EMAK, NENEK DAN COUSIN KENA GANGGUAN YANG MENAKUTKAN

EMAK, NENEK DAN COUSIN KENA GANGGUAN YANG MENAKUTKAN

Assalamulaikum fs. Aku suka membaca tentang kisah seram dekat sini dan aku peminat setia, jadi aku nak ceritakan juga kisah benar yang pernah aku alami selama ini. Kalau ayat aku tunggang langgang aku minta maaf okay. Perkenalkan nama aku Hani, aku ada 7 orang adik beradik.

#kisah 6 tahun lepas.
Masa ini arwah ayah aku baru je meninggal dunia sebab sakit. Mak aku nak sangat arwah ayah aku dikebumikan dekat dengan kubur angah aku iaitu abang kedua aku, yang berdekatan dengan rumah nenek dan atok (belah mak) aku. Malam pada kenduri tahlil lepas je kemas-kemas, tiba-tiba nenek aku meracau. Masa ini nenek aku dekat bilik tapi bilik nenek dan atok aku ini berdekatan dengan tandas dan dapur dan bila keluar je pada bilik akan nampak tingkap luar. Rumah nenek atok aku ini bersebelahan dengan pokok pisang dan ada hutan, rumah atok dan nenek aku berjauhan dengan rumah orang lain sebab rumah kampung kan. Korang bayang tak kawasan rumah nenek dan atok aku.

Kembali pada cerita tadi, nenek aku terpandang tingkap dan masa itu dia nampak sesuatu dan terus meracau. Aku tengok masa itu aku jadi risau, aku terus cari mak aku dekat tangga batu depan rumah. Aku dan kakak aku terus tarik tangan mak bawak masuk dalam duduk dekat ruang tamu. Masa itu mak aku nak tengok nenek jadi aku larang dia. Atok dan pakcik2 sedang ubat nenek. Jadi aku pun duduk dengan mak aku, sambil suruh mengucap baca ayat al-fatihah, ayat kursi dan aku suruh mak pegang al-quran. Mak aku lemah semangat dan mak aku pernah kena masuk dengan hantu raya pada masa dulu. Kalau korang nak tahu nanti aku cerita.

Lepas je aku suruh baca, mak macam pegang leher. Dari cerita mak, mak nampak benda panjang tinggi hitam lepas itu benda itu cakap jangan mengucap jangan baca ayat-ayat suci al- quran. Asal benda dari badan nenek aku. Lepas dia tak boleh nak duduk badan nenek aku terus dia datang dekat mak aku. Masa itu pakcik2 pindah nenek ke ruang tamu. Kemudian aku nampak dah perubahan mak, mak cakap gatal kat hidung jadi dia kata, ‘kejap mak gatal ini’ pandai benda itu berlakon sebab mak dah tak nak pegang al-quran. Mula dari itu mak aku nak menjerit, meracau dan atok cuba rawat mak aku. Kakak aku pula bagi air yasin tapi mak tak nak minum, kami paksa mak minum juga. Mak jerit-jerit cakap, “panas-panas, tolong mak”.

Aku tahu itu berlakon jadi kakak cakap, “kalau kau panas, keluar dari badan mak aku!”. Berani betul kakak aku.

Benda itu berpindah-randah sekejap dekat nenek sekejap dia dekat mak aku balik, atok jadi penat dan last sekali dia pergi dekat mak anjang aku. Mak anjang badan besar jadi ramai juga pegang dia. Masa itu mak anjang mengamuk dia menjerit macam gila.

Pak anjang bersuara, “kenape kau kacau keluarga aku? Keluar kau setan!”.

Benda tu jawab, “aku ingin musnahkan seluruh keluarga kau dan keturunan kau”, lepas itu gelak-gelak, “hahahhaahh!!!!”.

Menurut dari mak aku, ada salah seorang adik beradik belah atok yang ada ilmu hitam ini, hantar dekat atok aku untuk tujuan mengacau. Lepas dia meninggal, benda itu tak bertuan jadi tetap kacau atok aku. Tak tahu kenape datang kacau lagi. Back to story, adik cousin aku Nina kena kacau dengan benda itu pula. Dia menangis, dia cakap ada benda berat dekat lengan dia tapi dia tak nampak, dan masa adik cousin nangis, mak anjang dah mengamuk. Jam masa itu pukul 3 pagi. Masa lepas itu mak anjang punya mak ayah datang sebab aku call. Lepas itu mereka datang bawak bomoh.

Dia masuk rumah je, suruh cousin Edah aku itu berhenti baca yassin, dan cakap dekat pak anjang aku dekat sini tak boleh berubat. Dia bawak mak anjang balik rumah mereka tak jauh dari situ. Lepas mereka pergi, datang ustad yang pak andak aku panggil untuk tolong kami. Lepas keadaan kembali okay, kami sekeluarga tidur dekat ruang tamu, masing-masing letih dekat pukul 5 pagi baru reda. Mak anjang aku itu aku tak pasti sebab lepas kejadian masing-masing tak bersuara.

Betul cakap orang sebab duit, harta, tanah keluarga sendiri tak nampak, sanggup nak musnahkan abang sendiri. Aku cerita ini sebagai nak berkongsi kisah benar aku je. Kalau ada rezeki aku cerita yang lain.

2 thoughts on “EMAK, NENEK DAN COUSIN KENA GANGGUAN YANG MENAKUTKAN”

  1. Menurut dari mak aku, ada salah seorang adik beradik belah atok yang ada ilmu hitam ini, hantar dekat atok aku untuk tujuan mengacau. Lepas dia meninggal, benda itu tak bertuan jadi tetap kacau atok aku. Tak tahu kenape datang kacau lagi.

    Betul cakap orang sebab duit, harta, tanah keluarga sendiri tak nampak, sanggup nak musnahkan abang sendiri.

    xjelas la cter…

    Reply

Leave a Comment