-Sambungan …-
Mia perlahan lahan memandang aku dengan senyuman yang agak menakutkan bagi aku kerana mia senyum seperti seseorang yang seronok melakukan tarian berkenaan. Pada hari itu yang tinggal di bilik cuma aku dan mia .. selain itu aku juga mempunyai dua orang lagi roomate iaitu ana dan amy yang kebetulannya pulang ke rumah masing masing dari hari pertama mia dirasuk .
Pelik akan benda yang berlaku kepada mia .. ak segera mencapai handphone dan mendail number ustazah yana untuk memberitahunya mengenai keadaan mia sebelum ustazah memanggil ustaz badrul . Kebetulan haritu merupakan hari ustaz badrul dan ustazah yana bertugas selaku warden asrama kolej .
Selang 20 minit kemudian .. ustazah yana dan ustaz badrul sampai ke bilik ak .. waktu itu sempat ak memakaikan tudung kepada mia kerana waktu itu mia tidak bertindak agresif dan aku juga memakai tudung .. (aurat kann? Kena laa ttup sbb ada ustaz laki kan). Semasa ustaz masuk ke dalam bilik kami.. dengan tiba tibanya mia membuat bunyi seakan akan orang yang sedang menangis tetapi bunyinyaa mendayu dayu . Nasib baik lah waktu kejadian itu petang jadi tak ada lahh rasa seram sangat .. setelah ustaz mula membaca ayat2 suci al-quran , suara yg sebentar tadi menangis mendayu dayu berubah menjadi gelak tawa yang mengilai ngilai dan mia terus menari tarian tradisi dengan lenggok yang agak keras tanpa mempedulikan bacaan ustaz badrul.
Setelah habis ustaz membaca ayat2 al-quran tersebut , ustaz kemudiannya cuba mendekati mia dan meminta aku dan ustazah yana untuk memegang kaki dan tangan mia supaya mia tidak bertindak di luar kawalan. Ustaz badrul segera mengambil air kosong lalu dibacanya surah2 potongan ayat suci al-quran dan perlahan dilumurkan di muka serta kepala .. mia terus menjerit melolong dengan suara yang agak nyaringgg dan berkata dalam nada suara yang garau ” aku tak akan keluar daripada badan budak ni , aku suka cara budak ni menari . Ak akan mendampingi budak ni!!”. Lalu ustaz pon mnjawab “kau tidak boleh mendampingi budak ini , kau dan dya dari alam yang berbeza lagi pula budak ini tak kacau pon kau wahai syaitan laknatullah!!” Setelah itu kedengaran suara mia mengilai2 .Selang beberapa minit kemudian , mia kembali pengsan dan mia dibawa ke bilik rawatan berehat.
Jam mula menunjukan pkol 9 malam .. masa itu aku masih lagi menemani mia di dalam bilik rawatan setelah mia sedar sebentar tadi aku trus menyuapnya makan dan minum kerana semasa sedar tdi mia mengadu yang dya merasa letih , lapar dan dahaga seperti orang yang kerja buruh dibwah terik matahari . Setelah menyuap mia makan . Ak membawa mia ke bilik air untuk membersihkan dirinyaa . Seterusnya ak membawa mia kembali ke katil di bilik rawatan untuk mia berehat dan akhirnya mia tertido . Sewktu mia tidur . Ak tak dapat untuk melelapkan mata kerana risau kalau kalau mia dirasuk lagi .. tapi nasib baik ad ustazah yana yg sudi menemani kami berdua . Kata ustazah ” sya tak boleh nk tinggalkan kamu berdua .. nanti kalau jadi sesuatu seperti tadi lagi susah” ak cuma mengangguk tanda mengerti .
