#Fea- Mak Mertua Puaka

Assalamualaikum sahabat Fiksyen Shasha, harap kalian dalam keadaan sihat walafiat. Masih ingat dengan Fea? Maaf lama Fea tak hantar cerita tentang Fea. Sibuk sangat dengan urusan duniawi. Baiklah! Kepada sesiapa yang belum baca cerita Fea bole search #Fea so nanti akan faham serba sedikit cerita yang Fea karang. Cerita kali ni Fea nak cerita tentang hidup Fea selama 2 tahun menjadi isteri dan menantu. Cerita ni tak ada yang ditokok tambah dan memang 100% real. Terpulang anda untuk menilai.

“Alhamdulillah, kawen jugak aku.” Aku bercakap didalam hati dengan muka penuh gembira. Walaupun bermacam dugaan yang melanda semasa kami bertunang, akhirnya aku bernikah dengan lelaki yang aku puja. Hubungan aku dengan keluarga mertua amat baik dari sebelum aku berkahwin lagi dan hubungan aku dengan mak mertua amat rapat seperti kawan baik. Duit bukan masalah, cakap sahaja perlukan berapa, sekejap je akan masuk dalam akaun bank. Hidup aku senang tapi aku dari keluarga susah dan aku terus hanyut dengan kekayaan keluarga suami. Aku lupa yang bila terlalu banyak makan budi, akan ada banyak dugaan menanti.

Dari hari pertama kami nikah, mak mertua aku langsung tak benarkan kami berpindah. Kami dipaksa duduk sebumbung dengan mereka. Dalam rumah tu hanya ada mak mertua, ayah mertua, dan kami suami isteri. Adik beradik suami jarang-jarang balik dan rumah besar yang indah itu selalu sunyi dan kadangkala menyeramkan. Rumah mak mertua ni tidaklah sebesar banglow tapi bilik ada 5, ruang tamu ada 3, dapur ada 2, laman depan dengan dekorasi air pancut mini dan garaj kerata boleh muat 4 biji kereta. Mak mertua sengaja tak nak ambil orang gaji sebab rumah tak kotor sangat katanya. Well, sape lagi yang kene kemas? Akulah………korang rasa berapa jam aku amek masa untuk mengemas?

Mula-mula kahwin, aku tak kerja sebab suami tak bagi dan dia suruh aku temankan mertua kat rumah. Suami aku kerja sendiri dan kadang kala perlu “out station” untuk beberapa hari. Aku jarang ikut sebab aku bosan tunggu dalam bilik hotel. Nanti ada je yang mengusik. Semuanya indah sehinggalah bulan ke tiga aku kahwin, mak mertua kerap bertanya aku bila nak mengandung? Aku jadi tak selesa dan mula berkecil hati bila mertua kerap peril aku didepan saudara mara. Kadang-kala dia sengaja cakap teringin nak ada cucu dari anak lelaki dia.

Padahal dia da ade 5 cucu dari anak yang lain. Aku tetap bersabar walaupun suami aku langsung tak percaya apa yang aku mengadu tentang mak dia. Mak mertua aku ni paling hebat dalam bermuka-muka. Bila didepan aku dia akan peril macam-macam tapi bila didepan suami dia akan puji aku, cakap baik-baik. Aku langsung tak terfikir nak record semua tu dan aku tak faham kenapa mak mertua aku berubah 360 darjah dari yang aku kenal dulu.

Gangguan kerap berlaku bila suami tak ada dirumah dan bila aku keseorangan. Aku pernah tertidur semasa menonton TV di ruang tamu ketiga, bilik tu ada air cond dan ada sliding door. Aku tutup sliding door sebab aku nak bilik TV tu sejuk. Entah macam mana aku tertidur dan tiba-tiba aku terasa seperti ada suara kasar mendengus di telinga aku. Bunyi seperti kerbau pun ada. Aku tersentak dan terus terbangun dengan harapan mungkin suami nk mengusik. Tapi, tak ada sesiapa pun disitu. Aku mula rasa seram terus tutup TV dan aircond dan masuk bilik. Tengok jam baru pukul 10.00 malam mana suami aku ni tak balik lagi.

