Dik,Tolong Akak Dik

Seorang Wanita Disimbah Asid Oleh Seorang Lelaki Kerana Cintanya Ditolak.

“Hmm,ni macam patient kat dalam wad tadi,” ngomel Ann sendirian.Ann cuba mengingati apa yang dibaca dalam BHT(bed head ticket) pagi tadi..45% TBSA(total body surface area) mengikut figure of 9.Iaitu 9% burn to the head,9% burn to each of arm(means 18% here) and 18% burn to front of body.

“Apa yang kamu baca tu Ann?,” sapa ibu Ann yang berjalan dari arah dapur.
Ann tersentak dari lamunannya sendiri..
“Ni haa ibu,berita kena simbah asid.Makin menjadi-jadi la kes simbah asid ni sekarang,” Ann menguraikan panjang lebar kepada ibunya.Waktu itu sekitar tahun 2013..Bermula dari tahun 2010 sudah popular kes simbah asid yang melentur dan melecurkan wajah seseorang terutamanya golongan perempuan.

“Itulah,risau juga ibu.Kebanyakan mangsanya perempuan.Baca ayat pendinding bila keluar rumah Ann.Moga kita sentiasa berada dibawah lindunganNya,” terpancar kerisauan di wajah ibu Ann.
Malam pun berlarutan lalu Ann masuk ke dalam dan melelapkan matanya di atas katil didalam biliknya..

Pagi esoknya Ann bersiap-siap hendak pergi ke kerja,rutin sama hari-hari kerja kat bandar ni.Dia akan bertolak sebelum subuh bagi mengelakkan jalan jammed.
“Keluar rumah,matahari belum terbit.Balik rumah,mata hari dah terbenam.Demi sesuap nasi”,ngomel Ann yang sudah lali dengan kesibukan lalu lintas di bandaraya ini.Sesampai di tempat kerja,Ann akan solat subuh terlebih dahulu dan bersarapan.Kemudian menuju ke lif untuk ke wad.

Masuk wad,Ann perlu menggantungkan overall white coatnya lalu menyarung baju biru muda(scrubs) dan seterusnya membasuh tangan dengan bersih di sinki.Ketika disinki Ann disapa oleh seorang wanita..Ann disapa dari belakang.
“Dik,jangan lupa tengok akak ye jap lagi dik.Tolong akak ye,sakit ni dik.Akak bilik nombor 4 tu,”sayu suara yang didengari Ann.

Ann hanya mengerling sedikit dari tepi,nampak sipi sahaja sosok pesakit yang sedang bercakap dengannya.
“Nanti sekejap lagi saya tengok akak ye,” ketika itu Ann sudah siap basuh tangan dan ambil tisu untuk di lap tangannya lalu dia memaling ke belakang.
KOSONG.Tiada orang disitu..
Tiba-tiba seorang staff nurse keluar dari bilik 4.Ann terus pergi ke arah akak tersebut.
“Kak,mana patient dalam bilik ni kak?,” Ann bertanya kepada staff nurse tersebut.
“Patient dah LO(last office-meninggal dunia) lepas subuh pagi tadi.Ni akak baru buka cadar dia apa semua lah ni,” jawab akak nurse tersebut.

Ann terpaku,terdiam sejenak..
“Tapi tadi baru dia sapa saya suruh tengok dia kejap lagi.Baru kejap ni dia cakap dengan saya,” aku menerangkan bersungguh-sungguh.
“Ishh kamu ni,buat suspen je.Cuba tengok dalam bilik tu kan kosong,BHT ni pun kosong je ni,”balas akak nurse tersebut.
Ann dah rasa tak sedap badan.Ann berehat sekejap menenangkan fikiran lalu sambung kerja.Kerja tetap perlu diteruskan tapi memang dah rasa badan lemah seperti mahu demam.

Sewaktu dia balik memang sudah rasa badannya berat,kakinya kebas..Malam itu,dia tidur awal dan dia bermimpi…
“Dik tolong akak dik.tolong akak”,satu suara sambil teresak-esak nangis.Didalam tempat kosong dan gelap itu Ann cuba mencari dari mana datangnya suara itu..
“Siapa tu??”,Ann menyapa.
“Tolong akak,dik..tolongggg”
Ann tersentak bangun apabila jam locengnya berbunyi jam 5 pagi.

Ann bersiap-siap dan akan bertolak pagi-pagi sebelum subuh.Di bukit ampang selalu kereta tak banyak waktu subuh.Tetiba dia terpandang satu kelibat sosok berwarna putih..
“Allahuakbar..”,Ann yang sedikit terkejut.Dia pun membaca surah2 ruqyah yang dia tahu.
Didalam hatinya sudah berdebar-debar ketakutan.
Tiba-tiba bahunya seperti disentuh.Dia tak berani pandang kebelakang,dia hanya lihat dari cermin pandang belakang.Terlihat satu sosok wanita yang cantik duduk dibelakang keretanya sambil tersenyum sinis memandangnya tajam.

“Allah,tolong aku Ya Allah…”,Ann menangis seperti mahu pengsan.Tiba2 azan subuh berkumandang melalui radio hot fm.Hatinya sedikit lega..Dia berhenti tepi jalan lalu text kepada bosnya hari ni dia terpaksa EL..Ann call ibunya memberitahu apa yang terjadi..Lantas ibunya datang bersamanya ayahnya.Badan sudah sangat panas,ayah dia segera bawa Ann ke klinik terdekat.Didalam kereta Ann yang sudah lemah tertidur.Kemudiannya tanpa sedar Ann bermonolog “tolong akak dik,tolong akak”
Sambil menangis sedu sedan.
Ayah Ann sedar ada sesuatu yang tidak kena.

Selepas pemeriksaan doktor,dia memberi Ann MC selama 3 hari kerana demam panas.Ayah dan ibu Ann membuat keputusan untuk membawa Ann pulang ke kampung di johor untuk berubat.Sepanjang perjalanan Ann meracau-racau “tolong akak dik,tolong akak” disusuli dengan nada teresak-esak menangis.
Berulang-ulang kali ayat itu diungkapkan sehingga ibunya sendiri seram sejuk.
Sampai di kampung,ayahnya bawa berjumpa atok Ann.Ibu dan ayahnya menceritakan apa yang terjadi.

“Terkena badi mayat mungkin atau ada sesuatu si m**i cuba sampaikan”,lalu atoknya bangun dan menghubungi rakan-rakan dimasjidnya.Selepas isyak mereka datang ke rumah atok Ann.Ann yang sedang meracau-racau tiba-tiba duduk tegak.Matanya memandang tepat ke arah ustaz yang datang.

“Kau buat apa kat sini?”,Ann berkata walaupun itu bukan Ann.
“Kau cakap kau nak minta tolong,aku datang nak hulurkan pertolongan tapi tolong jangan ganggu budak ni dia tak bersalah,tak ada kena mengena dengan hidup kau.Kenapa kau pilih dia?”,kata-kata dari ustaz itu.
Ann memandang tajam dan diam sahaja.Tubuhnya kaku.
“Keluar dari badan dia,kemudian aku tolong kau selesaikan apa yang belum selesai”,sambil ustaz terkamit-kamit membaca ayat.

Roh yang merasuk keluar dari badan Ann.Ann lemah,terbaring tak berdaya.
(Proses mengeluarkan benda tersebut hampir sama seperti cerita yang pernah diceritakan untuk berubat)
“Bagi dia rehat,urusan lain biar aku selesaikan”,sapa ustaz kepada ayah dan atok Ann..Mereka angguk tanda faham.

Esok paginya Ann bangun,dia pelik.
“Ibu,macam mana boleh ada kat rumah atok ni?”,Ann menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Ibunya menceritakan semuanya.
“Terkena badi mayat kamu ni Ann”,terang ibunya.
“Tapi orang yang minta tolong kat Ann tu macam mana?”,tanya Ann.
Ibunya diam sejenak
“Tu kamu tak perlu risau ye,jangan fikir dah”
………………………………………………………………….

“Itulah pengalaman kak ann masa kerja kat sana dulu”,cerita kak ann kepadaku sebentar tadi.

Hal apa yang belum selesai itu biarlah rahsia.Sama-sama sedekahkan al-fatihah.
Janganlah kita melakukan perbuatan syirik,sentiasa dekatkan diri kepada Allah.

Sebagai staff bidang kesihatan kadang- kadang kita tak tahu pesakit yang datang tu sakit jenis apa..Ada yang sakit memang dari segi pure medical problems tapi ada juga yang sakit dari benda-benda halus atau kedua-duanya.Sebagai orang Islam kita harus sentiasa minta perlindungan daripadaNya.

“Tapi kak ann,kalau sakit hati dengan netizen yang selalu kecam staff kementerian kesihatan ni macam mana”,tanya aku.

“Itu kena ada kesedaran sivik lebih,kalau azan kat telinga pun tak jalan jugak.hehe”,seloroh kak ann.

Jangan selalu kecam staff dibidang kesihatan.Kalau ada pertanyaan atau persoalan sila tanya kepada yang pakar.Jika mahu buat aduan,buat disaluran yang betul.Bukan terus viral noh noh noh..Kerja kami ni tak semudah ABC noh noh noh..

Sorry admin,pesanan ringkas ?

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.