#Diari Rasuk1(Kisah Zaza)

Assalamualaikum sekalian peminat tegar fs..aku namakan peminat tegar kerana aku pasti setiap pembaca fs adalah peminat fanatik yang sentiasa menantikan kemunculan kisah-kisah seram di page fs ini..

Dah lama aku terfikir bagaimana untuk aku kalamkan setiap kisah pengalamanku dengan seorang sahabat karibku yang mungkin telah dipilih untuk menjalani hidup penuh mistik dan mencabar bagi seorang gadis yang baru berusia 17 tahun ..dan akhirnya tercetuslah ideaku untuk berkongsi segala ceritanya dalam page seram fs ini dengan kalam #diari rasuk 1(kisah zaza)

Kisah hidup mistik rakan baikku yang senang aku panggil Zaza bermula pada pagi hari pertama persekolahan setelah habis cuti penggal kedua.Pagi itu di kelas 5a1 aku lihat Zaza tidak ceria seperti selalu.Lebih banyak termenung dan menyndiri..”Woi..kau kenapa ha?
Dari tadi aku tengok dok termenung je..ingat boyfren?” Bahunya aku tepuk dari belakang..Terkejut dengan sapaanku, cepat Zaza mengurut dadanya..”Sorry..sorry..”pantas aku memohon maaf bila melihat bulat matanya merenungku..”Kenapa ni Zaza?? keje rumah tak siap?sakit perut?sakit kepala?” bermacam-macam soalan aku ajukan..perlahan Zaza menggeleng kepalanya.Runsing aku.Kalau semuanya bukan…kenapa pulak si Zaza ni murung sangat..”Boyfren kau lari?”aku masih cuba menceriakan suasana..

“Entahlah…tiba-tiba ..aku rasa lain..” “Ha??lain macamana?? kau period? ke…kau mengan….” “hishhh…kau ni..jangan nak merepek boleh tak??”pantas Zaza memotong ayat yang tak sempat aku habiskan sambil menjeling tajam padaku..perbualan kami terhenti di situ bila teacher Ayu masuk untuk matapelajaran Bahasa Inggeris.

Selepas waktu rehat, aku tengok wajah Zaza agak pucat. Bibirnya yang merah nampak sedikit kebiruan. Mungkin sebab dia tak lalu makan tadi agaknya dan perutnya masuk angin. Dalam dok berkira-kira. Tiba-tiba, Zaza yang duduk selang semeja dariku rebah dari tempat duduknya. Kelam kabut dan kecoh kelas waktu tu. Aku pulak tanpa berlengah terus menerkam ke arahnya. “Zaza…Zaza…bangun…kenapa ni?? bangun la wehhh…kenapa dengan kau ni??”. Airmataku sudah mulai laju membasahi pipi. Kepalanya aku pangku..aduh…dah kenapa agaknya kawan baikku ini..sakit ke dia? Tubuhnya aku goncang. Tiba-tiba, dengan perlahan Zaza membuka matanya yang terpejam rapat tadi. Buntang matanya menoleh ke kiri dan kanan.

Menyedari kelainan pada Zaza, cikgu Aris guru Matematik pada waktu itu mengarahkan ketua kelas memanggil ustaz Halim. Sementara menanti ustaz Halim datang, cikgu Aris meminta kami semua untuk memberikan ruang. Zaza masih lagi di pangkuanku. Keadaannya masih sama. Masih resah menoleh ke kiri dan ke kanan sambil rambutnya di kusut-kusutkan.”Zaza kenapa ni??”aku melihat Zaza seolah-olah sedang berada di dunia yang lain.Sebaik melihat kelibat ustaz Halim..Zaza bingkas duduk. Aku pulak yang terpelanting di buatnya. Sebaik ustaz Halim mendekati, Zaza mula menangis dan menjerit..”Jangan dekat..jangan dekat…pergi..pergi.”. Masyaallah!! Nyaringnya..bukan seperti suara Zaza. Meremang bulu romaku. Satu kelas terdiam kaku. Ustaz Halim bertinggung mengadap Zaza.”Kenapa kau ganggu budak ni? Dari mana kau datang??”perlahan dan serius pertanyaan dari ustaz Halim.”Jangan sibuk!”. Sepatah dan garau Zaza membalas. “Baik kau balik sebelum kau sakit”..balas ustaz Halim pula. “Diam kau…diam… Zaza menjerit dan pantas bangun cuba untuk lari.”Pegang dia”..arah ustaz Halim cemas.