Aku ambil telefon nak telefon suami tapi bila tengok what’s app, suami cakap balik lambat sebab nak tapau burger. Aku pun terus tarik selimut baring-baring sambil layan Facebook sementara tunggu suami balik. Tiba-tiba, pintu bilik aku diketuk, sayup-sayup dengar suara memanggil nama aku. Aku ingat mak mertua aku jadi aku pun bangun dari katil nak bukak pintu. Tapi bila aku bukak pintu, tak ada sesiapa pun disitu. Aku mula seram teringat saat aku menginap di hotel semasa berada di Kelantan dulu. Haih!! Apa pulak nak usik aku ni. Aku terus memanjat katil dan berselubung. Pintu diketuk lagi tapi kali ni lagi ekstrem, pintu diketuk sambil tombol dipulas dengan kuat berkali-kali. Aku dah berpeluh sebab ketakutan, dalam hati aku berdoa cepatlah suami balik! Tiba-tiba semua gangguan tu berhenti bila kereta suami masuk ke garaj. Aku menarik nafas lega bila aku intai di tingkap nampak suami sedang keluar dari kereta sambil menjinjing plastik burger di tangan.

Suami seperti biasa, bila aku ceritakan gangguan semua tu, dia tak percaya dan anggap aku mimpi. Hari-hari seterusnya aku lalui dengan reda. Mak mertua makin menjadi-jadi perli aku tentang anak, tentang kikis harta suami, tentang duduk rumah goyang kaki. Aku senyap je tapi lama-lama aku jadi pedih telinga. Dan bila aku menjawab, nanti mesti ada benda yang ganggu aku seperti ketukan di pintu, tingkap dan suara-suara memanggil nama aku.

Makin lama aku duduk rumah tu, makin aku pelik dengan keluarga ni, diorang tak solat Jemaah walaupun ruang tamu tu bole muat seluruh keluarga untuk Jemaah. Mak mertua aku akan bukak pintu seluas-luasnya tiap kali maghrib dan aku pulak jenis pantang bukak pintu time maghrib. Ngam-ngam nak azan tu dia bukak lebar-lebar dan bila aku tutup, dia marah dengan alasan tak dengar azan. What the fish?

Kalau dari segi masak, mertua aku memang terer. Sedap dia masak tapi kalau aku masak, die susah nak makan dan dia akan tenung je makanan tu dalam lima minit baru die usik. Itupun makan sikit je. Kalau aku masak nasi, die tak makan. Alasan dia aku masak nasi lembik padahal pak mertua ngan suami makan elok je. Dia akan masak sendiri dan tak bagi orang lain masak. Aku iyakan saja sebab malas nak layan perangai ntah pape dia tu. Suami aku suka kalau aku masak dan akan makan bertambah termasuk lah pak mertua aku tapi mak mertua aku akan jelling aku macam tak puas ati ngan aku.

Aku buat tak tahu je dan aku selalu pujuk suami untuk pindah. Tapi aku tak tau la macam mana mak mertua aku ni bole tahu plan aku nk pindah, dia mesti akan buat-buat sakit supaya suami aku tak kan pindah dari situ. Makin hari, makin menjadi perangai mertua aku. Gangguan pulak makin menjadi-jadi. Pernah sekali tu suami kene “out station” 5 hari di Kedah dan aku tak ikut sebab aku plan nak pegi facial dengan shopping sikit. Tapi malam pertama suami tak ada aku dah kene kaw2.

