Salam. Aku Ros. 26 tahun dan berasal dari Selangor. Kisah yang aku ingin ceritakan merupakan kisah benar yang terjadi kepada diriku dan rakan baikku 3 tahun lepas. Lokasi kejadian adalah di tangga kecemasan yang pintunya tertulis Exit Door di salah satu Mall popular di sini.
Aku dan rakan ku, Syaf bekerja part time pada hari tersebut (weekdays). Tugasan cuma beri flyers kepada pelanggan-pelanggan. Selesai bekerja pada pukul 5, kami berdua terus ke kfc dan bergegas ke lif untuk ke parking lot. Aku dan rakan ku kebiasaannya parking di basement P2. Disebabkan masa menunggu lif sangat lama, jadi kami sepakat untuk melalui tangga kecemasan yang disebelah lif. Pintu Exit Door tidak ditutup rapat. Lampu tangga samar-samar.
Kami tanpa fikir apa-apa, terus menolak pintu Exit dan terus menuruni tangga sambil berbual-bual. Kami di level G2 ketika itu. Semasa kami menuruni tangga, kedengaran pintu Exit tertutup kuat. “PANG!!” Kami terdiam. Aku ketika itu bertanya kepada Syaf, dengar atau tak. Dia mengangguk. Aku terasa seperti ingin menaiki semula dan melihat, tapi rakan ku menarik tangan ku kerana dia memang ingin cepat-cepat sampai ke P2. Kemudian, bunyi pintu kedengaran semula. Kami terus berlari. Dalam berlari tu, kami ketawa kerana berasa kelakar.
Sudah sampai di P2, pintu kecemasan dikunci dari luar. Kami x dapat buka. Kami naik ke P1, pintu kecemasan disebelah lif pon dikunci. Kami panik. Yang peliknya, mana pergi orang-orang dalam mall ni. Kenapa tidak seorang pon menunggu lif?? Aku minta rakan ku menghubungi talian kecemasan Mall. Tetapi gagal. Tiada signal.
Aku menangis kerana aku memang penakut. Rakan ku menjerit meminta tolong dari dalam. Tiada siapa mendengar apatah lagi melintas disitu. Di suatu sudut di bawah tangga, kelihatan seperti seorang budak sedang duduk mendakap lututnya dan muka nya ditutup diantara lutut. Aku menjadi semakin takut dan panik.
Rakanku bertanya dan cuba menenangkan aku. Aku cuba untuk tidak beritahu dia yang budak tu di sebalik tangga dan membelakangi rakanku. Aku cuma mampu berdoa dan cuba azan kerana dalam pikiran ku, kami ni “disorok”. Tak lama lepastu, Alhamdulillah, ada peronda nepal lalu di situ. Kami mengetuk-ngetuk di cermin dan dia terdengar.
Kami Selamat keluar dari tangga kecemasan. Abang nepal tu pelik.. Kenapa kami berdua boleh berada disitu. Kami explain dan kami tahu dia bukan faham pon. Tapi aku dapat tangkap satu ayat dia, dia cakap..jangan main dekat sini. Dulu ada budak hilang tapi x jumpa-jumpa.. Kami pon beredar tanpa banyak soal kerana masing-masing kepenatan.
Kami keluar dari parking pukul 9.30. Tunggu lama sikit agaknya mall sudah tutup. Cerita ini tidak la seram sangat. aku dan rakan ku tidak dikacau begitu teruk. Cuma aku dan rakan ku trauma. Dan kami membuat keputusan untuk berhenti part time keesokkan harinya. Sejak kejadian itu, aku pergi mall, dengan rakan ku, kami x kan sesekali menuruni tangga kecemasan.
Sekian.
Ros
Cerita ringkas tapi seram. Sebab aku pun memang takut bab2 terkunci/terkurung ni. Sekejap je dah panik.
Mall mana. Jgn main2 panic2 ni.Silap2 kne panic attact, sesak nafas..pengsan.Sebab mmg ada orang fobia bila terkurung..tmpt sempit, terkunci.
Betul tu kak kiut. Masuk dalam kereta sempit pun fobia. Kereta kakak baru beli mahal tapi sempit. Buat2 lek je padahal rasa seksa sangat, dalam hati Allah je tahu.
Mudah-mudahan mati nanti Allah luaskan kubur kita, aaminn..InsyaAllah..
InsyaAllah..Aamiin….
lama erk cu terkurung kat situ, dari kol 5 balik keje sampai kol 9.30 baru kluar parking… mngkin waktu tu menjengah senja, berhati2 la walau dimana saja berada.. kerana “dia” ada di mana2…
Cerita Hantu Luaran
Namaku Susi.Saya ada 4 adik-beradik.Saya ingin kongsikan cerita ringkas.Pada malam pertama saya tidur terbangun pada pukul 3.00 pagi dan saya ternampak hantu tiada muka saya baca doa dan hantu itu terus hilang dan saya tidur balik.Pada malam kedua saya dan keluarga pergi ke danga bay sebelum sampai danga bay saya ternampak hantu berwarna putih dan saya tak nak pandang hantu.
Itulah cerita saya
Seram tul. Part yg nmpk budak tu, terberhenti suap nasi ni sbb suspen giler
Cerita best, cara penyampaian pun mudah difahami.
Keseluruhan : 5/5.
KLU PARKING P2 KOPEM SUNWAY NI.. SBB TANGGA DIORG AD 1 SUDUT RUANG KOSONG BAWAH TGGA.. SERAM
budak tak jumpa2 yg nepal ckp tu kena sorok sampai sekarang kot…yg awk nmpak tu?
seram huhu..
penah juga turun tangga pintu bwh kunci tp mujur naik semula kat atas boleh buka balik sbb pintu xrapat..
mcm tu pun dah cuak giler
bab terkunci2 ni mmg serammm
Uishhhh….bahaya nya terkunci kat tmpat yg xder org lalu lalang….dgr cerita ni rasa takut dh nk pakai exit door mne2 mall…