“dia bertenggek atas dahan pokok yang ..”- Peristiwa benar di Kg Melayu Subang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS. Alhamdulillah kisah aku yang pertama bertajuk TOYOL telah selamat disiarkan, seperti yang telah aku janjikan kali ini aku ingin kongsikan satu lagi peristiwa iaitu bertajuk ‘LANGSUIR?’.

Sebelum itu ingin aku memperkenalkan lagi diri, aku dikenali dengan panggilan nama Arm. Peristiwa yang ingin aku kongsikan kali ni juga berkisah tentang peristiwa yang aku lalui sendiri dan masih di lokasi kawasan lot perumahan lama aku di Kg. Melayu Subang.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2000 ketika aku darjah 6. Kawasan perumahan aku banyak hutan, kawasan kampung kan, depan
rumah hutan, belakang rumah kebun getah. Aku ada ramai kawan, seiring dengan usia aku 12 tahun pada waktu itu. Merayap dengan berbasikal adalah hobi kami ketika cuti sekolah atau hari minggu, tetapi kami akan balik rumah sebelum jam 6.30 petang kerana kami akan berjumpa semula di masjid untuk mengaji selepas berjemaah maghrib.

Nak dijadikan cerita suatu petang hari, hujan renyai tetapi tidak mematahkan rutin wajib aktiviti kami iaitu meronda dengan basikal, aku bersama lagi 4 orang kawan rapat iaitu Zul, Akmal, Azim dan Rizal menjadikan kami lima orang hero peronda kampung kental dan nakal setiap minggu. Mereka ni tinggal di bersebelahan lot perumahan aku. Tengah seronok meronda dan menyinggah port lepak kawan-kawan lain, berbual sesama sendiri tiba-tiba Zul buka cerita tentang seorang rakan sekolah kami yang bernama Johan khabarnya hilang sudah dua hari, peristiwa tu memang kami sudah sedia maklum kerana dah heboh satu
kampung. Johan ni tinggal di kawasan perumahan PKNS, berhadapan dengan sekolah menengah, kiranya jauh jugalah dengan perkampungan kami. Sebelum ni Johan juga kaki lepak, tapi semenjak kehilanganya perumahan PKNS dan sekitar jadi sedikit huru hara, polis dan rela keluarmasuk untuk mencari Johan.

Petang tu entah macam mana datang idea gila si Akmal ajak kami semua turut serta mencari Johan, pada mulanya aku menolak bukan sebab takut cuma jam pada waktu tu sekitar jam 5 petang. Oleh kerana pujukan kawan-kawan aku juga setuju untuk terjebak kerja gila ni, aku katakan ianya kerja gila kerana lokasi yang mereka sepakat untuk mencari adalah kawasan larangan iaitu di kebun getah terbiar sekitar 200m belakang kawasan lot perumahan aku. Untuk pengetahuan, kebun getah tersebut hampir
30tahun terbiar, rumputnya paras dada di hadapan kebun tersebut merupakan jalan alternatif untuk pergi ke masjid dan sekolah aku, senang cerita hari-hari aku lalu jalan tu tapi tak pernah pernah berseorang diri pada waktu malam kerana keadaannya sangat gelap dan pada waktu siang pun akan nampak suram dan mendung kerana dahan-dahan pokok getah tu yang telah menutupi langit.

Bermulalah kerja gila kami dengan memasuki kebun getah larangan tu, ianya jadi larangan kerana pernah ada terjadi kes pembunuhan bersiri 30tahun dulu(sekitar tahun 1969) di kebun tersebut, tetapi pelaku dan mangsa bukan warga sekitar, ianya orang luar dan si pelaku telah ditangkap dan telah dibicarakan, entah kenapa kebun tu masih terbiar walaupun kes tersebut telah selesai. Setibanya kami di hadapan kebun tersebut, basikal kami susun elok-elok dan kunci, tiba-tiba Rizal menyatakan yang dia rasa tidak berani nak masuk, oleh kerana diejek dengan yang lain dia pun akur turut serta, didalam kebun tu agak sukar nak redah sebab rumput dan ranting yang patah menyukarkan laluan, sambil menjengah kawasan sekitar kebun kami juga memanggil nama Johan dan sememangnya tak akan ada yang menyahutlah sebab kami bukan tahu kat mana Johan hilang.

