report dan butir butir pengadu semua kosong.

Yang berisi cuma dekat ‘pengadu menyatakan’. Semua dah cuak. Makin hari makin jadi ni. Ada sorang call ketua balai. Pasal report tu kami tak amik port sangat. Sebab report tu tak perfect pun. Lepas siap report, penerima report akan call IO yang bertugas untuk maklumkan tentang report tu. Sapa yang pernah buat report tahulah. Tak payah amik tahu lah haha. Jadi kami abaikan tentang report tu. Benda boleh setel. Yang kami fikir sekarang puaka apa yang tengah jadi sekarang ni. Hmm gelakkan orang lagi.

Ketua balai sampai, kami semua berkumpul. Pastu ketua tanya, “Ada sesapa yang ada buat hal dengan orang kampung?”. Semua diam. Tak ada sesapa jawab. Tapi aku syak something dekat budak baru masuk ni sebab muka dia lain sikit bila ketua balai tanya macam gitu. Maybe ada apa-apa yang dia dah buat. Sebelum ketua balai balik dia ada cakap benda ni keep low profile. Kita setelkan sendiri. Kami iyakan sajalah. Malam tu E jadi sorang yang pendiam. Maybe dia menyesal gelak kuat sangat tadi haha. Pastu aku nampak budak baru tadi naik motor. Dia park motor dan terus masuk balai.

Aku pun pakatlah dengan E. Kami pergi panggil dia. Bawa masuk bilik gelap. Bermulalah sesi soal siasat. Dalam bilik tu bertiga ja tapi tetap dok rasa macam ada orang sedang perhati. Entahlah kami abaikan. Kami tanya dia. Dia ada buat apa apa ka? Dia tetap dengan jawapan dia. TAK TAK TAK. Kami pun dah mula rasa malas dah. Jawapan dia sama ja, TAK. Dalam masa putus asa tu. Bilik tu bergema dengan satu suara ketawa. Ketawa dia memang parau bunyi. Dengan suara garau dia cakap, “berani buat tak berani tanggung, dasar manusia“.

Wah. Dasar manusia? Hmm yang bercakap tu bukan manusialah kiranya. “Berani buat??” Buat apa? Lagi bertambah bingung ku bha. “Sss..a..ya..”, tak sempat budak baru tu cakap terus E jerit, “saya apa ?!”. Tergagap gagap nak cakap. “Saya ada kurang ajar dengan sorang budak beberapa hari lepas”. Habis dia cakap terus dia tundukkan kepala. E buka pintu, keluar. Aku pun ikut. Lepas kami jalan tiga langkah. Budak tu pun keluar. Tak berani kot sorang-sorang (apa yang dia buat tak perlu rasanya dinyatakan disini, senang cakap dia terlampau biadap je).

Masa aku dengan E keluar, kami duduk dekat kerusi kat luar balai. Kerusi yang macam kerusi dekat taman tu, yang kaler putih-putih pastu ada nama majlis bandaran. Kerusi ni belakang balai. Masa kami tengah melayan perasaan tiba tiba dengan bunyi motor, banyak. Banyak sangat. Ha suspen kan ? Haha tu motor anggota. Diorang bawa budak budak kampung sekali. Itu sebab motor jadi banyak. Dah siap park dekat belakang balai. Incas diorang tengok aku. Aku tengok dia. Dia panggil, “Bad”. “Hoo” aku jawablah. “ Buat urine test diorang.” “Bereh”. Aku bangun dengan senyuman yang manis sambil memandang kelima-lima budak tu. Masuk dalam bawa keluar beg. Pastu E bersuara, “mana kau ambil ni oi ?” .

“Aku jumpa dekat sungai sana. Dok lepak”. “Sungai yang ada budak mati lemas tu?“. “Ha`a yelah”. Pastu E bangun pergi dekat budak-budak tu dan cakap, “Sini, sini semua beratur”. Pastu kira berapa orang semua. “Paham? Paham tak paham ?” cakap E. “Pahammmmmm”, diorang jawab dengan lanjutnya paham haha. Ini bukan buli ea haha. Back to story. Aku tengah siapkan botol, pastu E lagi sekali jerit. “kira!” “satuuu, duaaa, tigaaa, empattt, limaaaa, enam”. Aku sambil tengah siapkan peralatan, mean aku cakap tapi tak tengok diorang. “ owh korang main-main ea”. Semua diam. E jerit lagi sambil tengah main phone, “sekali lagi”.

“Satuuu,duaaa,tigaaa,empattt, limaaaaa, enam”. Aku tetiba rasa panas sikitlah kan. Main-main budak-budak ni. Aku angkat kepala. Aku nampak sorang anggota ni. Berbangsa india. Kita namakan dia Kumar okay. Dia ni dengan berdiri tegak tapi tutup mata. Kenapa? Aku pusingkan pandangan dekat budak budak tadi. “EEEE…shhh sini..EEE EEE siniii!”. E tengok aku, aku muncungkan bibir. Pelan-pelan dia undur. Kumar pun dah buka mata. Pastu aku beranikan lah diri nak tanya, “kawan korang ke?“. Pastu semua budak-budak tu pusing tengok tempat aku tunjukkan. Em pucat lesi semua muka. Ada yang nak lari. Tapi maybe tak berani kot, teragak agak, so gigil kaki jelah.

Kalau tadi hanya sorang saja yang pucat macam orang mati lemas. Sekarang semua pucat. Tambah-tambah yang kena duduk sebelah dia. Tahu apa yang diorang nampak ? Sorang laki pucat sangat dan baju dengan seluar basah. Satu badan dia basahlah senang. Dia lah kot yang sebut “enam”. Pastu orang ketiga dari kelima-lima budak tadi angkat tangan macam berdoa. Pastu semua geng-geng dia ikut. Aku pun ikutlah dengan E angkat tangan. Masa aku tengah angkat tangan mata aku melilau sana sini. Nah. Kumar pun sekali angkat tangan join. But tangan menggeletar sikit. Haha.

Habsi dia doa. Terus dia sapu muka. Kami pun ikutlah. Masa aku sapu muka tu. Sebelum mata aku tertutup aku sempat tengok budak pucat tu. Lepas selesai sapu muka, dah hilang. Jadi lima balik. Kumar pun ikut sapu muka dengan teragak-agak. Haha. Lepas aku tengok budak-budak lepak tu baca doa pastu tuhan makbulkan pula. Terus teringat pesan ummi aku. Dia cakap jangan pandang orang sebelah mata, eh jangan pandang orang dari segi luaran. Em nampak tak aku saja menggedik kat situ, padahal boleh je padam. Tapi yang pasti korang pun ikut “eh” aku haha.

Okay sambung nak urine test. Tengok-tengok budak yang kena duduk sebelah hantu tu, dah kencing seluar. Diantara diorang berlima. Dia paling kecil kalau tengok dari saiz. Maybe dia paling muda kot. Kena pula duk sebelah hantu, em nasib kau lah. Aku tergelak dalam hati. Terus tak jadi urine test haha. “Korang pergi baliklah. Balik rumah terus!”. Semua lari start enjin motor. “Terima kasih bang, jum jum cepat kita blah dari hutan ni”. Wah. Kuanghajor eh haha. Dah kasi blah korang mengata pula.

Aku kemas balik barang semua. Kumar dengan E pun dah masuk dalam. keesokan malamnya kami pergi jumpa ketua balai. Kami tanya dia apasal tuan tanya soalan macam gitu hari tu? Pastu dia jawab dulu pernah jadi gangguan juga sebab ada anggota kurang ajar dengan sorang pakcik kat kampung tu. So dia fikir benda ni berulanglah. Orang yang buat tu dah mati, kali ni entahlah sapa kalau betoi sangkaan ketua balai. Tapi masa tu dia tak kacau balai. Dia kacau anggota sorang tu je. Pastu sebelum kami keluar dia suruh kami handle benda ni. Aku berat jugalah nak terima tapi apa daya ku orang bawahan haha.

Malam tu kami ada nak keluar buat rondaan. Decide dah. Diorang nak naik kereta. Okay, kita naik kereta. Masa kami nak masuk keta. Kumar keluar dari pintu utama. “Hey kumar. Jum ah. Pastu kita pergi makan sekali”, aku ajak dia join. “Jum ah, cik ahmad tak ada wei“, (cik Ahmad ketua balai bukan nama sebenar) sekali lagi aku ajak. Pastu dia bagi isyarat tangan sekejap. Kami pun tunggulah. Dia keluarkan phone dari dalam kocek, buat macam ada panggilan masuk. Entahlah betul ke tidak, “hello, amma. Nalla samiche eyenge eppa naa varepore veetekhe”. Dari mulanya dok berjalan keliling sambil cakap phone.

Terus jadi straight buka pintu kaca tu terus masuk dalam. Yang kami ni dekat luar semua krik krik tengok dia. Kami pun terus masuk keta. Aku ingat apa dia cakap tadi. Aku rasa dia cakap dengan mak dia. Sebab dia sebut amma. Aku amik nota terus salin apa dia cakap. Dua hari lepas tu aku tanya lagi sorang anggota india apa maksud dia. Guess what? “Hello amma. Tolong masak sedap sedap eh. Saya dah nak balik dah”. WTF (Where’s The Food). Balik ? balik mana ? sini dia duduk dengan geng-geng polis bujang dekat dalam kampung sana. Masa bila mak dia laporkan diri sebagai anggota dan menetap di situ juga. Tagune punya Kumar.

Okay tadi masa kami keluarkan. So sekarang dalam perjalanan balik. “Berenti..berenti”, kata E. Driver pun berhentilah. Driver kita namakan dia D okay. D Tanya kenapa? “ Tu, ada sorang pakcik tu. Cara dia pakai tu macam orang kuat ugama. Baru balik masjid agaknya”, jawab E. Aku tanyalah, “so what ?”. “Aku nak pergi tanya dia pasal kes puaka yang kita kena setel ni. Mesti dia tahu macam mana nak tolong. Macam orang berilmu aku tengok”, sambung E. Orang tua tu dah berjalan melepasi kereta kami dah. So E keluar panggil dia. Aku dengar dari dalam kereta je. “Assalammuallaikum pakcik”, sapa E.

Lepas tu kaki E aku nampak undur setapak demi setapak ke belakang. Makin dekat dengan kereta terus dia pusing lari masuk kereta. Ya Allah. Orang tak ada rupa. E tutup pintu bergegar satu kereta. Sokay bukan kereta kita haha. “Jalan jalan woi”, E jerit dari belakang. D pun masukkan gear terus jalanlah. Lajulah juga. Tapi dah jauh jarak D slow kan balik kereta. Tengah masa slow tu. Kami semua terkejut macam ada benda potong dari tepi. Memang laju. Sekali lagi dia potong. Tak sempat tengok benda apa. Kali ketiga sebab semua ada keinginan ingin tahu. So kali ni dia tunjuk. Dia berhenti tepi kereta kami, kira kelajuan dia sama dengan kami.

Keranda usang tengah terbang tepi kami. D cepat cepat tengok jalan balik. Mulut dia tak berhenti bismillah. “Blah D, blah”, aku jerit. D terus pecut. Terus dia on siren. Bergema jalan tu dengan bunyi siren. Kereta malam tu dah jadi macam bot. Jalan kampung satu hal. Naik tiga orang biasalah, tapi tula kau bayangkahn kereta proton wira beb. Kepala kami dua kali terkena dekat atap kereta. Kau bayanglah laju tak laju. Kereta terhinjut hinjut. Ada juga kami dengar bunyi macam kereta ada terkena tar. Tapi masa kami sampai balai semua sejutu untuk diamkan benda ni haha. Nasib jugalah keranda tu tak kejar pun.

Kami duduk bertiga. Kesunyian malam tu hilang selepas E bersuara, “aku dah tak boleh tahan dah macam gini. Sampai bila woi? Esok siang aku nak ajak budak baru tu pergi cari budak tu and tanya orang-orang kampung mana tahu dapat clue. D kau pergi pangggil A.” A nama budak baru tu. A datang dekat kami. E pun cakaplah yang dia nak ajak A sekali setelkan benda ni. Mula A tak nak, tapi aku kasi ceramahlah. Kata aku kita ni berani buat berani tanggung, jangan lempar batu sembunyi tangan. Lain kali sebelum buat apa apa fikir dulu baik buruk dia.

Lepas tu dia pun setuju. Aku tak rasa dia setuju sebab ceramah aku, tapi sebab tak ada pilihan. Mana tak nya dia setuju. Kalau E dengan D dari awal aku mula ceramah, mata diorang tajam je pandang si A. Sampai aku habis pun diorang still pandang. Sampailah A anggukkan kepala baru dedua orang tu kalih dan buat hal masing masing. D main phone, E bawa keluar rokok hisap. Aku join E, haha. Nanti nak try hisap pipe macam dalam gambar yang admin letak tu pula haha. Em detektif sangat.

Malam tu juga sekali lagi kami nak naik kereta. Tapi tak jadi. Baru masuk tetiba radio bunyi. Radio polis. Dari talkie tu suara lelaki garau, “tak serik lagi ke? Ahhaahahahahahhaaahahahaha.” Ketawa dia macam mengilai sikit last-last. Belum sempat dia habiskan ketawa dia, aku dengan E dah keluar. Sekali lagi kereta tu bergoyang akibat pintu dihumban terlalu kuat. Naseblah wira wei. Esok siang tu, bermulalah misi tanpa gaji. Siasat punya siasat. Ayah budak tu bomoh. Erm ni mesti anak dia report kat pak dia. Dah semua balik tidur. Dah dapat dah semua details. So malam tu nak gerak lah nak pergi rumah bomoh tu.

Sejam kami pusing. Tempat sama juga. Tak ada jalan keluar. Tak ada jalan masuk. Mati akal semua. Berdoa dalam hati jelah moga-moga selamat. Terus D berhentikan kereta. Dia tumbuk-tumbuk stereng kereta. Sekali lagi D nak tumbuk terus radio bunyi. “sesat ka ? hahahaahahahahahaa“, suara lelaki garau tu. Terus E ambil talkie tu dan jawab, “ hoi, lepaskan kami. Kalau kau berani mari kita jumpa. Lepaskan kami”. Nada marah. Yelah sapa tak marah kalau kena game macam gini. E sekali lagi nak bersuara terus aku capai talkie dari tangan dia. Waktu kau kena main peranan. Kalau semua api. Terbakarlah kami semua kat situ. So aku kena jadi air.

Aku cakap yang kami minta maaf dan kami nak pergi jumpa, berbincang. Nak selesaikan cara baik. Dia tak jawab. Lepas tu aku sangkutkan balik talkie tu dekat radio. Terus dia jawab, “datang cepat!”. Habis dia cakap, mata kami bagaikan terbuka luas. Sekeliling kami penuh dengan pokok-pokok besar. Macam kau ada dalam hutan tebal. D masuk gear terus jalan. Ikut jalan tanah tu. Sebelum kami keluar dari situ, ada kawasan kubur kami kena lalu. Kubur dia tak buat bentuk lebar. Tapi panjang. Bayanglah dapat bentuk panjang. Maknanya kami kena lalu tepi kubur tu dalam masa yang lama. Kalau kejap pun kau rasa lama dalam waktu macam gini.

Pastu tibalah kami depan satu rumah. Berhenti kereta, semua keluar. Kami sampai dekat tangga pintu terbuka sendiri. Bagi salam tak ada orang jawab. So kami decide nak masuk je. Semua dah ada dalam rumah. Pamm pintu tertutup sendiri. Semua keluar pistol. Pistol pula macam ada satu magnet besar tarik. Terlepas semua pistol dekat tangan. Jarak dia lima langkah dari kami. Pastu ada satu pintu terbuka. Dalam tu ada orang lelaki. Depan dia penuh peralatan peralatan bomoh. Pastu dia buat isyarat panggil. Kami pun berjalanlah mendekati pintu tu. Tetiba bagi isyarat stop pulak. “Empat mata saja”. Kami bertiga terus keliling A. Gaya macam nak jaga A lah. Pastu dari dalam dia ketawa, “kalau aku nak buat korang berempat, sekarang aku boleh buat”.

Kami still lagi tak bergerak. Dia sekali lagi bersuara, “aku janji aku tak buat apa apa. Aku Cuma nak bercakap dengan dia”. Kami pandang sesama sendiri. E geleng kelapa dekat aku. Tanda tak setuju. Tak sempat dia habis geleng kepala, badan dia terhumban pergi belakang. “Aduhh”, E mengerang kesakitan akibat terhantuk dinding rumah. Kami tengok bomoh tu. Pandangan tajam dia buatkan kami terpaksa mengalah. Kami lepaskan A pergi. A mulanya tak mahu tapi kami cakap kat dia. “Kita dah sampai sini. Sikit lagi nak selesai sudah. Pergilah. In shaa Allah tak ada apa”. A setuju dan masuk dalam.

Pintu tertutup lepas A masuk. Kami semua pergi tengok E. dalam lima minit centu A keluar. A diam je. Dia datang dekat dia cakap, “dah jum blah”. Kami pun anggukkan kepala saja lah. Kami jalan ambil balik pistol masing masing. Kami ucap terima kasih dekat orang tua tu. Semua dah turun, masuk kereta, jalan balik balai. Masa dalam perjalanan tu lah, aku pusing belakang tengok rumah tu. Rumah dah tak ada. Yang ada hanya pokok pokok besar. Sampailah kami jalan tar. Nasiblah dari awal sampai habis, jalan kami lalu tu straight je. Aku pun tak tau kenapa. Tapi hutan teballah. Tepi-tepi semua hutan. Lampu tak ada. Bayangkanlah.

Sampai balai, ada orang awam keluar dari pintu balai. Baru habis buat report kot. Dia berjalan tu sambil tengah sembang phone, “aku dah jumpa dah balai yang kau cakap ni. Tadi dua tiga kali aku lalu sini. Aku nampak macam hutan je balai ni. Macam rumah terbiar pun ada. Okaylah aku dah setel. Esok kita jumpa”. Dia masuk kereta keluar dari kawasan balai. Hutan? “Jum jum kita keluar dari hutan ni cepat“, masih ingat kata kata tu? Jah tak tahu, rupanya dia sihir balai kami. Kojaqq. Naseb benda ni tak lama. Kalau tak, tak kecoh. Mulut orang kampung pula. Pergh. Makcik makcik em em. Haha.

