Empangan Pasir Gudang

Asslamualaikum dan salam sejahtera. Selalunya aku menjadi pembaca dalam fiksyen shasha ni. Tapi kali ini aku ingin berkongsi dengan pembaca semua tentang kisah yang bagi aku seram. Terlebih dahulu aku ingin mengucapkan terima kasih kepada admin FS kerana menyiarkan kisah aku yang tak seberapa ini.Kisah ini terjadi pada tahun 2006 dimana aku berumur 12 tahun. Sebelum itu, aku kenalkan diri aku sebagai Mr Manap (bukan nama sebenar).

Aku adalah anak sulung dari 6 adik beradik. Abah aku dulu seorang pekerja kilang di Pasir Gudang. Sebelum abah aku jatuh sakit yang menyebabkan dia kurang upaya untuk melakukan kerja berat, abah aku selalu memancing dan menjala dia sebuah empangan di Pasir Gudang. Empangan tersebut di pendalaman sedikit dan bersebelahan dengan cawangan TNB Pasir Gudang. Pada satu malam, abah dan rakannya, Pakcik Din(bukan nama sebenar) ingin ke empangan tersebut untuk mengisi masa lapang mereka. Aku terasa ingin tahu bagaimana rasa memancing dan meminta izin dengan abah untuk ikut sekali. Abah membenarkan aku ikut pada malam itu.

Setelah barang semua telah siap sedia, kami bertiga bertolak dengan menaiki sebuah kereta. Perjalanan memakan masa dalam 30 minit untuk sampai ke empangan tersebut. Setelah sampai di empangan, abah dan Pakcik Din turun dan menyediakan barang yang patut untuk memancing. Aku hanya duduk di bawah pokok yang agak rendah dan disitu terdapat buaian yang telah usang. Mungkin sudah lama tidak digunakan. Abah pesan kepada aku, jika ada dengar atau nampak apa apa, jangan ditegur. Banyak kali abah pesan kepada aku sebelum abah menaiki sampan untuk ke tengah empangan. Aku tidak berani untuk menaiki sampan kerana aku mabuk sikit. Hehe. Semasa meraka bergerak ke sampan, aku nampak satu lembaga hitam di sebelah sampan. Aku ingin bagitahu abah tapi aku ingat pesan abah, jangan tegur. Jadi aku diamkan diri.

Setelah meraka sudah ke tengah empangan, aku hanya tunggu mereka pulang ke darat dengan hanya bertemankan lampu suluh dah unggun api yang abah buat sebelum mereka ke sana. Senang kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku. Jam menunjukkan pukul 12 tengah malam. Abah dan Pakcik Din belum balik lagi ke darat. Aku mula fikir macam macam kerana hanya aku ada disitu dan unggun api pun hampir padam. Tambahan pula aku terdengar orang memanggil nama aku tetapi jauh di dalam hutan. Dalam masa tengah menunggu meraka pulang, tiba tiba aku terasa ada satu lendir jatuh dari atas pokok kena di tangan aku. Bila aku pandang saja diatas, ada lembaga yang matanya merah dan sangat besar. Setelah dari tu aku terus tidak sedarkan diri.

Aku hanya sedar bila mana abah kejut aku supaya bangun dan minum air yang mereka bawa. Pada malam tu abah dapat banyak ikan. Aku nak cerita apa yang aku nampak tapi abah cakap tunggu sampai di rumah baru cerita semua. Kami semua kemas barang dan bergegas pulang kerana Pakcik Din tidak sedap hati dan rasa diperhatikan.

Abah menyuruh aku kemas dan letak dalam kerete sementara abah dan pakcik din membahagikan ikan kedalam baldi masing masing. Semasa ingin pulang, kami diganggu dengan kereta yang kami naiki tidak boleh dihidupkan dan alarm bunyi.

Abah membaca ayat baru alarm dan kereta boleh dihidupkan. Sepanjang perjalanan, kami semua hanya diam membisu. Abah menghantar pakcik din balik sebelum kami balik. Abah pesan dengan pakcik din supaya basuh kaki dan baca ayat kursi sebelum masuk kerumah.

Semasa aku sampai ke rumah, abah menyuruh aku basuh kaki dan terus masuk ke rumah. Abah memberitahu aku supaya masuk dan terus mandi. Tapi biasalah kalau dah nama lelaki degil sikit. Aku tidak terus mandi sebaliknya aku mengintai abah di luar kerana abah seperti bercakap dengan orang di luar.

Rupa rupanya lembaga yang aku nampak di empangan tersebut ikut kami sampai ke rumah kerana inginkan hasil yang abah dapat pada malam itu. Abah bagi apa yang mahkluk tu nak dan terus abah pagar rumah dengan ayat suci.

Sejak dari kejadian itu, aku jadi taknak memancing walaupun memancing kolam ikan. Sekian kisah aku. Aku memohon maaf jika kisah aku tidak seseram mana. Yang baik datangnya dari Allah dan yang kurang tu datang dari diri saya sendiri. Asslamualaikum.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]
Mr Manap

4 thoughts on “Empangan Pasir Gudang”

  1. Biasa lah tu empangan pasir gudang 😂. Mmg tak rare pon tmpt tu sbb dah biasa dgr mcm2 kisah seram kt situ.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.