Dimana ada hospital, disitu ada…hantu

Thanks admin kalau sudi up aku punya fiksyen ni. Dikesempatan ini aku nak bercerita pengalaman aku, workmates aku, dan juga sesiapa sahaja yang pernah menjejaki hospital. Hospital apa? Eleh, mana boleh bagitau! Rahsia hehe. Tapi, di mana ada hospital.. ingat! Di situ pasti ada han..han..hantu. hantu..hantu. Anggap saja perkataan yang aku ulang tu bergema ya! Baiklah, jom sama-sama menyelusuri aku punya kisah ni!

First. Kisah kawan aku, staff nurse empat orang buat kerja mereka di kaunter. Masing-masing sedang leka dengan pen dan kertas di tangan mereka pada waktu itu. Sunyi, hanya bunyi penghawa dingin saja yang bergema. Tiba-tiba, pintu stor dekat ceruk paling tepi, terbuka sendiri. Pemegang atau pembuka pintu tu kan besi, kalau orang buka pasti ada bunyi. Semua staff nurse di kaunter terus menoleh. Tapi yang peliknya, tak ada orang, siapa yang buka?

Harus mereka seriau kuasa dua! Sudahlah pada malam tu, malam Jumaat. Actually tak kisahlah hari apa yang menentukan adanya ‘dia’, ‘dia’ pasti akan ada di mana-mana. Even masa awak baca kisah ni pun mungkin dia turut mengeluh tepi korang kata, “bosannya fiksyen ni. Next, please!”. Orang tua-tua kata… malam ialah siang untuk ‘mereka’.

Second. Staff nurse bernama Laila (bukan nama sebenar), nak menuju ke bilik 232, nak tutup mesin untuk sedut kahak tu. Yang peliknya, mesin tu tak ada pulak Laila pasang dekat patients. Plus, mesin tu diletakkan atas meja di hujung katil patients. Hanya patients saja yang terbaring tidur di situ. Siapa yang tekan? Dan masa Laila cuba nak tutup mesin tersebut, dia ternampak tangan hitam yang main tekan-tekan mesin tu. Hanya tangan!

Third. Bilik 231. Bilik ni betul-betul berada berdekatan dengan kaunter. Mangsanya is telinga staff nurse yang berkhidmat pada waktu malam. Kenapa telinga? Sebab mereka terdengar orang meraung untuk beberapa saat dalam bilik 231 tu. Oh ya! Di tandas yang berdekatan dengan kaunter tu pun ada! Meraung jugak!

Fourth. Pantri. Aku kerja malam. Bila aku nak menuju ke pantri ambil barang, aku terdengar seperti ada orang yang baru saja menutup pintu almari dekat pantri tu. Heh? Siapa yang ada di situ? Aku pun intai-intai manja, tengok-tengok. Tak ada orang! Kawan aku yang lain pun pernah jugak terdengar kerusi besi dekat pantri tu bergesel dengan lantai. Padahal tak ada orang pun dalam pantri tu. Pantri tu dekat belakang tau. Kalau ada manusia nak masuk ke situ, kena lalu kaunter tempat staff nurse duduk di situ tauuu.

Fifth. Nurse call aka call bell. Kisahnya.. aku, Beyonce, Christina Aguilera, dan Madonna duduk buat kerja di kaunter. Kerja malam. Jam 0230 pagi. Eh kejap, tiga nama retis di atas aku tak nak letak nama kawan aku yang sebenar. Jadi aku taruh nama retis tu jelah. At least, adalah hiburan untuk korang sikit masa baca ni hihihihi..

Sedang kitorang sibuk berceloteh dengan isu semasa termasuk kes Fattah Amin sayang Neelofa, Neelofa sayang aku. Tiba-tiba mesin nurse call berbunyi…

Tett…tett…tett..

Di atas mesin itu tertera nombor bilik 388C menandakan pesakit di bilik itu yang memerlukan khidmat jururawat. Tapi, semuanya dengar je dan tak bergegas pun nak angkat menuju ke bilik tu. Aku masih blur. Madonna pun blur. Christina dan Beyonce dah mula pucat.

“Bukan kau ke runner hari ni? Kaulah masuk”, Kata Madonna kepada Beyonce.

Beyonce geleng.

“Awat?”, Tanya Madonna kehairanan.

“Yonce, bilik tu ada patient tak?”, Aku tanya.

Beyonce geleng lagi.

Gulp!

Patutlaaaa, dan kami pun terus seriau kuasa dua!

Actually, bilik tu memang selalu ‘dia’ bermain dengan call bell. Ada masanya. Jam 3 petang, 6 petang, 12 malam, 2 pagi dan 5 pagi. Taklah setiap hari ‘dia bermain’ dengan bell tu, cuma ada masanya, ‘dia’ nak bergurau.

Sixth. Bilik 333. Siang. Bilik tu tak ada patients. Nurse kat kaunter masa tu in chargenya, Ariana Grande (bukan nama nurse tu yang sebenar). Tapi kok dia terdengar seperti ada yang menendang pintu bilik 333 tu?

