‘Encik Po’ Follow Aku

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada peminat setia fiksyen shasha. Terima kasih admin approve cerita saya ni. Sebenarnya ni kali pertama saya share cerita saya. Tetiba rasa nak share pengalaman.. ?

Ok.. Sedikit pengenalan nama aku singkatan aku Zzz. Yang aku nak cerita ni memang pernah berlaku dan terjadi dan menjadi sejarah paling ‘manis’ dalam hidup aku.. ( maaf saya tukar guna aku ye, maaf kalau kasar)..

Time ni saya masih sekolah menengah dan duduk di asrama. Kebetulan asrama aku ni belakang dia jalan kereta api. Ok aku nak bagi bayangan dulu. Asrama aku pastu padang sekolah pastu jalan kereta api. Dari asrama aku tu memang boleh tengok straight jalan kereta api tu..

Ok cerita dia mcm ni..
Time tu cuti minggu hari sabtu malam ahad. Aku dengan sahabat aku ni nama dia mus.. Kitorang lepak dekat dataran asrama kitorang dataran tuu memang betul2 menghadap padang dan jalan kereta api. Aku dengan bff aku ni memang suka bercerita ada je benda yang nak sembang sampai kitorang tak sedar jam dah pukol 12..

Bila pukol 12 faham2 laa semua dorm diwajibkan tutup lampu tinggal lampu koridor jaaa. Aku kata laa

“weih dah pukol 12 dah“..

Mus cakap “alaaa rilek laa babe awai lagi.. Sembang laa lagi”.. Aku pon balas laa ok fine.. Sembang laa lagii..

Dah pukol 1 pagi. Aku kata laa kat mus ” weih hang tak gantok kaa?? Jom laa naik dorm dah laa hang dorm atas”

Mus cakap ” alaa lek laa.. Awai lagi,best laa citer hg sambung laa lagi”.. Haih aku ni pon betul sangat..

Sambung jaa sampaii laa lebih kurang jam 2 pagi macam tu ( sorry gais tak ingat pulak tren kerata api terakhir lalu pukol berapa yang pasti memang lewat malam dah). Duk sembang2 tuu kereta api lalu dari Thailand kot rasanya. Kenapa laa masa kereta api lalu tu mata aku ni gatal sangat tengok sampai laa gerabak kereta api terakhir tu habis..

Aku nampak ada sesuatu muncul. Mula2 tuu aku buat tak tahu je fikir tiang elektrik kot.. Kan nampak jauh. Pastu aku sembang lagi. Pastu mata ni pi tengok lagi benda tuu. Ehh kenapa makin dekat ni?? Aku dah pelik dah. Tapi aku buat tak tahu lagi. Sembang lagi. Dan mata aku ni tetap gedik nak tengok lagi benda tadi. Tengok2 ehh makin dekat lagi kali ni dah masuk kawasan padang sekolah. Terus mata aku tengok benda tuu je. Nak pastikn benda apa. Pastu benda tu datang dekat tiang gol belah lagi satu pastu berdiri dekat tengah2 padang.. Pastu berdiri dekat tiang gol belah asrama aku..

Haih dalam hati aku rasa tak sedap hati giler dah ni.. Dah penat tengok benda apa ntah.. Aku tengok muka kawan aku balik. Kawan aku tuu membelakangi padang so dia tak nampak laa apa yang aku nampak dan aku pun tak rasa nak tanya dia. Pastu aku terpandang benda tu. tengok2 benda tu dah ada dekat belakang pagar asrama aku. Time tu terus aku perhati dia. Nak kan kepastian apa benda ni. Sampai laa dia melangkah masuk asrama aku.

Bila dah masuk dalam kawasan asrama nii. Aku terus kata “huish” terkejut kott sebab aku dah dapat detact benda apa tuu. Benda bungkus2. Aku nampak dia macam perasan aku nampak dia. Terus dia kebelakang pagar asrama aku balik. Pastu aku nampak mata dia yang merah tuu bergerak pandang aku tajam. Dalam hatii aku nii. Ya Allah!!!. Korang bayangkanlahh. Mata dia merah, muka dia hitam legam, kain kafan dia tuu dah kotor2. Yang paling aku rasa ngeri time dia senyum.. Huhuhu.. Tak nak ceritakan macam mana.. Memang ngeri habis.

Pastu aku kata dekat mus ” weih mus jom laaa balik dah lewat sangat nii” mus pon ok je. Waktu nak naik tangga baru aku teringat yang dorm aku terletak dekat hujung sekali dekat giler dengan pagar yang ‘encik po’ tu berdiri. Huhu terus aku turun balik panggil mus. Nasib mus tak naik tangga lagi.. Aku dengan mus ni duduk di bangunan lain2.. Tapi bertentangan..

“Apasal hg ni izz?”
“Weih boleh tak hang teman aku balik dorm?”
“Hang gila ka izz?? Dorm aku dah laa atas sana. Nak naik turun tangga hantar hang lagi..”
“Ok mus, sebenar ye ada benda perati kita ni”
“Izz hang jangan main2, aku tido dorm hang la”.
Hahaha serius time ni nampak juga laa muka mus cuak sikit. Tapi nak tergelak time tu tak boleh. Sebab fikir nak cepat sampai dorm je sekarang ni..

Aku dengan mus naik tangga cepat. Time nak naik tuu aku doa banyak2 jangan laaa dia muncul depan mata aku. Serius laa nak pandang depan pon cuak. Sebelum masuk dorm kitorg pergi bilik air ambil wuduk..( Hehehe ikot sunnah nabi saw)…

Aku masuk dorm dulu. Alhamdulillah aku bagi salam. Masuk2 dorm aku terus terfikir.. Huhu aku nak tido mana niii. Aku takot nak tido atas. (Aku tido katil atas). Aku tengok kat lantai. Alhamdulillah syukur sangat2. Ketua dorm aku tido bawah. Terus aku ambil bantal tido sebelah dia. Pastu mus masuk.

“Mus hang masuk bagi salam tak?”
“Huhu sorry izz aku terlupa.. Aku takot laa nak keluar balik”..
“Huhu moga2 tak jadi apa2 laa”
“Weih izz aku nak tido mana ni?”
“Hang tido ja laa katil aku”.
“Tak nak laa aku.. Aku nak menyepit dekat zahid laa..”
“Ikot suka hang laa, jangan lupa adab tido”.
“Ok”..

Sebelum terlupa aku ni tido menghadap tingkap koridor. Huhu.. Ok sambung balik. Time aku tengah buah adab tido. Aku ternampak bayang ‘encik po’ tuu melintas dorm aku pergi ke pintu yang ak dan mus masuk. *GULP* huhuhu. Hati aku yang baru nak tenang ni resah balik. Huhu kenapa kau ziarah aku lagi ‘encik po’.. Aku pura2 pejam mata.. Pastu aku buka sebelah mata nak tengok. Huhuhu tengok2 nampak dia dah masuk dorm aku ada dekat tepi pintu. Terus aku pejam mata. Baca apa yang aku ingat. Sampai tercampur habis.. Pastu aku dengar bunyi tapak yang melekat yang pijak tikar getah.. Ada bunyi kan.

Haa mcm tuu laa bunyi dia. Makin lama makin dekat dengan tempat yang aku tido. Pastu aku terdengar bunyi penyakut baju berlanggar dan ada yang jatuh. Dekat katil sebelahan tempat aku baring tuu. Huhu. Aku dengar dia datang kat aku berhenti betul2 bawah tapak kaki aku. Huaa. Memang aku tak berani nak buka mata apatah lagi nak bergerak. Rasa panas sejuk dekat bawah tapak kaki aku tuu. Pastu aku rasa dia pelan2 masuk dalam badan aku. Huhuhu..

Malam tu ada qiamullail. Aku dan mus terskip sebab terlajak tido. Badan aku serius lemah sangat. Esok pagi tuu ada laa seorang member dorm aku ni dia boleh tahu benda2 nii dia tanya semalam ada dengar bunyi apa2 x?. Aku dah *gulp* dhh.. Huhu.. Aku tanya bunyi ape??

“Tak laa semalam aku aku dengar bunyi orang jalan dan bunyi penyankut berlanggar dan jatuh. Dan semalam aku rasa lain”. Aku cakap ” ada dengar. Dekat katil hang kan”. Aku tunjuk katil semalam tu. “Haah dkt katil aku la”. Huhuhu terus aku citer apa yang berlaku sebenarnya dekat member aku tuu dengan ketua dorm aku. Malam tuu berpakat2 baca yassin..

Lepas benda tu masuk dalam badan aku.. Aku nak jalan sakit giler kott.. Kaki rasa berat tapak kaki rasa menyucuk.. Nak jalan seret kaki.. Sampai semua pakat tegur kenapa dengan kaki. Muka pon pucat. Warden nampak terus dia suruh aku balik rawat..

Tu sahaja kisahnya.. Ada lagi laaa pengalaman2 ‘manis’..
Terima kasih yang sudi baca sampai habis.. Maaf sangat2 saya tak reti nak cerita bagi seram..huhu..
Mohon doa semua ye..

-izz_budakjiwakental-

izz
Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 4]

6 thoughts on “‘Encik Po’ Follow Aku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.