Malam tu aku nak tidur, lampu bilik air aku berkelip-kelip macam cerita hantu dalam movie tu. Aku terus bukak lampu tidur sebab aku takut kalau lampu bilik air tertutup habis gelap bilik aku. Aku pun bangun bukak sport light dekat area meja mekap aku. Terang sikit bilik aku tapi aku tetap rasa takut sebab aku nampak dekat bawah pintu aku seperti bayang-bayang orang kehulur-kehilir. Aku nak pergi bukak pintu tapi aku takut, jadi aku terus naik atas katil. Tiba-tiba, bunyi salakan anjing dekat tingkap bilik aku kuat sangat sampai aku mengigil-gigil ketakutan. Anjing-anjing tu salak ape dekat tingkap aku? Mana datang anjing-anjing ni? Macam mana anjing-anjing ni masuk dalam kawasan rumah sedangkan rumah berpagar? Aku langsung tak boleh fikir semua jawapan tu dan aku terus bukak laptop pasang surah Yassin kuat-kuat dan letakkan laptop aku tu dekat tingkap. Lebih kurang 2 minit, barulah anjing-anjing tu berhenti.

Aku menarik nafas lega dan segera mengambil laptop di tingkap untuk aku simpan. Tapi, tidak, pintu aku diketuk serentak dengan bayang-bayang bawah pintu masih kehulu-kehilir. Aku on je Yassin dekat laptop sambil aku cuba lelapkan mata. Aku terdengar bunyi cakaran dipintu dan bila aku cuba intai dari selimut, aku nampak kuku yang sangat panjang dan hitam masuk melalui bawah pintu. Aku nak jerit tak boleh sebab suara aku tersekat dan aku terkumat kamit membaca ayat kursi. Kuku yang panjang tu seolah cuba nak masuk tapi tak masuk penuh dengan tangan. Aku ambil bantal kecik, aku baling kat pintu. Aku harap kuku tu keluar balik, tapi lain pulak jadinya, tombol pintu dipulas laju-laju dan aku dengar nama aku dipanggil dan disuruh bukak pintu. Celaka punya syaitan! Aku pun tak tahu mana datang keberanian aku, aku bangun dari katil, pergi dekat pintu, aku baca Al-Fatihah, ayat kusi dan 3 qul aku hembus depan pintu. Serentak tu semua gangguan hilang.

Dalam hati aku, siapa punya kerja ni? Orang hantar atau bertuan? Jam menunjukkan pukul 3.00pagi, aku ambil beg, aku kemaskan semua kain baju aku untuk 5 hari dan aku terus mandi siap-siap untuk berambus pagi tu jugak! Tepat azan subuh, aku solat, aku terus keluar dan memandu ke KL, pulang kerumah mak aku. Aku Cuma tinggalkan mesej dekat mertua aku yang aku kene balik KL sebab mak aku tak sihat. Maaf mak!

Untuk pengetahuan semua, mertua aku tinggal di Utara dan family aku di KL. Aku telefon suami beritahu yang aku kene pulang ke KL mak x sihat. Padahal aku dah tak sanggup nak duduk kat rumah puaka tu. Pagi tu dalam pukul 9.00 pagi, mertua aku telefon dan bertanya kenapa tak kejut dia? Dia nak ikut. Aku macam….WHAT??? Nak ikut? Pelik betul sebab mertua aku ni jenis x bercakap ngan family aku. Yelah aku dari keluarga susah duduk flat buruk je. Jadi aku macam pelik yang die nak ikut.

Aku sampai di KL, aku ceritakan semua kat mak aku, mak aku cakap malam ni kita pegi berubat la mana tau ade org dengki ngan rumah tangga aku. Aku iyakan saja. Masa aku on the way dengan mak aku, aku rasa tak sedap hati dan hati aku berdebar-debar. Aku zikir banyak-banyak dalam hati dan berdoa agar aku baik-baik saja. Sampai dirumah tukang ubat, kami memberi salam dan salam kami disambut oleh pasangan suami isteri dalam lingkungan 40an.

Aku baru nak bukak mulut untuk cerita, pasangan ni terus beritahu aku barang apa aku kene bawak esoknya. Aku terkesima dengan kehandalan diorang ni. Tak bukak mulut pun dah tahu cerita hidup aku. Wow sangat! Barang yang dia mintak aku bawak adalah; Kain kuning, kain hitam, kain putih, paku 3 inci 2 batang, limau purut 40 biji dan garam kasar 1 paket. Aku pun pulang dan datang keesokan harinya dengan barang-barang yang dipinta.

