Assalamualaikum. First skali aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada admin FS, start dari kau click inbox ni, kau baca satu persatu, sampailah kau mengedit dan post. Terima kasih. Kepada pembaca, sekiranya di pertengahan pembacaan, tiba2 kau rasa something, aku sarankan kau close link ni serta merta. Contohnya kau rasa boring.
Baby
Dulu time aku baby, mak aku cakap, aku selalu nangis. Asal celik mata ja, nangis. Berubat macam-macam, masih tak menjadi. Mak aku kata, time aku tido, itulah saat yang paling aman dan tenteram. Kau rasa kenapa? Aku rasa mungkin sebab tak letak nama Ahmad Pintu. Mak aku balas, “macam mana aku nak letak nama Ahmad Pintu, kau tu perempuan!”.
Sekolah menengah
Time ni aku tido sorang dalam bilik. Pintu bilik aku biarkan terbuka. Family aku suka tido dalam gelap. So, sebelom tido, semua lampu kami off. Dalam satu minggu tu, dua tiga malam jugak aku kena. Kalau aku terjaga tengah pagi, aku nampak ada lembaga tengah berdiri perhatikan aku tido depan pintu bilik. Hitam. Tinggi. So, tiap kali aku nampak, aku acah2 mengeliat dan alih menghadap dinding. Time tu aku rasa benda tu berjalan makin dekat dengan aku. Makin lama makin dekat aku rasa.
Tiba2 badan aku mula rasa kebas. Time tu aku nak panggil mak aku. Tapi tak boleh. Betapa geramnya aku. Dalam hati aku, “Allah..Allah..Allah……..”. Lepas tu aku dapat rasa benda tu pergi perlahan-lahan. Aku ingat semua dah ok. Bila aku nak pejam mata balik, benda tu jadi lagi. Lepas tu, aku terus panggil mak aku. Tak pasal-pasal mak aku kena paksa tido dengan aku. Benda ni jadi sampai aku form 5. Ya, aku mengaku, sampai form 5 aku tido bawah ketiak mak. Hahahaha.
Matrik
Time tu ada exam. So apa lagi, sebagai student yang suka study last minit, aku pon stay up. Bilik aku yang paling hujung. Malam tu,sambil study, nak hilangkan mengantuk, aku dengar lagu guna earphone. Kuat. Mula-mula aku tak perasan lagi ada bunyi-bunyian latar. Lama lepas tu, aku buka earphone, baru aku dengar. Bunyi macam orang tengah mencangkul tepi bilik aku. Lepas tu ada orang berbisik “assalamualaikum…” tepi telinga aku weyhh!! Automatik badan aku keras. Tak berani nak toleh. Roommate semua dah lama tido. Aku pegang yassin, dan tido dekat meja study. Sejak dari tu, aku dah tak berani nak tido lewat.
University
Time tu semester baru. Aku pindah masuk rumah sewa baru, dua hari awal sebelom kelas bermula. Ada empat bilik. Aku bilik kedua. Malam tu, nak pegi mandi. Baru dua tapak melangkah keluar bilik, aku nampak orang keluar dari bilik no 4 menuju ke toilet. Berkemban. Tuala di bahu. Rambut panjang. Dia menuju ke toilet tanpa toleh kiri kanan. Dalam hati ” ehh, akak senior ada yang dah balik rupanya”. So, aku pon tunggulah turn dengan penuh kesabaran di meja makan. Lama. Air tak dengar pon. Last-last tergerak hati nak pegi tengok. Tengok-tengok tak da sapa dalam toilet tu weyhh!! Pintu toilet pon terbuka. Dalam hati “buat penat ja aku tunggu”. Esok tu, akak bilik no 4 tu baru sampai rumah sewa dari Perak. Wwoo wwoo terkencing aku woii!
Ada satu hari tu, kami semua lepak -lepak depan tv tengok drama pukul 7 petang di tv3. Tiba-tiba kami dengar biji guli melantun-lantun dekat ruang tamu tu. Semua macam orang gila weyhh tercari cari mana datangnya bunyi tu. 3 hari kami dengar benda yang sama, pada waktu yang sama. Itu lah, orang suruh sembahyang maghrib, kau tengok drama. Kan dah kena.
Last, time ni, aku di tahun akhir pengajian. Aku dapat duduk asrama. Asrama tu baru siap selepas beberapa tahun terbengkalai. So, aku first batch yang rasmi. Malam tu, satu bilik tido awal. Aku terjaga malam tu sebab dengar orang ketuk cermin tingkap. Kuat. Niat nak selak tirai tu. Dalam mamai, tangan aku dah pegang tirai tu. Tapi otak aku lagi pantas dari tangan aku. Aku di tingkat tiga. Tak ada orang yang boleh berdiri di luar tingkap kecuali dia boleh terbang. Cisss!! Nasib baik tak selak tirai tu lagi. Kalau tak, mesti terberak aku malam tu.
Ada jugak satu hari tu, aku pegi toilet. Time nak tutup pintu toilet tu, aku nampak sekali imbas ada orang melintas depan pintu tu. Bongkok. Pakaian putih. Apa aku buat? Aku kunci pintu tu, tunggu dekat dalam sampailah ada orang lain masuk toilet. Time dalam toilet tu, aku tak pandang atas bawah dah. Aku pandang dinding ja. Takut. Time tu, bukan aku ja, air kencing aku pon dah beku kat dalam usus ni haa.
Ok itu saja. Kau bacalah cerita orang lain pulak. Cerita aku dah habis. Assalamualaikum.
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
best!!!!
baca sambil tersenyum sampai telinge…
hahahhaha lawak ah cara dia sampaikan cerita2 dia ni
hurm…pendek sgt citenye