Tajuk : Ditindih (Kisah Benar)
Penulis : Kumbang Malam
Idea Asal : Kumbang Malam
Sedikit info tentang diri aku yang boleh membantu penceritaan aku. Aku manusia biasa, tiada kebolehan untuk melihat, mendengar atau menghidu makhluk halus atau makhluk alam ghaib ni. Senang cakap aku bukannya manusia yang ada six sense atau deria-6.
Okey aku mulakan cerita aku.
Malam itu sepi, suara-suara tv jiran aku sudah lama diam. Aku pula masih terbaring diatas sofa sambil menonton tv. Aku menoleh ke arah jam dinding. Tertera jarum jam menunjukkan 12: 43 tengah malam. Aku mengambil keputusan untuk tidur. Tutup tv dan aku terus masuk ke dalam bilik aku. Aku berbaring dan tidak lama kemudian aku terlena.
Tiba-tiba aku terjaga semula. Namun, pada masa itu aku tidak terjaga terus. Aku seperti separuh sedar. Aku terjaga pada masa itu kerana aku terasa satu perasaan, perasaan yang merasakan kehadiran makhluk alam ghaib itu.
Aku sudah terbiasa merasakan perasaan itu sebelum ini, perasaan sebelum aku ditindis oleh makhluk alam ghaib itu. Bila aku dapat merasakan kehadiran makhluk itu, aku perlahan-lahan mengerakkan badan aku dengan kadar yang segera dan menukar posisi aku tidur. Aku yang tadinya tidur terlentang, menukar ke posisi menghadap ke kiri (menyiring). Walaupun pada masa itu berat dan susah untuk aku gerakkan badan namun aku tekad untuk menukar posisi tidur dan aku kuatkan diri. Aku berjaya.
Aku masih dapat rasa kehadiran makhluk itu dan aku rasa dia belum mahu berganjak. Aku mengambil masa itu dan terus merasai perasaan itu. Bila semakin pulih sedar, aku perlahan-lahan berdoa di dalam hati walaupun aku masih terbaring. Sedikit demi sedikit aku mula hafalkan dan aku berdoa dalam hati, kuatkan diri aku. Tiba-tiba aku dapat merasakan satu keberanian.
Namun keberanian aku itu bertukar menjadi kebodohan aku yang paling bodoh. Aku rasa yang aku sudah cukup berani dan kuat sehingga aku rasa yakin boleh lawan makhluk itu. Aku rasa yakin yang Tuhan akan membantu aku untuk melawan makhluk itu.
Aku mencabar makhluk itu dengan berkata “Kalau kau berani, kau tindislah aku…itu pun kalau kau dapatlah.”
Aku menjadi sangat riak dan teruk pada masa itu. Aku berada banga dan kuat semasa aku mencabar makhluk itu. Sengaja aku perlahan-lahan menukar posisi aku tidur, dari aku menghadap ke kiri, aku menghadap ke kanan pula.
Tiba-tiba akh dapat satu gambaran, gambaran tentang makhluk itu. Aku berasa teruja dengan gambaran itu dan berfikir aku cukup kuat sehingga Tuhan memberi aku kebolehan itu. Seperti kain berwarna hitam sedikit kelabu, sedang terapung-apung disebelah luar dinding rumah aku, memandang tepat ke arah aku dan hitam gelap pada bahagian muka (aku tidak dapat melihat rupanya).
Setelah lama menunggu, aku semakin riak dan berasa kuat. “Heh…tidak beranikan?” Aku mengejek makhluk itu didalam hati. Aku menukar lagi posisi tidur aku dengan niat mencabar lagi. Aku perlahan-lahan pusing dan menghadap ke kiri semula. Aku bangga dengan diri sendiri.
Sedang aku tidur menghadap ke kiri, tiba-tiba aku ditindis. Percaya atau tidak, itulah yang terjadi. Mungkin korang tidak pernah dengar, namun itulah hakikatnya. Aku ditindis masa aku tidur menghadap ke kiri dan bukannya terlentang.
Aku cuba mengerakkan badan aku namun keras tidak dapat bergerak. Aku cuba juga beberapa kali. Namun hasilnya tetap sama. Perlahan-lahan aku membaca doa lagi di dalam hati. Namun segala doa yang aku ucapkan seperti tidak memberi kesan dan aku masih ditindis.
Saat itulah aku sedar yang sebenarnya aku lemah. Aku mendengar bisikkan syaitan sehingga aku meninggi diri dan berbangga diri. Akh bawa kekesalan aku itu ke dalam doa. Aku memohon keampunan dan kemaafan atas kesalahan aku yang terlanjur meninggi diri dan berbangga diri. Tidak lama kemudian, makhluk ith melepaskan aku. Aku sangat bersyukur dan sedar akan kelemahan diri aku. Perasaan tentang makhluk itu turut hilang selepas aku dilepaskan.
Itulah pengalaman aku yang paling hebat dan bermakna dalam hidup aku. Pengalaman yang kalau bukan aku yang rasa tetapi aku hanya mendengar, aku pasti aku tidak akan percaya dan aku akan ketawa.
Mungkin Tuhan sengaja membiarkan makhluk itu tindis aku pada masa itu supaya aku sedar dan tidak meninggi diri lagi. Dan sebab pengalaman ini aku dapat pengajaran dan aku ingin berkongsi dengan korang semua.
Kita manusia, ciptaan Tuhan tidak patut meninggi diri sehingga menindas makhluk lain atau orang lain. Sesiapa yang meninggi diri, akan direndahkan dan sesiapa yang merendah diri, akan ditinggikan.
Kita ni perlu sentiasa berfikiran positif, ada sebabnya sakit dan luka menimpa diri kita. Kita hanya tinggal cari dan faham. Aku cakap bukan untuk korang saja tapi untuk mengingatkan diri aku sendiri juga. Semoga kita merendah diri tapi selalu konfiden dengan diri sendiri dan keupayaan kita. Amin.
Kata-kata itu satu doakan.
~TAMAT~
Kisah ini berdasarkan pengalaman sendiri namun ada beberapa bahagian yang aku sendiri tidak dapat pastikan. Contohnya, semasa aku mendapat gambaran atau bayangan tentang rupa paras ‘makhluk’ itu. Aku belum pernab search lagi tentang rupa paras makhluk yang menindis. Anggap sajalah yang gambaran atau bayangan aku itu hanya bayangan yang minda aku sendiri buat. Jika ada apa-apa, korang boleh komen dibawah, andainya ada yang ingin berkongsi tentang rupa paras atau maklumat tentang makhluk yang menindih tu, komenlah.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
First comment yeah
bayangan gurauan
OKAYY GOOD STORY..
Bolehlah
Jd citer ni brkenaan dgn menindih dn dtindih la yer.. hmm.. tu prkra biasa dlm khidupan seharian… ko anggap jer bnda yg trjd tu sbg kenangan yg trindah antara ko dn dia..
Cuba tngok gmbr yg kat atas tu.. sungguh kurang sopan skali tngkah laku beliau.. nirrajim btul..
Ok done komen
Saya harap bila dah habis baca tu, dapatlah pengajaran yang saya cuba sampaikan. Admin…saya ucapkan berbanyak terima kasih sebab sudi publish cerita “Ditindih”.
Kampung kelantan kt mana penulis?
Sya orang Sabah. Sabah di bahagian Papar.
Awat, loghat saya ada macam orang Kelantan kah?
Aku start tpikir kau urang Sabah sebab kau type “ditindis”, instead of “ditindih”. Kita2 juga bah ni yg cakap tindis. Hahahaha
Aku kje event promotion ade kene pegi lain2 negeri kekng tue tak dpt nak elak kalo dpt tgl 2 mingu dekat otel y ade bnde tue tawakal je la..ade 1 negeri nie bru pertama kali buat event dekat situ mlm tue masok blik otel ak dah tak sedap hati tup2 mlm tue ak kene tindih siap pakej boleh rase n nmpk bnde tue..blik kawan ak y lain siap badan dy calar2 kesan cakar.
So macam mana muka ‘benda’ tu???
die hitam besar..berdiri dekat pintu toilet n tngh pandang ktrg yang tngh tido..
ok la
Lawak lak baca cte ni,gaduh ngn hantu..kekeke~berani bagus tp jgn riak jela..kesah seram dgn moral values ni..hehe..good job
ditindis iblis? hoho
Hmm patutlah pakai tindis bukan tindih rupanya dari sabah..hai kamu saya pun dari sabah jgk..
btw cerita kamu best.
Oh ye ke?
Aku pernah kena tindih gak waktu baring..seminggu kemudian aku tengah strika baju.. Hantu tu g trip elektrik umah aku.. Aku g on balik fius.. Dia duduk plak atas kepala aku time tu aku masih berdiri do.. Berat gila(gemuk gila babi aku rasa hntu tu).. Tp xjatuh.. Macam mana tuh ha..? Sampai sekarang dah xkena tindih dah.. Mngkin aku potong rambut pendek siap cacak2 g kot. Rambut bawah pon sama aku potong pendek g cacak2 gak… Dia takut tercucukla tu kot kalau dia tindih.. Dulu bolehla x baliqh g.. Skarang dia mai tindih mau la buncit perut dia…