Pasangan itu memberitahu aku, gangguan yang aku hadapi sekarang bercampur. Ada yang datang menumpang sebab suka dengan aku, ada yang dari keturunan (saka) dan ada yang dari mak mertua. Zappp!! Jantung aku macam terhenti bila aku dengar perkataan mak mertua. Saka tu aku memang dah tau dan memang dia tak nak keluar dan aku pun dah putus asa nak kumpulkan semua adik beradik ayah aku. Aku tanya lebih lanjut, kenapa mak mertua?
Pasangan tu cakap, mertua aku tak puas ati ngan aku sebab anak die sayang aku lebih dan aku suka lawan cakap dia. Dahtu? Asyik nak sakitkan hati aku, tak kan aku nak diam je? Buat aku mcm orang gaji dan cakap ikut sedap mulut. Pasangan tu cakap, mak mertua aku tahu aku berubat sebab tu die nak ikut supaya die boleh halang aku pergi berubat. Aku susah nak percaya mak mertua aku main bomoh sebab die solat beb! Tak kan die bole terpesong sampai main bomoh?

Proses berubat dasyat sekali sampai sakit-sakit satu badan. Permulaannya aku disuruh duduk dengan kaki melunjur dan perawat tu mula bacaan dia sambil kibas-kibas badan aku dengan kain yang tiga warna aku bawak sekali. Tiba-tiba aku rasa kepala berat, dan terus tak boleh kawal diri aku. Apa yang aku ingat, aku pusing belakang sambil menjerit. Cerita bawah ni adalah dari mulut adik lelaki aku sebab aku da x ingat ape yang berlaku.
Aku: Aarrrgghh!! Sakitlah b**i!
Perawat: Kalau sakit keluar kau sekarang!
Aku: Tak nak!!! (aku berlari keluar rumah. Nasib baik pintu pagar kunci. Aku gegar pagar tu sambil jerit)
Bukak pagar ni! Bukak! Aku nak keluar!
(Nangis sambil mendayu-dayu) Mak…tolong mak….bukak pintu ni mak..mak tolong…….
Perawat: Itu bukan anak kau..jangan bukak pintu..nanti die terjun..
(Guys, tingkat 18 ye)
Perawat: Pegang dia! (adik lelaki aku terus pegang aku dan paksa aku duduk)

Selepas itu, perawat membaca beberapa surah dan aku menjerit nyaring sambil mengilai. Kemudian aku pengsan. Selepas aku tersedar, perawat menceritakan semula apa yang terjadi. Semua ini adalah belaan mak mertua dan selepas proses ni berubat ni mungkin aku akan diganggu lagi. Aku tak nak percaya bulat-bulat ape yang dikatakan oleh perawat tetapi dalam masa yang sama aku takut nak balik ke rumah itu semula. Motif mertua aku lakukan semua ni agar kami bercerai dan anak dia boleh kahwin dengan perempuan pilihan dia.

Akhirnya aku pulang ke rumah mertua ku, aku mencari kerja dengan alasan aku bosan duduk dirumah dan ingin mencari wang untuk membantu adik aku yang belajar di Universiti. Alhamdulillah suami mengizinkan dan setelah aku bekerja, aku kurang diganggu dirumah tetapi sekali sekala ada juga gangguan yang menyinggah.

Hampir dua tahun aku duduk dirumah mertua dan akhirnya setelah gagal untuk memujuk suami beli dan duduk rumah sendiri, aku akhirnya mengambil keputusan untuk hidup sendiri. Aku langsung tak boleh nak pandang muka mertua aku dan aku hidup dalam kepura-puraan. Aku hidup dalam ketakukan dan was-was. Aku dilepaskan dengan talak 1 dan aku lebih bahagia hidup sendiri. Terima kasih sudi membaca kisah Fea. Assalamualaikum!..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Fea

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 35 Average: 4.7]

6 thoughts on “#Fea- Mak Mertua Puaka”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.