Terasa pelik dan hairan kami semua pada waktu tu kerana pertama kali melihat ulat gonggok sebesar ibu jari kaki dan banyak rama-rama berwarna warni beterbangan, walaupun masih bimbang dan curiga kerana kami sedar yang kami masih di dalam kebun getah larangan tapi semakin dalam kami masuk semakin bertambah keunikan sehinggakan kami leka dengan keadaan sekitarnya. Kami terus terlupa tentang Johan dan rasa seronok seperti berada ditaman yang indah, rumput pun bagaikan baru d******g dan ranting dahan-dahan patah juga tiada, kawasan tu jadi semakin bersih dan segar.

Tiba-tiba… Arm..Arm!…Arrmm!!!…terus aku bagaikan tersentak dari mimpi, lutut terus rasa lembik, aku dengar bagaikan suara ibu aku panggil nama aku dengan nada yang marah, dengan secara tiba-tiba taman yang indah tu semuanya hilang, dan jadi gelap gelita, lutut aku punyalah menggigil nak melangkah pun tak boleh, aku terduduk tenangkan fikiran dan tengok jam
dilengan dah pukul 8malam… APA!! 8malam?? Aku pun beristghfar banyak kali kelu dan keliru dengan apa yang telah berlaku. (aku tengah karang ayat ni pun bulu roma aku menegak) Sesekali aku melihat kelibat orang dikawasan depan aku, aku panggil semua nama kawan-kawan aku tapi tak ada yang menyahut, aku gagahkan kaki yang masih menggigil untuk bangun dan pergi kearah kelibat orang yang aku nampak tadi, makin lama makin laju aku melangkah entah macam mana aku dapat kekuatan tu
pun aku tak tahu, sampai saja di kelibat orang tu aku terus tepuk bahagian bahu dia dan dia pun menoleh, yes!! Azim!! aku jumpa Azim tapi dia macam aku jugak sewaktu baru sedar tadi, masih keliru. Selepas beberapa minit Azim dah mula sedar dan dah tenang, aku pun bagitahu dia yang kita kena cari yang lain juga tapi oleh kerana keadaan yang gelap dan hujan renyai menyukarkan kami mencari yang lain tambah pula suasana yang menyeramkan.

Kami gagahkan juga pencarian walaupun dalam keadaan takut, tiba-tiba kami dengar suara orang menangis, kami takut untuk mencari suara menangis tu tapi kami tiada pilihan dan akhirnya kami jumpa Rizal yang sedang bercangkung menangis, nampak je kami terus lagi kuat dia menangis, Rizal ni memang seorang yang penakut dan anak manja. Rizal cerita tadi selepas dia sedar, dia bersama Akmal tapi entah tak tahu Akmal pergi mana dan dia hanya dapat tunjuk arah sahaja, Rizal cerita dia tersedar sebab seronok tangkap rama-rama tiba-tiba kaki dia tersadung dan dia terjatuh lepas tu terus tersedar. Sedang berjaga-jaga mencari yang lain, Rizal ternampak kelibat orang sedang lari dari jauh dan dengar sayup-sayup suara jeritan, aku dan Azim juga turut terperasan tentang tu, oleh kerana kami terasa kelibat tu macam pelik kami pun menyorok la dulu disebalik pokok getah, semakin lama semakin kuat kedengaran dan semakin jelas kelihatan kelibat tersebut tapi yang peliknya suara jeritan tu macam kami kenal, bila semakin hampir Azim tepuk aku bagitahu yang menjerit dan sedang berlari tu ialah Zul sebab Azim perasan kelibat tu berbaju putih dan Zul memakai T-shirt putih, jadi kami pun pekik panggil nama Zul, menyungkur berhenti dari lari dan melencong kearah kami, Zul dalam keadaan sangat takut sehingga terketar seluruh badan dan tercungap, dia kata “lari…jom lari”, terus dia heret tangan aku dan yang lain turut sama lari walaupun kami tak tahu mana arah yang sepatutnya.

