Entiti

Hai. Aku Cikpia. Aku rasa korang mungkin kenal aku. Dulu aku pakai nama Butirstar. Sekarang aku pakai nama pena aku pulak. Dah lama aku tak hantar cerita dekat FS. And thanks a million for FS crew yang sudi publish cerita aku. Kat sini, aku nak cerita tentang dua pengalaman aku dengan entiti. Mungkin cerita ni tak berapa seram kot. Aku gamble je ni.

KISAH 1: BILIK GURU

Kisah ni berlaku 10 tahun yang lalu. Masa tu aku baru je bergelar sebagai seorang guru di sebuah sekolah asrama dan biasa la, kalau cikgu baru, kami ditawarkan untuk menjadi warden asrama. Sebab aku dengan kawan-kawan aku tak jumpa cari rumah sewa, kami pun paksa rela la jadi warden.

Setelah beberapa bulan bertugas, aku mengambil keputusan untuk buat kerja dekat bilik guru je. Tanda homework dan essay. Kalau kat rumah ada makhluk bernama TV jadi kerja memang takkan siap la jawabnya. Jadi, aku akan ke bilik guru jampir setiap malam untuk buat kerja.

Bilik guru kat sekolah ni luas dan panjang sebab dua aras bangunan adalah bilik guru. Bilik guru aku di aras satu. Semua meja guru ada partition dan meja aku dekat hujung sekali, sebelah pantri. Setiap malam, aku akan buka lampu dekat meja aku je la. Kalau buka semua, nanti budak-budak akan masuk dan aku tak nak la diaorang ganggu meja cikgu yang lain. Kalau buka satu je, at least diaorang akan datang kat meja aku je, bukan kacau meja yang lain.

Pada satu malam, masa aku tengah syok tanda homework budak, aku terdengar kerusi bergerak. Kerusi bilik guru ni ada roda. Aku bangun nak tengok siapa yang main. Aku tak nampak kerusi tu bergerak sebab gelap. Aku duduk balik dan sambung tanda homework. Tak lama lepas tu, bunyi kerusi bergerak tu kedengaran lagi. Aku buat tak tau je la. Aku tau ada benda yang main sebab kalau nak kata budak, mesti aku dengar bunyi pintu bilik guru dibuka. Dan aku hanya buka pintu yang paling dekat dengan meja aku.

Hampir setiap malam aku dengar kerusi tu bergerak. Sehinggakan pada satu tahap kerusi tu bergerak sampai ke arah meja aku. Aku mula-mula tu terkejut la jugak. Tapi benda tu main kerusi je. Sampai je kat meja aku, tempat duduk kerusi tu akan dipusing dua tiga kali dan ia akan meluncur ke hujung sana. Macam ada budak main tolak kerusi. Tapi aku tak nampak. Mungkin benda tu tak nak nampakkan diri dia.

“Main tu elok-elok. Jangan bagi rosak kerusi. Bukan awak pun yang ganti kerusi tu,” aku pesan kat entiti yang main kerusi tu pada satu malam.

“Okay!” ada la jawapan dalam dua tiga suara. Suara budak.

“Kalau rosak, siap la korang!” aku bagi amaran. Aku keraskan sikit suara aku supaya benda tu tau aku marah. Yang lawaknya, seminggu benda tu tak main kerusi. Rasa sunyi pun ada sebab biasanya diaorang akan temankan aku buat kerja.

KISAH 2: REMOTE TV

Kejadian ni berlaku hujung tahun 2010. Masa tu musim SPM diselangi dengan musim hujan. Housemates aku semua tak ada. Semuanya kena buat diploma in education. Maka tinggal la aku sorang je dalam rumah tu. Rumah aku tu bertangkup dengan blok asrama. Rumah aku aras 3. Warden yang duduk aras 2 balik kampung dah sebab dia duduk jauh. Aku pulak memang tak nak balik awal-awal sebab nak tanda kertas exam akhir tahun. Selagi tak siap, selagi tu aku tak balik.

Biasanya ada la beberapa budak perempuan datang rumah aku nak tengok TV, nak lepak, nak tumpang basuh kain. Aku bagi je. Diaorang ni nak lepaskan stress sebab SPM. Time ada gap memang ada je yang datang bertandang ke rumah. Aku hanya bagi kebenaran sampai pukul 10 malam je sebab 10.30 diaorang dah kena tidur.

Bila diaorang dah balik, aku akan lepak dalam bilik. Aku akan tutup semua lampu kat luar. Sebelum tidur, macam biasa, aku akan baca novel. Ole sebab malam tu tak hujan, aku ambil keputusan nak tidur lewat sikit. Biasa aku akan tidur pukul 11 malam. Malam tu aku niat nak tidur pukul 12.

Masa aku nak tutup lampu bilik, aku terdengar bunyi orang bercakap. Aku amati bunyi tersebut. Macam orang baca berita. Aku buka tingkap dan cuba tangkap bunyi tu dari arah mana. Aku pandang rumah bawah. Memang gelap la sebab tak ada orang. Aku tutup tingkap semula.

Ada la dalam 2,3 malam aku terdengar bunyi yang sama. Tapi bila aku keluar bilik dan jenguk ke ruang tamu, tak ada apa-apa. TV tutup, lampu pun tutup. Aku perasan bunyi orang bercakap tu akan berhenti lepas pukul 12.30. Bunyi tu tak kuat tapi kalau dah malam, memang boleh la dengar.

Jadi, aku buat eksperimen. Sebelum aku masuk bilik, aku letak remote TV tu atas meja depan sofa. Bila aku bangun esoknya, aku check kat ruang tamu. Remote tu ada kat atas sofa. Ini mesti ada benda tumpang tengok TV. Dah la tengok tengah malam. Agaknya diaorang tengok Nightline sebab aku boleh la tangkap beberapa English conversation masa dengar bunyi tu. Hebat benor! Tengok berita omputih kau!

“Ha, lain kali kalau nak tengok TV, remote tu letak balik atas meja! Jangan main letak atas sofa je!” aku tinggikan suara.

Lepas aku cakap macam tu, esoknya, elok je remote tu diletakkan dekat hujung meja. Sepanjang aku jaga budak-budak SPM sampai last paper, aku memang biar je benda tu tengok berita or TV waktu malam. Janji remote tu letak tempat asal.

Sekian!

#CikPia

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Cik Pia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

21 thoughts on “Entiti”

    • hahaha! tak la ganas sangat. ayah saya dulu mmg ajar supaya tak takut dengan benda2 macam tu. lagipun benda tu main je. and tak de la ganggu sampai teruk. betul, kalau takut, mmg payah

      Reply
  1. hahaha! tak la ganas sangat. ayah saya dulu mmg ajar supaya tak takut dengan benda2 macam tu. lagipun benda tu main je. and tak de la ganggu sampai teruk. betul, kalau takut, mmg payah

    Reply
  2. Power ah akk….. Tapi dia juga makhluk allah kita kenalah beradab juga…. Tidak terlalu berani dan tidak terlalu takut..

    Reply
    • kalau kita tak marah, nnt kita jugak yang kena marah sbb sy sorang je kat bilik guru tu. pernah dh kena tuduh macam2

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.