Masa aku ingin mula melelapkan mata(ketika ini ustazah sedang meronda di blok blok asrama) dalam pkol 11 mlam mcm tu , mia secara tiba tiba bangun dri pembaringan dan senyum sinis sambil membelai belai perlahan rmbutnya ketika dya melihat ak yg berada disebelah katilnya .. ak cuba untuk menyedarkan mia dan ak berkata ” mia ., kau okey ke ? Jangan lahh macm.ni miaa dh malam ni , ak takutlah kau tetiba jadi macam ni” lalu mia membalas dengan nada suara yang perlahan dan ayu berkata “mia? Siapa mia ? Aku puteri yang merupakan penari asal tarian tradisi yang budak ni persembahkan dahulu ..” trkejut dengan pengenalan itu aku menanyakan kenapa dya memganggu mia , lalu hantu tu berkata ” dya.yang menyeru aku .. lalu ak datang lah kemari kepada dya” sambil mengilai nyaring .. takut keadaan menjadi lagi teruk , ak keluar mncari ustazah yana yang kebetulan melalui kwasan berdekatan dgn bilik rawatan.tersebut .
“Diane , knapa kamu berpeluh dan muka kamu ni pucat semacam je ..? Ad pape yang trjadi dekat mia ke ?” Tnya ustazah Ak memberitahu ustazah yang mia telah dirasuk sekali lagi .. dengan segera ustazah membawa kluar handphonenya dan menelefon ustaz badrul ..nasib baik ketika itu ustaz badrul masih blum tidur kerana shift ustaz badrul meronda adalah pada waktu siang . ustaz badrul berkata biarkan mia dahulu di dalam bilik berkenaan dan jangan ad sesiapa pon bersama sama dengan mia sampai lah ustaz dan pakar perubatan islam sampai ke bilik rawatan . Aku dan ustazah bergegas ke bilik kwalan untuk melihat cctv di dalam bilik rawatan tersebut kerana risau hantu itu mencederakan diri mia . Nasib baik hantu tu cuma duduk bersimpuh diatas lantai . Dan melakukan lenggok tangan tarian yang nampak mcm kaku . Sesekali aku dpat melihat mia membelai rmbutnya walaupon masa ni mia memakai tudung.
30 minit kemudian ustaz badrul dan pakar perubatan islam dtang dan mulalah sesi rawatan untuk membuang hantu berkenaan. Mia pada mulanya menjeritt melolongg mcm orang yang kena bakar hidup2 . Dan kemudian terdengar suara mia berubah-ubah dripada suara garau ke suara halus , kemudian suara mia sendiri meminta tolong dan akhir sekali suara pompuan menjerit nyaringg . Pakar perubatan islam itu memegang kepala mia .. lalu dibacakan ayat2 al-quran dan mia tiba tiba memuntahkan bnda seperti cairan hitam dan baunya amat meloyakan . Kemudian, sorg pakar perubatan mula melibas belakang mia menggunakan mafla yang telah dibaca ayat2 al-quran seolah olah menghalau hantu tu keluar dri badan mia . Setelah hampir 1jam berubat akhirnya “benda” tersebut keluar dri badan mia .. dan mia memandang aku dengan pndangan yang lesu tanda dya dalam kepenatan yang amat sgt. akhir sekali .. pakar perubatan islam menyarankan agar mia teruskan berubat kerana bnda trsebut mungkin akan dtg kembali disebabkan oleh faktor2 fizikal dan akidah mia yg lemah . Aku berharap agar mia dpat disembuhkan seperti sediakala ..
-TAMAT-
Terima kasih kepada admin kerana sudi publishkan cerita sya sebelum ini . Cerita ini berdasarkan cerita yang benar2 trjadi tetapi diolah sedikit atas faktor2 yang tertentu . Sekiranya sya mempunyai cerita baru .. akan saya pamerkan di fiksyen shasha.maaf sekiranya ada ayat atau perkataan yang salah mohon anda semua maafkan kerana saya masih “hijau” dalam dunia penulisan .. sekian.
Kongsi kisah anda: http://fiksyenshasha.com/submit
='(
Semoga Mia selamat dan kuat amalannya
next
nk tahu kat man atempat penulis study.
harap mia cepat sembuh dan rajin2kan diri berubat.
kesian betol mia..