Disampuk Awek Cun #Part 2

Assalammualaikum pembaca fs. Ingat lagi tak cerita disampuk awek cun. Saya dah baca komen2 kalian semua. Dan saya buat keputusan untuk habiskan cerita ini. Disini saya sertakan sekali cerita lepas. Ada yang komen terlupa kan. Terima kasih pada yang beri sokongan. Tq admin kalau approvekan.

Kami satu family plan nak holiday. Masa tu cuti apa tah. Lupa. Tapi masa tu hotel banyak da full book. Ayah aku pun dapat la tempat yang ok. Tak jauh dari KL. Semua setuju. Kitorang satu family ajak mak cik aku dengan anak dia. Sebab kitorang book apartment. Dalam apartment ade 4 bilik. 1 bilik dekat bawah. Tiga lagi kat atas. Dekat atas tak ada apa2 pun. Cuma bilik je. Bilik bawah kitorang jadikan bilik solat. Sebab bilik tu kecik je.

Apartment ni agak famous juga. Sesiapa pernah lepak PD, mesti pernah nampak. Dia ada 2 tempat untuk menginap. Satu hotel, satu lagi apartment. Kitorang amik apartment sebab under bank. Ayah aku kerja bank. Hari tu, hari sabtu. Aku kerja half day. Ayah aku kerja malam, start pukul 12 malam balik pukul 8 pagi. Lepas balik dari kerja, ayah aku terus cek in dulu. Adik aku ikut sekali dengan parents aku. Aku balik pukul 1 tengah hari.

Lagipun dekat je kan, aku habis kerja ayah aku amik aku. Dengan mak aku sekali. Means adik aku tinggal sorang2 kat apartment tu. Aku sampai, aku bagi salam dulu. Ayah aku da tapau makanan dari luar. So, kitorang makan2. Tak lama lepas tu mak cik aku dengan anak dia sampai. Hari pun dah nak malam, mak aku dengan mak cik aku masak2. So, malam tu tak ade buat apa2. Just tengok tv, makan, sembang2. Aku dengan sepupu aku lepak bilik je. Adik aku dengan ayah aku tengok bola.

Esoknya, pagi2 excited nak terjun laut. Tapi tiba2 ayah aku bad mood gila. Asyik nak marah2 je. Kitorang nak naik banana boat pun tak kasi. Masa tu aku bujang lagi. Fikir nak enjoy je. Malas nak amik hati sangat. Just chill. Aku, sepupu, adik dengan mak aku je yang mandi. Ayah dengan mak cik aku tak mandi. Ayah aku dah siap2 pakai baju nak mandi. Tp dia bad mood kan. Mak cik aku memang tak nak mandi. Ye la orang tua. Lagipun dia tolong jagakan barang2.

Lepas mandi, kitorang balik apartment. Bilas2 badan. Lepas tu keluar balik cari makanan. Lepas makan dah nak dekat maghrib kitorang balik apartment. Lepas maghrib aku nak sidai pakaian mandi tadi. Sebelum tu, aku rendam dulu pakaian mandi biar pasir2 tu turun. Penyidai ada dekat luar. Aku buka sliding door terus angin kuat masuk. Aku ingatkan angin laut la kan. Aku pun teruskan menyidai.

Sambil tengok tv, aku baring2 dekat sofa. Tahu2 dapat call dari mak aku. Aikk. Tak boleh panggil ke. Siap call bagai. Masa tu tengah mamai, jawab je la. Sempat aku mengerling jam dekat phone aku. Dah pukul 3 pagi. Lama jugak aku tertido. Dari lepas isyak. Mak aku suruh naik atas cepat. Aku pun kejut sepupu aku yang tidur sebelah aku. Aku kan tidur atas sofa, dia kat bawah sebelah aku. Dia pun blur2 aku ajak naik atas. Naik atas adik aku tengah menari2. Sepupu aku sengal pergi tegur, “adik da kenapa menari pagi2 buta ni”. Aku terus tepuk lengan sepupu aku. Aku macam dah dapat tangkap apa yang jadi.

Sepupu aku ni macam blur. Dia siap gelak2 kan adik aku menari. Aku dulu pernah duduk asrama. So, biasa jumpa orang kena sampuk ni. Ayah aku tenang je, dia suruh adik aku duduk. Then dia tanya. Kenapa kacau adik aku. “Benda” tu pun cakap sebab kitorang buat bising kat tempat dia. So ayah aku minta maaf la kat dia. Then dia suruh kitorang blah dari situ. Ayah aku minta pagi esok. Dia marah, dia kata nak kitorang blah sekarang jugak. Apa lagi, kitorang pack2 barang. Terus cek out. Masa kitorang pergi dekat carpark. Anjing menyalak2 dekat kitorang. Kitorang buat tak tahu je la dekat anjing tu. Terus masukkan barang dalam bonet. Terus balik KL. Sampai KL, memang tak boleh tidur la. Seriau tadi masih ada.

Benda tu ikut kitorang blk KL. Sebab adik aku dapat rasa yang benda tu ada ke tak. Puas jugak la berubat sana sini. Sampai la mak saudara aku, suggest berubat dekat area kampung aku.

Dekat situ kalau berubat sorang RM30. Dua orang RM50. Siap ade package lagi. Kat situ orang yang ubatkan tu berkomunikasi dengan jin yang rasuk adik aku ni. Tak tahu nak gelarkan dia apa. Sebab tak nampak macam ustaz pun, tp aku bahasakan dia S dan jin tu Dayang.

S : Kenapa kacau budak ni?
Dayang : Sebab aku suka dia
S : Kenapa suka dia?
Dayang : Sebab dia hensem
S : Ko tu lawa sangat ke nak kan dia

Tetiba dia muncul kan diri. Cantik, putih gebu. Awek ni pun introduce diri dia. Umur 16 (kalau alam kita umur dia 70). Anak dara lagi.

S pun tanya la ayah aku, nak buat menantu ke tak. Jawapan ayah aku sudah semestinya tidak. Then S suruh si dayang ni balik. Dengan muka sedih dia pun keluar terus ghaib. Kitorg pun lega la. Semua da selamat.

Selang beberapa bulan, Adik aku jadi kurang ajar dengan semua orang. Jadi panas baran. Sebelum ni, adik aku sangat baik orangnya. Cakap pun lembut je. Kitorang syak dayang ni datang balik.

Kitorg pergi dekat S balik. Tapi S tak sihat. Jadi kitorg biarlah sampai la adik aku putus dengan makwe dia. Agak pelik jugak. Sebelum ni elok je tiba-tiba putus. Masa ni aku dah kawin dah. Suami aku kenalkan sorang ustaz ni. Ustaz ni cakap masih ada pendamping tu. Kitorg pun go on dengan ustaz ni. 2 3 kali gak repeat.

Adik aku semakin agresif. Hari2 dia cakap ada orang nak bunuh dia. Ade org nak masuk dari celah2 lubang yang kecil. Ikut logik mana muat orang nak masuk kat situ. Bertahun jugak sakit dia dia, sampai tak boleh kerja.

Satu hari kitorang dapat berita sedih, pak cik aku meninggal. Masa dekat kubur adik aku cakap tak sedap hati. Masa talkin dibacakan adik aku terus mengamuk.

Tengah kelam kabut tu, adik aku da ok sikit dia ajak balik KL. Tapi tanpa aku dan husband aku. Oh ya, kitorg satu kereta, naik kereta aku je.

Husband aku very positive, dia ok je. Nanti kitorang balik naik bas. Tapi firasat mak aku katakan adik belum pulih. Sepupu aku husband dia boleh mengubat orang. So dia bawa kitorg pergi rumah mak dia. Kesian husband dia, dah la pak mertua baru meninggal. Nak tolong kitorang lagi. Masa ni, seorang pun tak nak tolong kitorang. Dia seorang je la yang sudi tolong.

8 orang pegang dia semua tak larat, semua orang da give up. So, dorang slow talk dengan dayang ni. Dia memang tak kan lepaskan adik aku. Kalau nak dia balik dia nak bawa sekali adik aku. Mak aku dah nagis2 dah.

Dorang pun suggest pegi dekat satu tempat ni. Dekat dengan muadzzam. Aku dengan husband balik KL dulu. Sebab kitorang tak tidur lagi dari semalam nya. Planning blk KL dulu, tidur. Esoknya baru ambil dorang. Adik, mak dan ayah pergi dengan husband sepupu.

Kat situ orang yang berubat senang je. Dia ambil satu botol, baca2 then dia suruh adik aku buang kat sungai botol tu. Alhamdulillah sampai sekarang sihat dan dah nak kawin pun.

Terima kasih sudi baca coretan saya.

.

snowsiska
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

2 comments

  1. dashat awek cun tu. siap kata adik kau handsome.
    s pun tanya ayah aku, nak buat menantu tak? jawapan ayah aku mesti lah tak. part ni paling kelakar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.