Assalamualaikum admin dan pembaca cerita FS,
Alhamdulillah, hari ni ada waktu lapang untuk aku menulis kisah aku yang ketiga. Untuk pengetahuan semua, aku dah tulis dua kisah sebelum ini iaitu Misteri Lubuk Pusing dan Pemancing Solo Di Empangan Tasik Subang.
Ramai yang bertanya aku tak takut ke bila nampak entiti tu semua. Siapa yang tak takut kan…tapi aku dah terbiasa, dari zaman kanak-kanak lagi sampailah sekarang. Tapi tak selalu lah.
Aku bekerja sebagai pemandu lori dan kadang-kadang aku akan ‘outstation’ ke negeri-negeri lain. Aku dah berkahwin dan mempunyai seorang anak. Suatu hari, aku ditugaskan untuk menghantar barang-barang ke Rantau Panjang, Kelantan. Aku agak teruja kerana belum pernah sampai ke sana. Makanan orang kelantan mesti sedap-sedap belaka kan. Aku kena bertolak malam supaya sampai awal pagi di sana. Isteri dan anak peneman setia jikalau aku ‘outstation’. Kami akan bersembang dan bergurau senda satu sama lain untuk mengelakkan mengantuk. Tapi kali ini anak aku ditinggalkan bersama adik ipar kerana perjalanan ke Kelantan agak jauh. Lebih baik dia bermain bersama sepupu sepapat. Lebih menyeronokkan.
Kami bertolak dalam pukul 9 malam, dengan lafaz bismillah, aku memandu lori menuju ke sana. Sepanjang perjalanan berjalan lancar. Kami menggunakan aplikasi waze sebagai petunjuk arah. Sampai sahaja di Gua Musang, waze menunjukkan arah untuk menuju ke ke jalan jelawang-gua musang. Jalan yang makin lama makin gelap dan sunyi membuatkan kami terdiam. Tidak ada banyak kenderaan yang lalu lalang di jalan tersebut dan secara tiba-tiba sebuah kereta pacuan empat roda Ford Ranger bewarna biru memotong kami secara laju. Aku terkejut dan segera bertanya pada isteriku jika dia nampak apa yang aku nampak.
Dia nampak kereta tersebut tapi dia tidak nampak apa yang ‘menumpang’. Dia menjeling dan menunjukkan isyarat diam. Jangan tegur katanya. Aku faham dia takut. Aku meneruskan pemanduan dan tibalah kami di jambatan Pulau Stelu atau orang selalu panggil jambatan putus. Si isteri terkejut dengan keadaan jambatan yang mengerikan, sangat hampir dengan sungai, tiada penghadang kiri kanan dan tidak tahu sama ada lori boleh melintas atau tidak. Dia mengajak aku berpatah balik tapi aku yakin lori aku boleh melalui jambatan tersebut.
“Takpe yang, kita jalan je pelan-pelan, tak boleh nak patah balik, jalan sempit” aku cuba menenangkan dia.
Dia mengangguk tanda faham. Tayar lori aku mula berputar perlahan di atas jambatan besi, kelihatan arus deras sungai membuatkan kami bertambah berdebar. Tiba-tiba separuh perjalanan, terdengar bunyi besi berlaga, isteriku mengucap panjang, tidak cuba panik dan aku menekan lagi pedal minyak dan akhirnya kami berjaya melintasi jambatan tersebut.
belum sempat kami menarik nafas lega, tiba-tiba lori aku terasa berat yang amat sangat. Aku cuba mengawal agar tidak mati enjin. Aku melihat isteriku, dia juga mula perasan, dia memejam mata sambil membaca surah-surah yang dia tahu. Aku masih cuba mengawal lori, aku fikir kalau lori ni mati enjin, mungkin smapai pagi kami di tempat seram ini.
Lori dah boleh dikawal, sedikit ringan berbanding tadi, aku menekan pedal minyak dan dalam 500 meter, aku terjumpa semula kereta Ford Ranger yang memotong aku tadi. Terlihat dua orang perempuan melambai-lambai dari dalam kereta dengan menggunakan lampu telefon di tangan.
