Pengalaman [Part I]

Aku nak cerita pasal pengalaman aku dari kecik sampai dewasa. Aku tak tahu lah sama ada aku ni lemah semangat ke apa tapi dari kecik aku selalu kena gangguan. Seumur hidup, baru 3 kali aku nampak betul betul makhluk halus ni. Selain daripada tu, dengar bunyi bunyian je. Nampaknya, tidak.

Oke, first time ever aku nampak makhluk halus ni masa aku kecik. Time tu family aku ngan family cousin aku berkumpul kat rumah aku. Masa tu musim cuti sekolah, so meriah la. Masa tu mungkin aku baru je berumur 4 atau 5 tahun, sebab aku belum masuk tadika masa tu. And aku belajar kat tadika 2 tahun, so either umur aku 4 atau 5 tahun la masa tu. Tak ingat sangat yang pasti masa tu aku belum masuk sekolah rendah.

Malam tu, bapak aku pasang video tape. Cerita hantu indonesia dia sewa kat kedai video. Aku pon tak tahu tajuk apa. Dah tu, dorang pun tutup lampu. Oh, fact pasal rumah aku. Rumah ni rumah lama sebelum kitorang berpindah ke rumah baru kawasan perumahan. Dekat ngan rumah aku ni ada satu pokok ketapang. Pokok ni besarrrrrrrrrrrrrrr sangat sangat. Tak macam pokok biasa ye. Pokok ni lebih tinggi daripada bangunan sekolah rendah aku. Tak tahu la berapa cm tinggi nya tapi pokok ketapang ni memang besar la, daunnya saja dah sama saiz ngan nyiru untuk nyiru beras tu, lebih kurang. So well known la jugak yang pokok ketapang ni agak keras pasal masa kakak sepupu aku meroyan dulu, dia cakap dia nampak banyak ‘benda’ bergayut kat situ masa senja. Oke berbalik kepada cerita aku tadi, lampu pun dimatikan, so ready nak tengok cite seram, aku duduk sebelah arwah sepupu aku. Beza umur kitorang 2 tahun je tapi dia dah meninggal masa umur 12 tahun lagi sebab m**i lemas. Tetiba, aku nampak satu benda, melangkah keluar dari bilik. Sekarang ni umur aku dah 27 tahun, and aku still tak boleh nak lupa muka benda tu.

Meh aku describe. Dia lelaki, dia melangkah keluar dari bilik tu sambil senyum, rambut dia toncet macam jin pakai toncet tu, and seluruh tubuh dia warna hijau. Masa tu aku terus tanya arwah cousin aku, “kau nampak tak ?” Lepas tu cousin aku tanya, “nampak apa ?” Aku jawab, “tuuuuu..” dia tak nampak. Aku tanya adik dia, tak nampak. Aku tanya abang aku, pon tak nampak. Last last benda tu hilang. Aku kecewa sebab aku sorang je nampak benda tu.

Itu first time aku nampak benda kat rumah aku. Oh ye, belakang rumah aku masa tu hutan.. bapak aku tanam pokok koko.. pokok buah buahan kat belakang rumah aku tu.

Kali kedua aku nampak benda makhluk halus ni, masa aku kat rumah tu jugak. Masa tu aku dah besar sikit. Masih sekolah rendah, mungkin umur dalam darjah 4 ke 5 camtu. Bilik aku bilik paling depannnn sekali. Bilik aku ni ada beberapa tingkap. So orang kat beranda rumah boleh senang senang je nak ketuk tingkap bilik aku ke apa.

Aku memang takut nak tido sorang sorang kat bilik tu. Bilik tu depan sekali and walaupun rumah aku tu kat tepi jalan, sepatutnya tak la seram sangat kan, sebab banyak lori or kenderaan lalu lalang. But nope, still seram ye, maybe sebab keadaan yang gelap kot.

Aku cuba jugak tido kat bilik tu sorang sorang walaupun takut. Aku betul betul cuba. Biasanya time aku tido, mesti aku akan terjaga. And kalau aku terjaga, mesti aku akan rasa takut tiba tiba. Rasa berdebar – debar gitu. Kalau jadi camtu aku akan baca al-Fatihah, lama lama aku rasa lega sendiri and leh sambung tidur.

So pada suatu malam ni, aku ingat lagi, masa tu tengah malam Sabtu. Tiba tiba aku dengar bunyi ketukan kat tingkap bilik aku tu. Tok tok tok. Tingkap yang sebelah katil aku tido. Lampu tido bilik aku warna kuning, lampu mentol bulat tu ha. Pastu aku dengar suara pakcik aku, suruh bukak pintu. Oh aku pun gi bukak pintu rumah, sebab masa tu pakcik aku kerja kat pasar malam so balik memang lewat la. Pakcik aku pun ke dapur, aku gi dapur gak, haus, nak minum air. Aku buat air sirap ais sambil tengok jam dinding, pukul 1.25 pagi. Lepas minum, aku masuk bilik nak sambung tido.

Aku peluk bantal golek aku, nak tido tapi mata rasa cam cerahhh sangat. Takleh nak tutup mata, hilang ngantuk. Rasa cergas. Masa tu aku baring mengiring membelakangkan cermin tingkap bilik aku tu. Aku perati je lampu bilik aku. Tiba tiba aku dengar bunyi ketukan kat tingkap, 3 kali. Sama je macam bunyi pakcik aku ketuk tadi. Aku abaikan, sebab aku ingat tu bunyi cicak kottt. Kan cicak suka dok ketuk ketuk ekor dia kan. Aku abaikan and sambung perati mentol bilik aku. Entah nape ntah, tiba tiba badan aku leh terpusing ke belakang and mata aku direct pandang ke arah tingkap belakang aku tu.

Itu diaaaaaaa. Tahu apa aku nampak ? Aku nampak bayang bayang kat langsir, tangan panjang, dok lambai lambai. Dia lambai lambai ala ala tangan orang kat konsert tu ha, hayun tangan ke kiri and ke kanan. Aku pon, apa lagi, bangun dari katil terus berlari ke dapur. Aku ketuk pintu bilik pakcik aku, sebab aku tahu dia baru balik kerja, mesti dia lom tido. Pastu dia bukak pintu, aku masuk terus duduk kat lantai. Pakcik aku tanya, “kau dah kenapa ?” Aku geleng geleng kepala. Aku tak mampu nak cakap pape. Aku cakap kat dia, aku nak tumpang tido bilik dia malam tu. Dia blur gila gila. Suspen betul dia tengok aku masa tu. Aku tido je. Esok tu baru aku cerita kat satu family pasal apa yang jadi.

Lepas tu aku takde dah jumpa apa apa gangguan. Sampai la aku masuk tingkatan 6. Yang ni jadi masa aku duduk rumah nenek aku. Masa tu aku ngan adik lelaki aku je ada kat rumah, nenek aku takde pasal dia gi umah maksu aku kat Penang, so aku ngan adik aku duduk rumah tu tolong jaga rumah. Malam tu aku ngah study Sejarah. Tamadun Dunia. Adik lelaki aku dah tido. Rumah nenek aku ni besar, tapi aku ngan adik aku tido sebilik pasal aku ni penakut nak mampos. Adik aku tido kat atas katil aku tido kat lantai. Tengah aku syok syok menghafal, tiba tiba aku dengar orang panggil nama aku. Ah, sudahh. Aku dah meremang bulu roma. Sapa pulak panggil aku malam malam buta ni. Aku tengok jam, kol 10 lebih dah. Adik aku lak lama dah tido. Aku cuba sambung study, baca buku sambil baring baring. Lepas tu aku dengar lagi suara tu panggil. Eyyy geram betul aku masa tu. Aku tahu tak mungkin jiran jiran aku panggil, takkan dorang tak reti ketuk pintu bagi salam kot. Ni dok panggil panggil nama aku, suara lak halus je. Suara tu datang dari kawasan depan rumah nenek aku.

Depan umah nenek aku ni ada banyak pokok mangga. Ada la orang dok cakap nampak pocong la apa la bawah pokok tu before ni. Aku dah seram dah masa tu, aku kejutkan adik aku. “Woi, woi, bangun.” Adik aku bangun ngan muka blur, marah gak dia sebab aku kacau dia tido. Nasib la dik ko dapat kakak penakut cam aku. Ngan nada marah dia tanya aku, “Apahal ?” Then aku tanya dia, “Ko dengar tak apa aku dengar ?” Pastu dia diam kejap.. “Ada orang panggil ko, kan ?” Aku telan air liur. Okeee dia pon dengar. Pastu dia cakap, “Abaikan je. Tido je lahh.” Aku pon angkut segala tilam aku, aku letak atas katil, aku tido sebelah dia. Aku pejam mata kuat kuat. Lantak laaaa esok exam ke apa yang penting aku takut. Hahahahahaha.

Sebenarnya banyak gangguan lain aku penah kena kat umah nenek aku ni. Selain daripada yang tu, ada satu lagi, masa tu ada aku, sepupu aku ngan bibik. Masa ni nenek aku still kat Penang. Ada sekali tu, masa tu kitorang ngah tengok cite “The Exorcism of Emily Rose”. Tengok pukul 2 pagi yeee. Apa boleh buat, dah Astro set cite tu time tu kan. Sebab teringin sangat nak tengok cite tu, aku ngan cousin aku pon layan je la. Tiba tiba bila sampai part yang dorang guna extract suara devils yang original tu, dalam cite tu scene segala kuda etc mengamuk kan ? Haaaa tiba tiba area umah nenek aku bising ngan bunyi segala binatang yeee. Segala ayam segala burung segala anjing semua bising serentak masa tu sampai la part tu abis. Aku ngan cousin aku cam.. err.. aku tengok dia, dia tengok aku. Pastu kitorang tutup tv. HAHAHAHAHAHHAA.

Satu lagi kejadian berlaku tak lama lepas tu. Aku, cousin aku ngan bibik tido kat dapur depan tv. Malam tu aku study sejarah kat meja makan dapur tu. So biasa la kan bila study ni kita dok selak selak buku kan. Pastu kitorang tido. Tiba tiba lam kol 1 2 pagi camtu kitorang terbangun. Yes, kitorang. Aku, kazen aku and bibik. Terbangun sebab dengar bunyi pages dalam buku diselak. Again, aku tengok kazen aku, dia tengok aku. Then kitorang tengok bibik. Huhuhu. At first aku ingatkan buku tu kena tiup ngan kipas sebab kitorang on kipas and kipas tu lak pusing pusing. So aku tak kisah sangat. Tapi makin lama makin galak lak bunyi nya. Aiii geram pulak aku kan. So aku dengan yakin and berfikiran positifnya, bahawa buku tu telah diselak angin, pun bangun nak confirm kan jangkaan aku, plus berniat nak alihkan buku aku tu. So aku bangun and jenguk kat dapur. Yerp, buku aku ada atas meja makan tu. But guess what ? Buku tu elok je tertutup, and atas buku aku tu ada pencil case aku ye.

Aku macam.. aiiii.. sabar je la. Aku tengok kazen aku, dia tengok aku. Aku pun sambung baring, bunyi tu pon ilang. Takde dah bunyi tu.

Setakat tu jelah yang aku leh taip buat masa ni. Nanti aku sambung lagi. The next one pengalaman dari zaman uni sampai la kejadian yang berlaku 2 hari lepas pulak.
Oke bai.

.

E-Z
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.