Disihir Kawan Baik

Assalammualaik dan salam sejahtera kepada semua pembaca tegar fiksyen shasha. Terima kasih juga admin kerana publishkan cerita ini. Dah lama tak tulis cerita kat sini. Terima kasih yang pernah membaca kisah saya sebelum ni.

Okay lah saya tak nak membebel panjang. Jadi bermulalah kisah seram dan untuk dijadikan pengajaran yang pernah terjadi pada diri saya sendiri. Orang yang tak pernah kena mungkin takkan percaya. Jadi terpulang pada diri anda semua.

Pada tahun 2017, masa itu saya masih di sem2 mengambil diploma di sebuah IPTA yang terletak di Pahang. Biasalah dalam kalangan pelajar ni kita mesti ada sikap ramah untuk senang nak berurusan dengan orang. Pada 2017 juga lah saya berkenalan dengan seorang student tapi dia sudah mengambil degree di sebuah IPTS yang terletak di Pahang juga dan masa itu dia berada di sem akhir. Pada masa itu kami cuma berkawan.

Selapas setahun berkawan, lama kelamaan kami menjadi teman rapat. Dan dalam tempoh masa setahun berkenalan tu saya tak tau yang dia ada simpan hati terhadap saya. Jadi memang betul lah orang kata “lelaki dan perempuan tak boleh menjadi kawan rapat” kerana salah seorang mesti ada simpan perasaan antara satu sama lain.

Pada tahun 2018 saya berkenalan dengan seorang lelaki iaitu suami saya sendiri. Kami berkahwin pada bulan Disember 2018 atas persetujuan kedua belah pihak keluarga. Keluarga kami kenal antara satu sama lain. Sebelum tarikh perkahwinan kami , saya ada memberitahu kawan saya yang saya akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi atas kehendak keluarga. Secara tiba-tiba dia maki hamun saya dengan perkataan yang agak kesat. Dia tanya kenapa saya buat dia macam tu? Saya pun masa tu tak faham. Dia tak pernah pula cakap yang dia ada hati kat saya selama kami berkenalan.

Pada hari saya memberitahu dia, dia yang baru dapat kerja di KL terus pergi ke Kuantan pada malam itu juga. Pukul 1 lebih pagi juga lah dia tiba di Kuantan. Tapi nasib baiklah dia tak tau rumah sewa saya yang baru dekat mana masa tu, dia cuma tau nama taman sahaja. Taman yang saya duduk masa tu tak lah luas mana, mungkin ada dalam 45-50 buah rumah sahaja baris depan dan belakang. Pada masa dia sampai tu dia call saya banyak kali dengan suara dan bahasa agak kasar. Dia tanya rumah saya nombor berapa nak jumpa depan-depan nak ajak bincang. Masa tu memang tak lah nak jumpa. Dalam hati ni terfikir buatnya dia bawak pisau nak bunuh aku. Tak pasal mati katak aku malam tu. Lepas tu dia tak berhenti call paksa saya keluar rumah jumpa dengan dia. Kawan saya ni jadi pengintip tengok dia ada dekat mana. Rupanya dia duduk betul-betul dekat simpang masuk rumah kami semua yang hanya selang 5 buah rumah. Sepanjang malam tu saya tutup fon punya lah takut.

Empat hari lepas kejadian dia merayu untuk berjumpa dengan saya untuk kali terakhir. Yelah saya fikir mungkin masa tu keadaan dah mula reda. Saya pun beranikan diri untuk berjumpa dengan dia. Tapi masa tu saya bawa kawan rumah sewa 4 orang. Kot lah jadi apa-apa kan senanglah nak taekwando. Masa kami berjumpa tu dia menangis merayu supaya tidak berkahwin dengan lelaki pilihan keluarga saya tu. Dia minta saya bagi masa setahun untuk dia kumpul duit untuk kami berkahwin.

Masa tu lama saya murung. Tak tau nak pilih yang mana. Lagi pun saya hanya anggap dia sebagai kawan rapat sahaja, tak pernah ada perasaan terhadap dia. Jadi saya ambil keputusan untuk teruskan dengan pilihan keluarga dia. Pada masa itu, nombor fon saya tukar, laman sosial semua saya blok. Saya memang tak nak ambik tau pasal dia dah. Ada juga lah beberapa kali dia follow ig guna ig kawan dia dengan pantas saya blok.

Alhamdulillah tiba hari perkahwinan saya. Bersyukur semuanya jalan lancar. Sebulan selepas kahwin saya tak tau kenapa tiba-tiba darah saya keluar agak banyak dan tempoh masa yang lama. Saya pergi check doktor, pergi scan semuanya dalam keadaan ok. Doktor kata hormon. Ok takpelah makan jelah ubat tu. Kot lah baik. Lepas habis ubat darah still tak berhenti. Sehingga 2 bulan still sama je. Pergi jumpa ustaz. Ustaz cakap ada gangguan kat rahim. Suruh mandi air bidara semua tak menjadi. Nak dijadikan cerita, ada jumpa dengan seorang makcik ni. Dia ni agak pandai dalam perubatan tradisional. Dia lah yang tegur “dik awak ni kena sihir, sihir pengasih”. Saya pun apa lagi terkejut lah. Makcik tu tanya sebelum ni awak ada tolak cinta orang ke? Saya terdiam berfikir sejenak.

Selepas kejadian itu, makcik tu ajak saya berubat dengan dia, pada masa tu saya dah rimas darah 4 bulan tak berhenti. Pening dibuatnya. Semua kerja yang nak dibuat semuanya takde mood. Akhir sekali, saya tawakal membawa diri untuk berubat dengan makcik tu. Berubat punya berubat, makcik tu cakap orang tu ada letak 2 ekor yang jaga badan saya satu dibahu satu dirahim. Orang tu betul marahkan saya kerana tolak cinta dia. Dia tak bagi saya mengandung. Paling sedih makcik tu cakap saya dah pernah mengandung dan masa tu kandungan saya berusia 2minggu. Keguguran tu disebabkan benda tu yang buat jadi gugur dan keluar sekali dengan darah2 tu. Sayu nya hati masa tu Allah je tahu. Tapi tak mengapa sakit semua datang dari Allah. Mungkin untuk dijadikan pengajaran dalam hidup saya jangan terlalu ramah dengan orang. Sebab kita tak tau hati orang macam mana. Jadi ambil lah pengajaran dengan apa yang terjadi.

Sekian sampai disini sahaja . Terima kasih

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

4 thoughts on “Disihir Kawan Baik”

  1. blh dijadikan pengajaran kisah sis ni sbb yela kita xkan pnh tau manusia ni hati lain2…careful next time sis…cite lagi kalo ade pengalaman seram yg lain

    Reply

Leave a Comment