Dirasuk Jin Siam

Assalamualaikum dan salam sejatera buat semua pembaca Fiksyen Shasha.

Aku Nini. Dah lama aku berniat nak share pengalaman jadi anak kepada seorang pengubatan Islam. Dulu aku pernah cerita pengalaman aku dirasuk. Minta maaf ye. Time tu excited sangat sampai tersasul type Fiksyen Fasha. Hihi.

Kali ini, aku nak kongsikan kisah rasukan jin yang ayah aku ubatkan. Masa ni aku dalam tingkatan empat. Adik aku, Abu dalam darjah tiga. Aku sebenarnya duduk di asrama. Minggu itu, kami pelajar asrama dibenarkan pulang ke rumah. Abang-abang dan kakak-kakakku semuanya jauh di negeri lain. Jadi yang ada di rumah cuma mak, ayah, aku dan adik.

Aku masih ingat, hari itu adalah hari Khamis. Sudah menjadi kebiasaan di kampung kami untuk membaca yasin pada setiap malam Jumaat. Pada hari itu, waktu senja sudah merembang, sepupu mak Pakcik Najib datang ke rumah dengan isterinya. Aku waktu itu sedang memakai headphone. Biasalah zaman remaja, music di telinga setiap masa tak kira senja atau tidak. Bila aku dengar bunyi salam, aku perlahan music di telinga dan menjenguk ke tingkap . Aku lihat pakcik najib nampak gelisah. Isterinya berdiri tegak melihat ke tanah.

“Ayah ada?,” tanya Pakcik Najib. “Ayah dah pi surau,” jawabku. Jam sudah hampir 7 petang. Ayah sudah sudah pergi ke surau menunggu maghrib. Mak sudah siap bertelekung. Adik sedang berjalan ke surau. Aku? Aku tinggal di rumah kerana ABC pulak hari tu.

“Naiklah dulu,” kataku. Rumah kami rumah kampong. Jadi tetamu selalunya naik menunggu ayah di beranda rumah. Isteri pakcik Najib naik perlahan-lahan. Sangat perlahan sebenarnya. Dia menahan badan di pinggir tangga. Sekali pandang macam orang pening saja rupanya. “Mak ada,” kataku lagi. Mata isteri pakcik Najib (makcik Leha) menjelingku tajam. Tapi pandangannya macam tembus. Kadang-kadang matanya melilau ke sana sini.

Bulu romaku rasa berdiri tegak bila makcik Leha menjelingku. Aku masuk ke dalam memanggil mak. Mak menjenguk ke luar. “Kenapa suruh naik, ayah kan tak ada. Suruh dia pi surau,” kata mak sambil mencubit lenganku. Aku hairan kenapa mak tiba-tiba dingin dengan sepupu sendiri.

“Mak suruh pi surau,” kataku pada pakcik Najib. Makcik Leha menggeleng-geleng kepala. Tapi dia tetap diheret ke surau. Dan aku pon kembali mendengar music sambil membaca komik. Belum pon azan Isyak, aku sudah mendengar adikku memanggil-manggil aku supaya membuka pintu. Eh, tak isyak dulu ke dik?

Rupa-rupanya, Makcik Leha kerasukan. Cerita adikku, makcik Leha kerasukan dari pagi itu lagi.

Pakcik Najib sebenarnya suka ke Siam berjoli. Tak tahu lah apa yang mengikut, Makcik Leha tiba-tiba tidak sedar diri, dan meracau dalam bahasa Siam. Yang lawaknya, pakcik Najib sangat takut. Dia tak tau apa nak dibuat. Jadi ditekapnya Al-Quran ke muka makcik Leha. Kemudian baru diheret makcik Leha ke rumah kami. Jadi, makcik Leha sebenarnya sudah kerasukan sewaktu aku bercakap dengannya.

Cerita adikku lagi,

Di surau, makcik Leha mengeraskan badan seperti sami sedang bertafakur. Bila orang mula membaca yassin, makcik Leha menjerit-jerit. Habis jatuh semua lelaki yang cuba memegangnya. Ayahku waktu itu baru saja balik dari hospital. Dia menjalani pembedahan hernia. Jadi badan ayah masih lemah. Orang-orang kamponglah yang menolong memegang makcik Leha supaya tak lari masuk ke hutan di sebelah surau.

Bila rasukan nampak semakin teruk, ayah selalunya akan mendidihkan minyak kelapa bersama lada dan bahan-bahan perubatan yang lain. Minyak panas yang dibacakan dgn ayat al-quran itu akan direnjis kepada orang yang kerasukan. Selalunya, ayah akan merenjis sendiri. Tapi disebabkan ayah masih tidak sihat, anak murid ayah pakcik mail dan kawan-kawannya tolong merenjis minyak panas mendidih itu kepada makcik leha. Jangan risau, minyak panas itu tidak akan melepuhkan kulit jika jin itu masih ada di dalam badan. Riuh la malam itu di surau dengan jeritan kerasukan makcik Leha dan orang-orang kampong yang takut dan gelabah. Ada yang lari menyorong motosikal kerana terlalu takut.

Selepas berhempas pulas, ayah berjaya memulihkan makcik Leha. Tapi kasihan makcik Leha, jin itu sudah pergi. Pakcik mail terlalu takut dan tetap merenjis Makcik Leha dengan minyak panas walaupon ayah sudah menyuruhnya berhenti. Habislah melepuh kulit makcik Leha gara-gara pakcik mail. Pakcik Najib pula diam tak terkata dan berjanji tak akan ke Siam lagi.

Adik pula ketakutan dan berlari ke rumah. Tak sanggup katanya nak mengadap makcik leha selepas melihat wajah ngeri makcik Leha yang kerasukan tadi.

Alhamdulillah, makcik Leha kini sudah sihat dan tidak lagi kerasukan.

In sya Allah, bila ada masa aku akan ceritakan lagi kisah-kisah kerasukan yang pernah aku lihat. Jumpa lagi semua. =)

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 2]

5 thoughts on “Dirasuk Jin Siam”

  1. ahahahah….punoh….pokcik najib punya pasal…lawak pulak aku baca cerita kau ni..

    Pakcik mail terlalu takut dan tetap merenjis Makcik Leha dengan minyak panas walaupon ayah sudah menyuruhnya berhenti. Habislah melepuh kulit makcik Leha gara-gara pakcik mail. Pakcik Najib pula diam tak terkata dan berjanji tak akan ke Siam lagi.

    kah kah…adeh….pak mail pun satu hal..apa kehei duk renjis minyak panas tak habis2…kan dah melecur orang tua tu

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.