Detektif D9 (SIAPA TU?)

Ali: Apahal tu ?
Abu: apa ?
Ali: tu sana.. tu.
Abu: lahh. Orang tengah bercakap dalam fhone pun kau nak pelik ?
Ali: cara dia tu. Ada yang tak kena. Tengok dia. Jalan keliling. Tak duduk diam lansung. Sepak sepak batu bagai. Cara dia..macam call tak dapat je ? kejap dial.. kejap letak fhone dekat telinga. Benda sama ulang.
Abu: nak pergi ke ?
Ali: mana tahu ada emergency ? guard tu. Berenti jelah.

Mmmmmhhhhmmmpppppppp…mmmmm..cerittttttt… tuk.. pam…pamm……..pammm. bunyi pintu kereta ditutup. Lelaki india tadi terkejut melihat kami berjalan ke arahnya. Pantas dia pusing masuk ke dalam pagar lansung masuk ke dalam pos keselamatan lalu keluarkan cota dan dihalakan pada kami.

Siva: lu orang sapa ? apa mau ? jangan dekat.
Aku: woo woo.. chill. Okay.

Kami berhenti berjalan dan keluarkan ID masing masing.

Abu: kau lah ni. saja buat macam gitu. Sapa tak takut. Dah macam gangster nak p****g orang je cara berenti kereta.

Aku pusing belakang tengok abu. Aku tergelak sambil menutup mulut. Haha.. sebab aku tengok muka siva yang terkejut beruk dan takut tu. Abu tumbuk perut aku. Just tumbuk gurau je.

Aku: jalan jalan dulu.

Abu, ali dan amir tinggalkan aku keseorangan di situ. Aku masih lagi ketawa sambil menutup mulut. Lucu reaksi muka dia. Dah puas aku melayan kegelian dihati ni. Baru aku jalan masuk ke dalam pagar kilang. Taklah lama mana. Cuma menghargai masa lucu. Bukan selalu dapat. Hidup asyik muram je. tak indah pun.

Abu: apasal ? ada masalah ka ? u apa nama ?
Siva: siva bang siva. Tara saya baru kirja sini. Tadi ada seorang partner lagi masuk ronda. Sampai sekarang tara keluar. Saya takutlah. Saya baru lagi. sekarang saya tengah call pak mad.
Aku: sapa pak mad ?
Siva: oh. Sorry… pak mad tu orang lama lah. Veteran. Dia ada pesan kalau ada apa apa call dia. Sekarang saya call. Dia tara angkat. Ayoyo.. * sekali kami ikut dia gelengkan kepala masa sebut ayoyo.
Abu: sudah berapa lama u tunggu u punya partner ?
Siva: sudah lama bang. Dia tara keluar keluar pun. ayoyo.. * aku ikut sekali gelengkan kepala haha. Susahkan orang betullah itu budak.
Ali: kilang ni memang tak beroperasi malam ke ?
Siva: tara bang. Siang saja kirja. Malam tutup.
Aku: u tadak masuk cari ke ?
Siva: ada bang ada. Tapi tadi..saya ada dengar bunyi tapak. Banyakkkkk bangggg. Tara boleh pi lah. Saya takut punya orang. Malam malam mana ada orang. Mana boleh bunyi tapak kaki datang. Lagi pun ini pos tak ada orang mau tengok.
Aku: lah. Asal kerja guard ?
Siva: susah mau cari kerja lain sekarang bang. Lagi pun sini dua orang. Ada teman. Tara takut sangat.
Aku: u ada call sama dia ?
Siva: sini ada talkie. Saya sudah panggil banyak kali. Lansung tara jawab. Betoi betoi tak guna punya budak lah.
Aku: dia orang mana ?
Siva: itu bangla punya orang bang.
Aku: owh. Sini talkie.

Aku amik talkie dari tangan siva.

Aku: apa nama dia?
Siva: abdul bang abdul.
Aku: abdul masuk.. abdul masuk ?
Talkie: zzzz..zzz..zzz * bunyi macam radio tak dapat siaran.
Aku: hey. Ini pakai line ka apa ?
Siva: tara tara.
Aku: berapa jauh boleh pergi ni ?
Siva: ini satu kilang boleh bang.
Abu: kalau macam tu maybe abdul ada jauh jauh sikit kot. Sebab dia jawabkan. So maybe dia pun dengar kau panggil. Tapi bunyi tak jelas juga apa kau cakap dekat dia.
Siva: tadi tara bunyi apa apa pun.

Aku try sekali lagi panggil abdul. Balasan yang sama juga kami dapat. Bunyi yang sama. Tapi cara bunyi tu, macam dia nak cakap sesuatu. Pelik juga aku. Mana ada orang kerja. Tiba tiba dengar bunyi tapak kaki. Mabuk ke apa ?

Aku: sini.. * aku panggil siva datang dekat.
Aku: mabuk ka lu ?
Siva: eyy tara bang tara . Saya tara minum punya orang. Itu air kotor. Tara bagus punya.

Segan pula aku dia cakap macam gitu. Orang agama lain pun tak minum. (Aku pun kalau boleh nak berenti rokok. Tapi tulah..susah kemain haha.) Bangsa melayu bangga pula minum arak. Masuk club apa semua rasa seronok jadi budak rosak akhlak. Jangan bangga dengan dosa. Nanti tuhan murka dengan kita. Hidup pun tak berkat. Aku bukan nak jatuhkan bangsa sendiri. Tapi tengok sendirilah. Benda apa yang nak dibanggakan dengan melayu sekarang ni ? Budak tingkatan 3 jepun. Dah pandai cipta robot. Budak melayu kita, tingkatan 3 dah pandai buat orang betul. Ha mana lagi hebat? Melayu bukan ? hmm bangga gila aku. Dengan lapang dadanya. Oh tak lupa juga yang berhempas pulas memajukan ekonomi Negara dengan memenuhi hotel hotel bajet. Muda muda lagi dah pandai pasal ekonomi. Terima kasih adik. Terima kasih juga yang memberi anggota D7 kerja. Setiap kali serbuan tempat judi dan tempat maksiat. Majoriti melayu. Terkenal melayu ni. aku bangga.

Aku: apasal tadak minum ?
Siva: itu air tara baik punya. Boleh rosakkan dalaman. Pikiran pun boleh rosak bang.
Aku: cantekk.
Aku: macam mane ?
Ali: ikut ah.
Abu: masuk cari pun tak apa. Tolong orang. Kitakan kerja untuk rakyat. Lagi pun dia sorang. Susah pula nak tinggal pos.
Aku: kita tak ada apa apa kan malam ni ?
Ali: tak kot.
Aku: harap haraplah haha. okay. Mir, kau pergi lampu suluh dengan talkie dalam kereta eh.

Siva masuk ke dalam pos. dan keluar semula dengan cota masih di tangan dan satu lagi talkie ditangannya.

Aku: ey. U mau pergi mana ?
Siva: mau ikutlah.
Aku: eh eh tak apa. U duduk sana dalam. ini orang teman u sini haa.
Ali: aku ke ?
Aku: ha. Kau duduk sini dengan dia.
Aku: saya ambik ini talkie ya. U guna itu. apa apa saya boleh contact dengan u.

Amir datang bagi lampu suluh. Seorang satu. Memang ada lampu kilang ni. tapi ni untuk persediaan. Talkie yang aku suruh ambil tadi. Dia bagi dekat ali. Peganglah kau talkie besar gedabak tu. Bukan guna pun. Cuma takut ada panggilan apa apa dari IPD. So apa apa ali yang akan jawab. Siva terangkan sedikit struktur kilang. Dan okay. Kami dah nak masuk.

Aku: nak berpecah ke macam mana ?
Abu: tak yah kot. Jalan sekali je. bukan besar mana pun kilang ni.

Iye iye la tu. Entah entah takut. Aku anggukan kepala ja. Jum. Eh tunggu apa lagi ? boleh rilek baca FS pula ? jum masuk dulu. Cepat simpan fhone. Semangat sikit. Hahahaha mari mari. Kami masuk ke dalam sambil mata masing masing melilau tercari cari abdul. Aku di depan abu di belakang..amir last sekali.

Aku: siva masuk.
Siva: ya bang. Ada apa bang ?
Aku: tak ada apa. Test talkie.
Siva: oo baik baik bang. Hati hati. sana seram bang.

Memang agak menyeramkan. Melalui lorong lorong kecil. Kadang kena melalui tingkap yang nampak diri kita sendiri. Tiba tiba muncul kak limah ke apa ke macam mana ? aduh. Tingkap, cermin. Benda alah paling tak menyeronokkan diwaktu ni. Dengan ada lampu yang rosak. Kejap menyala kejap tak. Memang seramlah situasi ni. Awak okay ke jalan sekali ni ? haha.
Aku pusing belakang.

Abu: asal ?
Aku: saja. Kau ada nampak apa apa tak ?
Abu: tak ?
Aku: kau mir ? ada nampak apa apa tak ?
………………………………………………….
Aku: amir ?

Aku berenti melangkah. Aku ketepikan sikit kepala. Eh mana amir ?

Aku: mana amir, abu ?

Abu terkejut lansung pusing ke belakang sekali.

Abu: eh. Tadi ada je. Aku tengok dekat cermin masa kita jalan.
Aku: aduh. Masalah. Call dia.

Abu keluarkan fhone. Lepas tu muka dia berubah dan pandang tepat ke aku. Aku naikkan kening tanda Tanya kenapa ?

Abu: line tak ada la. Cuba kau call.
Aku keluarkan fhone. Lah. Sama. Takda line. Aduh.
Aku: siva masuk.
Siva: zzz zzzzzz zzzz zzzz.
Aku: siva masuk siva.
Siva: zzz zzzz zzzzzzzz zzz.

Aku sangkutkan talkie dekat tali pinggang. Dengan muka hampa tengok abu.

Abu: macam mana ?
Aku: ikut ah. Cari amir or pergi cari abdul dulu.
Abu: kita patah balik ah. Masuk ikut lorong tu. Sebab tu satu satu lorong yang ada. Mungkin amir masuk sana.
Aku: okay.

Kami patah balik dan terus masuk ke lorong yang disebut abu. Lama kami berjalan. Tiba tiba. Pup. Lampu terpadam. Arghhh. Terkejut. Kami ambil lampu suluh. Berjalan dengan lampu suluh bukanlah satu benda yang mudah. Tambah pula di saat genting begini. Abu masih dibelakang tapi kali ni aku suruh dia letakkan tangan dia di atas bahu aku.
Kami berjalan dalam lima langkah tiba tiba…… aku rasa ada satu lagi tangan. Hinggap dibahu aku. Tak mungkin tangan abu. Tangan abu satu lagi masih memegang lampu suluh. Terkejut aku berhenti melangkah. Lagi sekali tiba tiba……. Lampu menyala semula. Abu terkejut. Kenapa aku berhenti. Tak ada apa pun. tangan siapa tadi ? “tinnnnn” bunyi seperti tin minuman jatuh ke lantai. Aku pusing ke depan. Ada macam kelibat seseorang melintas dan hilang di sebalik penjuru. SIAPA TU ?

Aku: siapa tu ?

Kami simpan lampu suluh dan tangan stanby di pistol masing masing. Perlahan lahan melangkah sambil mata tajam merenung ke penjuru dinding tersebut. Lagi lama langkah nak sampai ke penjuru. Tiba tiba.. ada bayang bayang orang sedang berjalan. Amir keluar dari penjuru.

Aku: weh. Kau. Mana kau pergi ?

Abu menghembus nafas dengan laju sekali. Mungkin kerana terkejut. Soalan yang aku ajukan tidak dijawab amir. Malah dia hanya tersenyum sinis. Ini bukan masa untuk bertengkarlah. Aku terus pusing ke belakang. Mulakan langkah untuk berjalan. Tapi aku rasa lain macam. Lain sangat. Rupanya amir tak ikut kami berjalan sekali. Dia masih berdiri di penjuru tu. Mata tajam ke arah kami. Aku lambaikan tangan ke arahnya. Baru dia mulakan langkah sambil senyum yang lain macam sikit. Senyum seperti kau suka bila ada orang bagi sesuatu. Macam mana eh. Macam ni, tadi riak wajah dia agak muramlah seperti kami tak ajak dia sekali. Dan sekarang dia senyum gembira bila aku lambai tangan ke dia. Amir berjalan perlahan. Kami masih berhenti untuk tunggu amir sampai. Satu persatu langkah aku perati pergerakkkan kaki amir.

Tiba tiba… kepala dia. Terkeluar dari badan. D***h menyembur keluar dari tengkuk. Hingga kena pada siling kilang tersebut. Aku dah lain muka. Biar betul. Dah kenapa ni ? masih terkejut dengan kejadian tadi. Mulut terkunci. Lidah kelu untuk berkata kata. Hanya mata yang di beri peluang melihat. Tengah tengah melihat. Tiba tiba kepala amir bergolek golek datang ke kami. Kaki pula terasa keras. Tidak berfungsi. Makin lama makin dekat kepala amir datang. Masih bergolek golek seperti bola yang di tendang ke mari. Dan………… berhenti. Wajah dia mengadap kami. Mata tertutup. Tapi cuma sementara. Tiba tiba saja mata dia terbuka dan terbeliak memandang kami. Dan lagi sekali tiba tiba dia keluarkan lidah. Panjang. Panjang sangat. Hampir kena kaki aku. Tiba tiba. Kaku terasa bebas untuk bergerak. Spontan kaki aku pijak pijak lidah amir. Aku pijak dengan sekuat hati disebabkan rasa takut dan agak geli.

Tiba tiba.. ada tangan pegang bahu aku. Tarik aku kebelakang. Dan terus lari. Abu. Abu Tarik aku dan lari keluar dari lorong tu. Kami Berjaya keluar dari puaka tu. “ahhh ahhh ahhh fuhh ahh fuhh..” bunyi nafas kami berdua. Tarik dan hembus dengan begitu laju. Dada masih berombak kencang. Bersadar di tepi dinding. Terduduk akhir disebabkan terlalu penat. “Pap pap pap pap pap” tiba tiba bunyi tapak kasut yang kuat sedang berjalan ke mari. Eh mana ada orang. Sapa tu ? apa lagi ni ? aku tengok abu. Abu tengok aku. Hmm cliché tapi ni lah yang jadi. Spontan. Kami bangun slow slow.. jalan slow slow. Sampai ada satu pintu. Tak berkunci. Dalam tu macam ada meja meja dan kerusi. Maybe tempat untuk jamuan apa apa ke. Entahlah. Kami masuk dalam. Sampai di penjuru dinding. Kami duduk bersandar disitu. Masing masing diam. Talkie tak boleh guna. Sama juga dengan fhone. Takkan nak jerit kuat kuat ? eh tak boleh. Tapak kaki ramai tu pun belum kenal pasti lagi siapa.

Tiba tiba…” kapan m**i..kekasihku..ku menanti kau disini..ayuh m**i b***h diri..biar kita jumpa lagi.. seperti dulu… hahahahahahaha” aku dan abu terkejut. Sekali lagi, aku tengok kau, kau tengok aku. Baru aku sedar yang lagu tu dalam fhone aku. Tapi hanya video lagu. Bukan lagu. Macam mana boleh play sendiri ni ? terus ke part chorus pula tu. dah kenapa ? dah kenapa aku simpan lagu macam gini. Tapi nak buat macam mana. Aku memang suka simpan benda benda pelik. Aduh. Cepat cepat aku keluarkan fhone. Terus aku off. Sapa tahu lagu tu ? penanyi tu dah m**i. Disebabkan b***h diri dengan pengambilan dadah yang berlebihan. Tapi ada teori lain lagi dalam kes tu. Entahlah. Biar pak polisi yang uruskan yang itu. Lagu yang dia nyanyikan tu dikatakan tiga hari sebelum dia m**i.

