DISAKAT PENUNGGU RUMAH oleh Anggerik Desa
Prakata:
Kisah ini bukan pengalaman aku tapi pengalaman allahyarham ayah aku. Orang lama. Banyak kisah yang telah diceritakan berkaitan entity dan alam mistik tapi sayang, banyak yang aku dah lupa. Ini antara kisah yang aku masih ingat. Aku menggunakan kata gantinama ‘Aku’ untuk ayah. Lebih mudah begitu. Dan, mungkin ada sedikit penambahan untuk tidak mencacatkan teknik penulisan tapi tiada penmbahan atau perubahan jalan cerita atau gambaran tempat. Semoga sahabat semua terhibur. Al Fatihah untuk ayah.
Malam itu aku berjalan pulang. Melangkah tenang sambil melihat rumah beratap rumbia yang kelihatan berbalam-balam tanpa sebarang cahaya. Mak dan ayah memang tiada di rumah malam itu. Mereka ke rumah saudara, ada urusan yang aku pun tak ingat berkaitan apa. Masa itu, kampung ku memang masih belum ada bekalan elektrik. Hehe….awal tahun 60-an….apa yang ada pun kan…..
Sunyi. Sudah lewat malam. Ketika itu aku masih muda…awal dua puluhan.
Pulang lewat malam atau awal pagi itu sudah biasa bagi aku. Tapi rumah memang gelap kerana tiada siapa di rumah untuk memasang pelita. Rumah kayu kecil dengan atap rumbia sekadar cukup untuk kami tinggal berempat, dikelilingi pokok-pokok buah dan sedikit pokok-pokok hutan, terutamanya di belakang rumah. Aku pijak anak tangga yang dibuat dari batang kayu dan menolak daun pintu. Gelap. Malas rasanya hendak memasang pelita, aku terus baring di atas lantai rumah yang berlapik tikar mengkuang.
Rumah ini rumah kayu era awal tahun 60-an. Tidak berapa sempurna pun kerana ada bahagian yang tidak berdinding tapi ada tiang tengah dan semacam loteng untuk menyimpan barang. Tiada perabut. Katil dan tilam jauh sekali. Aku keseorangan malam itu. Kami tiga beradik tapi abang aku masa itu sudah masuk tentera kalau tidak silap ingatanku sementara kakak yang sulung sudah pun mendirikan rumahtangga dan tinggal di kampung lain bersama suaminya. Jadi, malam itu ketika baring untuk melelapkan mata, terasa lega dapat berbaring setelah seharian lepak dan buat entah apa-apa. Maklumlah….penganggur. Jarak aku dengan tiang rumah adalah dalam beberapa meter.
Sedang aku melayan mata dan perasaan untuk tidur itu entah macam mana aku terpandang loteng yang berupa pelantar di dalam rumah itu. Setelah aku amati dalam samar-samar kegelapan malam itu, aku pasti seperti ada lembaga hitam yang sedang baring di situ. Aku bukanlah orang yang berani tapi mungkin kerana sudah letih dan mengantuk, aku pejamkan mata semula. Malas nak melayan. Tapi…entah kenapa aku buka sedikit sebelah mataku untuk mengintai lembaga itu.
Eh…tadi baring terlentang. Tapi, ini sudah mengiring pulak. Cepat-cepat aku pejamkan mataku semula. Ada rasa sedikit debaran di hati. Dalam beberapa minit kemudian, aku buka lagi sebelah mata melihat makhluk itu.
Aduh…tangannya sebelah menopang kepala, mengiring mengadap aku di atas lantai itu. Cepat-cepat aku pejam mata semula. Aku harap bila aku buka mata lagi makhluk itu akan hilang. Malangnya, bila aku buka mata lagi, dia sudah duduk sambil menghayun-hayunkan kakinya dari atas pelantar. Macam bila kita duduk atas bangku tapi kaki kita tidak sampai ke lantai. Kali ini aku tidak boleh bertenang lagi. Debaran semakin kuat. Bulu roma, jangan cerita lah…..meremang sampai kepala rasa sudah sebesar buah kelapa.
“Apa nak buat ni…” Hati sudah mula berbicara.
Aku nekad buka mata sekali lagi. Korang tahu apa aku nampak? Aku nampak dia mula menggelongsor turun dari tiang loteng itu. Tanpa fikir panjang aku pun melompat bangun dan entah macamana, dalam tak jumpa tangga aku dah sampai ke tanah. Bila masa aku buka pintu pun aku tak perasan. Malam itu aku lari ke rumah saudara dan tidur di sana.
Rumah itu sudah tiada. Tanah itu pun sudah bapa aku jual. Tapak rumah itu sekarang tersergam sebuah banglo dua tingkat entah kepunyaan siapa. Selepas aku diterima menjadi anggota tentera, aku mengembara dan hanya pulang sekali sekala, itupun setelah berumahtangga dan bawa pulang anak-anak bermanja dengan atuk dan nenek mereka. Masa itu, rumah itu ada lagi. Anak-anak aku suka rumah itu. Maklum lah, rumah kampung.
Pendek sangat karangannya…hmmm…
Okay….sorry.
Pendek sangat karangannya…
Terima kasih kerana membaca.
kesian penunggu tu..dia tumpang melepak baring2 kejap je kot…dah kena tuduh sakat org..kekeke
Tuan rumah punya takut sampai terjun tak jumpa tangga oiiii…
At least kalau cakap awal2, baru orang tau dia nak tumpang rehat. Hehe….
Okay Mambang…
Tkasih sudi baca
Baru nak feel seram tu dh habis…tpi cerita ni best…
Itulah saja kisahnya. Tak tau camana nak panjangkan. Hehe…
Camana pun, terima kasih kerana sudi baca dan komen.
bru nk rse seram udah habis hihi
Terima kasih sudi baca.
meh. 1/10
Terima kasih. Nasib baik tak 0..
😊😊👌