Assalamualaikum wbt kepada Team Fs dan pembaca sekalian. Semoga semua dalam kerahmatan dan kerahiman ALLAH SWT.
Kisah kali ini berlaku di kebun sawit belakang IKM Jasin. Port lepak , mancing paya dan laluan untuk fly ke pasar malam taman maju. Sawit ni penuh dengan lembu2 belaan orang kampung dan selalunya tak mengacau sesiapa yang gunakan laluan.
Kisah ni melibatkan kami berdua iaitu saya dan senior sem 5, Ramadhan. Hari minggu kali ni ramai yang balik ke kampung. Jadi asrama memang xramai orang. Kedai makan Car park pula tutup hari tu. Nak cari makan ke pekan jasin kat waterfront, tengah sengkek sebab elaun da makin susut habis ke assignment, rokok dan kudap2.
Jadi tengahari tu lepas zuhur saya pun naik ke dorm senior jumpa Ramadhan. Muka ganas tapi tutur kata dan hati baik, asal nismilan. Dengan Ramadhan ni banyak dia bagi nasihat pada saya untuk belajar rajin2 dan selalu fokus jangan tinggal solat.
Nak di jadikan cerita kerana kami kebosanan sampai dah tak tahu nak buat apa. Siang ke malam asyik melalak dengan gitar je. Kami berdua sepakat nak mancing kaut ikan kat paya sawit belakang pada ahad esoknya. Sabtu tu kami mula sediakan barang nak mancing. Excited sebab dah lama tak masuk sawit, at least boleh layan buah sawit bakar.
Ahad pun tiba, 11 pagi kami berdua menapak keluar melalui jalan tikus di tempat pengakap. Dengan berselipar jepun berseluar pendek, nyanmuk suka betul.
Dah lepas saja pagar kami menyusul masuk jauh ke dalam kebun sawit. Mencari paya yang ada lubuk ikan. Setelah berjalan 30 minit akhirnya sampai di satu paya besar, dalam banyak ikan.
Ramadhan suruh saya mancing disini dan dia akan mancing tempat lain. Jauh sikit dari saya tapi masih nampak kelibat masing2. Cuma nak cakap kena jeritlah. Saya siap pesan pada Ramadhan, kalau jadi apa2 jangan tinggalkan saya. Sama2 datang, sama2 baik janji kami.
Kami pun ambil port masing ambil nyalakan surya beli 5 btg dr tokan di dorm, maklumlah tengah sengkek.
Sedang kami mancing tu, sesekali kami jerit diantara kami untuk cek keadaan masing2.
Jam menunjukkan lebih kurang 2.30pm pada nokia 3310. Ikan masih tak dapat walau paya tu lebar dan dalam. Tengah2 saya baring sanbil layan surya, tiba2 dengar bunyi loceng yang biasa diikat di tengkuk lembu. Saya lihat sekeliling takde nampak lembu.
Saya biarkan dan baring balik. Beberapa minit kemudian saya dengar lagi bunyi sama, tapi xnampak lembu atau apa2 kelibat. Hati saya da mula rasa lain dan panas sb mcm dimainkan oleh someone.
Saya jerit pada Ramadhan tapi tak menyahut. Rupanya dia dah tukar tempat mancing. Saya sambung baring balik. Memikirkan tak pelah. Nanti da habis dia datang la jumpa.
Kali ini tengah baring, bunyi loceng dengan lagi kuat dari sebelumnya. terkejut saya bangun sambil carut dan maki. Bila saya toleh arah bunyi loceng bara nampak dari mana bunyi tu.
Di depan saya ada seekor lembu hitam dan ditunggangi seekor monyet hitam besar manusia. Bulunya lebat, kuku panjang, gigi tajam. Mata lembu tu berdarah dan warna hiram berkilat.
Terkaku saya menggeletar, makhluk tu berdengus dengan kuat. Mulut saya membisu tak boleh nak jerit atau lari. Apa nak baca semua tak ingat da. Makhluk monyet tu menjerit dengan kuat. Saya jatuh terduduk sebab takut.
Dengan tiba datang satu kekuatan dr ALLAH untuk saya bangun da bergerak. Saya berlari ke arah Ramadhan dengna laju walau masa ni gemuk yang amat. Monyet berlembu tu pun kejar saya dari belakang.
Masa berlari ni habis semua saya langgar sebab takut. Ternyata monyet berlembu tu pun laju dan nak hampir terkam saya. Sebelah kiri saya adalah paya besar tadi. Dengan kekuatan dan daya yang ada, saya lompat menyeberangi paya itu. Alhamdulillah walau gemuk berjaya seberang walau hampir tergelincir. Saya terus lari dan monyet berlembu tadi hilang dari pandangan.
Arghh, penat bukan kepalang. Lengit, tercungap lari. Saya terus mencari Ramadhan nak ajak balik, tapi tak jumpa2 dia dari tadi.
Tengah2 saya jerit nama dia, tiba dengar suara panggil ” woi Dindang” beberapa kali. Baru nampak dia disebalik pokok sawit tengah mancing sambil hisap surya di tempat yang sama.
Ramadhan tanya, “ape ko buat Dang?” Dengan sape ko borak tadi? Aku tak nampak pun orang? Ko isap gam ke ape?
Saya citer apa yg terjadi pada Ramadhan, last2 kena gelak balik. Dia cakap tadi masa jalan masuk sawit, memang dah perasan ada benda ikut dari belakang. Tu yang dia tinggalkan saya sorang-sorang dan mancing asing2. Dia nak tgk benda tu nak kacau siapa, last2 saya yang kena kacau.. Haram J betul.
Nasib tak kena pijak dengan lembu. Last sekali, Ramadhan tanya, “Dang camne ko yag gemuk gedempol ni bleh lepas lompat paya lebar tu?” Aku pun x confident nak lepas lompat. Hebat kau, dlm hati memang la lepas dah kena sergah dengan lembaga tadi.. ©®€¢$=#_-(:” haram j
Semoga menjadi tauladan dan sempadan buat semua..
Wassalamualaikum wbt, semoga berjumpa lailatul qadar
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Petang Kan time Tu bro
Adrenaline, fight or flight. Sebab tu boleh lompat.