Dia Wujud?

Selamat sejahtera dan selamat menyambut tahun baru 2017 kepada semua pembaca FS dan admin FS yang dikasihi sekalian. Saja nak share dengan uolls pengalaman aku yang pernah diganggu lepas discaj dari hospital. Nasib baiklah tak kena kacau waktu di sana nooo, kikikiii! Kisah ni berlaku pada tahun 2010.

Malam tu aku tido awaii. Di katil sebelah, adik bongsu aku dah pun lama dibuai dengan mimpi. So nak dijadikan cerita, masa tido tu aku terasa berat sangat kat dada. Apasal nih. Dah la aku mengantuk gila2, serupa macam kesan bius tu dok ada lagi la pulok. Hihi!! Mata pun x larat dah nak bukak. Nak tengok keadaan tapi aku dah mula rasa x sedap hati. Panggil adik di sebelah bagai nak rak tapi suara aku x kedengaran pon. Pelik, pelik. Aku dah mula rasa tercekik, sesak nafas. Serius rasa macam ada orang tekap bantal kat muka! Aku dah terkapai kapai mintak tolong. Jerit sekuat hati tapi x dak sapa yang peduli pun. Aduh, what happen? Takkan lah mama pun tak dengar aku jerit.

Dalam samar-samar tuu aku terasa katil berkeriut. Lega! Mesti mama yang datang tapi aku tak nampak sesiapa. Isyhhh, mata pon tak mau celik betoi-betoi aihh. Sapa pulak yang landing sebelah aku ni? Aku dah tak boleh bernafas lagi rasanya! Makin lama makin sesak di dada. Tak boleh jadi ni. Gagau tangan aku nak amik henpon di hujung kepala katil. Rasa jauh sangat nak capai. Masa tu la aku nampak lembaga yang landing di sebelah aku tuu. Sah! Seorang bayi. Sebelah muka aku ja. Sipi gilaa. Lagi la aku gelabah biawak. Telepon, mana telepon. Huwaaa.

Last-last, nasib baik dapat jugak capai henpon. Laju ja aku tekan call di register call yang last tu, kebetulan nombor henpon tunang aku yang timbuii. Aku suh lah tunang aku call henpon mama, suh cepat tolong aku. Aku x boleh bergerak dah haaa. Bagus jugak dia tak panik macam aku, cepat2 dia call mama. Aku cakap di telepon tu pun entah dia paham kaa dak. Lantaklaa! Huuuu.

Pastu mama pon masuk bilik. Tarik aku suh bangun. Fuh! Berpeluh-peluh kowt. Siap sound mama lagi apasal buat derk ja bila aku jerit? Mama kata bila masa pulak hang panggil. Senyap sunyi ja bilik. Ingatkan dah lama lena. Glurppp! Sudah! Apa dah jadiii? Padahal pintu bilik dok ternganga kot! Aku cerita lah kat mama semuanya. Mama cakap entah entah badi hospital mengikut balik umah paaa ?
Okehhhh. Aku terus x boleh lena sampailah ke pagi. Seyesss, aku boleh nampak baby tuu!

Sekian, itulah pengalaman aku ditindih bayi. Sebab pastu baru aku pasti yang aku nampak samar samar atas dada tuu memang sah bayi. Aku x cerita dari awal tadi sebab aku rasa mustahil apa yang aku nampak kan. Bila dah di sebelah muka, hurmmm, btoi dah laa apa yang aku tengok tuu ???. Jelmaan bayi tu berat yang amat.

Leave a Reply

1 Comment on "Dia Wujud?"

avatar
Sort by:   newest | oldest | most voted
Nasya(nama potongan)

Seram!!!mungkin bayi meninggal atau jelmaan,nak kata bayi tak juga eh?bayi mana tahu apa2…

wpDiscuz