Eh, Ada Oranglah!

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera kepada non-Muslim readers. Ni kali kedua saya hantar cerita di sini. Thanks to admin sebab sudi post story saya kali ni ye. Ya Allah, biasalah kan bila kita baru nak jadi writer ni, banyaklah kecaman hebat dari pelbagai pihak. Tapi apa pun, terima kasih atas comments yang membina. Eh, tapi kan, nanti buku saya bakal terbit tau (buku berkenaan Nabi-nabi dan juga ulama) bukan buku hantu.

Okay, saya tak nak formal sangat. “kau”, “aku” jela ye readers semua. Macam biasa, jap aku copy balik intro pasal diri aku. Itu untuk pembaca yang baru la, yang dah baca cerita aku tu boleh skip je la ye.

Sedikit pengenalan, aku berasal dari negeri sembilan, bersekolah agama di negeri sembilan juga pada tahun 2007 hingga 2011 dan baru sahaja bekerja di salah sebuah syarikat separuh kerajaan dan separuh swasta di Kuala Lumpur. Alhamdulillah rezeki bekerja aku dapat di tempat aku praktikal dulu. Okay jom start membaca.

Since aku practical bulan 2 sampai 5 haritu, ni sebelum aku jadi staff permanent la ye. Company ni ade buat team-building kat satu area Hulu Langat ni. Selepas tu, aku ditugaskan untuk menjadi secretariat sepanjang program tu. Dalam beberapa session dah aku jaga program tu, semua okay je takde ape masalah pun. Tapi sampai satu hari ni, ade la sorang staff ni dari Sabah. Aku namakan dia Huda la ye.

Huda ni memang ade masalah sikit iaitu boleh nampak benda-benda ni, hijab terbuka la kan. Mana aku tau hijab dia terbuka? sebab dia bagitahu aku, okay. Kang ade pulak yang cakap aku tipu. Lepas tu, nasib aku pulak, memang that week aku yang kena jaga semua staff kat tempat program tu. Dia ni memang tengah berubat dengan ustaz kat sabah sana la means dalam proses berubat lagi la untuk pulihkan keadaan diri dia. Then, bila sesi program mula, malam jumaat tu dia okay je cuma dia mengadu yang dia ni boleh nampak benda la. So aku diamkan je sebab dia kata dia okay takde ape masalah.

Masuk hari kedua which means hari sabtu la, ade activity masuk air la, buat kuak lentang la, macam-macam la sampai la kat turn Huda ni, dia main kat tepi air sungai tu, tup-tup dia cakap macam ni kat kawan dia , “Eh kak, ada oranglah dekat rumah atas sana.” Akak tu pun tak tahu apa-apa, dia cakaplah, mungkin Huda salah pandang. Dah tersedar, baru dia ingat yang Huda boleh nampak ‘benda’ tu. Tapi sebab time tu petang, so dia main tegur sajalah. Huda ni pun satu, dah tak boleh beza mana satu hantu, mana satu manusia.

Memang nasib dia time tu, dia hampir nak kena rasuk. Lepas activity malam tu dalam dewan, semua masuk tidur la dalam bilik. Bilik dia dengan bilik aku tak jauh, dalam 5 buah je selang. Aku malam tu dah tidur dah pun, yela penat kan seharian jadi secretariat buat tu buat ni. Tup-tup dalam pukul 1 pagi, fon aku bunyi. Aku dah tidur dah time tu tapi aku jenis yang senang terjaga so aku pun terbangun la terus angkat fon. Pastu ade la perempuan cakap, “farah,farah, meh la datang sini Huda ni dah lain macam la”.

Dalam hati aku, “aku dah sedap tido kot”. Okay takpela demi tugas aku, aku pegi la bilik dia. Kena la sarung sweater dengan tudung lagi, aduhh lambat. Dah sampai kat bilik Huda tu, kawan-kawan dia terus datang kat aku. Aku pun cuba la communicate dengan Huda ni. Dia okay je cuma separuh sedar.
Aku pun jadi blank nak buat ape tak tahu. Last, aku pegi jumpe trainer aku cakap yang staff aku kena kacau. Trainer tu bagi la idea suruh aku jumpe orang chalet tu ke ape ke sebab dia pun tak pandai bab-bab macamtu. Aku pegi la jumpe orang chalet tu. Aku namakan dia Beni la, so aku cerita la kat Beni ni yang staff aku kene kacau. Alhamdulillah, rupenye Beni ni ade kepakaran dalam bidang mistik tu, so dia tolong la. Dia ikut la pergi bilik Huda tu, tup-tup sampai bilik, Beni tu cakap benda tu dah keluar dah, baru je keluar. Huda tu pun dah okay, kalau tak tadi tu dia menggigi-gigil. Suruh bercakap pun dia pandang bawah.

Lepastu aku suruh la dia cerita, dia cakap petang tadi kan dia tegur benda tu, so benda tu datang la kat dia. Sebenarnye benda tu dah kacau dia since petang tu lagi. Waktu dia tegur tu, benda tu dah duduk dalam air pandang kat dia tu kawan-kawan dia ajak main air dia taknak. Malam tu, dia tak boleh tido sebab dia kata benda tu datang duduk kat kaki dia. And kawan-kawan dia pulak boleh call aku sebab, tibe-tibe je si Huda ni turun dari katil usik kaki kawan dia kat katil lain. Tu yang kawan dia terperanjat sebab dia lain macam dah.

Beni tu cerita la, after dia masuk bilik Huda tu, benda tu terus keluar sebab Beni tu jaga tempat tu so benda tu tak kacau la. Tambah pulak Beni tu adalah Allah bagi sedikit kepakaran mengubat orang, lepas tu dah selesai semua, aku pun masuk la bilik aku balik sambung tido. Tapi of course la kan, aku tutup badan aku sampai muka pun aku tutup sebab aku pun manusia, ade jugak sifat takut tu.

#Sampai sini cerita aku kali ni. Yo den cakap noghori ha, cumo dalam ceghito den tak leh la nak koba macamtu nanti semua orang tak paham lak kan. Kang ado lak yang koba den lupo daratan lak kan, ajet-ajet cakap kl padahal orang nogori.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

farah
Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4.7]

67 comments

  1. buleh la tu warith….cito la laie..lamo2 pandai la ekau nulih nanti…den duk KL gak..tp minang Gumbak..bukan ng 9…ado lain sikik bahaso eh….heee

    1. eh tak lah. tak marah pun, aku terbit buku kisah Nabi dan ulama-ulama terdahulu. come on la FazAhmad, standard orang dewasa la, ape buku kanak-kanak. 🙂

  2. Tambah pulak Beni tu adalah “Allah” bagi sedikit kepakaran mengubat orang Maaf ini pendapat saya mungkin awak boleh gunakan perkataan lain selain dari menguna perkatan “Allah “.
    Mungkin awak boleh tulis ” Tambah pulak Beni tu adalah pakar dalam mengubat orang”

  3. Kekadang seronok gak baca cerita yg disampaikan secara santai. Tp penyampaian kali ni, terlalu santai hingga tak dpt beri debaran pada plot cerita. Byk ayat deskriptif digunakan pada scene yg tak menakutkan sedangkan scene menakutkan disampaikan terlalu pendek, dlm satu nafas je baca. Mungkin perlu diubahkan sikit supaya intro pendek, konteks dilebihkan dan jgn tutup mengejut mcm tu. Bagi salam sikit bila nak tutup. Hehe

    1. thanks for the comment. insya allah untuk cerita yang akan datang, saya cuba perbaiki. ahahahhaha ya allah haah lupa nak bagi penutup (salam). bukan apa, readers ada juga yang berbangsa cina dan india dan bangsa lain, jadi saya tak nak dikatakan memilih bangsa melayu dan beragama islam sahaja.
      btw saya akan cuba perbaiki lagi. Terima kasih ya atas komen yang membina. 🙂

  4. cter best just mcm xde aura sgt. sori eh kalau terasa. cter best tau, just kena bunga2kan sikit bg teruja nk baca. kipidap!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.