Isteriku kasihan dan ingin menghulurkan bantuan, aku juga mahu tolong, tapi ‘benda yang menumpang’ yang aku nampak awal tadi masih ada lagi, duduk atas bonet kereta belakang. Aku turun, tapi teragak-agak, kaki aku bagaikan terkunci, ‘benda’ tu hanya menundukkan kepala ke bawah dengan rambutnya yang panjang mengurai. Kemudian tuan punya kereta, aku gelarkan Mr. F, keluar dari kereta, datang kepada aku, kami bersalaman.
“Assalamualaikum bang, tolong, kereta kami tiba-tiba rosak”
“Waalaikumsalam bang, rosak apa?”
“entahlah, tiba-tiba tak boleh masuk gear, tapi enjin hidup lagi”
“Mmmm…nak tanya, abang nampak tak apa ada kat belakang bonet abang tu?”
“Tak nampak apa-apa pun? ada apa bang?”
“Takpe…takpe…abang masuk balik dalam kereta, baca ayat kursi dengan beberapa surah, nanti saya datang”
Mr. F dalam keadaan terpinga-pinga pergi masuk ke kereta dan aku memandang isteriku. Aku beritahu yang ‘benda’ tu masih ada. Dia mengecilkan mata dan memerhati tapi tak nampak apa-apa. Tak lama selepas itu, barulah ‘benda tu menghilang’. Aku pergi ke Mr. F, dan memeriksa gearnya. betul dah tak berfungsi lagi. Dia mengambil tali dari bonet dan meminta aku menarik keretanya tapi aku menolak kerana tali tersebut tidak cukup kuat.
Aku geledah lori dan Alhamdulillah ada tali yang kuat dan lebar boleh digunakan untuk menarik kereta, kalau tidak, mungkin mereka semua terpaksa bermalam di situ sehingga pagi. Aku pun memulakan perjalanan dengan lafaz bismillah, aku tahu malam ini akan jadi malam yang panjang. sebaik sahaja lori aku mula berjalan, lori aku terasa berat sekali, bagaikan menarik sebuah lagi lori tapi aku gagahkan juga. Aku lihat ada rumah di kiri kanan jalan tapi tiada seorang manusia pun di luar. Mungkin mereka tidur awal. Jalan menjadi semakin gelap, kami semakin mengantuk tapi kami tidak boleh tidur dalam keadaan begini, pasti ada lagi ujian-ujian yang mendatangi.
Oleh kerana tali yang digunakan tidak berapa panjang, demi keselamatan, setiap kali turun bukit, aku akan beritahu Mr. F untuk meluncur turun dengan harapan kereta beliau kembali pulih seperti biasa. tapi tidak, memang rosak habis, mujur enjin masih boleh hidup. entah kali yang keberapa, selepas aku menolak Mr. F turun bukit, betul-betul selepas aku tutup pintu lori, ada sebiji batu kecil yang keluar dari kanan jalan bergolek ke kiri jalan dan hilang. Aku dan isteri memandang antara satu sama lain. Kiri dan kanan jalan tiada rumah, hanya hutan dan kabus semata-mata, tak mungkin manusia kerana waktu itu jam menunjukkan pukul 3 pagi. Aku dah bertanya dengan kawanku yang arif dalam hal-hal begini, dia kata itu mungkin pocong tapi belum menjelma sepenuhnya. Tak dapat nak bayangkan apa jadi kalau dia menjelma.
Aku teruskan perjalanan, muka isteri jadi pucat, mungkin ini pengalaman pertama dia lalui benda-benda begini. maaf si isteri, tak sangka perjalanan kita jadi begini. Aku teruskan perjalanan selepas mengikat semula kereta Mr. F ke lori. Perjalanan jadi lama dan aku menjadi bosan, aku membuka tingkap untuk hirup udara malam sambil menghisap rokok, tapi tiba-tiba ada jelmaan langsuir lalu di tepi lori. ‘benda ‘ itu tidak memandang aku tapi dia terbang seiringan dengan lori. Aku cepat-cepat menutup tingkap dan mengarahkan isteri aku pandang ke depan. Dia faham dan menuruti sahaja.
Kami melalui beberapa jambatan kecil dan aku tak pasti jambatan mana, aku ternampak beberapa orang remaja lepak-lepak di tepi jambatan, muka mereka semua kehairanan memandang kami. Tapi aku pasti mereka manusia kerana selepas itu lori aku jadi ringan seringan ringannya. Aku tak perlu membuka ikatan kereta Mr. F dan kami teruskan perjalanan ke Bandar Jeli, talian telefon juga sudah ada. Mr. F sudah menelefon saudara mara dan meminta kami menghantar mereka ke stesen minyak Shell Bandar Jeli.
Keluar sahaja dari situ, kami terus menuju ke stesen minyak dan ramai saudara mara Mr. F telah menunggu. Mereka amat risau kerana langsung tidak dapat menghubungi mereka sejak malam tadi. Salah seorang saudara Mr. F memberitahu bahawa tempat yang kami lalu memang keras dan dia telah berpesan pada Mr. F agar mengikut jalan alternatif lain tapi oleh kerana Mr. F juga gunakan waze, maka dia juga melalui jalan tersebut.
Aku sempat bertanya jika mereka ada melalui apa-apa pengalaman, mereka berkata sebelum jambatan, mereka bertemu dengan seorang pakcik tua menunggang motor dan bertanya tentang arah jalan. Tapi kami suami isteri tidak nampak pun pakcik yang dikatakan. Mereka semua terdiam. Mr. F juga berkata isterinya tiba-tiba muntah di tepi jalan, dan mungkin itulah penyebabnya. Aku tidak pasti kerana aku tidak begitu arif dalam hal-hal begini.
Mereka mengucapkan terima kasih dan memberi kami makanan dan minuman. Aku lega kerana berjaya keluar dari situ dalam pukul 5 pagi, kami sempat tidur beberapa jam sahaja sebelum menyambung semula perjalanan ke Rantau Panjang. Petugas di stesen minyak tersebut juga memberitahu bahawa jarang ada kenderaan yang keluar dari situ terutamanya pada waktu malam.
Aku jadikan ini sebagai pengalaman yang sangat bernilai dan tak boleh dilupakan. Alhamdulillah, jambatan putus dah digantikan dengan jambatan baru yang lebih tinggi dan kukuh. Sepanjang perjalanan, kami tak putus-putus berdoa, membaca surah-surah al quran agar perjalanan kami selamat.
Terima kasih pada yang sudi membaca. Maaf jika jalan cerita agak sedikit membosankan. Sekadar berkongsi secebis pegalaman seram untuk bacaan semua. Assalamualaikum.
Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Terima kasih kongsi pengalaman. Best. Bukan semua org ada pengalaman gini.
Gigih aku google jambatan Pulau Stelu. Memang mendebarkan kalau nak lalu jambatan macam tu gayanya.
kagum dengan isteri. sanggup susah payah dengan suami. tak pernah lagi dengar isteri pemandu lori ikut sekali.
Btul,hati abg lori dan isteri pun baik,sy doakan abg dan kluarga sntiasa dilindungi Allah s.w.t
Waaah…terbaek
Bang…ni pesanan dr org yg dok area situ…pak mertua teman pon pesan kalo mlm elakkan lalu jln situ…kalo siang boleh lg…gila apa lori lalu jambatan setelu yg roboh tu…kereta lalu pon suspen kalo yg x biasa…mmg jln situ x jem kalo jln lain sesak…tp tu lah jln mmg mencabar…jln state…pastu pulak hutan jer…teman pernah sekali lalu situ mlm dr Perak ikut Cameron Highland – Lojing – Gua Musang – Dabong – Jeli…mmg kn marah ngan org tua…lg pulak ms tu ada anak kecik…tawakal jer…alhamdulillah x jd apa2
Bestlah. Terasa ngerinya. Gaya penulisan tuan juga kemas & tersusun.
pandu bas lah…lori bahaya
Kalau balik kelantan mmg lalu ikut dabong sbb tak ramai ikut jln ni. Tak jem. Hehe
Tq for sharing bang. Cerita best. Seram kalau fikir2 balik jalan nak ke Pantai Timur tu and saya takkan ambik trip malam. Siang2 drive lagi selamat.
Saya pernah lalui pengalaman sama..dari jeli nk balik ke shah alam… Buka waze.. Follow jalan kg. Berselang selikan jalan kiri kanan hutan dan melalui jambatan putus besi muat2 tritton.. Masa itu baru lepas waktu magrib..selepas itu rasa perjalanan terlalu lama.. Mmg seram terus terasa x kan dtg lagi ke kelantan.. Scaryyyy 😅