Dorm Anggerik

Dorm Anggerik

Assalamualaikum dan terimakasih admin sebab siarkan cerita aku walaupun tak berapa nak ‘seremm’.

Kejadian ni memang aku sendiri yang lalui pada lewat tahun 2011 dan terjadi di sebuah asrama kolej nun jauh di Pulau Pinang. Cerita dia macamni, masa tu aku baru semester satu dan pada awalnya aku ditempatkan di dalam bilik asrama yang berderet tetapi disebabkan ada masalah tertentu, aku dan beberapa orang pelajar lain terpaksa dipindahkan ke sebuah bilik yang sudah lama tidak berpenghuni di luar deretan bilik-bilik yang ada. Bilik tu namanya Anggerik dan berposisi di tengah-tengah ruang antara asrama berderet, toilet dan bilik warden. Kiranya Anggerik seketoi je dekat luar deretan tapi masih dalam kawasan asrama. Korang paham tak? Kalau tak paham pun buat-buat paham jela sebab aku tak reti nak melukis.

Bilik tu agak besar. Ada dua bahagian. Bahagian depan ada dalam 5buah katil double decker dan bahagian belakang ada 4buah katil yang sama. Bahagian belakang dan depan dipisahkan dengan loker baju yang kayu dan apabila dibuka ia akan mengeluarkan irama kriukkk krekkk macam tu haa. Bahagian depan bilik ada dua orang senior yang stay dekat situ dan bahagian belakang aku and the geng 6 orang. Alkisahnya bermula masa cuti midsem yang mana aku dan seorang lagi kawan aku panggil dia Ika yang tak balik bercuti di kampung dan tinggal lah kami dua ketoi tergodek-godek di dalam bilik Anggerik.

Malam pertama bermula seperti biasa sebelum tidur aku akan pasang Surah Yasin dekat laptop dan biarkan ia repeat sampai lebam tapi berbeza dengan malam tersebut aku tersedar dalam pukul3.15am pagi dan suasana dalam bilik sunyi sepi. Aku bangun dan playkan balik surah yang terpause dengan sendirinya dan terus sambung tidur. Belum sempat aku pejamkan mata tibatiba alunan surah tersebut senyap dan aku menoleh ke arah laptop yang aku letakkan tepi hujung kepala aku je di atas kerusi study tu ter restart dengan sendirinya. Lepastu tetiba dengar bunyi seperti penyodok sampah yang ditarik atas lantai simen diluar bilik dan bunyinya seperti mengelilingi bilik kami. Aku terdiam. Pandang sebelah rupanya si Ika ni terbangun jugak.

Masing masing tak bersuara dan hanya bertentang mata. Selang beberapa saat selepas bunyi penyodok tu berhenti, diganti pulak dengan bunyi pintu almari kawan aku yang balik kampung dan almari tu berada dibahagian hujung bilik. Yang paling best almari tu berkunci rapat. Dua tiga kali ‘dia’ main bukak tutup pintu almari, ‘dia’ start pulak susun buku rujukan yang tebal2 tu lepastu jatuhkan satu persatu. Jelas di tepi telinga dan sejujurnya memang takkk aaa aku nak pandang. Tapi aku pandang ika dan ika pandang aku. Kami sempat bertelepati aku kira dalam hati 1 2 3 dan kedua-dua kami serentak melompat turun dari katil dan keluar bilik tanpa sempat tutup pintu bilik. Laju kaki pergi ke bilik member yang tak balik bercuti.

Rasa macam nak putus nyawa. Malam tu aku tidur dekat bilik kawan aku dan actually tak tidur pun sebab tetiba masing-masing sibuk bukak cerita pasal hantu dan pengalaman dorang dekat asrama tu. Hantu watercooler la hantu dekat tempat basuh baju la dan bermacam versi lagi.

Esok nya aku mengadu dekat warden tapi dia gelak je. Lepastu dia cakap “alaa depa kejut ampa nak suruh ampa study la tu. Nanti kan ampa nak exam midterm” Hmm.. k foinee.

Lepas daripada haritu memang aku tak berani duduk dalam bilik sorang sorang. Kami menumpang bilik member lagi sorang tu sampai roomates aku sebuah balik asrama. Dan walaupun roomates semua ada ‘dia’ tetap jugak bergurau terutama seret penyodok keliling bahagian luar bilik dan ianya berterusan hingga habis semester. Masuk semester baru aku duduk luar. Ingatkan duduk luar terlepas rupanya adaa jugak. Nanti aku cerita lagi.

Apa-apa pun sorry nohh kalau cerita hat aku ceghita ni huruhara.
Terimakasih lah ampa sebab sudi baca tulisan pertama aku. Dan jangan kecam saya. Adios amigos !!

-Kakngoh-

3 thoughts on “Dorm Anggerik”

Leave a Comment