Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kalau siarkan kisah aku ni. Beberapa tahun lepas aku ada cerita kisah curi syampu kat sini. Terima kasih pada semua yang komen. Kisah kali ni pengalaman dari kawan suami.
Kisahnya macam ni, setahun yang lepas aku pindah rumah dari pahang ke Kuala Lumpur ikut suami aku. Suami aku sewa lori dengan kawan dia. Aku gelarkan Mie la ye. Aku, suami dan Mie bertolak dari Kuala Lumpur dah petang. Naik lori je senangkan. Dari mula bergerak tu aku dah pelik dah, kenapa la Mie ni bawak lori slow je padahal lori kosong je, tapi aku diam jela. Sampai rumah aku dah malam, punggah barang semua, suami ajak pergi makan dulu sebelum gerak balik Kuala Lumpur. Dah siap makan tu dalam perjalanan balik kita orang lalu jalan lama Bentong-Genting Sempah. Dekat sini dah seram sikit.
Sebelum sampai Genting Sempah kat tepi jalan ada tokong cina yang kecik tepi lereng bukit. Lepas je lalu kat tokong ni aku nampak Mie main lampu tinggi rendah. Bila sampai selekoh je Mie pasang lampu tinggi lepas selekoh lampu rendah. 2 ke 3 kali dia buat macam tu. Aku mula fikir orang bawak lori memang macam ni ke, atau dia ada nampak sesuatu. Aku pandang suami yang duduk dekat tengah, tengok dia pejam mata cam tidur. Aku pandang Mie pula, tiba dia tanya aku nampak tak? Aku tanya balik nampak apa? Lepas tu dia cakap punya la jelas “benda” tu terbang dari bawah ke atas, pakai baju putih rambut menggerbang tak kan tak nampak. Aku pun cakap betul tak nampak, lagi pun aku bukan jenis hijab terbuka, memang susah nampak “benda” cam tu. Aku tanya lagi yang main lampu tadi sebab “benda” tu ke? Dia kata yela, sampai 2/3 kali keluar.
Tiba-tiba suami aku menyampuk, kata kawasan ni memang la ada ‘benda’ tu. Kawasan dia kan. Suami pun cerita la dia beberapa kali nampak ‘benda’ tu masa ulang alik jumpa aku. Sebab dia biasa balik malam. Selalu dekat tepi highway kawasan rumah orang asli tu dia nampak orang berdiri sambil lambai tangan tapi kepala tak ada. Lagi pun tengah malam siapa la nak duduk dekat situ dalam gelap. Buat tak tahu jela bila nampak suami aku cakap. Memandangkan Mie ni bawak lori dia kata memang selalu la nampak ‘benda’ tu. Mie pun buka cerita, dia suka cuba jalan baru kalau hantar barang jauh walaupun hantar barang tempat sama. Tapi suka ikut jalan yang berbeza.
Satu hari tu Mie balik dari Johor lalu jalan Negeri Sembilan, Mie kata jalan tu lagi teruk dari jalan Bukit Tangga selekoh dia, tapi dia tak tahu kat mana. Dia bawa lori seorang je tak ada teman. Masa tu dah nak masuk tengah malam, sampai dekat satu selekoh ni dia nampak dua orang budak pakai baju kurung tengah main tepi jalan. Mula Mie buat tak tahu je tapi sampai lagi satu selekoh nampak lagi budak tu makin jelas. Sampai selekoh ke tiga nampak lagi budak yang main tepi jalan tu dengan baju kurung yang sama. Lepas tu budak tu pandang je Mie yang tengah bawa lori ni Masa tu baru la Mie fikir tu bukan orang. Siapa la nak bagi budak perempuan main tepi jalan tengah malam macam tu.
Lepas sedar yang tu bukan orang tiba-tiba Mie rasa badan dia jadi keras. Tak boleh nak pijak brek susah nak kawal lori, dah la tepi tu gaung, tak ada orang lalu pulak kawasan tu. Masa tu Mie fikir dah nak mati dah. Tak pernah sampai menangis bila jumpa “benda” tu tapi kali ni dia kata air mata sampai tak nak berhenti keluar. Dia cuba kawal lori. Tekan kaki dia guna tangan untuk tekan brek lori punya la takut masa tu. Badan keras tak boleh gerak. Baca surah apa yang dia ingat. Tak lama lepas tu baru la badan dia jadi normal balik.
Tak lama lepas badan dia dah okay dia nampak gerai orang jual lemang tengah hutan macam tu. Tak fikir panjang dia pun berhenti nak pergi minum kat gerai tu. Pak cik gerai tu tanya nak ke mana? Dah lewat cam ni orang tak lalu dah jalan ni. Dah ramai yang jatuh ke gaung mayat tak jumpa pun ada. Pak cik tu sambung lagi kata Mie ni bertuah sebab terselamat. Ramai yang terbabas ke gaung bila lalu jalan tu.
Lepas minum Mie gerak balik baru dia terfikir gerai tadi tu betul ke wujud? Siapa yang nak buat gerai tengah hutan? Dah la tak ada rumah kawasan tu. Orang pun jarang lalu. Mie kata taubat dah tak nak lalu jalan tu, serik rasa. Misteri gerai tu sampai ke sudah tak tahu. Dah abis cerita tu dia pun cakap eh laju pulak lori ni gerak. Tadi masa datang punya la berat rasa, slow nak mampus gerak, tekan minyak pun tak jalan. Kesimpulannya bukan aku je rasa lori tu slow awal tadi, driver dia pun rasa pelik. Sekian kisah aku.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Drebar lori banyak pengalaman…boleh korek lagi…
Jangan korek sangat. Nnt lain jadinye. Ehem ehem.
Jangan korek sangat. Nanti lain jadinye. Ehem ehem
Abah aku kerja ngn syarikat kurier ,mmg selalu pergi hantar barang guna lori .. pernah satu hari tu abah aku ngan kawan dia berhenti di tepi jalan di kawasan hutan pd awal pagi sbb nak cek apa tahh .waktu tu jalan mmg sunyi gilaa.. masa gerak ke blkng lori tu tetiba ada budak perempuan berbaju sekolah rendah muncul dn tny “nak ke mana bang?” Abah aku jawab la “nk g hantar barang dik, adik nk g sekolah ke?” Dia senyum je pastu jalan kedepan dn hilang dlm kabus pagi.. abah aku ngan kawan dia pn teruskan lah cek apa yg patut , masa naik lori baru dorang perasan dan rasa pelik , “ni bukan ke kita lalu kawasan hutan?”.. “Ehh ye lah” “hbistu dr mana dtg budak sekolah tadi ?” Baru lah abah aku tahu tu bukan manusia 😂 nasib baik dia xmntak nk tumpang .huhhuhuu.. kalau x naya la ..hehehe.. driver lori mmg banyak pengalaman camni .. kadang pocong tumpang di tgh2 seat 😂 pontianak bertenggek atas lori yg dtg dr depan la,, banyak lg lh~ abah aku kata ,kalau lori suka bagi high beam tu adalah tu benda yg dia nampak huhuuu.
nk cerita apply la..apa barang cerita sini…
Nanti send la story.. Tringin nk baca cerita abah awk.
lol