Tapi lepas buat pemeriksaan. Forensic mengesahkan yang dia sudah m**i 7 hari sebelum diketemukan m**i dalam bilik hotel. Jadi siapa yang nyanyikan lagu tu ? Bagi aku sendiri. Mungkin betul dia b***h diri. Sebab tu dia ciptakan lagu tentang m**i. Lagu yang mengajak kekasihnya b***h diri. Lalu kononnya menjadi hantu dan mereka boleh ketemu semula. Aku ada satu sebab yang kuat untuk kukuhkan statement pertama aku. Sebabnya, sebelum dia m**i. Dia dah cipta lagu tu. That mean dia dah sedia nak m**i dan dia dah tahu yang dia nak b***h diri. Jadi lagu dah terlebih awal jadi persediaan sebelum dia b***h diri. Maknanya dia memang nak b***h dirilah kan ? main angguk je kau.. nanti dulu. mungkin benar juga. dia d*****h. Cuba fikir. Dia seorang penyanyi. Life dia pun dah okay. Ada kekasih pula tu. Tak sayang ke nak tinggal ?

Mungkin ada orang yang mengambil kesempatan. Boleh jadi dia dah lama cipta lagu tu dan ianya hanya sekadar lagu. Ada orang yang tahu tentang itu dan orang yang mengambil kesempatan tu mengunakan kesempatan yang ada dengan baik. Mereka m******h lalu buat seperti dia b***h diri dengan alasan lagu tu membawa maksud yang dia memang nak m**i. Pasal lagu yang diuar uarkan misteri ni entahlah, Mungkin ada benda benda mistik yang terjadi hingga keluar lagu macam tu, atau ada dalang disebalik misteri lagu tu. entahlah. Okay, mana satu nak guna ni ? ha ? eh biarlah. Itu kerja pak polisi, biar dia uruskan. yang paling kukuh sekali pendapat aku. Sebabnya terjadi benda macam gitu. Bila di hati seseorang tak ada iman. lalu b***h diri. ( kalau betul dia b***h diri. Lepas tu cipta pula lagu tahyul) percaya benda pelik..lepas tu rosakkan iman orang lain sekali. Better ikut teori number 3 aku haha. Tapi jangan percaya dengan lagu tahyul tu. Rosak akidah kau kang. Tapi banyak lagi benda yang pelik dalam lagu dekat Indonesia. Band band besar pun ada. Contohnya macam SO7 dan Peterpan ( sekarang NOAH)

Back to story. Haha iklan tadi. Aku simpan balik fhone. Masing masing diam. Melayani perasaan dan penat.

Aku: aiii jam baru ke ?

Aku cuba untuk berbual bagu hilangkan rasa gentar dihati. Muka nampak tenang tapi di hati. Angin monsoon, ribut taufan, tsunami semua ada bercampur sekali. But ketenangan paling penting sekali untuk handle benda macam gini. Soalan bodoh pun jadilah. Padahal aku dah lama perasan akan jam abu. Tapi bukan budak budak lagi nak bertanya, “ eh jam baru ke ?” setiap kali nampak orang pakai jam or apa apa benda baru.
Abu tidak menjawab soalan bodoh aku. Haha sodih. Aku cuba bertanya lagi.

Aku: berapa ratus tu ?
Abu jeling dekat aku. Uish dah kenapa dia ni ?
Abu: murah je. 400 lebih je haa.
Aku: mak eh. Buat apa beli mahal mahal. Kau pakai jam sejuta pun. Masa takkan berubah. Tetap sama.
Abu: aku… * terus aku p****g
Aku: macam bekas PM kita cakap. Jangan beli beg yang harga 500. Tapi dalam kosong. Beli beg yang harga 50, dalam ada 450. Kita ni pakai jam seribu pun tetap orang kata jam 10 ringgit. Orang kaya kalau pakai jam 10 ringgit. Orang kata seribu. Cukuplah takat mana yang mampu. Nak bergaya jangan sampai papa. Baik duit banyak banyak tu kau sedekahkan dekat pengemis. Ada faedahnya. Saham dekat sana.
Abu: eh buat apa sedekah dekat pengemis ? diorang tu pemalas kerja.
Aku: haa kau tahu mana ? ini aku paling meluat sekali. Kau tahu mana diorang malas kerja ? kau tahu kalau dia dilahirkan. Masa tu pula mak ayah dia pun hidup tak lama. Jadi hidup dia tak terurus. Tak ada orang jaga. Tak dapat pendidikan. Hidup tak terurus, tak ada rumah. Macam mana nak mandi ? nak tukar pakaian lain ? sapa nak bagi dia kerja kalau diri dia macam gitu ? sapa nak bagi ? aku tak salahkan kau. Dah memang kita ni sejak kecil lagi. orang tua ajar yang pengemis tu pemalas kerja. Tapi kita ada otak beb. Cuba kau fikir dengan lebih mendalam dan diluar kotak. Tak semua cakap orang tua tua boleh diguna pakai. Apa salahnya kau sedekahkan sikit dekat diorang. Tanda sebagai kau bersyukur lahir dalam family yang serba cukup or serdehana at least tak macam diorang.
Muka abu berubah seakan berfikir sesuatu. Entahlah. Lantak dia. Dia nak guna apa yang aku cakap. Guna. Tak nak sudah. No problem. Yelah sapa nak ikutkan. Cakap kita ? cuba orang ada nama. Dia cakap benda salah pun orang ikut. Manusia suka pandang orang. Siapa dia ? luaran dia macam mana ? bukan pandang apa yang keluar dari mulut dia. Tak kisahlah. Aku tetap nak bersuara kalau aku rasa benda itu betul. Orang tak nak percaya sudah. Dulu pun orang tak percaya yang besi tu boleh terbang. Sekarang tengok. Apa benda yang terbang dekat atas sana ? bukan besi ?. sesiapa yang selalu sangat down. Cuba awak tengok orang yang cipta kapal terbang. Berkali kali dia buat, baru Berjaya. Just keep going. Jangan mengalah.penat rehat. Bukan berhenti. Macam kami sekarang tengah penat. Haha jadi kami rehat.

“mudahnya.. waktu melafaz janji. Engkau dan aku berdua serupa. Rupanya mentari dalam mainan percintaan. Telah pun bentang segalanya..mencari entah di mana silapnya..jelas asmara kecundang jua…” lagu nyanyian saleem tapi tu suara abu. Aku pusing ke tepi. Ya abu yang menyanyi. Dengan wajah yang sedikit muram. Okay buat masa sekarang rasanya tak sesuai lagi untuk teruskan. Otak masih blur. Ketenangan pun baru sedikit dapat dirasai. Berbual lagilah. Bukan tak fikir nasib orang lain dekat dalam sana. Tapi kalau main serbu je. bagaimana pula dengan nasib kami ? tak guna ada kerambit kalau tak pandai main. Kelak makan diri sendiri. Umpama kau ada pistol tapi isi peluru dia peluru m**i. Yang keluar hanya bunyi bising yang memekakkan telinga. lain.. tak sama dengan kau ada pistol yang peluru hidup cuma kau tak pandai menembak. Kau main tembak tembak.

Aku percaya dalam hidup ni kadang ada bergantung dengan nasib (takdir). Mana tahu masa kau main tembak je, salah satu peluru kau kena tempat di tengkorak musuh. Musuh rebah. Faham tak apa yang aku cuba sampaikan ? maksudnya jangan jadi manusia bebal. Dah bodoh bebal pula. Cuba kau tengok manusia bebal kalau bergaduh macam mana ? banyak mulut dari tindakan. Umpama peluru m**i tadi lah. Hanya bunyi yang keluar membingitkan telinga. tapi tak ada apa. Tak fungsi. Hanya menunjukkan kebodohan sendiri. Bodoh sombong gitu.sekarang ni banyak orang bodoh bebal tonjolkan diri. Moga kita bukan salah satu dari mereka. when someone is going through a strom,your silent presence is more powerful than a million empty words. jangan terburu buru memburu. Takut yang memburu..diburu.

Wajah abu yang kelihatan muram itu. jadi satu tanda Tanya buat aku. Pasti ada yang tak kena. Jadi aku cuba untuk bertanya.

Aku: asal ?

Aku tengok aku dan gelengkan kepala.

Aku: cakap jelah ? aku bukan tak kenal kau. Cakap je. at least boleh kurangkan rasa stress dalam diri.
Abu: tayahlah. Mata yang melihat, telinga yang mendengar tak sama dengan hati yang merasa.
Aku: yelah. Memang mata yang melihat telinga yang mendengar tak sama dengan hati yang merasa tapi mulut yang akan keluarkan something ni maybe boleh kurangkan tekanan dalam diri.

Abu renung mata aku. Lama jugalah. Naik seram aku. Entah entah abu pun bukan abu yang real. Jangan jangan dia..

Abu: ada krisis sikit. Rumah tangga.
Aku: ha kenapa ?
Abu: aku beli jam ni pun tanda protes lah ni. biar aku yang habiskan duit. Bagi tak nak. Nak merajuk sangat. Biar habis duit janji puas hati.
Aku: tak kena cara tu. Kau dah termakan hasutan syaitan. Tengokkan dah membazir. Asal dia merajuk?
Abu: kau tahu. Sebelum kawin. Aku bayangkan indah. Tapi tak. Lepas kawin apa yang aku dapat taklah seindah bayangan aku. Kau bayang kadang aku balik penat. Dia membebel. Aku okaylah mula mula..tapi lama lama aku pun semak. Kau bayang. Ada lagi teruk, baru balik ops. Tiba tiba dekat rumah kena membebel dengan mam besar pula. Kadang benda benda kecil je dia nak cari gaduh dengan aku. Aku pernah tidur luar tahu. Aku penatlah.
Aku: lah. Pasal membebel je ? hahaha. Lucu ah.

Aku keluarkan sebatang rokok, nyalakan. Lalu kami kongsi berdua. Abu sekali aku sekali. Pass pass. Rokok dah habis. Haha.

Aku: okay, kerap kali korang berentakkan hingga terkeluar kata kata kesat yang menusuk telinga lalu mencalar dada. Itu semua datang dari tuhan. Dia menyaksikan juga memerhatikan sama ada kau nak bertahan atau berlalu pergi melepaskan. Hidup ni simple. Hidup ibarat kena rogol. Kalau kau tak mampu nak melawan. Nikmati saja. Kau jangan bercinta macam main game. Masa mula mula kita pulun. Dah lama bosan terus kita tak main. Perempuan ni ibarat patung Barbie. Semua orang boleh main dia. Tapi ingat. Lelaki sejati tak main patung Barbie. Tuhan dah ciptakan semua indah indah. Perempuan tuhan ciptakan dia bengkok bengkok. Sebab tu dia macam gitu. Cuba kau tengok sungai. Bengkok bengkok..indah tak ?

Abu menghembuskan asap rokok dan di pass ke aku pula rokok di tangannya. Lalu anggukan kepala mengiyakan pertanyaan aku tadi.

Aku: cuba sungai tu lurus. Tak ada bengkok bengkok. Indah tak ?

Abu gelengkan kepala.

Aku: ha macam gitulah isteri kau pun. Nanti duduk rumah aku dua tiga hari. Cuba hidup tanpa dia. Tengok kau rindu ke tak isteri kau. Merasa dulu. Lepas tu pandailah kau menghargai. Kau takkan sedar yang kau kehilangan bulan bila kau sibuk asyik mengira bintang. Tak setiap masa indah. Kalau setiap masa indah, macam mana manusia nak belajar menghargai saat saat indah tu. Semua orang nakkan kebahagian, tak ada orang nakkan derita. But can`t have a rainbow without a little rain. Kau kena hargai keindahan keindahan yang tuhan ciptakan ni. macam dunia ni. Dunia ni indah tapi tak ada yang abadi. Jadi sebelum hilang, hargailah. Kau diam je. Dengar apa dia nak cakap. Kalau dia membebel tu normal. Kalau dia diam tu kau dalam bahaya. Ingat. Diam je.
Abu: nanti dia kata aku tak bagi tindak balas lansung pula ?
Aku: sometimes not responding is a response.

Abu angguk tanda faham.. aku ingat dah habis sesi kaunseling. Rupanya tak. Ada lagi..

Abu: tapi kenapa aku rasa hidup aku tak macam hidup orang lain? Orang aku tengok senang je. rilek je hidup dia. Kenapa hidup aku tak macam orang lain ?
Aku: sebab hidup orang lain tak sama dengan kau. Simple. Kau tahu mana hidup orang lain senang? hidup orang Berjaya ni. hidup orang yang tak berhutang. Kau tengok orang kaya kaya. Macam senang. Entah berapa banyak hutang diorang tanggung kita tak tahu.banyak lagi hidup orang lain yang struggle dari kau, contohnya pengemis pengemis luar sana. Bahagia tu kena redha. Bila kau dah redha kau akan bahagia buu.
Abu: jawapan kau..

Aku pekup mulut abu. Supaya diam. Aku dah nampak laras senapang dari pintu. Tangan aku sebelah lagi dah ready dekat glock. Pelik ni. Senapang tu pula model lama. Bukan sekarang punya. Sapa pula masuk bawa senapang ? orang yang bawa senapang tu seakan akan tak jadi untuk masuk. Di Tarik balik senapangnya keluar dan ada bunyi tapak kaki orang berjalan. Bunyi tapak kaki seakan akan dua orang sedang berjalan. Sini dah tak selamat. Mari kita keluar. Aku bagi isyarat supaya diam. Aku keluarkan glock. Hala ke arah pintu dan bangun. Aku berjalan mengundur ke kebelakang sambil mata dan glock masih lagi dihalakan ke arah pintu. Abu sudah ada dibelakang. Dia cuit belakang aku. Aku pusing sekejap. Dia arahkan jari dia ke satu penjuru lagi. Ada satu lagi pintu di situ. Mungkin tempat ini ada dua pintu. Kami berjalan ke pintu satu lagi. berhenti sekejap untuk pastikan yang keadaan memang selamat untuk kami keluar.

Setelah dipastikan keadaan selamat kami bukakan pintu dengan perlahan lahan lansung keluar dari tempat itu. kami keluar untuk cari jalan keluar. Boleh minta bantuan. Tapi malangnya kami tak jumpa jalan keluar. Malah sesat hingga ke court takraw. Glock masih lagi tangan masing masing. Pergerakan juga masih lagi perlahan lahan seperti sedang menyusup masuk ke tempat musuh. Tapi siapa musuh ? dah la sesat dalam kilang kecil ni.

Tiba tiba.. “ paq..paq..paq” kami dengar bunyi orang sedang main takraw di court takraw yang tak ada orang tu. Ha sudah. Lama juga kami masih di situ. Cuba mengamati betul betul bunyi tersebut. Sah memang datang dari court takraw tu. Siapa yang main ? mana ada orang ? tiba tiba dengar bunyi bola takraw jatuh ke lantai berkali kali.. terus dengar tapak kaki berlari lari.. dan terus hilang. Aku pun dah rasa seram sejuk. Aku ajak abu pergi cari keluar lain. Abu hanya menurut. Kami masuk ke satu lorong yang agak suram dan kelam. Berjalan perlahan lahan..tiba tiba ada bayangan melintas masuk ke lorong lain di hadapan kami. Aku terus angkat tangan beri isyarat supaya abu berhenti. Kami berhenti. Masih lagi merenung ke arah bayang bayang yang melintas tadi tiba tiba.. ada seorang ah moi berpakaian cheogsam melintas dari lorong yang kelibat bayang bayang tadi melintas.

Abu: weh. Sapa tu ? biar betul ada orang perempuan datang kilang waktu waktu ni ?
Aku: tak tahu abu. Apa kita nak buat? mungkin dia orang. Dia ada tertinggalkan barang ke apa ke ? jum kita pergi dekat dia. Boleh Tanya jalan keluar.

Kami berjalan nak ke selekoh lorong yang di gunakan oleh ah moi tadi. Masa nak sampai tiba tiba dengar bunyi tapak kaki. Ramai. Dan jeritan dari ah moi tadi.
“ puyau puyau.. arghhhhhh…. Puyau”
“AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA”

Aku dah pelik. Nak keluar terus memang tak boleh ni. jadi aku intai dari penjuru dinding lorong. WTF. Lima orang askar jepun lengkap bersenjata semua. Cuba untuk menangkap ah moi tadi. Ah moi tadi masih meronta ronta supaya dilepaskan. Takkan aku nak pergi selamatkan kot ? tak logik akal ni. ada pula orang yang tiba tiba nak pakai pakaian askar jepun. Lengkap dengan senjata dan bom tangan pula tu. Mana dia ambil ? Aku masih lagi mengintai mereka. Tiba tiba mereka memukul ah moi tadi dengan senapang. Secara tiba tiba juga ah moi tadi tak melawan sudah. Lalu mereka angkat tubuh ah moi tadi. Bawa masuk dalam bilik entah bilik apa. Tapi ada tingkap disitu. Setelah mereka hilang di pandangan.

Aku keluar dari persembunyian terus pergi dekat bilik yang askar jepun tadi masuk. Tapi aku Cuma pergi dekat tingkap tadi. Aku bukakan sedikit. Ah moi tadi ada di atas meja. Dan seorang askar sedang menikmati tubuh badan ah moi yang hanya diam lesu tidak melawan. Seorang demi seorang melempiaskan nafsu ke ah moi tadi. Mulut diam tidak berkata kata tapi hati sedang membare. Tapi apakan daya ? mahu menolong ? bagaimana ? katakan ? setelah selesai semuanya Lalu mereka menembak kepala ah moi tadi bertubi tubi. Hingga hancur berkecai. Aku nampak mereka seperti nak keluar dari bilik tu. Bilik yang penuh dengan meja meja besar. Cepat cepat aku dengan abu blah. Masa kami patah balik. sekali lagi kami terkejut. Bila ah moi tadi ada di penjuru yang tadi aku bersembunyi untuk mengintai askar askar jepun menangkap dia.

Dia renung tepat ke arah aku lalu tersenyum. Menawan sangat.. tiba tiba dia mulakan langkah. Berjalan ke mari…dan sekarang ada di depan aku. Aku dan abu masih kaku. Namun dia hanya berjalan terus sambil senyuman masih tidak lekang di bibir. Tiba tiba tembus masuk ke dinding bilik yang tadinya dia di rogol oleh askar askar jepun. “ oi gostoo gostoo…..ciko cikoo..” jeritan dari dalam bilik. Jeritan lelaki. Mungkin dari askar askar jepun tadi. Itu yang aku dengar. Entah apa dia cakap. Aku terus pergi dekat tingkap tadi. Aku intai apa yang terjadi dekat dalam. Semua askar askar jepun tadi dah rebah ke tanah. Semuanya memekup tengkuk masing masing. Tangan penuh dengan d***h yang keluar dari tengkuk. Aku tak tahu kena k***r or apa. Aku tak nampak sebab semuanya menutup tengkuk mereka dengan tangan. Tiba tiba ah moi tadi pusing ke arah tingkap. Tepat dengan mata aku. Dia angkat tangannya dan halakan jari telunjuk ke arah aku. Apa ? aku seterusnya ? apa aku pun kena nasib yang sama ? what ? no is gonna happen.

Aku: abu blah blah abu. Blah.
Abu: weh kenapa ? apa yang jadi kat dalam.
Aku: chow aaaa..

Aku pantas berlari tinggalkan tempat itu. Abu ada dibelakang lari bersama dengan aku. Sekarang memang dah tak ada arah. Nak kemana ni ? apa aku dah balik ke zaman jepun ? mana mungkin. Mesin masa ? arghh mesin masa hanya wujud dalam dunia fantasi. Tak mungkin. Ligat otak aku berfikir. Kami rempuh tadi pintu berwarna merah. Aku fikir dekat dalam tu tempat selamat untuk bersembunyi. Rupanya tidak. Lagi malang nasib kami. Kami dah rempuh tempat yang di mana penuh dengan askar jepun.nasib tak ada yang tak ada kepala atau tiba tiba pangku kepala sendiri ke apa ke. Dari jauh nampak seorang bangun dari kerusi. Pakaian dia lain sikit dari lain. Mungkin dia ada pangkat. Entahlah. Aku bukan hidup zaman jepun. Mana aku nak tahu. Dia berjalan ke mari. Yang lain semua pusing tengok kami. Ramai. Ramai sangat. Semuanya di lengkapi dengan senjata. Ada yang ada benet di senapang. Ada yang tak pakai. Apa perasan kau, bila masuk dalam satu tempat. Lepas tu semua orang pusing tengok kau. Mata semua tepat ke arah kau ? “pap pap pap” bunyi tapak kasut semakin dekat.

Aku: you. Stop. Stop right there!

“pap pap..pap” tidak di endahkan. Aku keluarkan glock. Terus tepat ke arah kepala dia.

Aku: one more step. I`ll declare a war.

Habis aku cakap terus aku letakkan jari di trigger pistol. Abu pun dah ikut sama. Dua lawan tak terkira. Lut ke peluru aku ? bukan masa untuk fikir. Aku main acah je pistol. Harap haraplah berkesan. Tiba tiba. Ya..dia berhenti melangkah. Tapi… tiba tiba..” HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHA”. Dia ketawa sambil melihat kami. Pada mulanya hanya dia seorang saja yang ketawa tapi lepas orang lain tengok dia ketawa. Yang lain pun ikut sama. Bingit tempat itu dengan ketawa dari askar askar jepun. “AHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA tolong weh…HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA.. tolong weh..HAHAHAHAHAHAHAHAHA”

Aku dapat tangkap. Ada suara lain selain dari ketawa askar jepun tu. Siapa ? suaranya seakan amir. Ya suara amir.

“ teshi…!” jeritan dari askar jepun tadi. Entah betul tidak. Tapi aku rasa maksudnya diam or berhenti. Sebab lepas dia cakap macam tu. Semua orang diam. Berhenti ketawa. “ tolong weh.”. ya benar suara amir. Tapi kedengarannya seperti dari belakang kelompok kelompok askar jepun tadi.

Abu: amir..
Amir: weh abu. Aku ada sini. Tolong aku weh. Lepas ni aku pula.
Abu: apa amir ? kena apa ? apa maksud kau ?
Amir: lepas ni turn aku kena pancung.

Muka aku terus berubah. Aku dapat rasakan. Begitu juga dengan abu. Muka dia berubah berang. Apa aku nak buat ni ? huuu..waktu macam ni kau kena pandai bermain dengan fikiran. Tak boleh ikut emosi. Biasalah lepas umur kau 18 ke atas. Semua benda akan deal dengan perasaan. Tak kira kecil atau besar. Tetap kena deal dengan perasaan. Dua benda ni kau kena jaga. Emosi dan perasaan dua perkataan yang berbeza tapi mainkan peranan yang sama. Takut ? takut tu pun perasaan. Perasaan boleh dikawal. Kawal kawal kawal. Come on. Aku betulkan kedudukan. Terus pandang tepat ke arah askar jepun yang pakai baju lain tadi. Aku dah tak kisah nak jadi apa. Mana nak jawab perginya peluru ? nak cakap tembak hantu ? argghh pandai pandailah nanti. Baik aku cuba dari menyerah menunggu m**i. Perang pun peranglah. Mana tahu boleh selamatkan abdul dengan amir. Aku dah cakap aku seorang yang percayakan nasib. Aku kena yakin. Aku kena yakin. Apa ? ada apa dengan keyakinan ?. payung. Payung tak boleh berhentikan hujan, tapi boleh buatkan kita berjalan didalam hujan. Keyakinan ? keyakinan tak membawa kejayaan, tapi memberi kita kekuatan untuk menghadapi segala apa yang datang. Tapi Diorang ramai ? rilek. Sekumpulan kambing yang di pimpin oleh seekor singa dapat menewaskan sekumpulan singa yang di pimpin oleh seekor kambing. Bukan cakap besar. Tapi untuk semangat.

Aku: let him go! He is my men.

“hahahahaha” hanya dia seorang yang ketawa

Jeneral: semua sekali..harus m**i! P****g kipala. Hahaha.

Haa boleh cakap melayu. Bagus. Sapa yang nak m**i ? kau ke aku ?

Aku: lepaskan dia atau aku tembak kamu.
Jeneral: hahahahaha.. lakukan apa yang kamu harus lakukan.

“ tik tik” “tik tik”.muka aku dah berubah gila masa pertami kali bunyi lagi. Pistol aku tak berfungsi ? ha sudah. Sia sia je aku guna teknik double tap. Kalau kena tadi memang dah m**i. Okay dah la pistol tak berfungsi. Askar askar dia pula angkat senapang ke arah kami.

Jeneral: tekimase!

Aku tak tahu apa maksud. Tapi askar askar dia letak balik senapang. Dah tak arahkan ke kami dah.

Jeneral: kamu sudah ceroboh tempat Nippon. Jadi kamu semua harus m**i.
Jeneral: edo..

Mungkin nama orang yang tu. Sebab lepas dia sebut datang seorang lelaki berpakaian putih dengan lilitan di kepala, membawa pedang samurai.

Jeneral: kariotai hashimas.

Tiba tiba ada tiga orang askar datang ke kami. Aku dengan abu masih lagi macam tadi. Diam tidak bergerak. Pistol masih lagi ditangan. Tapi untuk apa jika tak berfungsi. Kalau berfungsi pun untuk apa. Jika bekalan peluru hanya cukup untuk hidup lima minit. Tangan salah seorang askar tadi cuba untuk menangkap aku. Tidak sebegitu mudah aku mengalah. Aku lepaskan tumbukan di kepalanya. Tapi. Tumbukan aku tersasar ? tak tak. Aku dah tumbuk tepat. Sekali lagi aku tumbuk. Sekali lagi tersasar ? mana mungkin ? dia cuma di tepi aku. Tumbukan aku tembus. Bukan tersasar. Sekali lagi aku cuba untuk tumbuk namun belum sempat aku angkat tangan. Senapang dia terlebih dahulu kena pada bahagian perut aku.

Aku: arghhhh….arrrrgg errrrr..

Aku meraung kesakitan membongkok pegang perut. Tiba tiba tangan aku di kilas ke belakang. Di ikat. Lalu di bawa ke dalam kelompok askar jepun tadi. Mereka membuka ruang bagi kami masuk ke dalam. aku nampak amir. Tapi bukan amir sorang. Ada lagi dua orang. Seorang berpakaian guard dan seorang lagi berpakaian askar british. Askar british tadi berada di depan sekali. Selepas itu amir dan guard. Mungkin abdul ? siapa lagi kalau bukan dia. Aku diletakkan bersebelahan abdul dan tepi aku abu. Duduk melutut sambil tangan diikat dari belakang dan menunggu saatnya kematian.

Jeneral: cuoko.

Seorang askar yang memegang samurai tadi berjalan dan berdiri tidak jauh dari kami dan seorang lagi askar datang dan mengambil seorang askar british lalu di bawa dan melutut di depan askar yang memegang samurai.

Jeneral: kakudo
Askar jepun: haii..

“zapp” bunyi libasan dari pedang samurai tadi. D***h merecik di lantai. Kepala askar british tadi tergolek golek seperti bola dan berhenti. Matanya terbeliak. Aku pejam mata dan tunduk ke bawa. Tiba tiba..

Amir: weh aku tak nak m**i weh.

Aku buka mata dan lihat amir ditarik askar jepun tadi.. aku lihat abu. Abu pejamkan mata dan mulutnya terkumat kamit entah apa dibacanya. Air mata terasa bertakung di kelopak mata dan air mata yang menitis jatuh ke lantai membuatkan aku sedar yang aku sedang menangis mengenangkan dosa dosa yang masih belum aku bertaubat. Dosa dosa dengan makluk yang mungkin aku tidak sengaja buat. Apa nasib aku di sana. Tiba tiba teringat akan kisah seram pendek. “ semalam dia kata esok nak bertaubat. Lalu keesokannya dia tidak bangun”. Apa sudah tiada esok untuk aku ? apa sudah tiada masa untuk menghapuskan dosa dosa semalam ? aku tak mahu hancur dalam kehancuran yang aku ciptakan. Aku juga pendosa tanpa noktah yang ingin ke syurga. Aku lihat ke arah amir. Maafkan aku amir.aku pejamkan mata…

“nanti…”
“nanti dulu. Jeneral takeshi.”

Aku bukakan kembali mata. Melihat ke arah datangnya suara separuh menjerit itu. lalu aku lihat ke arah amir. Pemegang samurai tadi juga telah menurunkan pedangnya ke bawah. Jeneral tadi lantas bangun.

Jeneral: kenapa kamu menghalang saya ?
Orang tua: jeneral sudah silap. Mereka tidak mencereboh tempat Nippon. Mereka sesat semasa mencari orang itu. lepaskan mereka. mereka tidak bersalah. Saya mohon.
Jeneral: kenapa saya harus lepaskan mereka ?
Orang tua: mereka juga askar nippon zaman sekarang. Lepaskanlah mereka. bukankah jeneral takeshi dulu seorang yang baik hati ?

Orang tua tadi lihat kami dan anggukkan kepala.
Terus aku dan abu anggukkan kepala. Sambil cakap “ hai hai”
Jeneral tadi masih melihat kami dan pandangannya sangat tajam.

Orang tua: sekarang Nippon sudah tukar Bahasa. Mereka sudah tidak gunakan Bahasa dulu.

Aku tak faham masa tu apa yang orang tu cuba cakap. Tapi aku main anggukkan je.

Jeneral: surirao nogase

Askar tadi datang dan membuka ikatan tangan kami. Aku,abu, abdul dan amir. Kami berdiri dan memandang jeneral jepun tadi.

Orang tua: boleh kami pergi sekarang ?

