DIGANGGU PENUNGGU BUKIT

DIGANGGU PENUNGGU BUKIT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua peminat Fiksyen Shasha. Terlebih dahulu terima kasih diucapkan kepada admin jika kisah ini berjaya diterima. Mohon maaf jika kisah ini kurang menyeramkan tapi ini merupakan kisah benar yang terjadi pada diri penulis sendiri.

Sebelum terlupa, nama aku Suraya. Kisah ini berlaku pada waktu pagi di rumah aku sendiri. Kejadian ini aku anggap berpunca setelah aku berkunjung ke sebuah tempat yang telah lama aku tidak kunjungi. Tempat ini berdekatan dengan kawasan bukit maka entiti yang sering menggangu aku ini berasal dari bukit.

Setelah ingin pulang ke rumah badan aku mulai terasa sangat penat dan semua sendi terasa sangat sakit. Aku seolah-olah tidak berdaya untuk berjalan tetapi tetap mengerah tenaga untuk berjalan pulang ke rumah. Pada hari itu, tiada sebarang kejadian aneh berlaku. Pada keesokan hari baru lah satu persatu kejadian aneh bermula.

Pada pagi keesokannya, usai solat Subuh, aku tertidur dan aku bermimpi ibu memanggil aku. “Suraya kau nak makan apa, ibu nak keluar beli kuih?. Suraya! Kau tak dengar ke ibu tanya!?. “Ermmm”….aku yang masih separuh sedar hanya mampu menyahut pendek.
“Kak long nak perisa biscoff”. Kedengaran suara kakak aku memesan kuih kepada ibuku. Aku mula terfikir, kak long aku ni nak beli kuih apa perisa biscoff? Ibu aku tahu ke perisa biscoff tu macam mana? Tak pernah lagi ibu aku beli kuih moden, selalunya ibu hanya beli kuih tradisional. Warga emas lah katakan mana tahu nak beli kuih moden, aku mula terfikir ini mimpi ke bukan.

Aku nampak keadaan sekeliling sangat cerah seperti pukul 8 pagi sedangkan aku tertidur tadi baru jam 6:30 pagi. Tak kan cepat sangat cerah?. Adakah ini semua mimpi? Aku sendiri tertanya-tanya, tetapi suara-suara yang kedengaran seolah-olah suara di alam nyata bukan mimpi.

Aku ternampak ibu aku membawa pulang satu beg plastik berisi kuih tradisional namun hatiku masih tertanya-tanya ibu pergi ke mana sampai boleh beli kuih-kuih ini. Ibu jarang keluar rumah kecuali menghadiri kelas mengaji dan majlis ilmu. Tapi hari ini bukan hari Jumaat, kelas mengaji selalunya hari jumaat. Aku melihat sekeliling, ternyata aku tidur di tempat tidur arwah nenekku.

Seraya dengan itu, aku terdengar suara ibu sedang membebel memaksa aku bangun. “Suraya bangun lah kau ni dah kenapa tak nak bangun. Nanti kuih kau orang lain makan tahu tak!!”. “Haaaa… kau tengok tu adik kau dah makan kuih kau!!!”. Suara ibuku terdengar keras sekali seakan-akan sangat memaksa aku. Ya… benar seperti yang aku fikirkan, suara tersebut sangat jelas mirip suara ibuku dan seolah-olah bukan mimpi.

Ketika itu aku melihat jelas aku sedang tidur di dalam bilik arwah nenekku, aku mula terfikir kenapa aku di sini?. Aku mulai binggung dan tertanya-tanya. Aku sangat yakin semalam aku tidur di dalam bilik aku sendiri, bukan dalam bilik arwah nenek. Ketika ini barulah aku tersedar aku bukannya bermimpi. Ohh tidak!!!….ini semua bukan mimpi, ini semua mainan syaitan. Ini bukan ibu aku, ibu aku sangat lembut dan tidak pernah memaksa aku.

“Kau bukan ibu aku, ibu aku tak pernah memaksa aku. “Hhhmmmm”!!..perempuan berwajah kurang jelas itu meregus kasar. Jantung aku mulai berdegup kencang “Huuurrmmm”!!….suara itu merintih sayu sambil aku menbaca Surah An-Nas dua kali sampai tergagap. “Hihihi”!…kedengaran hilaian tawa berserta bunyi tapak kaki menapak ke arah katilku. “Hihihi“!…suara hilaian tawa seakan-akan semakin mendekati di telingaku dan bunyi derapan tapak kaki semakin menghampiri.

“Huurrmm”!!…suara itu kembali merintih sayu sambil mengelus lembut tangan, umbun-umbun dan pipi aku. Aku hanya mampu menahan geli tidak berdaya melawan sambil dada aku semakin berdegup kencang. Tangan dan badan aku seolah-olah kaku. “Huurrmmmm! Suara merintih sayu terus kedengaran sambil tangganya mengelus leher aku. Oh tidak!.. aku sungguh tidak tahan, aku sekuat tenaga melawan sambil membaca ayatul Kursi.

Akhirnya lembaga itu hilang dan aku mula sedarkan diri namun rasa geli geleman di leher aku masih terasa. Aku bangkit dari tempat tidur dan terasa badan aku sangat letih serta sakit-sakit sendi. Aku cuma menganggap aku sedang demam dan terlalu penat.

Ku sangkakan panas hingga ke petang tapi hujan di tengah hari. Seumpama begitulah kisah aku. Aku sangkakan kejadian mistik tersebut tamat setakat itu sahaja tapi apakan daya kisah baru mulai muncul dalam versi yang lebih mengerikan.

Jika para pembaca Fiksyen Shasha berminat untuk membaca kisah mistik yang selanjutnya tunggu sambungannya akan datang. Insha Allah jika ada kelapangan dan umur yang panjang akan aku kongsikan kisah mistik yang selanjutnya yang pastinya sukar diterima oleh akal waras.

Hantar kisah anda : fiksyenshahsa.com/submit

GADIS MELAYU

1 thought on “DIGANGGU PENUNGGU BUKIT”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.