Seventh. Will Smith dan Zayn Malik. Dia tengah susun linen di bilik yang nunnnn hujung jauh dari kaunter in charge. Kerja malam.

“Ko gilah kat kaunter dulu. Alang-alang aku nak susun semua kain ni”, Kata Will.

“Betul eh ko tak nak aku teman?”, Tanya Zayn.

“Yaa.. gilah ko sana”, Balas Will.

Beberapa minit kemudian, Will masih meletakkan kain di atas almari yang disediakan, pintu bilik tu memang sedia terbuka.

“Tadi aku suruh ko gi kat kaunter, asal ko tak blah lagi, Zayn?”, Tanya Will bila dia rasa Zayn masih memerhatinya di sebalik pintu dibelakangnya. Will malas nak toleh kepala ke belakang.

Zayn tak menjawab. Will hairan. Lalu dia pun menoleh ke belakang. Dan. Aik? Tak ada orang pun. Will pun whatsapp Zayn tanya sekarang Zayn kat mana. Zayn reply kata dia dah kat kaunter. Erk? Siapa yang perhati Will tadi?

Eight. Kisah operator pulak.

Kring kring… operator angkat. Letak gagang telefon di telinga. “Hello, siapa ni?”

Orang di corong telefon tidak menjawab. Sepi. Operator letak telefon bila tiada yang menyahut.

Kring kring. Beberapa saat kemudian, telefon berbunyi lagi. “Hello, siapa ni? Aku sibuk sekarang. Tak payahlah nak main-main dail operator kalau tak ada urusan.”

Krik krik krik. Sepi. Tiada yang membalas. Operator letak telefon. Operator tahu panggilan tersebut didail melalui telefon yang ada dalam bilik Vvip room. Operator pun call nurse in charge di kaunter,

“Vvip room ada patient ke? Dari tadi asyik dok call aku, bila aku tanya tak ada pula yang menjawab.”

“Aik? Kak.. vvip room tak ada patients.”

Jeng jeng jeng..korang faham-fahamlah ya.

Ninth. Pagi jam 5 patients bernama Jackie Chan (bukan nama sebenar)…

Bila nurse masuk untuk buat observation dekat dia, Jackie pun tanya nurse tu..

“Bukan tadi, awak dah check saya ke? Kenapa nak check sekali lagi?”, Tanya Jackie.

Nurse tu mengerutkan dahi. “Mana ada, encik. Kami baru saja mula buat observation ni. Kenapa ya encik tanya begitu?”

“Ye ke? Tadi dalam jam 4 gitu saya rasa ada nurse yang buat observation kat saya. Kalau tak percaya boleh tanya patients kat sebelah katil saya ni.”

Patients sebelah katil tu pun menyokong kenyataan Jackie.

“Sumpah, encik. Kitorang tak mula lagi. Jam 4 kitorang masih ada di kaunter.”

“Habis tu, siapa yang check?”

Hantu.

Tenth.

Ini kisah yang berlaku sepuluh tahun lepas tak silap. Aku dengar dari cerita senior.

Kisahnya, ward masa tu memamg lengang. Malam jam 1 pagi. Sunyi. Tinggalah dua orang jururawat berada di kaunter. Ya, ward tu kalau malam hanya ada dua nurse saja yang perlu ada di bahagian ward tu. Kalau ward di tingkat lain, ada empat, ada tiga. Bukan nama sebenar. Hannah Montana dan Kajol. Mereka free masa tu. Hannah letakkan kepala atas tangan sambil tutup mata atas meja kaunter. Tinggal Kajol seorang saja yang duduk bermain telefon.

Tiba-tiba…

Lif terbuka. Lif memang tepi kaunter. Kalau pintu lif terbuka, memang dapat dengar.

Buka.. tutup… buka.. tutup…

Kajol mengerling.

Sekejap lif pergi ke tingkat 4, sekejap lif pergi ke tingkat 2, sekejap lif tu pergi ke tingkat 5, dan sekejap dia pergi balik ke tingkat ward tu. Tingkat 4.

Buka balik. Tutup balik.

“Siapa yang main lif-lif tengah malam macam ni?”, Bisik Kajol sendirian sekadar menutup rasa seriaunya..

Lif rehat kejap. Lepas tu buka balik, tutup balik.. buka..tutup..

Sehinggalah Kajol terpaksa bersuara..

“Aku kerja tak kacau kau. Jadi tolonglah jangan kacau aku waktu ni.”

Dan..

Stop. Tapi..

Pintu lif hanya terbuka!

– Shakira-

.

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

17 comments

  1. Rameinye retis keje ospital, heeheheh…
    Dlu mse jge org sakit kt ospital, suke solat isyak kt balkoni wad sbb maleh dh nk g surau memalam cmtu…
    Udahnye nurse tegur jgn solat situ lewat mlm dikhuatiri nnt Cik Pon join jd makmum plak…
    Huwaaaa kakooottt…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.