Ditegur Si ‘Dia’

Assalamualaikum semua. Annyeonghaseyo chinguya. Terima kasih admin jika cerita saya ini terpilih untuk disiarkan. Harap maaf sekiranya cerita yang ingin saya sampaikan ini tidak begitu seram. Sebelum itu, ingin saya perkenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Mai (nama sebenar). Saya baru sahaja graduate tahun lepas dari salah sebuah universiti awam yang terdapat di negeri sebelah pantai timur.

Cerita 1: ketika kecil

Ketika saya kecil dahulu dalam lingkungan umur 8 @ 9 tahun, saya pernah ternampak “sesuatu” yang agak menyeramkan. Ketika itu, saya dan 2 orang kakak saya sedang menunggu giliran untuk mengaji di rumah jiran kami yang terletak berdekatan dengan rumah kami. Di belakang rumah jiran saya itu terdapat 2 buah rumah usang yang telah lama ditinggalkan. Untuk pengetahuan pembaca, rumah kami ketika itu adalah rumah yang terletak di kampung, tetapi rumah di kampung ini terletak berdekatan antara satu sama lain. Jarak rumah saya dan tempat saya mengaji lebih kurang 5 minit berjalan kaki. Sementara menunggu giliran mengaji, saya dan anak ustazah yang mengajar mengaji itu sedang kebosanan lalu kami pun keluar ikut pintu belakang rumahnya untuk bermain-main.

Pintu belakang rumah ustazah itu terletak betul-betul berhampiran pintu rumah usang terbabit. Ketika sedang seronok bermain, saya terpandang ke pokok kelapa yang terletak bersebelahan dengan pintu rumah usang tersebut. Ketika itu, jelas kelihatan satu susuk tubuh wanita berpakaian putih dengan rambut yang menggerbang sedang merenung kami dari atas pokok kelapa tersebut. Tanpa melengahkan waktu, kami terus masuk ke dalam rumah dalam keadaan terketar-ketar. Lalu, saya yang ketakutan telah memotong giliran mengaji supaya dapat habis cepat dan dapat pulang dengan segera. Nasib saya baik kerana tiada apa-apa yang terjadi ketika perjalanan pulang ke rumah.

Cerita 2: sekolah menengah

Ketika saya menginjak usia dalam lingkungan 15 tahun, saya sekali lagi ditegur oleh “sesuatu”. Tetapi kali ini, dia tidak menampakkan dirinya. Ketika itu, saya masih lagi tinggal dirumah yang sama tetapi telah di renovate. Pada suatu malam, ketika sedang leka bermain game dalam telefon bimbit di dalam bilik, saya terdengar ada sesuatu yang sedang berjalan di atas bumbung rumah. Bumbung rumah saya pada ketika itu adalah bumbung zink dan bunyinya sangat jelas kedengaran. Ketika itu, waktu menunjukkan pukul 12 malam. Semakin lama, bunyinya semakin kuat, dan bunyi itu berhenti betul-betul atas kepala saya. Tanpa berfikir panjang, saya telah menegur bunyi tersebut. Tapi, nasib saya baik kerana saya tidak diganggu oleh benda berkenaan.

Cerita 3: universiti

Ketika itu, saya di semester 2 dalam pengajian ijazah saya. Sepanjang pengajian, saya berpeluang untuk tinggal di dalam asrama universiti. Dalam satu bilik, ada 4 orang penghuni. Kejadian berlaku pada waktu siang. Ketika itu, saya sedang leka menonton cerita dalam laptop. Sedang asyik menonton cerita sambil tergelak-gelak, tetiba, saya terdiam seketika. Saya terdiam setelah telinga saya sebelah kanan seperti ditiup sesuatu. Pada mulanya, saya fikir roommate saya yang tiup. Tanpa berfikir panjang, saya pusing ke arah kanan. And guess what, ketika itu hanya saya seorang sahaja yang ada di dalam bilik tersebut. Saya baru teringat bahawa 2 orang roommate saya telah balik rumah dan seorang lagi keluar berjalan. Nasib saya sekali lagi baik kerana dia tidak menampakkan dirinya.

Cerita last: tahun 3 pengajian

Ketika saya di tahun 3 semester 2, sekali lagi saya ditegur benda tersebut. Kali ini siap memunculkan dirinya lagi. Semasa di tahun 3, saya kerap tidur lewat malam untuk menyiapkan segala asaimen. Ketika ini, satu bilik adalah untuk 2 orang dan roommate saya ketika itu seorang yang lemah semangat. Setiap malam, pasti saya akan mendengar bunyi seperti orang melempar guli tetapi saya tidak pernah menegur bunyi tersebut. Bunyi orang menarik kerusi adalah perkara biasa setiap malam. Pada semester yang sama juga jiran depan bilik saya dirasuk. Disebabkan bilik yang agak panas, setiap malam pasti roommate saya akan membuka tingkap. Tingkap bilik kami menghadap ke arah blok asrama sebelah. Ketika itu, waktu menunjukkan pukul 1 pagi dan hujung minggu kalau tidak silap.

Roommate saya tiada di dalam bilik. Dia ke tandas atau melawat kawan kami yang tinggal satu aras dengan kami. Ketika itu bilik saya di aras 3. Setelah selesai mengemas meja belajar saya, saya segera ke tingkap untuk menutup tingkap sebelum masuk tidur. Ketika itulah saya melihat kelibat “dia” di dalam blok asrama sebelah. Dengan rambut yang panjang menggerbang, pakaian yang tidak berapa jelas kelihatan, dia berjalan didalam salah sebuah bilik di asrama berkenaan. Ketika itu, saya merasakan bagai jantung sudah tercabut dari badan dan seperti darah sudah berhenti dipam. Saya hanya memerhati tindak tanduk lembaga berkenaan tanpa menegurnya. Jika ditegur, saya tak pasti apa yang akan terjadi kepada saya.

Nasib saya baik kerana benda tersebut hanya berlegar-legar, bermain di bangunan sebelah dan tidak singgah di bilik saya. Setelah lama terpaku melihat dia di seberang, barulah neuron-neuron dalam otak saya bersambung untuk menutup tingkap bilik dan tidur. Setelah saya bersiap-siap untuk tidur, barulah roommate saya balik ke bilik. Setelah beberapa hari peristiwa itu berlaku, barulah saya menceritakannya kepada roommate saya. Setelah itu, kami sudah jarang-jarang membuka tingkap pada waktu malam.

Sekian sahaja pengalaman saya ditegur oleh benda yang tak berapa nak nampak ini. Maaf sekali lagi jika sekiranya jalan cerita tidak begitu indah atau menyeramkan. ?

2 comments

  1. UiTM ekkk…
    Mse dip blk ber-4…
    Degree ber-2…
    Iyele yg berjalan2 rmbt gerbang tu benda tu???
    Entah2 student gak yg tgh kusut kepala stress buat eseimen…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *