Ditindih atau Mimpi?

Hai Assalamualaikum admin . Terima kasih kalau cerita ni disiarkan di page Fiksyen Shasha ni . Okay maleh nak bercerita panjang panjang . Let me introduce Myself ecehwah Speaking Pulak Haha . Ok lah ok . Nama aku mia (bukan nama sebenar) . Cerita yang aku nak cerita ni , cerita betul yang aku alami sendiri sewaktu aku semester 1 . Tempat yang aku alami gangguan ni adalah di hostel .

Okay Jom mula .

Hostel aku ni bertempat di Shah Alam . Waktu lepas orientasi , aku diarahkan untuk ke hostel untuk check in hostel lepas dah sehari suntuk orientasi . Masa aku sampai tu , dalam hati aku kata “ not bad hostel ni punya view “ . Untuk pengetahuan Korang semua, hostel aku ni 4 tingkat dan aku dapat tingkat 3 .

Masuk je rumah tu , keadaan tu berhabuk macam dah lama ditinggalkan . Almari Lantai semua berhabuk . Lepas kemas kemas semua baju , maka tiba lah waktu Malam . Permulaan aku diganggu .
Bila waktu nak tidur , roommate aku tutup lampu . Tapi masalahnya aku seorang yang fobia dengan gelap aku tak boleh tidur kalau takda lampu . Tapi disebabkan semua roommate aku tidur kena tutup lampu , maka aku mengalah lah . Aku terjaga pukul 3 pagi , aku dengar ada bunyi tarik meja tarik kerusi . Benda tu berlarutan dekat dekat sejam jugak lah aku selubung dalam selimut. Logik fikir , Siapa nak alih kan meja Kerusi dekat sejam pukul 3 pagi ? Lepastu aku tak sedar aku tertidur tahu tahu subuh .

Class aku start 8 pagi balik pula pukul 6 macam tu tunggu bas kolej amik . Then , Ada satu haritu , aku buka je pintu hostel , bagi salam ada satu rasa tak sedap hati berdebar debar macam ada benda yang perhati . Tapi aku Ignore je . Malam tu , aku ditindih . Tengok jam pukul 3 pagi lepas aku kena tindih . Dalam 10 minit jugak lah aku bergelut nak lepaskan diri tapi tak boleh . Macam macam doa aku nak baca , tapi macam ada yang sekat aku daripada untuk bercakap . Pedih dada jangan cakap . And sejak dari Haritu lah , boleh dikatakan dalam seminggu , 3 kali jugak aku kena tindih . Aku macam dah biasa dah kena tindih . Aku tak nangis and aku tak cerita dekat siapa siapa pon .

Makin lama makin kerap aku kena tindih , and angka jam aku sedar and kena tindih adalah pukul 3 pagi . Aku jadi stress . Aku tak cukup tidur , lepas kena tindih memang sampai kesubuh aku tak tidur . Benda ni berulang ulang .

Ada satu hari tu , aku tak ditindih . Aku tidur macam biasa TAPI aku terjaga sebab ada satu tangan besar yang tengah genggam tangan kanan aku Ya Allah masa tu aku tak berani buka mata . Tangan tu besar sangat . Aku macam fikir ni mimpi ke betul ni . Dalam 10 minit macam tu , baru tangan aku dilepaskan . Perlahan lahan aku buka mata , aku pujuk diri aku yang ni mimpi . Tapi tangan aku kebas . Tak boleh gerak sakit sangat . Then aku tak anggap tu mimpi . Memang ada yang genggam tangan aku tadi . Allah aku makin lama makin stress dengan semua benda ni . Roommate aku nyenyak je tidur . Aku sampai takut nak tidur sebab kalau aku terlelap , benda tu mesti ada . Benda tu mesti tindih aku .

Kemuncaknya , roommate aku buat suprise untuk birthday aku . Masa tu , instinct aku kata benda tu ada . Benda tu nak buat lagi teruk . Dup dap hati aku . Tapi aku biarkan aku tak bagitahu roommate aku Taknak bagi diorang takut . Maka kami pon makan lah Cake yang diorang belikan tu gelak gelak tangkap gambar . Then Lepastu semua masuk tidur. Masa tu aku tak boleh tidur . Hati aku debar debar . Tapi aku cuba lelapkan mata . So aku tidur mengiring ke kanan , tahu apa jadi ? Ada benda yang baring sebelah kiri aku and tarik tarik selimut aku . Kau rasa ? Allah masa tu memang aku lemah selemahnya . Aku tak pandang belakang , terus lari keluar ketuk pintu roommate aku yang lain Then lepak dalam bilik diorang sampai pukul 4 pagi . Pukul 4 aku masuk bilik aku , aku tak tidur. Aku duduk termenung atas katil aku. Tiba tiba , roommate aku katil atas tiba tiba bangun Then cakap , “ Weh badan aku tadi tak boleh gerak macam kena tindih “ . Aku terus suruh dia masuk bilik air amik wudhuk Lepastu tidur. Makin lama makin melampau ! Marah aku dalam hati .

Then aku decide , untuk ulang alik je Dari rumah ke kolej sebab jaraknya ada lah dalam 20 minit macam tu . Aku apply hostel Sebab aku taknak susahkan Ayah aku nak kena ulang alik hantar aku Hari hari dengan tol lagi . Tapi kali ni aku mengalah aku kena jugak susahkan dia hahahaha . Aku tak sanggup . So bila balik rumah , aku boleh tidur dengan nyenyak dan tak kena tindih lansung. Soal aku kena tindih tu aku biarkan je dengan penuh misteri Hahahahaha K sekian daripada saya.

Nanti aku cerita pasal cerita lain pula Ye . Banyak cerita tapi letih nak taip kemain panjang lagi Hahahah .

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Mia adriana.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

32 comments

  1. guys, nak tnya lah.. sy pernah kena tindih skali, pertama kali. Betul ke dia attack dada(part tgh2 tulang rusuk) tu je? not sure masa tu lumpuh wholebody ke tak tp kt dada tu mmg rs kena tindih sakit yakmattt… masa kne tu pon, sy pejam mata rapat2 but still bole nmpk benda tu depan mata. tak jelas cuma nmpk garisan2 hijau membentuk kepala… surah mmg xingat masa tu, cuma boleh sebut Allahu Akbar beberapa kali shj smpai hilang, itu pun xbegitu fasih….nasib lah xlama kena.

    gitu ke rasa kena tindih?

    maaf bertanya. huhu

    1. kalau ikut pengalaman sy kena tindih.. ia tak semestinya bahagian dada. bahu, lengan & bbrapa tmpt lain pn ada. so, bg sy utk setiap org berbeza2.

      bbrapa bln lepas sy bru sj ditindih. sy baring mengiring ke knan trus dia dtg melekat d lengan kiri. time tu terlitas di fikiran nak zikir beserta pengertiannya. Tapi, apa yg dibaca melalui hati adalah syahadah. sy baru je bca sdikit terus dia terpelanting (mantul) drpd tindih lengan sy. sy hampir tersedar, nampak yg dia berusaha utk tindih semula. sy bca hgga habis lalu trus tersedar.

      lengan ada rasa bisa sikit. apa yg sy nak kongsikan, yakin dgn allah serta kekuasaannya. baca dgn sepenuh hati sperti hnya allah lah stu2nya pertolongan yg kmu ada.

  2. lepas hang kuar dr hostel.. hantu tu mesti kcu kwn2 hang…
    dorg x pelik ke hang xnj duduk umah tu..
    klu aku…pelik…

  3. Kesian korang kena tindih..tambah pula pompuan lg aku kesian.. Gini nak bg petua..sblum masuk bilik korang bgi la salam.. Assalaamualaina wa ala ibadillahissolihin… Atau salamun ala sulaiman fil a”laminn.. Pastu kalau nk tdo adik2 comel semua kibas2 tilam dulu sambil baca auzubillah.. Dan bismillah… Pastu baru bole baring dan tdo..macam abg penah juga kena tindih dulu2 laa..tp semenjak dah hafal ayat ruqyah ni sekor jin xbrani dah tindih..hehe..tp satu lagi petua kalau jin tu menjelma..jgn takot..bagi je penumbok sebijik..gerenti lebam muka hantu tu..sebab jin kalau menjelma..tu maksudnya dia lemah dan cari pasal je.. Dia klau da masuk alam deminsi kita dia memang xkuat dan lemah..betul.. Buktinya hantu ni berani muncul beberapa saat je..xlama kan… 😉

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *