Drama punya pasal…

Pengalaman ini aku lalui waktu aku di sebuah Matrik. Waktu tu matrik aku ada buat English Week. Setiap kelas kena join aktiviti. Kelas aku join drama dan mungkin skrip mantap or lakonan hebat oleh budak kelas aku, drama kami berjaya masuk final. Which means, kena berdrama waktu malam kemuncak English Week tu. Kami kena ubah or buat penambahan pada skrip drama itu. Untuk berikan kelainan kepada penonton yang sudah melihan drama kami. So every single night, after Isyak, kitaorang praktis. Biasanya di bilik tutorial time studi malam.

Satu malam tu, ketua kelas kitaorang decide untuk praktis di dewan besar. Sebab nak test prop ok ke tak. So, masing-masing setuju. Sekali sampai dewan, kiri kanan depan belakang dewan tu penuh. Alih-alih ketua kelas kitaorang kata biar practice kat padang kawad since malas nak patah balik ke bilik tutorial. Padang kawad itu sebelah je dengan dewan besar tu dan kedudukan dewan tu berdekatan dengan guardhouse. Waktu itu jam dah pukul 10 malam. Jadi kamipun mulalah berlatih.
Sedar tak sedar, jam dah pukul 11 lebih. Dewan pon dan malap menandakan orang dah lama tinggalkan dewan tu.

“Boss lama lagi ke? Dah nak pukul 12 ni. Malam jumaat pulak ni” Tanya seorang classmate aku, si A kepada ketua kelas aku. Aku bila dengar dia kata malam jumaat, terus start rasa tak sedap hati. Tambah pula malam itu, bulan elok je mengambang.

“Balik jom” Ajak kawan aku si A ni kepada semua. Ketua kelas aku buat tanda suruh tunggu lagi 5 minit. Nak setelkan sikit drama tu. Walaupun hati memberontak juga, tapi kitaorang redho, tunggu drama tu setel. Teamwork la katakan.

Tapi lepas 5 minit berlalu, drama still tak setel. Kawan aku si B datang duduk dekat dengan aku yang waktu itu tengah bersila di padang kawad tu sambil kipaskan diri guna kipas prop. ‘Mesti nak tumpang angin dari kipas aku la tu.’ Getus aku dalam hati. Tapi sebab aku ini, baik orangnya, aku biarkan je la dia duduk ambil angin di situ sambil tengok budak kelas sambung berdrama swasta.

Tiba-tiba si B cuit tangan aku.

“Pehal?” Aku tanya dia sambil tahan mengantuk. Si B diam, tapi jari dia tunjuk ke arah sesuatu. Akupun tengok la apa yang dia tunjukkan tu. Mula-mula tak jelas, tapi lepas aku amati, aku nampak bayang bongkok sedang berjalan ke arah kedudukan kami sambil mengheret sesuatu. Aku teguk liur dan pandang ke arah si B yang sudah mula tak duduk senang. Aku terus bangun dari duduk. Si B turut sama bangun dari duduk. Tapi still tak buka mulut. Aku pergi ke arah ketua kelas aku yang tengah kusyuk bagi pendapatnya kepada pelakon.

“Tengok sana” aku tunjuk ke arah kedudukan bayang tu. Ketua kelas aku berpaling dan terdiam. Aku tengok dia seperti tengah amati apa sebenarnya bayang itu. Pada masa yang sama, abang guard baru balik dari buat rounding. Abang guard ni pandang ke arah kami dan angkat tangan. Sebab orang lain tak angkat tangan dan aku ni jatuh kasihan dengan angkatan tangan abang guard yang tak berbalas itu, akupun angkat la tangan juga pada dia. Melihat kelibat abang guard ni, aku serius jadi lega sikit. Sekurangnya ada la seorang yang lebih tua di kawasan itu.

Tapi tak lama. Sebab dari jauh aku tengok abang guard lalu sebelah bayang tu dan kemudiannya pecut sepecut-pecutnya. Waktu itu semua yang duduk mula berdiri.

“Kau nampak apa aku nampak?” Tanya seorang dari kawan aku. Semua serentak angguk kepala. Abang guard tu pula aku tengok sempat bagi signal suruh kami pulang sebelum masuk ke bilik guard dan tutup pintu. Waktu itu walaupun rasa takut sangat, tapi kaki kami seakan terpaku kat situ. Mata still terjurus kepada bayangan itu yang kelihatan bersungguh-sungguh menyeret bungkusan itu ke arah kami.

“Kemas-kemas. Kita balik” Kata ketua kelas aku. Serentak kitaorang kemas barang secepat yang mungkin dan mula berjalan laju balik ke asrama masing-masing. Aku sempat lagi menoleh ke belakang. Satu keputusan yang aku sesali. Sebab aku boleh nampak bayang itu tersenyum pada aku. Apa aku nampak tak dapat nak jelaskan sebab aku secubanya mahu lupakan imej itu. Dan bungkusan yang dia bawa itu, aku nampak jelas. Bukan sebarang bungkusan… Tapi bungkusan kain kafan. Pocong to be exact.

Aku lajukan langkah aku. Nak lari, barang banyak dan ada polistrin. Kau tahu jelah macammana payahnya nak lari kalau bawa polisterin ni. Si B jalan dekat dengan aku. Ada beberapa orang rakan sekelas sekali pulang dengan aku sebab kami duduk di blok yang sama. Aku sempat pesan pada si B untuk tidak berpaling ke belakang dan terus jalan. Si B anggukkan sahaja apa yang aku katakan. Kami lajukan lagi langkah. Waktu itu pula aku pakai sandal tapak keras. Dalam hati menyumpah-nyumpah diri sendiri sebab gatal pakai sandal tapak keras tali nipis. Tak selesa langsung nak jalan laju.

Untuk balik ke blok asrama aku, kami perlu lalu di satu simpang yang menghala ke arah kawasan blok rumah pensyarah. Waktu nak dekat dengan simpang tu, aku terpandang ada segerombolan manusia berjubah putih sedang menuruni dari kawasan itu. Waktu itu aku fikir mungkin budak-budak masjid habis event di rumah pensyarah mereka. Jadi lega sikit.

“Slow sikit beb. Dah jauh dah ni. Kaki aku dah start meragam ni. Lagipun ada ramai orang dah” Kata aku pada diorang. Tapi diorang tak endahkan permintaan aku. Rasa sedih juga. Hahaha. Tapi sebab aku faham yang mungkin diorang hanya nak balik dan sampai cepat, aku ikut tempo diorang.

“Kau tengok betul-betul” Kata kawan aku separa berbisik kepada aku. Aku berpaling ke arah kumpulan itu. Atas bawah. Dan terus meneguk liur.

Kaki mereka langsung tak jejak tanah!

Dan lebih aku mahu gugur jantung, Mereka sedang mengendong kerada.

Sial. Aku dah rasa macam mahu menangis.

Waktu itu, aku dah tak peduli dengan barang prop, polisterin and kaki sakit. Aku letak tepi barang prop, cabut sandal. Jerit pada kawan aku suruh lari balik. Kami semua lintang pukang lari balik tinggalkan barang-barang drama di kawasan tu. Dalam hati, lantaklah kena marahpun dengan ketua kelas esok. Yang penting nyawa aku. Lagipun kalau aku tak bernyawa, macammanala ketua kelas nak marahkan kami. hahahaha.

Sampai bilik, aku kunci bilik, pasang mp3 quran dan paksa diri tidur.

And esoknya… ya, kami kena marah dengan ketua kelas sebab tinggalkan barang-barang tu merata tempat. Hahahaha..

Sekian.

P/s: Aku tak kata cerita ni seram. Aku just nak share pengalaman. Ok bye..

::Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 7 Average: 4.7]

7 thoughts on “Drama punya pasal…”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.