Tanpa berlengah cikgu Aris dan beberapa orang murid lelaki pantas menangkap tubuh kecil Zaza. Zaza terus menjerit dan meronta. Pagi tersebut kecoh satu sekolah dengan kejadian yang menimpa Zaza. Zaza dihantar pulang ke rumahnya ditemani aku dan guru kelasku puan Alya. Dalam keadaan yg masih lemah, ibu Zaza menyambutnya di muka pintu.

“Kenapa ni cikgu?Kenapa dengan anak saya?”tanya puan Aida, ibu Zaza dengan penuh bimbang. “Bertenang puan.Zaza tiba-tiba saja pengsan dan meracau di sekolah tadi. Kami pun tak tau kenapa. Tapi syukur, ustaz di sekolah dah berjaya pulihkan dia. Saya harap puan boleh pantau keadaannya selepas ini. Bimbang kalau-kalau berulang lagi. Jika dia masih belum betul-betul sihat,rehatkan dia dari sekolah dulu. Nanti saya akan maklumkan pada pejabat sekolah. Kami mintak diri dulu ya puan”..lembut tutur puan Alya. Aku mengucup pipi Zaza sebelum berlalu .”Kau jaga diri ya..petang nanti aku datang”,pesanku pada Zaza.

Seperti yang dijanjikan, petang itu aku ke rumah Zaza. Pintu biliknya aku kuak setelah mendapat lampu hijau dari ibunya. Sememangnya rumah Zaza ibarat rumah keduaku. Tidur..makan..baring..aku sudah tidak segan silu.. Malah ibu Zaza juga sudah ku anggap seperti ibuku sendiri. Ku lihat tubuh kecil Zaza masih terbaring lemah tak bertenaga. Matanya tepat memandang padaku.”Kau ok?”aku bertanya lembut sambil melabuhkan duduk di birai katil. “Ok”.jawabya sepatah. “Aku kenapa tadi ha,?” tanyanya lemah. “Entah.”.tiba-tiba je kau pengsan tadi..pastu jerit-jerit.” “Aku histeria ke? “soalnya lagi. Aku mengangkat bahu. “Entah..iya la kot.. Tapi..apa benda yang usik engkau ya?” soalku kembali. Giliran Zaza pula mengangkat bahu sambil matanya dipejam rapat. Faham dengan keadaannya yang masih lemah, aku mencapai sebuah novel di rak yang tersusun rapi. Beralih duduk di sofa sebelah katilnya dan memberi ruang untuk Zaza terus merehatkan diri .Kasihan dia..

“Aunty ingat nak bawak Zaza berubat dekat Beruas la.(Beruas ni dalam negeri perak). Ada kawan aunty bagitau ada sorang pakcik tua buta kat satu kampung ni, pandai berubat kes-kes macam ni .Nak tak ikut aunty,? Kita bawak Zaza pergi?”. Tanpa berfikir panjang aku terus setuju. Mana mungkin aku membiarkan sahabat baikku melalui waktu sukarnya berseorangan. Keluarga Zaza membuat keputusan untuk membawanya berubat selepas melihat tiada perubahan pada dirinya sejak dihantar pulang oleh guru kelas kami dua hari lepas. Keadaannya masih sama. Tidak mahu bercakap, tidak mahu makan. Cuma banyak tidur. Dan keadaan itulah yang membuatkan aku dan keluarganya bertambah risau.

Dalam perjalanan ke pekan Beruas, Zaza cuma kaku seperti patung. Lain benar sahabatku ini. Keceriaan yang ada padanya sebelum ini , hilang 100%. Tidak ada lagi hilai tawanya, cerita kelakarnya, tepuk tamparnya. Huhuhu…aku tersangat rindu..cepatlah sembuh sahabat.

Kereta kami berhenti betul-betul di perkarangan rumah kampung bertiang tinggi. Rumah yang agak usang dengan tangga kayu yang tidak lebar membuatkan kami terpaksa berhati-hati melangkah .Zaza cuma menurut tanpa banyak karenah. Sebaik melangkah tangga terakhir , terlihat kelibat sesusuk tubuh sedang bersila sambil memegang tasbih di tangan dengan kemian berasap dalam bekas di hadapannya.Kami mengambil tempat masing-masing. Aku duduk bersebelahan Zaza dan adik lelakinya sementara kedua orang tuanya duduk betul-betul mengadap orang tua yang buta itu atau lebih senang aku gelarkan bomoh la kan..