Masa sampai balai kami rehat dekat kerusi tulah kami Tanya A. “apa dia buat kat kau?” A cakap tak apa. Cuma dia tegur dan pesan je. Ha nampak. Orang macam gitu pun tegur orang dalam diam. Sorang sorang tegur. Ada cara dia. Dah A cakap yang laki tu just tegur je, kami pun iyakan jelah. Entahlah kalau ada benda lain dia tak ceritakan. Oh lepas tu A ada cakap yang laki tu pun minta maaf sebab dia ganggu kitorang. E macam nak maki tapi mulut dia macam terkunci. Aku tanya kenapa.

“Jangan kurang ajar, mana tahu entah entah dia tengok kita ke“, hahaha kami semua gelak. E sorang je diam. Macam merajuk pun ada reaksi dia. Haha biarkan dia. Ingat jangan kurang ajar. Pergi tempat orang jaga adab. Hidup ni mudah je. Kalau kurus makan pil gemuk, kalau bambam sikit makan pil kurus. Jangan snap pic then upload, caption “gemuk sudah” padahal dia kurus. Itu gedik. Maksudnya hidup ni mudah, just buat apa yang awak rasa patut di buat.

The most important, lepas buang hajat, tolong lepaskan semua. Jangan tinggalkan sisa. Ini dah dikira wajib, bukan patut lagi. Panas aku dengan pelanggan mamak ni. tah sapa, banyak sangat orang. Nak masuk buang air kecil tetiba ada surprise Ahaha. Dan satu lagi Jadi orang yang bertanggungjawab eh. Jangan jadi macam si A, lepas batuk ditangga. Dah jadi macam tu nak SALAHKAN SIAPA ? remember, whatever you`re be a good one, okay. Be naiss.

Em ada pasangan kekasih masuk balai pula. Tetiba rindu si mantan haha. Minta tolong boleh? Tolong doakan si mantan ni supaya dia lembut hati pastu terindu aku haha. Em nak cita kat orang segan pula pasal cintan cintun ni. Luah kat sini okay kot. Orang tak kenal, Min beri laluan eh haha. Dia ni saya tak tahulah perangai macam mana. Bila ada apa-apa, dia macam tak nak share dengan saya. Jadi saya rasa macam saya ni tak ada guna pula. Saya proteslah dengan abaikan dia haha. Kadang busy and kadang buat-buat busy. Pastu dia pula berubah. And terus tawar hati sebab saya abaikan dia sangat.

Aduh salah saya haha. Tapi yang saya tak puas hati, saya dah minta maaf and nak berubah lah kan.. haha tapi boleh dia cakap, “ for me, second chance doesn’t exist “. Aduh macam manalah saya boleh tersayang minah macam ni. Saya tak tahulah dia tawar hati or memang tak sayang saya pun dari awal. Maybe dia just main main je, or ada orang lain. Em tapi sekarang memang ada orang lainlah, tinggal daku jadi penunggu dalam diam haha tak lama berpuaka pula hati saya. Peliklah tup tup tak ada second chance. Em bukan teruk pun saya abaikan dia. Tak selalulah. Oh tuhan tolonglah haha.

Saya rasa macam kena penampar lepas dia cakap macam gitu. Akak-akak tolonglah doakan eh. Yang nak pegi haji or umrah ke bawalah doa saya sekali terbang ke sana haha.mana tahu berkat doa korang dia terindu saya haha. Sampai sekarang alone sebab menunggu minah tu lah haha. Kesian kan haha. Huhu. Yang ada pasangan tu remember, bila awak abaikan dia, awak dah mengajar dia cara untuk hidup tanpa awak. Hati perempuan ni jangan diketuk-ketuk nanti dia pecah, gilap -ilap dia usap dengan lembut baru dia bersilau bak permata. Right? Acece haha.

Thanks untuk semua. And sorry again pasal story sebelum ni, really bad, terus like sikit haha. Saya tak marah ea, caps lock tu just tak sengaja. Sultan malakau. Aku dah cari istana kau. Tapi tak jumpa. Terima kasih atas pemberian tu haha. Aku tak nak lah. Takut nanti naik jadi dato lupa diri. Susah. Aku ni dah lah suka kacau orang. Tapi kadang-kadang terlajak kacau hati orang. Hm kacau hidup aku. Tambah jadi datok ramai lagi lah yang terkacau haha. Kak yulie. Komen anda paling nais. Fenomena Fattah amin haha. Semua komen win lah senang haha. Haha thanks guys sudi luang masa membaca.

Thank juga yang sudi komen. Terima kasih untuk semua komen. Terima kasih admin. Maafkanlah kalau ada kasar Bahasa or buat sesapa terasa hati dekat story story saya. Maafkan ea. Em gaya macam dah tanak muncul dah haha. Yang komen pasal buku tu. Doakanlah saya, haha kalau jadi keluarkan saya roger haha. Menyahut seruan dua tiga kerja. Selamat tinggal ea  saya dah buatkan perenggankan min haha. Thats mean saya dah jadi orang yang faham Bahasa haha. Saya dah cuba kurangkan” haha” tapi macam banyak pula part yang kena ada “haha” now playing: nidji – hidup tanpa cintamu  huhu.

-Mac Amin-

68 comments

  1. Tengah tersongih2 akk bace citer yg detail panjang lebor ni, terus terkujat+gelak besooorr…
    Tetibe name hakak ade dalam ini cerita…
    Bukan ape…
    Akk bosan dh kot ngan fenomena Fattah Amin tu…
    Lg syioookkk layan MAC AMIN…
    Tak kenal rupe, tak kenal suara, tapi menghiburkan…
    Gituuu…

    Paling menampakkan kesungguhan ekau ni kan, terserlah kedetektifannya bile beria menyalin ayat Kumar yg on da fon tu…
    Nampak benor menipunye tetbe jer soh mak masak, caiiitttt…
    Ke die dh ade nampak pape yg buat trs blah camtu jer…????

    Dh agk dh mesti balai dh kena angker bile bebudak tu ckp soh blah dr hutan tu…
    Gamaknye diorg tu nampak korg anggota2 as a human ke ghupe cemane ekk???
    Hehehehehhe…

    Kalau dh buat buku habaq mai naaa…
    Akk nk beli gaaakkk…
    Otograp peliiissss…

    1. Betul kak Yulie sya pun dah naik meluat dngn fenomena yg kak Yulie cakap tu. Rupanya ada yg sma dngn sya. Ingt sya sorang.

    2. kak yulie, sy igtkn sy je dh muak dgn fenomena tu.. kak yulie sme jgk.. hahahah .. meh beralih ke MAC AMIN plak.. wuhhuuu .. syok kak noh baca citer En detektif nie. 🙂

    3. Kaannnn…
      Aritu g mall pastu ade plak launching produk kecantikan bersama FA…
      Umaaakkk aaiii…
      Bini org mak org melompat2 menjerit2 mcm anak dara tgk konsert kpop kooo…
      Akk je yg toleh dan berlalu pergi…
      Sgt sgt fenoMENGAH btooolll…

  2. Pasal awek tu kan, sebutlah gadis…
    Ini minaaahhh…
    Adeeehhh…
    Makin merajuuukkk ler member tu wei…

    Apekate ekau bykkan sedekah fatihah utk die, tu pn salah satu cara nk lembutkan hati org…
    Bkn sedekah fatihah utk org dh menggl jer tau…

    Merajuk2 gak, tapi klu lame bebenor jual mahalnye udah2ler tu…
    Sila paham dan berusaha utk jodoh yg lbh serasi yer…
    Bknnye esok lusa kawen koje nk mujuk org merajuk jer…
    Awak dhler koje detektif x tentu mase…
    Kena cr bini yg tough sket…
    Yg ala2 independent gituuu…
    Dan yg lbh memahami…

    Papepun…
    Teruskan menulis dan bykkan berdoa utk jodoh…
    Peace yoo…!!!

    Satu lagi…
    Soh makcik2 doakan byk2 kang deme kate baek kamu jadik menantu makcik jer…
    Takyah doa bebanyak cukuplah sekali lafaz jer…
    Chia chia chia…
    Heheheheheh…

    1. Betul² nak hati hadis sebut lah bagi manis. Tapi sya nasihatkan detektif sorang ni doalah bagi dpt yg lebih baik dr tu. Sya pun mendoakan anda spya dapat yg lebih baik. Jngn jadi pungguk rindukan bulan klu org dah x sudi.

      1. Klu Mac Amin couple smle ngan gadis tu, mau kita semua xleh nk bace dh cerita2 MA…

        Mau idoknye cemane gaye nk nulih klu udah koje die nk mujuk org majuk je kang…

  3. yeayy !! * joget lagu ayda jebat sikit** akhirnya MAC AMIN muncul lagi..x tau npe asyik gelak je bce kisah MAC AMIN. mungkin sy mudah terhibur.. ahahaha .. citer ni x bpe seram.. tp kelakar, mybe cara penyampai tu.. syabas betehh ! nnt citer lagi tauuuuuuuuuuuuuuu. jgn benti.. *sme geng utara*

    1. Seram Komedi gituuu…
      Heheneheee…
      Asben pon dh jeliiinnggg pelik jer bini bace blog seram tp dok ketawa mengekek2…

      1. Memalam kt opis lg…
        Mujur citer leh gelak2, idokler seram banget…
        Klu yg jenis meremang2 kan mau nyorok bwh meja plak…

  4. mac amin kami mau lg! kami mauu lagi.. sonokk bace kes2 mistik ala2 abg seragam nih. punya lah kite bace pnuh penghayatan sekali hujung2 ada surat cinta kihkihkih.. sedih la pulak. aminnn ktorg doakan ramai2 k cinta kamu bertaut kembali *sambil petik lagu sonia-benci kusangka sayang*

    p/s: kak yulie mmg pemanis kt cni 😉 hidup kak yulie!

    1. Hahahahahha…
      Pasni jd peMASIN plak sbb pasni nk kena byk kemam garam dek meningkatnye tahap pelupe yg semakin cemerlang skrg ni…

  5. Dalam nie ad dua cter eak
    Tk tau laa plak hrmm
    Pngalaman. .dan percintaan ? ?
    haha pun bleh
    Tapi kurangkan skit hahaa tu ?
    ok-ii best cter ni

  6. Walaupun ayat agak huru hara tapi aku paham apa yg engko nak sampaikan deknon. Seram hakak baca sambil ditemani seekor kucing di sisi. Ada cerita share lah lagii. Hahaha

  7. Permulaan cerita macam iium confession..tengah2 cerita baru macam fiksyen shasha..pengakhiran cerita dah macam kisah rumah tangga la pulop..kah3.. takpe boleh la tu..kite bergabung meletops..kan kan kan..kakaka eh..

  8. tambah lagi cite incas….seronok dah baca….hahahaha den pun nak berhaha juga lah…amboi kak yulie komen paling nais ea… tapi sekarang kak yulie sering diekori oleh pengomen misteri hahahah

    1. Paling nais kooo…
      Boleh dapat hadiah tak…???
      Aritu plg win dpt roti perancis+bubur kacang…
      Hadiah sponsor by pengomen misteri kaaannnn…
      Hahahahahha…

  9. Hahahahaha terbaeekkk!!!
    Bab mmsg tadah tgn smpi kumar pun ikut baca doa serius aku xleh thn gelak smpi nk terkucil hahaha dh kejadahnya lak dia pn tadah tgn…? Takut ekk hahha

    Kipidap… nice story.. n mmg btl pn.. bl ada kt tpt org mmg kna jaga adab.. sib baik dia xbalas dendam smpi si A tu mati…

    Aku tgu citer2 yg lain lakk…

  10. Masih tertanye2 lagi ape bende la perbuatan biadap si A tu buat sampai 1 balai kene sihir..pastu budak yg si A buat taik ni lelaki ke pompuan?hahaha..banyak soalan yg bermain di minda aku ni..rase nak jadi detektif sambil hisap pipe jugak la lepas ni..

      1. Tau takperrr..macam something wrong somewhere..mesti kebiadaban tu tahap 18sx @ pg13 yg menyebabkan budak tu mengadu kat bapak die..harap detektif d9 berikan jawapan dlm next episode yer..hahaha..

  11. Cerita balai..dulu masa budak2 aku pernah kena angkut masuk lokap, pasal main meriam bln pose..memekak je..hahahaha..dlm lokap tu abg polis campak mercun bola..mmg berdesing laaa… pastu suruh main gitar n nyanyi2…last skali suruh g beli mknan sahur,br diorg lepaskan aku…cisss… terus aku kata kat mak aku, qiamulai kt masjid..hahah

  12. Okay sis rasa sis dah jatuh cinta dengan MA. Nasihat sis, berhentilah mengharap pada gadis itu. Meh beralih pada sis pulak. Sis cuba. K bai.

  13. Cerita memang best…sampai saya pon komen ni memang fenomena ni…maybe sebab dulu dok layan csi tu yang ngam kot…thorbaik!!!!

  14. Wehhh MA aku pulak dah jatuh cinta dengan kau ni haa. Dah dah, berhenti harapkan ex kau tu! Aku ada ni haa. #siscuba

  15. Dalam fiksyen shasha ni, boleh dikira ada beberapa je cerita yang pada aku betul2 boleh ngam dan seram. Antaranya yang aku ingat lah, Misteri Jiran Sebelah (first story aku baca yang membuatkan aku terus layan page ni), Pakcik Atau Bukan, Kisah Misteri Dedek 1,2,3,4,5 (aku harap dedek kasi permission kat kakyong untuk teruskan bercerita), Aku Rindukan Maya & Aku Seorang Event Manager (tak ingat sangat tajuk) dan Detective Mac Amin punya cerita.

    Serius cakap, korang memang baekk lah.

    Pastu ada jugak beberapa orang commentators yang menarik minat aku. Kak Yulie, Langsat, dengan apa tu yang Berlenggang Dia Berjalan Si manis Desa Yang Manja Jelingan Yang Manja. Menuju Dia ke Kota Di Tangannya Penuh Bunga Dihati Penuh Cinta kalau tak silap aku. Haaa gitu. Aku perhatiii je korang ni dari jauh.
    Hahaha.

      1. kah kah kah….kisah dedek lah paling payah dilupa…takut kawan dia tengah baca komen den ni kak….. napa komentar paling panjang dalam FS

      2. Aaahhhh koo…
        Dgn kwn dedek pon takot…
        Wat lek wat pis sudaaa…
        Life must go on…
        Tapi…
        Sesambil tu bace yassin, enset plak psg ngaji2…
        Eeerrrrr…akk pon cuak gak benornye…
        Huhuhuhuuu…

        1. Hahaha. Tak leh blah memasing. Aku bukan apa.. Asal aku ada kemusykilan je, kak yulie dah usulkan. Asal ada kemusykilan je, kak yulie usulkan. Pastu bila nak mengamuk je, langsat dah utarakan. Senang kerja aku. Haha

  16. lepas habis baca citer seram mesti nak baca komen kak yulie… memang best lah komen kak yulie.. kak yulie is sooo cute.. hehehehe

    1. Auw aaaauuuwwww…
      Sesungguhnye hakak dah tersipot-sipot malu dek non…
      Muke ni bkn kemerahan dah, keMERUNan jadinye ni…
      Gelak HAHAAHA pon trs tukar sopan bunyik HIK HIK HIK…

      1. Mmg ekau saka yg cemerlang…
        Soo jgn lupe hapdet den selalu hokaayyy…
        Kang ade komen terlepas pandang, tercalar kredibiliti hakaaakkk…

      2. Gaya ayat ekau AKU DOK PERATI JE KAK YULIE NI tu dik buat hakak cuak sekejap sblm bace ayat seterusnye sampai abis…
        Baru jer hakak nk LEFT GROUP tp sat g si APID tu add smle plak…
        Tak boleh ekkk left left…???
        Ehh silap plak, ingtkan mcm wasap…boleh kejap left kejap add…
        Hahahahahah…

  17. Duhai Mac Amin yang budiman…
    Aku harap kau janganlah berhenti menulis. Memula dari episod pertama macam tak percaya gaklah, ada gak anggota nak berkongsi kisah balai dan kes-kes. Sekurang-kurangnya, aku tahu, kami tahu, yang anggota banyak jugak berdepan dengan bebenda pelik. Ok, habis bab serius.
    Mac Amin, kalo ler ko jumpa lagi dak Kumar tu, ko kim salam ke dia. Tanya dia lepas ni nak doa apa pulak…ekekekek. Ajekan haru ler…
    Tak sangka gakkan balai pon bomoh leh sihirkan. Kemain takde ghojer gamoknye si bomoh tu.
    Keep it up Mac!

  18. ngekek2 gelak sensorang baca citer ni… kat opis plak tu… kengkawan tanya… baca apa ketawa sakan?? sy jwb… “citer antu”… hahhaaa…. diorg pelik awat ketawa baca citer antu… hihiii…

    keep up a good work!!!

    klu buat buku bitau…nak p beli…

  19. (Aku jerit, “polis! Angkat tangan, angkat tangan woi!”. Dari belakang ada orang panggil aku. Aku kalih ke arah dia. “Asal kau?“, tanya dia. Lepas tu aku kalih balik depan. Orang dalam kereta dah tak ada. Aku pun blur. Tak tau nak cakap macam mana. Dia pun jalan je tinggalkan aku. Gaya muka dia macam pikir yang aku ni gila. Aku tembak dia baru dia tahu. Hmm tadi aku gelakkan orang sekarang kena kat diri sendiri. Terus hilang mood nak makan.) ini sumpah lawak! Hahahahahahahaha terbayang2!! Mesti comel kan bila dah jadi bingung pastu org ingat kita gila. Hahahahaha lawakk! Mohon sambung lagi wahai En Jodoh! Ehh! hahahaha #SisCubaNi
    #untung-untungDapat
    Ngehh ngehh ngehh ??

  20. “Jangan kurang ajar, mana tahu entah entah dia tengok kita ke“, hahaha kami semua gelak. E sorang je diam. Macam merajuk pun ada reaksi dia. Haha biarkan dia. Ingat jangan kurang ajar. Pergi tempat orang jaga adab. Hidup ni mudah je. Kalau kurus makan pil gemuk, kalau bambam sikit makan pil kurus. Jangan snap pic then upload, caption “gemuk sudah” padahal dia kurus. Itu gedik. Maksudnya hidup ni mudah, just buat apa yang awak rasa patut di buat.

    berdekak laaaa tetiba selit psl gemuk psl kurus nii. caption gemuk sudah itu gedik ahahahaahahaasdjbabdkjajabsdai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *