ENGKAULAH SAHABATKU, BUKANNYA DIA

Assalamualaikum wbt kepada semua pembaca dan peminat Fiksyen Shasha. Semoga dalam keadaan yang sihat sentiasa dan diberkati oleh Allah SWT amin ^_^. Sebelum aku mulakan, aku nak perkenalkan diri aku sebagai Hakim, berasal dari Bangi dan kini aku hanya tinggal bersama parent. Aku mempunyai 6 adik-beradik termasuk aku tapi ini bukanlah berkenaan dengan family tapi ini kisah aku dan Sahabat sejati yang aku boleh katakan merekalah sahabat sehidup semati atau lebih tepat BFF tapi akhirnya menjadi kenangan, kenapa? Sebelum aku mulakan, peringatan kepada pembaca FS, aku bukan nak mengaibkan individu tersebut tetapi anggaplah semuanya sebagai satu pengajaran. Jadi disinilah di mana bermula segalanya…

PENGENALAN SAHABAT
Aku mempunyai 4 sahabat karib iaitu Mir, Zack, AG, dan Rudy. Aku kenal diorang ni sejak sekolah menengah aku mula rapat, pertama sekali aku rapat dengan Mir masa tu aku Form 1 pada tahun 2011, aku sama kelas dengan dia iaitu 1 Ehsan. Aku ni jenis yang pendiam dan suka berdiam diri tak suka nak berhuha-huha, sebab tu aku tak ramai kawan, aku jenis pilih kawan tapi tak bermakna aku jenis memilih dari segi rupa dan harta tetapi dari segi kebaikan yang ada dalam diri mereka. Kalau jenis budak yang merokok, suka ponteng, pembuli, hisap dadah dan segala jenis negative yang ada pada budak-budak aku tak akan kawan.

Jadi dipendekkan cerita aku dengan Mir ni selalu rehat bersama, belajar bersama… Aku seorang budak yang blurr dan bebal. Aku tak pernah dapat A dalam matapelajaran asas kecuali Pendidikan Seni (sebab aku jenis yang suka seni). Aku dengan Mir sama kepala, dia jenis suka buat lawak adaaaa je lawak dia walaupun kena denda dengan cikgu. Dalam kelas aku selain Mir, aku juga sudah rapat dengan Zack. Dia ni anak orang kaya tapi itu bukan yang aku pandang. Mir dan Zack sudah menjadi kawan baik aku sehingga 2013 kami sudah masuk Form 3 tetapi kelas tak sama. Aku dalam kelas 3 Gigih, Mir 3 Harmoni, dan Zack masih 3 Ehsan. Dalam kelas tu aku mula kenal Rudy sebab kitorang duduk sama tempat. Dia ni jenis open minded and suka bab-bab racing… Aku macam biasa lah perangai sama suka pendiam dan tak suka kepoh.

Sifat aku ni member kesan negative, walaupun aku ada kawan tetapi sifat ingin bersendirian selalu terjadi… kadang-kadang dekat rumah aku suka duduk dalam bilik lama-lama dalam keadaan yang gelap dan berkhayal seorang dalam dunia sendiri. Bila aku dah jadi macam tu mood aku akan berubah-ubah, sometimes aku akan rasa nak marah pastu rasa happy pastu jadi sedih entah kenapa. Lama… sangat lama kadang-kadang balik sekolah dari pukul 1 petang hingga 7 malam nak maghrib baru aku keluar bilik. Bukan sebab aku main game atau apa tapi sebab aku main henfon sampai asar then aku tidur…. Perbuatan tu makan diri aku.

Bermula tahun 2013 ‘dia’ mula mendampingi aku. First aku mimpi pasal ‘dia’, rupanya seorang perempuan yang cantik aku boleh bayangkan rupa dia cuma dia lebih tinggi dari aku, berpakaian serba putih cantik dan harum. Rambutnya panjang hingga ke paras lututnya tetapi lurus terjaga rapi. Dia hadir dalam mimpi aku bagaikan seorang puteri yang minat akan seorang putera. Walaupun dia sudah lama tapi aku masih tidak lupa rupanya dan apa yang pernah dia buat dari A-Z… Aku juga masih ingat apa dialog dengan dia. Suaranya lembut perlahan sayu je. Dia minat dekat aku kerana aku jenis yang bersendirian… aku keseorangan, dia hanya nak berkawan pada mulanya. Aku tak pernah terfikir ‘dia’ adalah Jin, sebab sifat dan rupa fizikal macam bidadari yang wujud dalam hidup aku, tapi dia hanya muncul ada waktu yang tertentu.

12 Ogos 2013
Berbalik pada kisah sahabat aku ni. Aku, Mir dan Zack ada aktiviti kokurikulum, kami menyertai acara badminton. Kami adakan kumpulan kami dan memerlukan tak lebih dari 6 pasukan. Jadi hanya aku, Zack, Mir dan Rudy je yang join.. cukup 4 orang untuk perlawanan berdegu. Kami berlatih di kawasan taman tapi agak terpencil sebab dah lama, jadi kami berlatih dekat tempat court takraw. Masa sedang berlatih aku nampak si Dia, berdiri di antara pokok rambutan yang agak besar di kawasan semak-samun, ye aku pasti sangat itu dia sebab aku kenal wajah dia. Dia hanya berdiri dan senyum manis ke arah aku. Dengan segan silu aku senyum balik dekat dia. Tiba-tiba ‘pakkk!’ kepala aku terkena bulu tangkis yang dipukul oleh Zack. Sakit weh, diorang pun gelak je bila aku kena macam tu.

Zack: ”Oit Kim, berangan ke haa!”
Mir: ”Nampak awek ke hahaha!”
Zack: ”Mana aweknya kat semak samun, ko senyum apa Kim, seram aku tengok ko ni.”
Aku: ”Takde apa ah, aku saje senyum sorang-sorang.”
Rudy: ”Ye ye je kau, kau senyum kat nenek tu eh hahaha (tunjuk kat arah pokok pisang).”
Zack: ”hahaha!”
Mir: ”hahaha! Kau agak-agak ah Rudy! Nasib hari petang, kau ni cakap bukan-bukan plak.”
Rudy: ”Gurau je sakai hehe.”

Diorang tak tahu pun si Dia berdiri di sebalik pokok Rambutan tu sebab aku sorang je nampak maybe tapi kelibat dia dah hilang lepas Zack lempar bulu tangkis kat kepala aku.

Lepas training pukul 6 kitorang balik naik basikal masing-masing. Sampai rumah aku tak bersihkan diri aku duduk dalam bilik, aku just bukak lampu tidur je. Keadaan hampir gelap sebab dah nak maghrib, aku leka pasang earphone dekat telinga dengar lagu yang bukan-bukan sehinggakan Azan Maghrib pun tak dengar. Habis je lagu yang dimainkan dalam telinga aku, aku dengar pintu bilik aku diketuk kuat-kuat. Dalam keadaan marah, ku bukak pintu dengan laju, mak aku bebel suruh aku solat maghrib lepastu dia bukak lampu bilik sebab dia marah aku duduk dalam gelap time maghrib.

Aku pun cakap “ye la! Nanti orang solat lah…” aku terus tutup pintu, tutup lampu bilik and duduk atas katil. Sedang nak pasang balik earphone kat telinga aku terperasan si dia ni ada kat sebelah kiri aku sedang duduk sebelah aku. Tipulah kalau aku tak terperanjat naik bulu roma aku cuma tak rasa takut sangat sebab rupa dia yang cantik membuatkan aku hanya terkejut biasa. Aku mula tegur dia alang-alang dia ada sebelah

Aku: ”Awak, terkejut betul saya, aduhai… ini pertama kali awak muncul dalam bilik saya… siapa awak?”
Si Dia: ”….”
Aku: ”Awak?” (aku dah mula naik seram sebab dia diam je sambil pandang lurus kedepan dengan wajah yang cantik)
Si Dia: ”Maaf. Saya hanya temankan awak, bolehkah saya ada disisi awak?”

Akhirnya dia bersuara, dengan lantas aku pun jawab

Aku: ”y..ye…tak mengapa, maafkan saya sebab terkejut tadi, siapa nama awak?”
Si Dia: ”Nama saya Adriyani” (Sambil kepalanya perlahan-lahan pusing ke arah pandanganku dan senyuman yang manis)

Sekarang aku dah tahu nama dia masa tu, ye aku masih ingat itulah dialog aku dengan Si Adriyani ni.. walaupun ada je dialog yang aku ingat-ingat lupa masa hari tu… tapi dia ada di sisi aku hanya beberapa minit je dan dia hilang bila mak aku ketuk pintu lagi sekali.

Aku sedar, aku dah buat benda yang salah. Aku dah mengundang dia dalam hidup aku, dia hadir bukanlah hendak mengapa-apakan aku tetapi hanya ingin menjadi kawan, tetapi Jin dan manusia tidak boleh bersama. Pada mulanya memanglah dia hendak menjadi rakan tapi disebabkan Adriyani ni adalah jin betina, tak mustahil dia akan jatuh cinta pada aku. Ye! Memang benar akhirnya dia sudah jatuh cinta dengan aku. Setiap aku tidur, aku seakan-akan merasakan Adriyani ni ada sebelah aku, bila aku mereng ke kiri tapi tak ada pun dia, bila aku dalam keadaan baru bangun dari lena dan terkebil-kebil je aku akan nampak dia tengah baring sebelah aku sambil mereng mukanya ke arah aku tapi dia seakan-akan mata yang lelap dan hembusan nafasnya lembut aku dapat dengar ketika itu. Sungguh comel bagi aku rupanya yang sedang tidur. Korang bayangkan perempuan yang cantik dalam hidup korang sedang tidur, macam tula rupa dia. Tapi aku yakin itu bukan rupa dia yang sebenar. Cuma pada waktu itu aku percayakan sifat yang ada pada diri Si Adriyani ni.

Dipendekkan cerita pada tahun 2015, aku dah kenal si AG ni, tinggal di kawasan perumahan flat seskyen 3. Aku, Mir, Zack selalu jugak lepak kt flat depan rumah dia dekat tingkat 3. Kadang-kadang kitorang lepak just kongsi citer masing-masing je, tapi percayalah dah form 5 pun kami still tak ada awek. Mungkin sebab kitorang tak hensem kot haha. Nak dikatakan, Rudy dah pindah sekolah sejak form 4, dia masuk ke Kolej Vokasional, jadi tinggal aku, Mir, Zack, dengan AG… Diorang la banyak tolong aku bila aku susah, aku ni jenis selalu tak ada duit. Apa-apa diorang belanja. Guess what, Adriyani masih lagi mendampingi aku. Aku hairan, setiap kali aku ada kawan perempuan mesti aku akan bergaduh dengan diorang, aku tak tahu kenapa.

Samalah bila aku dah suka kat sorang perempuan, nama dia Dina. Masa tu aku kenal dia time join Kem Perdana. Aku sama kumpulan dengan dia then lama-lama kami suka sama suka, kami pun berkapel la masa tu. Setiap kali balik sekolah aku jumpa dia, tapi kami tak buat maksiat pun, paling paling pun pegang tangan je. Tetapi hari demi hari, si Dina ni asyik kena ganggu. Dia selalu cakap setiap kali dia balik rumah lepas jumpa aku, dia akan rasa sakit dekat betis, sampai dia tak boleh nak jalan. Sampaikan ada kesan-kesan cakar kat belakang badan dia. Bila pergi berubat dengan pakar, dia kena lagi dan lagi sampai dia demam. Dia selalu cakap yang dia nampak perempuan tinggi rambut menutupi muka nak terkam dia dengan kuku yang tajam! Aku kasihan melihat keadaan dia macam tu, akhirnya kami putus. Sampai sekarang aku tak jumpa dia sebab dia dah berpindah ke Johor.

Aku kembali friendzone, dan hanya Sahabat aku 3 orang ni tempat aku mengadu dan aku spend time bersama. Aku hairan semenjak aku putus dengan Dina, Si Adriyani mula muncul lagi sekali. Kali ni dia muncul dalam mimpi. Aku perasan yang muka dia dalam keadaan yang marah. Jari dia menunjuk ke arah aku sambil member amaran kepada aku jangan ada cinta mana-mana perempuan melainkan dia. Sudah! Tak mungkin Si Adriyani cintakan aku, lagipun dia Jin. Aku pun dah lama tak nampak dia sejak ramadhan 2014, kelibat dia dah hilang sampai tahun 2015 dia muncul balik pada bulan Februari 2015. Aku terjaga dari tidur, Aku menangis tiba-tiba. Aku rasa takut sangat, Aku tak mahu Si Adriyani mendampingi hidupku.

Rumah aku mula terkena ganggu sejak aku mula menunaikan solat. Pada mulanya gangguan terkena pada mak aku, mula-mula dia dengar ada perempuan menangis dalam bilik aku, masa tu jam menandakan 3 petang, bila dia naik atas nak jenguk takut-takut aku bawa perempuan ke apa ke dalam bilik. Tiba-tiba ‘PAMMM!!!’ pintu bilik aku dihempas, kakak sulong aku mula keluar dari bilik sambil tengok mak aku yang dalam keadaan hairan. Kakak aku pandang Mak aku dan mak aku hanya mengangkat bahu menandakan dia tidak tahu apa yang berlaku. Kakak sulong aku memberanikan diri membuka pintu aku. Ternyata tiada siapa dalam bilik aku sebab masa tu aku stayback dekat sekolah sebab ada perlawanan badminton. ‘SUFFFF…’ terasa bagaikan angin meniup ke arah mak dan kakak aku.

Bila aku balik, mak aku ceritakan apa yang berlaku. Aku dah mula cuak, tiba-tiba je aku jadi marah and aku naik atas masuk bilik. Masuk je dalam bilik aku rasa sedih tiba-tiba. Aku panggil Si Adriyani berkali-kali. Tapi dia tak beri respon. Jadi aku hanya terlelap atas katil sampai Asar aku bangun aku nak menunaikan Solat Asar. Aku amik wudhuk dalam bilik air berhampiran bilik aku, kemudian aku alas sejadah ke arah kiblat dan nak mulakan solat. Aku mengangkat takbir dengan niat kerana Allah tiba-aku ditolak dengan kuat dari belakang sehinggakan aku tak dapat mengawal badan lalu aku terjatuh.

Aku pasti itu mesti Si Adriyani yang marahkan aku kerana sikap aku sudah berubah. Aku tidak berhenti setakat itu, Aku mulakan angkat takbir sekali lagi. Aku cuba untuk khusyuk tapi dapat rasakan Si Adriyani berdiri disebelah aku dan menangis tapi aku dengar seakan-akan suaranya jauh tapi dia dekat dengan aku. Aku teruskan sehingga tahiyat akhir. Aku beri salam ke kanan dan ke kiri. Aku nampak wajah Si Adriyani dah mula berubah dengan mata yang terbeliak merah dan mulutnya nganga dan riak wajah bengis marah!. Aku pejamkan mata aku berdoa pada Allah supaya Si Adriyani dapat berjauhan dari aku.

Tak semudah tu. Dia sering menganggu aku berbeza dari yang aku kenal dia mula-mula. Entah macam mana masa aku dalam bilik sorang-sorang aku bersuara bahawa aku rindukan Adriyani yang lama… yang lembut, muka yang manis malu. Mana dia yang dulu? Lalu aku dengar dekat telinga aku yang dia berbisik,  “Saya sentiasa ada, awak yang berubah. Awak pilih antara saya atau mereka?”

Aku termenung sekejap. Mereka? Siapa?. Tiba-tiba Si Adriyani muncul dari belakang aku.

Si Adriyani: ”Mereka itu kawan-kawan kamu… mereka bertiga.”
Aku: ”Kenapa dengan diorang?”
Si Adriyani: ”Maafkan saya, saya tak suka mereka berkawan dengan awak, jikalau boleh saya hanya awak bersama saya sahaja.”
Aku: ”Tapi apa salah mereka?”
Si Adriyani: ”Saya ataupun mereka. Jika tidak, hidup awak akan binasa M******d Z**hakim *********”

Si Adriyani sebut nama panjang aku dengan nada yang geram. Secara jujurnya aku rasa meremang bila ceritakan balik kisah ni. Rumah aku banyak gangguan yang berlaku sejak Si Adriyana tidak berpuas hati dengan aku. Aku dengan 3 orang rakan karib aku lepak pada malam sabtu . Masa tu kami dah habis SPM, lepak di kedai mamak kejap. Aku mula cerita apa yang berlaku dekat diri aku. Terkejut beruk diorang yang paling takut sekali si AG aku boleh nampak bulu roma dia naik. Aku tak tahu apa perlu aku buat. Aku buntu pada waktu tu.

Si Zack marah aku sepatutnya aku cerita masalah aku ni dekat mak ayah aku, tapi salah aku sebab aku tak pernah cerita dekat parent aku sebab aku masih sayangkan Si Adriyana walaupun dia seekor jin. Dipendekkan cerita aku bagitahu segalanya dekat mak ayah aku. Teruk juga aku kena marah sebab salah aku jugak suka bersendirian dalam keadaan gelap. Akhirnya aku pergi berubat dekat Darulshifa. Amik masa jugak sampai setiap hari pergi berubat kat sana. Si Adriyani susah nak lepaskan aku. Aku sedih, sebab perasaan sayang aku makin membuak-buak dekat dia.

Akhirnya Mir, Zack, AG demam pada waktu yang sama. Diorang pulak kena ganggu teruk-teruk. Sampaikan Si Zack ni jadi murung manakala Mir pulak jadi benci dekat aku tiba-tiba. Malam tu aku jumpa AG nak lawat dia kat rumah, aku tengok dia tak bermaya, dah macam kena santau dah kawan-kawan aku ni tapi santau ni dibuat oleh orang tapi ni aku yakin ni mesti kerja Si Adriyani. AG cerita yang dia kena sering kena ganggu lepas maghrib, dia rasa macam nak demam pastu badan dia sakit-sakit macam kena pukul. Dia asyik dengar makhluk tu ganggu dalam mimpi dia sambil berkata “JANGAN DEKATI DIA LAGI”. Sudah pasti ‘Dia’ tu adalah aku dan yang memberi amaran tu adalah Si Adriyani. Apalah salah mereka sehinggakan Si Adriyani ni sakiti mereka.

Aku ambil keputusan untuk jumpa dengan si Mir ni tapi dia asyik mengelak-elak nak jumpa dengan aku. Aku rasa sedih jugak, kawan baik aku ketiga-tiganya jadi macam ni, aku dah takde siapa melainkan mereka. Dipendekkan cerita aku dapat khabar dari bekas budak kelas aku yang si Zack dah meninggal dunia sebab eksiden. Aku amat terkejut dengan khabar tu. Aku tahu dia meninggal malam jumaat. Sedih tak terkata. Aku hanya mampu mengeluarkan air mata dan sedekahkan Al-Fatihah.
Tahun 2016, Hanya aku dan AG saja rapat. Mir dah lama tak jumpa kami akhirnya pada awal bulan Mac dia datang jumpa dengan kitorang, aku peluk dia kerana teramat rindu dengan dia.

Dia pulak menceritakan kisah dia kenapa dia jauhkan dari aku dan AG, pada mulanya kes yang sama dia mimpi ada perempuan nak b***h dia, di sebalik perempuan tu ada aku. Maknanya benda tu tak kasi dekat dengan aku. Mir kata benda yang damping dengan aku tu yang halang persahabatan kami. Dia amik masa nak maafkan aku masa tu. Akhirnya dia menangis juga sebab rindukan kami. Tak lama kemudian seminggu lepastu Mir meninggal dunia akibat terjatuh dari bilik air. Puncanya pun aku tak tahu dah mungkin ajal dia masa tu. Jadi hanya tinggal aku dan AG. Si Adriyani dah lama tak muncul tapi aku dapat rasakan dia masih lagi dengan aku.

Akhirnya AG sudah lagi jarang ada di Bangi kerana sambung belajar di Kelantan. Kesimpulannya aku dah tak ada lagi mereka disisi aku. Engkau dah menang wahai Adriyani, apa yang kau nak telah tercapai. Sekarang aku kembali keseorangan dimana pula engkau Adriyani? Walau apapun aku rasa bahagia sebab dia tiada lagi mengganggu hidup aku. Mungkin dia menyesal atas perbuatan dia…. Yang pasti Zack, Mir, Ag, dan Rudy… Engkaulah sahabatku bukan Si Adriyani…. Jin yang aku undang sendiri akhirnya pergi.

Al Fatihah pada dua Sahabatku… Aku rindukan mereka. Namun dalam masa yang sama aku juga rindu sedikit pada Adriyani. Tetapi mana mungkin jin boleh berkawan dengan manusia, so Hanya Allah tempat aku berlindung, dia maha Pengampun dan pada dia aku sembah.

-Hakim

Hakim

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

10 thoughts on “ENGKAULAH SAHABATKU, BUKANNYA DIA”

  1. Setuju!…dok ulang2 kata jin x bole bersatu dgn manusia..tp stil do ucap rindu…tu psl dia still ada…hati tu tak btol2 ikhlas nk lepas kan dia..anyway…hak memasingian..terpulang loe..

    Reply
  2. penulis anggap Adriyani itu seorang kawan, tiba2 kawan ni hilang pula. perasaan hilang kawan tu agaknya penulis rasa dan rindukan kehadiran dia sebagai kawan. Masalahnya, kawan tu seekor jin, tak boleh dibuat kawan. So, kepada penulis.. Jangan terbuai dengan perasaan rindu itu kalau tak nak dia datang balik, gangu hidup orang disekeliling kau. Berhati-hatilah..

    Reply
  3. Kembali kepada Allah..cinta kpd Allah maha berkuasa.. Pelik betoi la hang ni..dok rindu kat jin bt apa.. Solat jgn lupa… Tu pun nak kena habaq ka

    Reply
  4. Sedihyeee…
    Yang meninggal…
    Yang pergi jauh…
    Mesti sgt terasa kehilangan…

    Dik…
    Akk paham dh bertahun ko berkawan ngan Adriyani tu…
    Mmg sukar nk lupakan camtu jer…
    Tapi ko kena kuatkan semangat…
    Keluar dr kepompong kesunyian tu…
    Carik kawan baru dan sibukkan diri dengan aktiviti sihat lain…
    InsyaaAllah ko xkan rase terbelenggu dgn kisah silam…

    Reply
  5. “Setiap kali balik sekolah aku jumpa dia, tapi kami tak buat maksiat pun, paling paling pun pegang tangan je.”

    pegang tangan bukan maksiat ke? hmm

    semoga kau lupakan lah si adriyani tu sebab selagi kau sayang dia, rindu dia, selagi tu lah kau tak ikhlas nak ‘lepaskan’ dia.

    Al Fatihah kepada dua sahabat kau.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.