Dia Ikut Pulang

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca setia fiksyen shaha. Terima kasih kepada admin kerana menyiarkan cerita pertama saya iaitu Hantu Bermain Pintu. Terdapat beberapa persoalan yang saya baca iaitu cerita tergantung, sebenarnya itu sahaja selepas pintu boleh dibuka guru-guru terus kemas-kemas dan kunci pintu keluar ke rumah.

Ada yang bertanya dah berhantu tak ke diganggu pelajar-pelajar tadika tu? jawapan dia sebenarnya di stor tadika tu tinggal seorang nenek tua dan dia ‘suka’ budak-budak di situ. Ada student pernah cakap ‘tadi nenek tolong pakaikan baju lepas mandi’ dan sebagainya. Cuma dia tak suka sekiranya guru-guru mengemas stor di situ. Mungkin yang bermain pintu dulu bukan hantu ‘nenek’ ni tetapi yang jenis lain sebab dikatakan belakang tadika dulu ada pokok dan penunggunya cik ponti sebelum diterbang. Wallahualam.

=====

Di sini saya ingin ceritakan pengalaman ketika belajar di sebuah IPTA di P**. Kolej kami duduki seperti apartmen satu aras 14 rumah, satu rumah ada 8 penghuni dan semua sekali ada 10 tingkat. Kisah ini berlaku pada hari biasa ada pembelajaran. Seperti biasa aku bangun awal 6:30 pagi untuk mandi sebelum kelas start pukul 8 pagi. Roommateku kelas lain seingatku dia kelasnya bermula pukul 10 pagi.

Jadi ketika aku lalu ingin ke tandas aku lihat bilik rakanku di sebelah tandas terbuka dan kelihatan semua housemate ada berkumpul di bilik tersebut dan aku nampak mata mereka semua ‘barai’ macam orang tak tidur semalaman. aku tanya kepada mereka ‘dah kenapa semua kat sini’ dan Sally membuka cerita.

Malam kejadian Nana tidur seperti biasa katil dia dan roomate menghadap ke pintu. Tetapi dia tidak boleh tidur kerana ada mahluk mengganggunya. Yela da muka buruk siapa je yang suka tengok mestilah takut. Nana ni memang sixth sense tapi bukanlah jenis sepanjang masa ada masa tertentu sahaja dan kalau kena ganggu memang jadi sakit dan murung juga Nana ni.

Kata Nana benda tu muncul diri depan Nana jadi dia tidak selesa dan Nana pun pusing badan tidur menghadap dinding pulak, bermakna kepalanya pula menghadap pintu mata menghala terus ke dinding. Ingatkan selepas itu Nana bolehlah tidur dengan selesa tetapi sangkaannya meleset ‘makhluk’ tersebut muncul juga dihadapnya dan seakan mengganggu pandangan Nana.

Setelah itu Nana berasa tidak selesa dan mula marah-marah dan meracau sehingga roommatenya terjaga dan memujuknya. Roommatenya Qila juga takut nak ‘handle situasi tersebut lalu dia pun memanggil semua housemate yang lain kecuali bilik aku (sebab aku jenis suka tutup pintu) jadi mereka tak nak menggangu.
Kiranya dalam bilik sekarang ada 6 orang termasuk Nana.

Melihatkan Nana masih menangis dan emosinya tak stabil semua pakat baca yassin dan sesekali Nana pun bersuara ‘Ishh bisinglah, diam boleh tak’. Masa tu jam sekitar 1-2 pagi. Seterusnya ada antara mereka decide untuk berjumpa minta tolong dengan SRK kolej, rumah SRK di bawah sekali setiap kolej. 3 orang turun untuk tengok nombor telefon dan jadual dia papan kenyataan di tingkat bawah siapa yang bertugas minggu tersebut. Difahamkan selepas nombor diambil mereka naik ke atas tetapi semasa naik pintu lif seolah-olah ditahan lambat ditutup walaupun button tutup telah ditekan. Walaupun agak menyeramkan situasi tersebut Alhamdulillah tiada apa-apa yang mereka lihat atau mengganggu.

Selepas telefon Puan Nad datang ke rumah kami untuk melihat keadaan si Nana tersebut. Selepas itu dia memberi sabun mandi bidara untuk Nana mandi masa itu juga. Untuk yang tidak tahu pokok biada sememangnya bagus untuk mengusir mahluk halus, kalau ada pokok dia maka tanamlah sekitar rumah, kalau jumpa minyak wangi dia maka belilah dan calitlah sedikit pakai hari-hari sebab kita akan bertemu dengan ramai orang . Dipercayai bidara juga mampu menepis sihir/santau kepada si pemakai. Lagipun bau minyak bidara memang sedap kalau sesiapa yang pernah bau mesti tau wanginya minyak ni.

Selepas Nana mandi kelihatan dia lebih tenang dan boleh lelap seketika manakala housemate yang lain pun decide untuk bersekang mata untuk menjaganya sampai ke subuh bila aku tegur kenapa semua macam panda da ni. Aku serba salah sebenarnya sebab macam tak tahu apa-apa hahaha.

Pagi tu difahamkan Ustaz dipanggil ke kolej untuk mengubatkan Nana dan Nana kemudiaannya pulang untuk berehat ke rumah. Housemateku yang ada sekelas dengan aku tidak hadir ke kelas disebabkan ‘kes’ ini dan mereka datang pada kelas pukul 10.

Semasa sem baru itu bermula aku perasan kaki Nana ada parut dalam pada kakinya. Nana ni putih jadi walaupun parut tu da kering tetapi nampak merah-merah aku hanya tahu dia accident masa cuti sem, Nana jatuh motor dan luka serta kena jahit. Rupa-rupanya Nana bukan jatuh motor kerana silapnya sendiri tetapi semasa dia sedang ronda-ronda dia tinggal di kawasan kampung rumahnya di Karak, ada ‘ benda’ mengganggunya sehingga dia terjatuh dari motor dan pengsan.

Jadi difaham makhluk yang mengganggu Nana ni tak hanya berakhir di situ, dia ikut Nana sampai ke kolej dan mengganggunya. Ada je Nana nampak dia cuma kiranya malam tu dia da tahap mengganggu Nana.

Di sini aku nak simpulkan aku memang tabik pada sesiapa yang sixth sense ni sebab bagiku mereka ni memang tabah. Dorang ni bukan takat boleh tengok tapi boleh tengok, tetapi rasa dan bau semua. Ada kawan sebelum ni masa zaman sekolah dulu dia datang sekolah tangan berbalut macam terseliuh, aku tanya ‘kenapa tangan berbalut’
dia jawab ‘terjatuh semalam, macam terseliuh sikit akak tengah jemur baju kat ampaian ada benda kacau datang ke akak’ .

Sorang lagi kawan aku lelaki selain hijab terbuka sepanjang masa dia diberi anugerah mengubat. Jadi ketika aku ikut dia untuk membuang makanan-makanan ‘hantu’ ni yang ditanam dalam tanah sambil dia mengorek tanah tangan dia mengibas hidung katanya ‘ish busuklah, da bau macam mayat’. Aku gelak jela sebab kita tak bau apa-apa pun tengok jela lubang kosong dekat tanah dia gali tu yang Si kawan ni pulak kata banyaknya makanan dia ada telur, pulut kuning.

Ni dekat gerai makcik aku sebab biasalah orang dengki adalah yang menghantar ke gerai dia, kami buat kerja menggali tu tengah malam dalam pukul 12-1 pagi. Seronok berkawan dengan orang macam ni sesekali aku mengusik sewaktu tengah korek tanah tu sebab aku pegangkan lampu torchlight,
‘ada ke benda tu mana? mata si kawan ni pusing pandang ke bumbung..
‘ada tu haa dia kat tepi ni, marah la tu kita ambik makanan dia’.
katanya makhluk berambut panjang, berbaju putih.

Kawanku yang ni unik, dia pernah berubat untuk membuang anugerah ini katanya rimas sangat da. Maknya belikan makanan dia suruh buang, sebab dia tau makanan tu ada pelaris. Ke pasar lagilah dia tak suka banyak sangat makhluk-mahkluk katanya.

Tetapi hijabnya tak bertahan lama sebulan macam tu dia dapat melihat balik mungkin Allah memang kehendak dia untuk terima anugerah ni. Dia juga diberi anugerah pandai mengubat membuang gangguan ni, caranya dapat anugerah ini juga unik. Dia akan sakit dalam beberapa minggu dan waktu tu memang dia duduk rumah je, kemudian bila sihat adalah kelebihan yang dia dapat contoh boleh tangkat toyol, buang makanan-makanan ni, dia boleh rasa dekat mana ada tanam benda-benda ni. Alhamdulillah sekarang baru 20 tahun ni umur dia dikurnia rezeki macamni ni muda lagi.

Sekian sahaja kisah kali ni. Terima kasih dan semoga jerebu cepat hilang.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

CEMPAKA

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

4 thoughts on “Dia Ikut Pulang”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.