Sampai satu tahap kami sangat penat berlari dan aku suruh semua berhenti dan berehat dulu di bawah satu pokok getah yang hampir, kami semua pun duduk sambil tercungap tapi Zul bercangkung sambil menjenguk kawasan sekeliling macam ada sesuatu yang tidak kena, yelah kami tengah sesat dan gelap gelita apa-apa pun kena bertenanglah kan, oleh kerana lihat keadaan Zul ni semacam Rizal pun tegur dan tanya kenapa, dengan selamba Zul cakap tadi dia kena kejar sebab tu dia lari lintang pukang, aku tanye lari dari apa tapi Zul keliru untuk terangkan cuma yang jelas benda tu melompat-lompat dari dahan ke dahan yang
lain, dan benda tu besar tinggi. Kami yang lain mendengar cerita Zul bertambah keliru untuk meneka, yang Rizal pula tanya “hantu ke?”, Azim terus tepuk belakang Rizal dan buat isyarat supaya senyap, si Rizal pula terus tunjuk reaksi penakut dia dan mula menangis sambil menghimpit rapat ke Azim. Aku lihat Zul semakin tenang dan aku mula minta dia cerita dengan jelas supaya boleh faham dan akhirnya Zul bagitau yang mengejar dia tadi sah bukan haiwan dan apakan lagi manusia, ianya benda lain.

Aku melihat jam dah pukul 11malam, aku ada juga terfikir yang tadi berlari lama dan jauh jarak kami lari, tapi kenapa tak sampai penghujung kebun ni lagi dan setahu aku kebun getah larangan ni bukanlah besar sangat, tiba-tiba Azim tegur Rizal supaya duduk jauh sikit sambil mengais-ngais bahunya yang dia terasa seperti ada benda, dalam samar-samar Azim pun pegang la benda tu dan kami yang lain pun tenung supaya nampak jelas, pelik apa benda ni? lepas tu kami cari punca dari mana benda tu terjuntai, kami dongak atas rupa-rupanya…PAUSE!!…hhmmmm…Aku tak tahu macam mana nak terangkan sebab samar-samar, muka ‘dia’ tak jelas, ‘dia’ berbaju putih yang kotor dan sangat lusuh, ‘dia’ ada tangan yang panjang dan hitam serta kuku yang panjang atau jarinya yang panjang aku kurang pasti, ‘dia’ bertenggek atas dahan pokok yang Azim dan Rizal sandar, dan
yang pastinya benda yang diatas bahu Azim tu adalah rambut ‘dia’!!. PLAY!!.. Kami semua tergamam dan sejujurnya aku terkencing dalam seluar, kaku dan menangis tiba-tiba Zul menjerit AAARRRGGGGHHH!!!!.. Aku, Rizal dan Azim macam tersedar dan terus berlangkah sejuta lintang pukang tapi kami masih tak berpecah, kami lari satu arah yang sama, sesekali aku toleh belakang dan nampak ‘dia’ macam melompat dari satu dahan ke dahan yang lain, sekali tu je aku berani toleh belakang, sangat takut pada waktu tu, kami berlari sambil kencing dan sambil menangis..hhmm susah nak bayangkan.

Bersungguh punya lari akhirnya kami sampai di satu kebun, tapi tak pasti kebun apa cuma tanamannya paras betis sahaja, bermakna kami dah melepasi penghujung belakang kebun getah larangan tersebut. Kami berhenti seketika untuk bernafas dan toleh belakang, manalah tahu kalau ‘dia’ masih kejar lagi kan, tapi ‘dia’ dah hilang dari pandangan kami atau kami yang tak nampak, entah lah yang penting kami masih selamat. Jam dilengan aku dah pukul 12.15tengah malam dan kami masih lagi menangis
sambil berlari ke arah rumah yang berdekatan, dan kelihatan rumah tersebut macam ramai sangat orang sampai je depan rumah tu baru aku perasan yang mak ayah kami dan beberapa orang kampung berkumpul beroperasi mencari kami dan rumah tu adalah rumah ketua kampung, kami terus peluk mak ayah masing-masig sambil menangis minta maaf dalam keadaan berbau hancing. hahaha… Aku lain siki, kena pulas telinga dulu baru dapat peluk, tak sempat aku nak bercerita apa yang terjadi, tiba-tiba terdengar suara perempuan.. “nampak Akmal tak?..mana Akmal?”…yaaa Akmal masih hilang!!.

Selepas kami dijirus dengan air paip diluar rumah sehingga bersih, isteri ketua kampung hulur kain pelikat untuk kami salin pakaian dan naik dalam rumah. Orang kampung termasuk ketua kampung dan ayah-ayah kami bersiap sedia untuk mencari Akmal didalam kebun getah larangan, ibu-ibu tunggu dirumah ketua kampung, aku sempat pesan pada ayah dan ketua kampung yang tadi kami dikejar oleh lembaga, tapi dengan selamba diaorang jawab “ooo..langsuir la tu”. Aku dengan stress fikir kenapa
diaorang nampak biasa je, tak takut ke?…hampehh… Sewaktu salin pakaian dengan kain pelikat, kami perasan yang kaki tangan kami banyak sangat luka dan calar-calar, Oleh kerana penat sangat kami berempat terlelap diruang tamu berkain pelikat sahaja. Aku anggar dalam 45minit kemudian diaorang semua balik ke rumah ketua kampung sambil memapah Akmal yang tengah lesu dan masih lagi dalam khayalan. Ayah aku bagitahu yang jumpa Akmal ialah Ustaz Halim, Ustaz ni yang mengajar kami mengaji, mereka jumpa Akmal dalam keadaan tengah tidur sambil peluk dahan yang patah bagaikan peluk bantal, tapi akmal masih lagi
dalam keadaan khayal, selepas Ustaz bacakan doa pada segelas air kosong merenjis ke muka Akmal barulah Akmal sedar dan keliru, lepas beberapa minit baru dia pulih sepenuhnya, yang buat aku dan yang lain geram, Akmal dapat tidur lena, yang kami pula dapat kena kejar, padahal ni semua plan asal si Akmal. Keesokannya kami seminggu demam
panas…kecuali Akmal..Hiisshhh….

Korang semua mesti ada tertanya apa terjadi pada Johan kan? selang 3hari kemudian, orang-orang masjid dan pihak polis jumpa Johan di dalam pondok usang di sebuah estet bersebelahan dengan sekolah menengah, tapi yang kelirunya pada cerita orang ramai, si Johan bagitahu dia baru keluar 5jam sahaja, dia sendiri pun keliru bila lihat orang ramai datang pada dia dan dia agak terkejut kerana dia rasa tadi dia berada didalam sebuah rumah tinggi dan besar tiba-tiba berubah jadi pondok usang.
Wallahuallam..

P/S: Sekarang kebun getah puaka tersebut telah pun bertukar menjadi taman perumahan dan apa yang terjadi pada ‘dia’??

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan peristiwa aku kali ni..yang akan datang Inn Shaa Allah aku ingin kongsikan peristiwa lain yang bertajuk… ‘TADI TU BUKAN ENGKAU KE?’. Sekali lagi aku mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan dan penceritaan aku kali ni..anggap ianya sekadar hiburan dan ambil jika ada terselit teladan.

Rating Pembaca
[Total: 82 Average: 4.6]

3 thoughts on ““dia bertenggek atas dahan pokok yang ..”- Peristiwa benar di Kg Melayu Subang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.