Salam kepada pembaca FS. Nama aku, Jaja. Aku merupakan silent reader untuk FS. Aku ingin berkongsikan kisah yang seram yang pernah berlaku pada keluarga aku, 18tahun yang lalu.
Opah ade sebuah dusun durian di belakang highway, dan di dusun tu juga ada sungai. Dusun opah ni macam bukit. Aku dan keluarga aku serta keluarga sepupu aku meluangkan waktu cuti sekolah di dusun opah, dari pagi hingga ke petang. Kira nya waktu itu kami tak layan sangat gadjet ni.
Biasa lah, kanak-kanak riang, macam-macam aktiviti kami buat dalam dusun tu. Sementara arwah mak dan makcik-makcik aku sedang sibuk buat persediaan untuk berkelah sambil memBawang, abang-abang aku, sepupu lelaki, pakcik dan arwah abah aku meninjau di dusun sambil tengok dan kutip buahan yang ada, deme juga jual buah durian ke peraih.
Ok, kejadian mistik mula berlaku masa kami semua kecuali yang tinggal di pondok dusun opah ni, abang-abang aku (Jam & Jai) sebab deme nak tunggu durian luruh dan akan balik rumah lewat malam atau subuh esok nye. Masa pertengahan jalan kami sekeluarga turun ke bawah sebab kereta letak di bawah, aku terhidu bau kemenyan .
Terus mata melilau keliling, mana lak datang bau kemenyan ni. Tak puas hati, aku tanya arwah mak aku,
“Mak, Jaja ada bau kemenyan la. Tapi tak nampak asap pon.”
Terus kena tegur dengan arwah mak, “Kamu ni, mulot bising bebeno. Diam je, jangan ditegur. Moh jalan je turun ke bawah, hari dah nak gelap ni. “
Tapi, selang beberapa langkah selepas aku terhidu kemenyan tu, tetiba pulak hidu bau bangkai. Apa lagi, aku tegur lagi , “Ishh, tadi bau kemenyan, ni bau bangkai pulak. Mana pulak le datang bangkai ni. Bangkai ape gamak nye.” Waktu aku kecik-kecik dulu, sikap ingin tau aku membuak-buak, selagi tak dapat jawapan, mesti cari atau mesti tanya. Bila arwah mak terdengar aku cakap macam tu, terus mak cubit aku, suruh aku berdiam.
Memang mendapat laa cubitan dia tu, sakit wooooo macam kene sengat lebah. Dan yang pelik, hanya aku dan arwah mak je yang terhidu bau-bauan ni, yang lain-lain steady je, takde bau ape pon. Nasib baik la tak demam..
Hari yang sama, malam tu dalam pukul 11 lebih, bunyi motor abang-abang aku balik. Masing-masing muka pucat dan macam terkejut. Arwah mak dan arwah abah suruh deme mandi dulu dan solat, lepas tu baru cerita ape jadi. Usai dari sume tu, Jam dan Jai cerita, dalam pukui 8.30 malam, deme lepak kat dusun sambil kikis kulit buah durian untuk dibersihkan, tetiba, Jai terdengar ade benda jatuh dan hempap atap bumbung zink pondok tu. Tapi, mana ada pokok durian bawah pondok tu.
Jai dah panik dan cuak. Siap ajak Jam balik rumah. Tapi Jam kata tak da ape lah, bunyi musang jatuh kot. Lepas dari tu, masing-masing rasa ngantok teramat sangat, dan deme cadang nak lelap sekejap je sebelum sambung cuci kulit durian tu. Lagi sekali, bunyi “BEDEBAPPPP!! “ atas zink tu, tapi Jam pulak yang dengar. Pintu dusun tu pulak terbukak tetiba, bile Jam bukak mata , dia nampak sesuatu seakan dahan yang berbulu, bile dia nak bangun kejut kan Jai, badan dia terasa macam diikat, tak boleh gerak, lidah pon kelu, macam lidah kebas, suara pon tak boleh nak keluar.
Korang rasa apa yang Jam nampak??? Dia nampak sebentuk makhluk yang tinggi macam pokok tualang tu, kaki berbulu, dan mata yang merah sedang tengok Jam. Sebab apa yakin tu makhluk alam lain, kerana malam tu tak berapa gelap pon, sebab diterangi cahaya bulan. Dengan tubuh yang kaku, Jam cerita pada kami semua, surah-surah yang dibaca habis lintang pukang ayatnya, sampai terbaca “Aliff, Ba , Ta , ..” dah macam cerita P.Ramlee pulak
Akhir sekali dia azankan dalam hati sampailah suaranye berbunyi, terus boleh bergerak lalu dia goncangkan badan Jai yang tengah nyenyak megholoh tu. Mengelabah le Jai bile Jam kejutkan dia macam tu cara. Masa yang sama, kelibat makhluk tu pon ghaib, cume tinggai bau kemenyan. Tanpa berlengah, deme padam kan pelita, kunci pondok tu, bergegas deme start motor balik ke rumah. Nasib baik takda ape-ape yang buruk terjadi pada abang-abang aku.
Arwah mak dan abah kata tu hantu galah. Saja le tu sakat komer, kata deme. Tapi, berdasarkan cerita yang disampaikan pakcik aku dan sepupu yang lain yang pernah bermalam di dusun Opah tu, deme selalu jugak disakat, macam-macam ropa yang muncui.
Setakat ni dulu cerita aku . Terima kasih kerana sudi baca.
@ely-J@
Best. Tkasih perkongsiannya.
Nasib xder pape….nice story…
syok baca loghat peyghok. nanti citer ler lagi komer.
best..suka lorat perak 2
Berani nya
better tulis salng BM yg btl jugak (mungkin boleh tulis dlm kurungan) sb bukan semua org rajin nk memahamkan diri dgn loghat negeri.
Tolong buat nigth mode pls :)), suka baca fs ni