“Assalamualaikum pakcik”. Bapa Zaza memulakan bicara. “Waalaikumussalam..panggil je saya pak Id. Ada hajat apa anak datang ni?”. Pak Id bertanya sopan. Memang betul dia buta. Teraba-raba dia merepih kemian untuk ditambah dalam bekasnya. “Pak Id…macam ni..dua hari lepas..anak saya ni..pengsan dan meracau di sekolah. Ustaz kat sekolah dah pulihkan”. Tenang ayah Zaza ,uncle Kamal memulakan bicara. “Tapi saya tengok, sejak balik dari sekolah tu..dia lain macam..” sampuk ibu Zaza pula.” “Boleh bawak anaknya ke depan?” “Boleh pak Id..”pantas bapa Zaza menarik Zaza agar rapat ke depan. “Ermmm…belum pulih lagi ni…masih ada benda dalam tubuhnya.. “Aku dan Alif adik Zaza berpandangan sesama sendiri. Jadi….maknanya..dua hari ni..benda tu masih dalam badan anak saya ke pak Id?” soal bapa Zaza,risau. “Tapi..benda apa tu pak Id?”.

“Sabar encik..nanti kita tengok ya…pak Id cuba menenangkan. “Salmi..tolong ayah buatkan beras kunyit semangkuk.” arah pak Id pada anaknya yang bertindak sebagai pembantunya. “Lepas tu bawak sekali lada hitam dalam sepuluh biji. “Salmi yang duduk di sebelah ayahnya segera bangun. Waktu itu aku lihat Zaza mulai gelisah. Tak senang duduk..

“Bawak anak encik dan dirikan dia di depan pintu..” arah pak Id pada ayah Zaza. Sebaik sahaja Zaza berdiri di depan pintu..pak Id dalam bersusah payah terkial-kial bangun dan merembas beras kunyit yang siap di jampi tadi ke seluruh tubuh Zaza. Tiba-tiba, Zaza jatuh pengsan. Mujurlah ayahnya sempat sambut. “Baringkn dia..”arah pak Id sambil mulutnya kumat kamit menjampi lada hitam pula. Lada hitam yang siap di jampi itu di gelekkan ke ibu jari kaki

Zaza..”Arghhhhhhh….sakit…sakit…lepas…Zaza menjerit lantang. “Dari mana kau datang?”soal pak Id garang sambil kami semua yang berada di situ termasuk Salmi di arah untuk memegang Zaza. “Aku dari rumah…” garau suara Zaza seperti suara lelaki. “Rumah mana??”soal pak Id lagi. ” Rumah aku”. Zaza mendengus garang. Seram betul aku waktu tu. Pengalaman pertamaku berhadapan situasi begini. “Untuk apa kau datang? kenapa kau ganggu budak ni??”. Tangan pak Id semakin galak menekan lada hitam di ibu jari kaki Zaza. “Jawab cepat..”arah pak Id tegas..”Aku ada kerja.”

Buntang mata Zaza. “Kerja apa haa iblis???” marah pak Id.” Aku…aku…nak balik dah…aku nak balik…meraung-raung Zaza menangis. Sebak aku. Simpatinya aku pada sahabatku ini. “Balik mana??kau nak balik mana??”soal pak Id masih belum puas. Diam..Zaza lemah tanpa kata. “Benda tu dah keluar..tak sempat kita tau dari mana dia datang dan kenapa..tapi tak apalah.. Kesian anak encik. Saya buatkan air bagi dia minum dan minyak untuk di sapukan pada setiap sendinya
untuk elakkan benda tu masuk lagi”. “Tapi…benda apa yang ganggu anak saya ni pak Id??” ayah Zaza benar-benar ingin tahu. “Betul pak Id, sebelum ni, anak saya tak pernah pun macam ni..” ibu Zaza juga risau.

“Saya pun tak pasti encik sebab benda tu dah keluar sebelum bagitau apa-apa. Cuma encik berdua jaga-jagalah, takut-takut ada yang mengganggu lagi, kalau ada…bawaklah datang sini semula”..pesan pak Id sebelum kami undur diri..

Seminggu berlalu…keadaan Zaza masih tetap sama. Murung. Sudah seminggu jugak la Zaza tak ke sekolah..dan sudah seminggu jugak la aku mohon izin dari kedua orang tuaku untuk bermalam di rumah Zaza. Tak sampai hati membiarkan sahabat baikku itu berseorangan. “Aunty…mak saya ada bagitau…kalau Zaza masih tak ok lagi…mak suruh bawak jumpa sorang ustaz ni di Kuala Kangsar. Ustaz Ghafar namanya. Dah ramai yang kena penyakit misteri macam Zaza ni sembuh dengan izin allah..”. Aku menyuarakan pendapat yang sudah seminggu aku pendam pada ibu Zaza. Kalau aunty dan uncle setuju nanti saya boleh mintak nombor telefon ustaz tu dari mak.”Errr…boleh la..tolong dapatkan nombor ustaz tu untuk aunty ya…kita bawak Zaza pergi secepat yg boleh”. Sepantas kilat ibu Zaza bersetuju. Aku sangat faham. Tentunya hati seorang ibu teramat risau dengan keadaan anak gadisnya yang sudah tidak seperti dulu..

Pada hari yang dijanjikan, keesokannya dalam pukul 10 pagi kami bergerak dari pekan Manjung dengan menaiki sebuah van ke Kuala Kangsar.Kedua orangtuaku juga turut sama kerana kami akan singgah dulu di Taiping untuk mengambil bapa saudaraku yang akan membawa kami ke Kuala Kangsar kerana beliau merupakan rakan baik kepada ustaz Ghafar. Kami tiba di Taiping tepat waktu tengahari. Usai solat zuhur..kami bertolak ke rumah ustaz Ghafar. “Ok..nanti..waktu kita melintasi terowong yang berhampiran dengan rumah ustaz…semua orang berselawat dalam hati ya.. sehinggalah kita naik ke rumah ustaz nanti..”pesan bapa saudaraku pada semua. Sememangnya itulah kebiasaan ustaz Ghafar pada setiap orang yang berhajat berubat ke rumahnya. Semua angguk tanda faham. Zaza ku lihat masih diam seribu bahasa. Perjalanan kami ke rumah ustaz sangat tenang dan lancar. Semua yang disuruh kami lakukan tanpa banyak soal.

“Assalamualaikum ustaz..” dari anak tangga yang pertama bapa saudaraku memberi salam. “Waalaikumussalam..jemput naik.”. Kelihatan seorang lelaki yang hampir separuh abad menyambut kami di muka pintu. Berbaju melayu kapas putih dengan kain pelikat biru. “Jemput naik..” pelawa ustaz Ghafar. “Jemput duduk..”pelawanya lagi. Kami semua mengambil tempat . “Apa khabar pak Man?? “lembut suara ustaz menyapa bapa saudaraku sambil menghulur salam. “Baik alhamdulillah ustaz..lama betul dah kita tak jumpa ya..”balas bapa saudaraku yang mesra di panggil pak Man oleh ustaz Ghafar. “Apa citernya ni??” tanya ustaz sambil matanya melirik pada Zaza.

Mungkin perasan yang Zazalah orangnya yang tidak sihat. “Ni la ustaz…cuba tolong tengokkan anak buah saya ni ha..dah seminggu tak sihat. Asalnya pengsan kat sekolah. Bapa saudaraku memulakan bicara.. Sememangnya kisah Zaza sudah diceritakan dalam versi penuh pada bapa saudaraku waktu kami makan tengahari tadi supaya senang untuk dijelaskan pada ustaz nanti. “Hrmmmm…apa nama adik ni? “tanya ustaz sambil menunding ke arah Zaza..” Nurfariza ustaz..jawab ibu Zaza sepatah. Tapi kami panggil Zaza je”..sampuk ayahnya pula..

“Oh..ok..kemari depan saya nak…”lembut bicara ustaz. Zaza yang sejak tadi cuma duduk tunduk merenung lantai tiba-tiba mengangkat wajahnya memandang ustaz Ghafar. Dia bangun tanpa dibantu. Akur menurut permintaan ustaz tanpa sebarang bantahan. Dia bersimpuh berhadapan ustaz Ghafar.Kami yang pelik,hanya bisu memandang.

“Zaza..ikut apa yang saya baca ya..”.arah ustaz Ghafar sambil mencapai sehelai kain kuning di sisinya sebagai alas tangannya yang mengenggam tangan Zaza. Lagak sedang bersalaman, Zaza mengangguk. Akur. Dengan lafaz bismisllah..ustaz Ghafar membaca beberapa potong ayat suci al quran dan 7 kali bacaan ayat kursi sambil diikuti dengan nada perlahan oleh Zaza. Selesai sahaja bacaan tersebut, muka Zaza yang sudah hampir seminggu lebih kelihatan pucat tidak bermaya..sedikit kemerahan. “Lunjurkan kaki kamu ya nak..”arah ustaz Ghafar lagi. Ku lihat mulut ustaz Ghafar terkumat kamit membaca sesuatu sambil tangannya dilurutkan bermula dari kepala membawa ke kaki Zaza.

Badan Zaza sedikit bergerak seperti mahu rebah.”Tolong pangku dia.”  Ustaz Ghafar memberi arahan, tahu memang Zaza akan rebah. Zaza terbaring di pangku ibunya. Tidak pengsan, cuma kelihatan sangat letih. “Kenapa anak saya ustaz? tanya ibu Zaza setelah ustaz Ghafar duduk semula ditempatnya. “Tak ada apa-apa puan. Cuma ada yang berkenan dengannya. Ingin menumpang..ingin berkawan.”.Ha???? melopong mulut kami yang ada mendengar penjelasan ustaz.

Ya Allah….takutnya..Benda apa yang nak kawan? Aku yang ada sebagai kawan pun si Zaza dah tak terlayan. Ngomelku sendiri dalam hati. “Puan..anak puan ni sedikit istimewa. Ada kelebihan. Yang penting puan jagalah dia sebaiknya. Insyaallah..tak ade apa-apa..”nasihat ustaz Ghafar pada ibu Zaza. “Istimewa?Ada kelebihan?Apa maksud ustaz?” berkerut kening aunty Aida. Ustaz Ghafar hanya tersenyum tanpa kata. Senyum yang penuh makna. Hanya dia yang tahu.

Kami berlalu dari rumah ustaz dengan hati yang bercampur baur. Gembira kerana Zaza nampak semakin baik. Sudah mahu tersenyum dan berbual. “Thank you sebab selalu ada untuk aku ya..”itu perkataan pertama yang aku dengar dari mulutnya selepas seminggu. Ya Allah..leganya hati.. Terima kasih Allah kerana telah mengembalikan sahabatku. Aku memeluknya erat dan kami bergurau seperti biasa dalam perjalanan pulang seolah-olah tiada apa yang pernah berlaku.

“Ibu…apa tu bu?? tiba-tiba Zaza menjerit sambil menundingkan jari ke arah cermin hadapan yang membuatkan ayahnya menekan brek mengejut. Terperanjat kami semua. Mujurlah tak ada kereta pada waktu itu. Perlahan ayahnya memberi signal untuk ke tepi.
“Apanya Zaza??”soal ibunya cemas.”Bu…Zaza nampak perempuan melintas bu..bawak anak.” “Ha,??Perempuan? Bawak anak? Mana ada Zaza.. Ibu dengan ayah tak nampak apa-apa pun..”laju ayahnya mengangguk, turut mengiayakn.”Zaza nampak bu..pakai baju putih..rambut panjang..peluk baby..”

Adoi… dah kenapa pulak kawan aku ni..baru je tadi ok..ni nampak hantu pulak ke? “Kau nampak tak tadi”? dia beralih pandang padaku pula.. Perlahan aku menggeleng. Memang aku tak nampak apa-apa pun. Tanpa berlengah ayah Zaza mendail nombor telefon ustaz Ghafar. “Assalamuailukum ustaz..saya ni..ayah Zaza..” “Waalaikummussalam..” lembut suara dihujung talian menyambut.. “Ustaz..anak saya ni kenapa ustaz? Kami masih dalam perjalanan balik ni..belum sampai pun lagi tapi tiba-tiba dia menjerit dalam kereta, cakap nampak perempuan dukung anak, melintas jalan tapi dia sorang aje yang nampak. Kami semua tak nampak apa-apa pun ustaz.” jelas dan terang cerita uncle Kamal.” Jangan panik encik Kamal..itu benda baru pada Zaza. Itulah yang saya maksudkan tadi Zaza ni istimewa. Jangan pelik encik Kamal..itulah tandanya hijab Zaza telah Allah buka. Dia ada kelebihan untuk melihat alam lain..Alam ghaib. Ini mungkin baru baginya..tapi lama-lama nanti insyaallah…. dia akan biasa..”

Semua terdiam seribu bahasa mendengar penjelasan ustaz Ghafar.Zaza juga diam. Tidak mengerti atau tidak pernah menyangka yang hijabnya akan tersingkap. Mungkinkah selepas ini.. akan bermula perjalanan hidupnya mengharungi kehidupan dua alam?? Mampukah Zaza ??

hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Loading...

5 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *