Emily dan Aku
Pengalaman ini tidak seram mana berbanding pengalaman orang lain yang pernah aku baca di FS. Nama aku Azri berumur 20 tahun. Masih belajar di sebuah IPTS. Aku ni nak kata mata tak berhijab tak juga, nak kata tak nampak, tak juga. Ada masa mata aku ni mudah-mudah saja meliaht sosok-sosok aneh atau seram. Tapi tak ada la aku kena kacau teruk. Sampai la satu hari. Benda ni memang aku ingat sebab ini first time benda ikut aku balik rumah. Selalunya hanya penampakan dan usikan nakal sahaja.
Masa ni aku baru habis SPM dan tengah tunggu keputusannya keluar. Sementara duduk di rumah tak buat apa, aku kerja sambilan dengan Pak Tam aku yang buka kedai makan. Selalunya aku balik lewat malam. Sebab tolong kemas apa yang patut. Lagipun kedai Pak Tam ni memang buka waktu malam sahaja dan tutup juga pada waktu yang agak lewat. Masa tengah angkat bangku dan meja di luar kedai, aku ternampak ada seorang gadis jalan seorang diri di bahu jalan. Hidungnya mancung tapi keseluruhan muka dia aku tak berapa jelas sebab dia jalan sambil menunduk. Dari segi pakaian dia memang aku tak fikir dia hantu. Sebab dia pakai seluar putih yang ikut bentuk kaki dengan baju lengan panjang berbutang. Bagi aku agak bergaya nak dipanggil hantu. Dia berjalan kaki ayam sementara kasut tu dia pegang.
Dua tiga kali aku toleh, dia dah tak Ada. Aku rasa mungkin awek yang keluar dating dnegan pakwe lepas tu gaduh kemudian Pak we tinggal dia tepi jalan. Bukan aku tak tahu laki panas baran macam abang aku tu. Sanggup tinggalkan awek dia tepi jalan lepas tu blah. Nasib waktu siang. Nak tak nak aku juga yang kena pergi ambil bakal kakak ipar aku tu. Okey kembali ke cerita asal. Sekitar jam 1.30 pagi aku baru habis kerja. Jadi macam biasa aku terus ke motor buruk aku tu untuk balik. Ada la pekerja pak tam suruh aku tidur je bilik diaorang kat atas tapi aku rasa aku lagi selesa tidur bilik sendiri dan sebenarnya aku suka jalan sorang-sorang waktu macam ni.
Masa bawa motor sambil nikmati suasana yang lengang aku ternampak perempuan tadi. Berjalan seorang diri. Masih sama cara dia berjalan kaki ayam manakala kasut dia tu dia pegang. Aku tak faham apa masalah dia buat macam tu.. Mungkin kasut tumit tinggi tu patah tumit agaknya. Dari belakang aku perati je perempuan tu yang berjalan di hadapan tak jauh dari aku. Makin lama makin dekat dengan dia. Aku sendiri tak sedar aku perhati dia agak lama sampai la motor aku sampai dekat dengan dia. Masa ni lah dia toleh tenggok aku.
Jantung aku tetiba saja macam nak pecah bila tengok muka dia. Kalau calar balar kesan luka sebelah muka tu taka da mungkin dia adalah seorang gadis yang cantik. Sebelah muka lagi masih elok. Dengan hidung mancung. Aku apa lagi, mata bertentang mata. Aku terkaku kejap lepas tu terus pederas motor sampai ke rumah. Masa tu memang tak buka dah kunci. Aku tinggal motor kat luar pagar dan terus panjat pagar. Bertalu-talu aku ketuk pintu rumah dengan satu badan rasa mengigil.
Sebelum masuk ke rumah ayah suruh aku mandi terus kat luar dengan air yang dia jampi dalam timba. Lepas tu aku londeh semua pakaian tinggal boxer je. Motor tu lantak la kalau ada yang nak curi curi la. Sebab apa aku kata macam tu. Sebab aku nampak perempuan tu duduk bertenggek kat motor aku. Baju yang dia pakai tu dah berubah jadi baju kelawar rasanya sebab aku nampak mengerbang semacam. Aku tak berani nak tengok betul-betul. Hanya sekali imbas je aku tengok lepas t uterus masuk dalam.
Mulamalam tu aku demam. Hari ke dua aku masih demam. Memang tak pergi kerja la. Masa tu tengah hari. Elok Pak Tam nak balik rumah lepas tengok aku. Aku di tinggalkan seorang diri dalam bilik sendiri. Bilik aku ni agak suram sebab bilik dekat hujung dapur yang mana jauh dari cahaya matahari. Tingkap bilik pulak di lindung dengan pokok manga yang ayah tanam belakang rumah. Masa aku nak lelap tu aku rasa ada orang raba aku. Tangan halus memang sah la perempuan. Tapia a jadahnya perempuan sebab dalam rumah aku ni ke semuanya lelaki. Mak aku je perempuan. Kalau Mak aku nak rasa suhu badan, memang aku kenal tangan dia yang kasar. Lagipun kalau ada orang masuk bilik mesti dengar. Aku mula fikir macam-macam. Mana tau cicak jatuh atas badan aku. Meremang pulak bila fikir cicak.
Tangan halus mulus tu seolah meraba-raba aku. Dari kaki sampai ke lengan. Tapi aku tak berani buka mata. Aku takut. Aku sedar masa ni mesti perempuan tu punya angkara. Lama tu dia main rambut aku pula sambil hembus kat telinga. Bau pulak memang wangi. Bau bunga yang aku tak pernah bau. Tak tau nak jelas macam mana bau dia.
Kemudian dia bisik suruh aku bangun. Tapi aku tetap tak nak buka mata. Segala ayat kursi semua tungang terbalik. Sekali lagi dia suruh aku bangun. Suara ya amat.. sangat menggoda lembut. Dia kata dia tahu aku tak tidur, dia nak aku tengok dia kalau tak dia nak isap ibu kaki aku. Aku pun buka mata pelan-pelan. Ready nak lari keluar. Tapi tak jadi. Dia duduk di hujung kaki aku dengan wajah yang cantik dengan baju yang dia pakai semalam.
Kalau rupa lawa macam tu kurang la sikit takut aku. Jadi lepas dah reda takut tu. Aku tanya dia kenapa ikut aku sampai balik. Dia cakap saja je nak sembang dengan aku. Aku tanya dia tinggal di mana? Dia cakap kat hutan kelapa sawit. Malam tu dia nampak aku dan dia tahu aku boleh nampak dia. Sebab tu dia ikut aku. Dia kata dia sunyi tak ada kawan.
Aku tanya nama dia, dia tak nak jawab. Jadi aku panggil dia Emily sebab muka tak macam orang melayu. Selama seminggu tu dia datang lawat aku. Dia minta nak isap ibu kaki aku nak darah sikit. Sikit pun jadi la kata dia. Tapi aku tak kasi. Aku cakap kalau nak makan orang pergi le kat kelab malam tu bersepah manusia. Pilih je muda tua, seksi, lupa diri semua ada. Kalau tak nak aku suruh je dia makan mat rempit yang merempit di jalan kampung tu. Siap aku bagi lagi lokasi kawasan aktivi mat rempit di Malaysia dan lokasi kelab malam dan pusat hiburan. Entah mana datang idea tu. Aku rasa elok la dia makan orang-orang macam tu. Lepas tu dia senyum je. Menggoda betul.
Hari terakhir tu Dia tanya aku boleh tak dia nak duduk dengan aku. Dia nak jaga aku. Aku pun layan dia baik. Masa tu bila dengar soalan dia. Terus rasa darah aku macam menyirap. Seram suspen semua ada. Memang kalau dapat awek cantik lemah lembut macam ni memang best. Tapi aku istiqfar balik. Dia bukan manusia. Pesan atuk aku damping dengan jin ni banyak buruk dari baiknya. Silap hari bulan kita diperdaya. Makhluk ni licik dan ada agenda sendiri.
Lepas aku cakap tak boleh. Dia tanya kenapa tak boleh sambil badan makin dekat dengan aku. Dia kata dia tahu aku juga suka dia. Aku dah layan dia bersembang dengan dia kenapa pulak aku cakap tak boleh? Itu soalan dia kat aku. AKu faham dia memang tak nak pergi jauh dari aku. Dia tak akan tinggalkan aku senang-senang. Seminggu aku layan dia.. Ha ini satu pengajaran bagi aku. Jangan layan sangat menatang ni. Kang dah terjerat.
Lepas tu aku cakap. Satu syarat kalau nak duduk dengan aku. Aku nak dia insafkan manusia-manusia yang ada di kelab hiburan, insafkan manusia yang merempait tak tentu pasal, insafkan penagih dadah pulang ke pangkal jalan. Insafkan manusia yang lupa Allah. Lepas tu dia diam. Tetiba Dia kata dia nak balik dah. Masa dia nak balik tu dia pesan kat aku kalau aku nak minta bantuan dia datang je kat hutan kelapa sawit tu. Jalan sampai ke tengah sampai yakin cahaya matahari dah tak ada. Sebut je nama dia. Dia akan muncul.
Aku pun angguk je then aku pun pesan kat dia. Kalau lapar darah pergi la hisap darah orang merempit tu. Ke pergi je kelab malam hisap darah orang-orang kat situ. Dia senyum ja lepas tu angguk kemudian keluar tembus ikut dinding.
Inilah secebis kenangan aku dengan Emily. Lepas pada tu memang aku tak berani nak layan hantu. Aku juga dah mula amal ayat-ayat al quran sebagai pendinding. Nasib la Emily tak hantui hidup aku. Cukuplah seminggu tu.
Kadang-kadang tu kalau masa petang aku lalu kat jalan hutan kelapa sawit tu ada la aku nampak sosok lembaga putih terbang. Tapi cukuplah tak dah jumpa dia. Sekian ini je cerita aku. Pengalaman lain ada tapi tak la seram mana.
Terima kasih baca sampai habis.
-Joni Dep-
Seramnya mak aiiiii!!! 😱
hati kau kental bro kwan dngan dia 😂
Admin dah xda modal ke..semua cerita ulangan dia post balik…
Cerita dari awal2 dulu pun post balik..
Apa daaa..
Ohh dah penah post ke cerita ni.. Alaa xpe lahh kitorang ramai lg blm baca.. Huhu
Gila seram !!!!
Psl aper x mintak no ekor…try lah mn tau ada luck…
Elok lah Azri xk minta no ekor. Setiap yg kita minta dr mereka bkn percuma, ada harganya. Bayaran mereka minta ialah paling mahal yakni nyawa. Xk kira nyawa sendiri atau insan yg kita sayang. Lihat permainan jahat mereka.
baik lak hantu tue dengar cakap.
Makhluk apa la macam ni ya. Jin ke… Iblis ke….. Untung mau pulak dia beralah balik dan tak kacau lagi. Tapi memang seram. Terima kasih kongsi cerita ya
Yg kelakar Azri suruh hidap darah kaki clubbing dn kaki rempit. Memilih Emily ni. Nk darah bersih non todi. Agaknya klu hisap darah kaki clubbing, emily blh mabuk kut.
hantar cerita di email saya
Tobaik arr pesanan kat hantu tu.. pi hisap darah orang kat kelab malam. Hahahahaha
Rasanya Azri berani ckp mcm tu sbb rupa kakak tu cantik. Mau dia datang dlm keadaan asal mau takut Azri rasanya..hahahaha.. aku harap jin tu dgr cakap Azri pergi hisap darah manusia di club tu, darah siti kasim, darah lgbt, darah sajat, darah haruan makan anak, darah mat rempit tu.. biar mampus pun tak apa dari nyusah org. Hahaha
Berani nya budak ni
dia datang muka cantik n mnggoda.. alahaiii.. cucuk terus ler.. kn brg nyaman tu.
Best gile citer nihh