Jeneral tadi menanggukan kepala kepada orang tua tu. Orang tua tadi tundukkan sedikit kepala dan “ arigato”. Lalu dia bangun dan dia bagi isyarat supaya kami juga turut buat benda sama. Huh ? ahh tapi ini bukan masa untuk ego. Buat jela tapi hati aku tak ikut sekali. Aku percaya yang tuhan yang datangkan pertolongan. Kenapa nak terima kasih dekat hantu jepun ni.
Abu dan amir tundukkan sikit kepala. “ arigato” “ aligatu”. Aku bangun dan terus lihat dari mana datangnya “aligatu” …rupanya abdul. Aku masih belum tunduk. Tidak. Aku tidak akan buat. Aku tak rasa yang aku selamat sebab dia. Tuhan yang perkenankan doa dalam diam aku. Aku masih berdiri tegak memandang jeneral tadi. “Arigato” aku hanya sebut tanpa menundukkan kepala. Bagi aku adalah lebih baik kalah berdiri dari menang melutut. Aku lihat kembali orang tua tadi. Dia mengamit tangan supaya kami ikut dia. Lantas kami keluar hinggalah sampai ke pos keselamatan.

Orang tua: aku dah pesan dekat hang. Jangan duk ikut perempuan tu. Tengok jadi apa ? perempuan tu hamba seks depa. Hang ni degil betullah.

Kami semua diam. Dia kata dekat abdul kot.sebab aku tengok abdul tundukkan kepala.

Ali: korang okay ke ?

Kami hanya anggukan kepala.

Abu: sapa tu ?
Ali: tulah pak mad.
Abu: macam mana dia boleh datang ?
Ali: aku call.
Abu: eh dapat pula ?
Ali: itu kau Tanya siva. *tersengih

Kami tengok siva. Terus siva tersengih sengih.

Siva: sorry bang. Saya tara perasan. Tarikh kredit saya m**i. *sambil gelengkan kepala tapi kali ini aku tak ikut. Tengah Marah ni.

Abu pun muka dah lain.

Ali: korang lama sangat dekat dalam. aku suruh siva try call pak mad. Dia duk cakap kata tak dapat tu la. Aku try ambil fhone dia. Aku cuba call. Last last aku dengar operator yang cakap.
Siva: saya tara faham BI bang..* masih tersengih dan gelengkan kepala.
Aku: kau tak dengar apa apa ke ?
Ali: tak ada pula ? aku dah nak masuk tadi. Tapi siva tahan aku. Dia cakap dia takut sorang sorang. Aku pun serba salah.
Pak mad: ha. Kamu semua okay ka ? macam mana boleh sampai sini ?
Abu: okay okay pak mad. Terima kasih lah ya. Panjang ceritanya.
Aku: mir, macam mana kau boleh hilang dari kami ?
Amir: aku nampak ada sorang ah moi lintas. Aku dah panggil korang masa aku pergi dekat lorong ah moi tu jalan. Tapi korang tak sahut pun dan tiba tiba pandangan aku gelap. Sedar je aku dah ada dekat tempat tadi.
Pak mad: apa yang kamu rasa tu sikit baru. Belum rasa macam orang dulu dulu.
Ha dengar tu. sikit baru. Maknanya hidup di zaman dulu lagi perit dari sekarang. Sekarang dah aman. Makin lama makin orang lupa akan jasa pasukan keselamatan kita berjuang satu masa dulu. Ada yang maki, ada yang hina, ada yang katakan makan gaji buta, kerja duduk saja. Apa kamu lupa ? dalam tidur nyeyaknya kamu. Ada mereka yang berjaga dalam hutan ? mungkin perjuangan itu sudah lama. Jadi orang telah melupakan. Eh apa kamu lupa akan peristiwa lahad datu ? masih segar lagi peristiwa itu. oh ya melayu mudah lupa. kita dah balik ke zaman jepun sekejap tadi. Jadi marilah kita sedekahkan fatihah dan penghargaan buat pejuang pejuang kita yang telah terkorban di medan perang.

Pak mad ni kau tengok tak adalah hidup zaman jepun pun. Kalau zaman komunis tu adalah. Tapi sama ja. Apa bezanya. Sama ja hidup dalam kegelapan juga masa tu.

Abu: benda ni dah lama ke ?
Pak mad: lama dah. Memang begitu setiap khamis malam jumaat. Benda yang sama akan berulang. Dan masa azan subuh mereka hilanglah. Tak meninggalkan kesan lansung. Sebab tu kilang ni beroperasi siang sahaja. Mereka dekat dalam tu masih merasa yang mereka masih berkerja untuk jepun. Eh kamu jangan bercerita dekat orang pula. Nanti orang tak nak kerja dekat kilang ni. pak mad pun tak ada kerja.
Siva: ya betul pak mad betul.

Semua mata memandang ke arah siva. Dia diam lalu tersengih dan menunduk ke bawah.

Ali: jum ah.

Kami anggukkan kepala dan bersalam dengan semua orang. Berterima kasih dengan pak mad. Ali dan amir sudah masuk ke dalam kereta. Abu patah balik ke pos keselematan.

Abu: ada topup tak ?

Siva gelengkan kepala

Abu: kenapa tak ada ?
Siva: tara duit bang. Belum gaji lagi

Abu keluarkan sepuluh ringgit lalu diberikan kepada siva.

Abu: guna tu topup. Bagi hidup kredit. Apa apa senang.

Siva tersenyum riang

Siva: baik bang. Terima kasih bang. *gelengkan kepala

Abu patah balik dan aku pandang tepat ke abu. Aku senyum juga sambil gelengkan kepala macam siva tadi. Abu ketawa kecil melihat aku haha. Aku senyum sebab mungkin abu dah terima cakap aku. Entahlah. Kami balik opis. Dan aku naik dengan abu balik ke rumah. Singgah 7E dulu. Beli rokok dan balik ke rumah. Aku pergi dapur panaskan air. Sambil tunggu air panas aku keluarkan buku nota kecil dan tulis sesuatu dan aku simpan semula. Setelah air panas aku tuang ke dalam mangkuk meggi. Lalu aku bawa dan hidangkan ke abu. Aku letakkan glock di atas meja. Abu menghalakan jari telunjuknya ke arah glock yang di atas meja.

Abu: berapa banyak dah dia makan orang ?
Aku: hahahaha makanlah dulu. Nanti kembang. Tanya soalan pula dia..
Abu: haha terima kasih. Meggi pun sodapppppp.

Abu terus baca doa dan makan meggi yang hidangkan. Kejap je habis. Sebabnya aku yang letak sedikit. Ada sebab aku haha. Abu minum air dan nyalakan rokok. Sama juga aku. Rehatkan minda. Tiba tiba abu bersuara.

Abu: kau ada benda yang lucu lucu tak dalam hidup ?
Aku: ada la juga kenapa ?
Abu: salah satu nye ?
Aku: pernah sekali dulu..masa aku kecik. Masa ni bulan puasa au. Aku nak ambil wuduk, aku kumur kumur air tak keluar balik.
Aku dan abu: hahahahahahahahahahahaha.

Kami diam seketika..masing masing menyandarkan kepala di atas bantal sofa.

Abu: kau ingat lagi soalan aku tadi ?
Aku: mana satu ?
Abu: soalan yang kenapa hidup aku tak macam orang lain ?
Aku: aku dah kasi jawapan tadi.
Abu: I want a better one!

Aku diam. Aku renung abu. Jawapan memang dah lama dalam otak aku. Aku tunggu untuk abu tanyakan lagi. aku anggukan kepala ke abu.

Aku: sebab kau kuat. Tak macam orang lain dekat luar sana. Kau boleh tempuh macam macam. Hidup ni ibarat kau masuk sekolah. Masa kau sekolah kau belajar dan akan ada ujian dia. Dan last sekali SPM sebagai penentu. Samalah macam hidup. Kau belajar dan ada ujian dia untuk ke jannah. Jannah tu penentu. masa burung hidup,burung makan ulat. Tapi bila burung dah m**i. Ulat makan burung. Life gives chance to everyone just wait for your turn.

Abu anggukan kepala berkali kali sambil menghembuskan asap rokok ke atas.

Abu: kau rasa macam mana pengakhiran kita ?
Aku: entah.. aku tak tahu akhir nanti macam mana..sesuai harapan atau tidak. Yang pasti aku akan sentiasa tersenyum menikmati kehidupan ini. Hidup ni satu anugerah.

Sekali lagi abu anggukan kepala.

Aku: tak semua soalan kau akan dapat jawapan. Kadang kau akan dapat soalan balik. Itulah hidup. masa macam penyiasatan. Kau nakkan jawapan. Tapi tak semua persoalan kau akan dapat jawapan terus. Kebanyakkannya kau akan dapat persoalan demi persoalan. Persoalan nilah jadi klu dan alasan untuk kau terus mencari dan mencari lagi hingga bingo. *buat bentuk pistol guna jari. poom tutup kes. Maknanya dalam hidup ni just keep going. Penat ? penat rehat. Jangan berhenti. Ambil masa jangan paksa diri, kita tak mampu nak buat tiga benda dalam satu masa. Jadi lupakan semalam. Fokus untuk hari ini. Jangan fikir lagi tentang hari esok. Esok belum tentu ada.

Abu: faham faham..*sambil anggukkan kepala dan menbuang putung rokok dalam bekas abu rokok dan bangun berdiri betulkan baju.

Aku: nak pergi mana ? tak tidur sini ke ?
Abu: baliklah. Rindu masakan isteri aku ahh.

Hahaha. Itulah sebab aku letakkan meggi sikit. Aku tahu abu lapar. Kami tak sempat makan pun tadi. Abu dah pakai kasut dekat luar dan aku pergi dekat pintu rumah. Abu berdiri setelah siap pakai kasut. Aku keluarkan nota tadi dan bagi dekat abu. Wajah abu kehairanan. Tapi dia ambil juga.

Aku: cakap macam tu dekat isteri kau. Berbunga bungalah nantilah hati dia haha.

Abu membelek belek nota tadi lalu membacanya:
“ I want our relationship be like tom and jerry.
no matter how many times we fight,
we won`t be apart.

-mac amin.”

Abu: hahahaha..thank beb. *sambil menampar bahu aku. Aku tersenyum melihat karenah abu.
Aku: kau jangan bacakan sekali nama tu. hahaha.
Abu dan aku: HAHAHAHAHAHAHAHAHA.

“Woi. Bising apa ? orang nak tidurlah.”
Satu suara datang dari rumah sebelah. Aku dan abu kisah apa. Kami tetap ketawa haha tapi tak berbunyi. Hahahaha.

Abu: aku balik dulu ah..
Aku: baik. Elok elok…hati hati dekat jalan depan sana.

Abu berhenti lalu pusing ke belakang pandang aku.

Abu: kenapa ?
Aku: hari tu aku jalan. Ada orang keluarkan gunting. Aku terus keluarkan..batu. aku memang hahaha.
Abu mengarahkan jari telunjuknya ke arah aku dengan muka seriusnya dan ketawa.
Abu: HAHAHAHAHAHAHAHA..
Aku: hahahahahaha
“woiiiiii”… suara orang sebelah.
TAMAT.

“orang yang dah kenyang kalau dijamu lauk pauk sedap pun tetap dikatanya tak sedap. Berhenti terhengeh pada yang tak sudi. Berlajar terima hakikat walaupun REALITI tak seindah MIMPI, mungkin lebih BERERTI berbanding apa yang DIHAJATI ”. Hahaha nak masukkan dalam buku 1001 kata mac amin. Hahahahahahaha. Gurau. Tak kelakar kan ? hahah. Janganlah tinggalkan id wechat. Saya gurau je. Nanti orang lain add macam mana ? haha padam padam. Saya bukan dak dak wechat 😛 haha kurang ajar ea ? Okay. Satu malam tak boleh tidur bukanlah perkara yang menyenangkan. sebabnya bila asyik terfikir sapa laksamana sunan ? Blur sampai tak terpikir google. Last sekali terpaksa pm dekat orang yang komen tu. tapi tak dibalas pula haha. Tak apa pm sorang lagi. Okay dia siap suggest lagi novel novel semua haha. Owh rupanya watak dalam novel..laksamana sunan tu. Terima kasihlah ea tolong lelapkan mata dengan aman. Jangan cari balik. saya dah TERblock haha sorry. Suka hati je bayang kitorang choe yong lah. Sam lah..hahaha. boleh tahu tak apa lagi yang korang bayang ? haha. Okay saya senangkan kerja lepas ni. saya ni orangnya kecil, perut ke depan sikit. Rambut jarang jarang dan ada uban di tepi. Jarang dan uban di sebabkan terlalu banyak berfikir. Hahahaha. Senang kan ? haha. Main balas ayat pula dia..okay saya balas ea “ saya tahu kita tak seumur, tapi bolehkah saya seumur hidup dengan awak” hahahaha. Terima kasih semua sudi baca, komen semua. Thanks.
Thanks shasha hahaha. Thanks editor.
-mac amin-

.

mac amin
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

32 comments

  1. Mekasih MA…walaupun harini jenuh hujan…awak wat saya senyum…cite mmg best gler…tq!! tambah2 lagi madah cia cia cia tu…terbaik!!!!

  2. penyanyi alda tu… dlu dengar kat utube… tiga hari terngiang2 kat telinga… waaaaa…. jenuh buat mcm2 nk bg lupa… scary maaaaa….

  3. kuaq dah cita dia..nseb arini x keje.. sanggup benti masak jap sbb nk bce citer awak.. byk nasihat.. good! sy amek kata2 awak ‘life gives chance to everyone, just wait for your turn.’ msuk fb..hahaha

    p/s: kalau sy sabar menanti cerita awak..apa salahnya kalo saya terus sabar utk seumur hidup dgn awak…. hahahahaha ??

  4. baru tadi pagi mengomel sendiri mana mac amin ni ioools rindu..rindu cerita hokey.. tapi kalo awak sudi merindui saya seumur hidup awak pe salahnya..cia..cia..cia… gigih daku membaca cite kamu… next story plis..

  5. hahaha..u’ve made my day walaupun arini suram sebab manusia2 pelastik dan propa..

    awak tau ape psamaan awak dgn bintang?

    bintang jauh tp menyenangkan mata yg memandang . awak jauh dan menenangkan hati yang membayang.

    ptt la dok tggu2 wechat xde manusia yg add..sabo jelah. baru ingt nk ngorat..hahaha

  6. Hehehe. Laksmana sunan tue di hati ratu. Mac amin di hati saye. Chia chia. Semoga lepas awk bace buku sunan. Awk boleh jadi polis yg baek . Sunan tue polis di mase lalu . Ala ala nippon.

  7. Stop study kejap nmpak ada cerita baru. Walaupun agak panjang, tapi suka baca.
    Ayat mmg mcm novel. N byk nasihat.
    Sy screenshot ayat2 nasihat dr setiap post. Tq so much pakcik 🙂

  8. Kenapa ak baca citer ni macam kosong je..xde feel pon..mcm baca buku matematik plak..apepon tahniah bab cia cia cia tu mmg sempoi

  9. Always waiting for your story la MA.
    Selalu SR je.
    Your story always the best.
    Dalam seram terselit lawak.. Eh eh terselit sekali dgn motivasi ea.
    Kipidap. Dongibap

  10. Dh macam Sam and Dean Winchester plak ampa ni..jumpa kes ja, ada supernatural..terima kasih abg polis ?..nk mengajaq pun tak tenang asyik teringat cerita tak habis baca lagi ?

  11. sya confuse whether awak ni mmg really sweet talker or org pmpuan ni mmg makhluk kejadian yg mudah jatuh cinta….hahaha….kalau nk tau laksamana sunan tu hensem gila okay…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.